Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Saturday, October 31, 2009

Saya anak langkawi (S.A.L)



Bapa saya memang original S.A.L dan saya hanya half Langkawi sebab mama saya orang Seberang Perai...tapi masih mahu mengaku orang Langkawi sebab Langkawi lagi popular daripada Seberang Perai...he he

Cerita 1...
Saya bangga sekali menjadi S.A.L (saya anak Langkawi) sebenarnya saya bukan anak Langkawi pun,lahir di Seberang Perai tapi tak syoklah mengaku anak Penang (Seberang Perai berada dalam kawasan negeri Pulau Pinang,ringkasannya = S.A.P teruk bunyinya kan)tapi sebab saya dibesarkan di Langkawi (hampir 20 tahun,saya suka nak declare sebagai I'm proudly A Langkawian, sound like Hawaian juga kot)

Apabila saudara Limau Tambun mention yang Langkawi patut maju seperti Era Tun Mahathir,saya memang mahu akui sangat, Langkawi banyak dibangunkan mulai era Tun Mahathir... sekiranya Tun tidak menganugerahkan pelabuhan bebas cukai kepada Langkawi dahulu,tentulah Langkawi tidak membangun seperti sekarang. Tidak ramai pelancung tempatan (local, of course Malaysian )yang mahu ke Langkawi sekadar mahu makan seafood atau menikmati kawasan pantainya... saya rasa lebih ramai suri rumah atau wanita Malaysia mahu ke Langkawi sebab mahu memborong pinggan mangkuk import melebihi daripada target makan angin walaupun berkerot muka sang suami menunggu dan perlu membayar harga pinggan isteri...
Kalau pelancung luar negara memang jelas,mereka ke Langkawi untuk 'makan angin'... mereka akan explore Langkawi dari semua arah,darat sehingga ke laut.. kalau pelancung local manalah mahu explore semua perkara,balik-balik asyik 'berkerumun' di kedai kitchen ware.. dan kedai cokelat...

Kadangkala saya jadi pelik,kalau geng berkursus ke Langkawi,kalau ada kelapangan mereka lebih suka ke kedai pinggan daripada explore Langkawi.. pelik kepada saya... banyak betul tempat yang boleh dilawati di Langkawi... (sedikaan cash atau kad kredit la..he he)Saya sendiri setiap kali balik,mesti ke kabel car (ada masanya tidak pergi juga sebab suami tidak mahu ke sana, dan saya akan kata, boringlah macam ni) Saya suka pemandangan di sana,menikmati keindahan alam dan menginsafi kekuasaan Allah.Kalau dirancang betul2,dapat menikmati pemandangan pulau.. hmm best...Tak kisahlah kulit menjadi perang sikit... (dan apa kata membeli dan membaca buku saya Dimensi Cinta,ada sedikit view dan cerita dongeng mengenai Langkawi...)Insya-Allah,nanti kena buat soft opening sikit kat Langkawi...bila cuti sekolah nanti.

Bercerita pasal Tun,kata aruah nenek saya,semasa Tun mula-mula berkhidmat sebagai dr,Tun telah ditempatkan di hospital Langkawi(saya harap fakta ini benar...) jadi Tun menyimpan jambang supaya tidak kelihatan kacak... {tapi saya tahu Tun semasa mudanya mesti kacak sebab dalam usia sekarang pun,Tun masih kacak /handsome )walaupun berjambang... sebab kepada saya,smart brain make a handsome guy...} Dan saya sedar tun memang sukakan Langkawi..ada bakery /cafe milik Tun dan sayuran organik milik Tun dan etc.Saya bersyukur kepada Allah yang mengilhamkan Tun 'pelabuhan bebas cukai' dan berterima kasih kepada Tun kerana dengan asas 'bebas cukai',Langkawi ada peluang maju dan maju dan maju lagi seperti sekarang ini serta masa-masa akan datang... ada juga suara sumbang yang mengatakan masalah sosial yang berlaku semakin menjadi-jadi kerana Langkawi semakin menuju era pembangunan,tapi pada saya,kalau terpencil,tersorot macam dulu pun pun masih ada gadis yang melahirkan anak luar nikah,masih ada kes jenayah dll... Jahat,baiknya manusia akan terjadi di mana-mana pun... seperti cerita sejarah Habil yang membunuh Qabil,jenayah pertama dalam sejarah manusia...kalau diikutkan manalah ada pembangunan pada masa itukan?

Cerita 2,

Semasa membuka e-mel,saya perhatikan ada satu e-mel yang bermula dengan "patutla Nora gagal" Saya tidak tahu apa asasnya pengirim mengatakan demikian atau apa perasaan anda,pembaca jika membaca e-mel yang sedemikian. Mungkin saya yang 'over sensitif' kot... sebenarnya pengirim cuma mengiklankan sesuatu, dan saya tidak peduli lagi dengan lembaran iklan tersebut,kerana pada saya,pengirim seorang yang bongkak. (mungkin dia tidak bermaksud begitu...saya tidak tahu)

Saya akui saya bukan seorang jutawan seperti Oprah,bukan juga ilmuan seperti dr Fazilah Kamsah,bukan juga seorang yang mahir dalam agama seperti Dato
/Ustazah Norbahyah Mahmud atau Dato dr Mashitah Ibrahim, bukan juga seorang politikus yang gah seperti Tun,tapi saya tidak akan mengakui yang saya seorang yang gagal. Mengapa sipengirim mesti mengatakan 'patutla saya gagal?'. Saya sekurangnya berjaya menamatkan pengajian saya sehinga ke U (saya kira asas),saya berkerjaya,bekhidmat kerana Allah dengan mencurahkan khidmat,keringat dan idea saya kepada pelanggan saya (murid saya ) tanpa mengira masa dan tenaga,saya berusaha memajukan diri saya,mencuba mencabar diri saya sebagai novelis dengan harapan menyebarkan ilmu yang saya perolehi walaupun sedikit... jadi adakah saya patut dinamakan sebagai 'patutla nora gagal!' Kalaupun ayat tersebut hanya berniat untuk mengiklan,sipengirim,pada hemat saya tidak patut menggunakan 'ayat atau elemen negatif' untuk menarik perhatian pelanggan. Mungkin patutnya digunakan,'nora akan lebih berjaya jika...' lebih cathy pada hemat saya,sebab saya tentulah ...mahu lebih berjaya. Elemen 'sombong' sentiasa menjadi elemen yang buat saya 'termuntah'... Kawan2 saya semuanya baik-baik belaka,tiada yang sombong walaupun ramai yang kaya 'giler'...jadi kalau ada niat 'menyombong' tak payahlah menjadi kawan saya...

Saya selalu perhatikan dan menonton OPRAH.. walaupun dia terkaya,ternama dan berpendidikan luas kerana pengalamannya dalam bidang penyiaran tetapi dia tidak pernah mengutarakan elemen negatif kepada sesiapa a.k.a sombong diri .... jadi salah sayakah kalau saya sensitif sangat,atau sombongkah saya kalau saya tidak mahu mengakui yang saya gagal... mengikut yang diiklankan oleh pengirim tersebut. Saya percaya mungkin pengirim sudah hartawan,karyawan atau ilmuan, tetapi dia tidak sekaya OPRAH sekarang.. jadi seperti kata pelawak NABIL, 'Lu fikirlah sendiri'...

Friday, October 30, 2009

Saya bangga sekali...




Tan Sri MUHYIDDIN Yassin menyampaikan cek replika RM30,000, trofi dan sijil kepada wakil penduduk Kampung Kilim, Omar Ariffin (kiri) yang memenangi Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 sambil diperhatikan oleh Shafei Apdal pada majlis penyampaian anugerah itu di Kampung Mawai Baru, Johor, semalam.



Saya bangga sekali membaca berita ini..Inikan sesuatu yang amat perlu dibanggakan sekali. Kalau saban hari kita hanya disogokkan dengan wajah bayi2 yang dibuang ke longkang,tong sampah,mencuri,kes dadah.. hari ini saya boleh menarik nafas lega,sekurangnya ini kan berita yang amat baik sekali.Yes.. people of Langkawi, especially Kampung Kilim, cayalah. Bravo dan syabas! Kita perlukan suntikan positif seperti ini setiap saat dalam hidup kita.


petikan : Utusan Malaysia

Kampung Kilim menang Anugerah Ilham Desa 2009

KOTA TINGGI 29 Okt. – Kampung Kilim, Langkawi, Kedah hari ini muncul pemenang Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009.

Dengan kemenangan itu, kampung berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, pakej pelancongan sambil belajar bernilai RM20,000, trofi dan sijil.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) Kampung Kilim, Ahmad Nizar Hanafiah, 52, gembira kerana hasil usaha penduduk kampung tersebut membangunkan Kilim Geoforest Park berjaya mendapat pengiktirafan kerajaan.

Katanya, seramai 112 penduduk kampung bersama 60 pengendali bot, terlibat dalam membangunkan Kilim Geoforest Park yang sehingga kini berjaya menarik lebih 118,000 pelancong luar negara.

“Taman itu mula dibangunkan pada 1999 dan pada 2002, ia mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perikanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 di Kampung Mawai Baru dekat sini hari ini.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

HMMMM

Alhamdullillah virus malas tu dah slow down,tengah pulun(orang kedah kata pulun maksudnya buat kerja betul2)la banyak files yang belum disiapkan..adus... agaknya selepas ni timbang kg kot... manuskrip finally finish chapter 4.. bersemangat sikit sebab sudah reach chapter 5 meaning sudah sampai tengah-tengah chapter.... kata penulis lama seperti Kak Aina,penulis kena disiplin,kalau tidak boleh selembar kertas,satu perenggan pun kena buat juga... barulah ada kemajuan...tapi satu perenggan tu sikitlah sangat.... sekurangnya satu hari perlu lengkapkan beberapa halaman, tapi kalau perlu research,lambatlah sikit...
Target saya dalam 6 bulan ni,(lebih kurang 183 hari)mesti habiskan 10 chapter - 15 hari untuk semak dan betulkan bahasa + simpulan bahasa etc..sebelum hantar.. (jadi balance 168 hari sahaja)jadi satu hari perlu habiskan 1.7 halaman (lebih kurang 2 halaman la) tapi kena juga tolak brcuti,balik kampung jadi kena cover kerja-kerja masa bercuti. (bercuti 7 hari + tengok wayang etc) adus!

Ada masa-masa pun kerja sekolah banyak sangat, boleh panjit tayar kita... tapi ialah buku/manuskrip itu hak sendiri,tak ada dead line pun (kecuali ada penerbitan yang beri masa akhir) dan pasti tak seronok sebab apabila tertekan,kualiti penulisan pun berkurang... kena rilex dan ambil masa sendiri,barulah best...tapi kenalah patuhi target sendiri,barulah kaw!

Teringat saya apabila seorang murid saya berkata,"cikgu,nanti buku kedua cikgu pastikan nama saya sebagai satu watak tau"

Saya kata,selalunya saya sudah menggariskan nama watak dan perwatakan sebelum saya menulis.. boleh diubah kalau mahu, tapi selalunya saya sudah fikir awal2 lagi..

Yang kelakarnya dia kata,"nama ayam pun tak pe cikgu."

Saya tergelak... tapi kemudian berfikir bagus juga letak nama pet (ayam ) sebagai nama dia... ha ha.. baru kena dengan permintaan dia...pecah juga kepala fikir bila dan mana mahu letak nama dia dalam manuskrip... sebab sudah diminta kan,tak bagus kalau tak penuhi juga... but nama ayam pun okay juga kan?
jadi dedikasi saya akan bernunyi, untuk a..... yang sudi dinamakan sebagai ayam.. ha ha ha.. fun...

Tuesday, October 27, 2009

Hmmmm..

Dua hari ini kena attack lagi dengan 'virus malas'..aduhai! Tak tahu nak buat apa lagi,selain berdoa agar penyakit malas beredar.. Banyak kerja yang belum dihabiskan lagi... adus.. fail sekolah etc.. maklumlah sekarang ni,lagi banyak fail lagilah terror cikgu ..hmm (diorang yang kata,sebab tu lah file makin hari makin bertambah & beranak pinak...)

Tak sabar mahu balik ke Langkawi lagi..kali ni mahu bercuti di Pulau Tuba,now ada resort u.. mesti best... belumlah pernah tidur kat pulau lain selain langkawi sendiri dan Selat Bagan Nyior(itu pun sudah 23 tahun lepas.. adusss) boleh BBQ,memancing untuk cik abang sayang yang memang giler memancing ikan (ikan ya,bukan orang...)nak bawak family ramai-ramai bestnya... kondesi,hmm tak tau nak cerita,kena pergi dan lihat sendiri ... mama saya kata best giler sebab dia sudah ke sana 2 minggu lepas.. (jeles nya)asalkan ada tempat boleh tidur dan bilim mandi selesa,okay la.. bestkan,bawa dapur mini, tilam tuib etc..buku catatan... wow! membayangkan keseronokannya pun macam dah tidur termimpi-mimpi...


Teringatkan kawan baik saya yang pergi berkursus,adus..lamanya 2 minggu. Junior saya, (like God sister la) selalu kalau saya tak keluar seorang (suami saya bz memanjang..jadi lone renjer la) saya akan bersama dia, Olis,saya panggil dia... adus, rindunya mengalahkan orang bercinta lagi... macam sudah bertahun tak nampak dia.. selalunya kalau saya masak,saya akan panggil dia ke rumah, dia tak ada rumah saya pun tak berasap lagi.. he he..

Di sekolah,ada kumpulan yang sudah mula 'pot luck', tak tahu hari mana lagi saya boleh 'fit in'... dan perlu cari geng..sorang2 nak masak banyak sangat,leceh lah pulak.. rasa macam nam masak laksa penang,tapi musim hujan ni,ikan mahal sikit... tengoklah minggu depan macam mana.Sedapnya laksa penang... makan kat tempat lain takkan sama sesedap laksa sendiri...kalau kena dengan sambal tumis sotong,hmmm.. best giler..

Monday, October 26, 2009

Alhamdulillah... matlamat berjaya

Lega betul apabila bengkel berjaya ditamatkan jam hampir 1 tengah hari,selepas itu minta murid mengemas meja dan kerusi di dewan sekolah... adus! one man show pulak tu.. plan asal sepatutnya dibuat hari jumaat ini,jadi saya sudah merangka tugasan untuk ambil turn la... 2-3 orang guru,tiba-tiba jumaat lepas, disebabkan ramai guru yang perlu berurusan dengan perkara-perkara lain,diminta dibuat hari ini.. jadi tak de pilihan sebab baru diberitahu jumaat minggu lepas tengah hari.. aya rasa bertanggungjawabsepenuhnya ... tidak sempat mahu memberi tugasan kepada orang lain.. 'one man show pun.. one man show la..'

Murid2 yang rajin dan 'score' markah ni memang tak ada masalah.. mereka akan dengar dan hayati perbincangan bersama... yang geram tu budak2 yang memang tak minat.. pen pun malas nak dipegang...dalam hati berungut juga, 'lantak lah kamu' tapi saya tak akan membiarkan mereka... 'sikap' beginilah yang menjadikan empayar yang luas dan besar pun lingkup dibuatnya... banyak empayar yang runtuh kerana tidak ada inisiatif mempertahankan... adus hai! Penat saya bersedia, buat rumusan daripada kertas2 9 buah negeri di Malaysia... ada set yang sudah disediakan... saya hanya meminta ALLAH permudahkan untuk murid2 saya..

Berharap,cepatlah cuti..kalau tak perlu ke sekolah,banyak yang boleh diselesaikan! buku kedua.. adus on the way!

Sunday, October 25, 2009

Tugasan esok!

Hari ini saya habiskan masa menonton cerita terbaru Brad Pitts,...Bastard.. I have to say.. bosan.. naik mengantuk di pawagam... kemudian seperti selalu ke kedai buku, 2 jam di sana,(MPH new wing One Utama..and dah nampak buku saya Dimensi Cinta di sana,harapnya ada yang sudi membeli) membeli beberapa buah buku yang saya kira,amat menarik,banyak lagi yang saya perlu beli,Insa-Allah dalam senarai 'akan datang'... saya percaya,kita mesti mendapatkan ilmu dalam menjadikan kita, 'insan cemerlang'... Insa-Allah..(masih tak tahu bila ada masa untuk mambaca buku2 yang dibeli...)

Makkah al_Mukarramah,kelebihan dan sejarah.. Tulusan Abdud Sabit Abdul Rahman,pertama kali saya melihat buku yang terperinci,siap dengan gambar yang menarik sekali.Terbitan Telaga Biru.

Novel Sejarah Islam,Salahudin aYUBI,tulisan Abdul Latib Talib,keluaran PTS.. sudah lama kita dengar tentang kehebatan Salahudin sebagai Panglima Islam yang warak esc.. Insya-Allah saya perlu baca untuk menambah pengetahuan saya bersesuaian dengan projek buku saya (novel kedua) Sebagai 'orang sejarah',saya rasa perlu sedikit suntikan elemen sejarah sebagai panduan dan pedoman kita, bukankah 'sejarah selalu berulang'...

Ketiga, pengarang Aki Abdul Wahab,penerbitan KarnaDya sendiri,Jom Hidupkan Roh Haji... sempena kedatangan sambutan 'bulan haji',apalah salahnya kita mengimarahkan 'jiwa haji'.. semoga akan menjadi tetamu ALLAH pada masa akan datang...

Esok,ada bengkel SPM sejarah di sekolah... saya berharap bengkel ini akan berjaya menaikkan lagi 5 sejarah sekolah seperti yang berlaku tahun lepas. % naik beberapa peratus yang melegakan kami (guru-guru)..sebabnya tahu sahajalah,kalau peratus naik,semua orang gembira dan lega sebab kalau peratus kelulusan dan gred jatuh,kepala saya dulu yang 'bakal dipancungkan'... hmmm.. apa pun,saya bertawakkal kepada ALLAH setelah meletakkan daya usaha 5 juta % pada tahun ini... (alhamdullillah ALLAH tidak pernah patahkan semangat saya dalam memberi pendidikan walau pun ada di kalangan murid yang sering mengecewakan saya kerana bersikap malas.. (sorry to say,malassssssssnya Ya Rabbi.. macam mana nak buat,kalau kertas 2,langsung tak jawab apa-apa.. dapat 0/100)kalau langsung tak mahu baca ... bagaimana ubatnya lagi??? saya berharap dan berdoa agar esok,semuanya berlangsung dengan lancar... murid2 akan hadir dengan semangat 'belajar dan menghayati sejarah' sebagaimana saya dan teman seperjuangan yang sentiasa bersemangat mendidik...

Saya masih bersedia untuk esok... Insa-Allah, saya akan melakukan segalanya dengan terbaik dalam setiap pekerjaan saya.. apa pun,kebaikan datangnya daripada ALLAH,kelemahan adalah datangnya daripada saya, kita sebagai makhluk yang daif,lemah dan tidak sempurna..

Friday, October 23, 2009

Ubat kecewa...

Tiba-tiba sahaja,ada ex murid bertanya dalam e-melnya,apakah ubat kecewa? Bunyinya macam mudah.. tiga perkataan sahaja tetapi saya bagaikan masih boleh merasa betapa sakitnya semua pancaindera ketika kita merasa kecewa. Saya pun tidak bertanya apa sebabnya dia kecewa, tetapi saya dapat mengangak tentunya berkaitan soal perasaan. Hubungan 'Adam dan Hawa', selagi tidak bertemu jodoh seperti yang disuratkan oleh ALLAH,pasti sentiasa ada yang tak kenanya... sikap tak samalah,tak romantislah,curang,tua sangat,muda sangat, etc..etc...

Hanya yang merasa,tahu bagaimana menceritakannya. Bak kata bidalan lama, kalau bercinta,makan tak kenyang,mandi bagai tak basah,tidurnya pula tidak lena... tapi kalau kecewa pula, segalanya menjadi lebih teruk... makannya tak kenyang sebab tak ada mood untuk makan, tidurnya tidak lena kerana hatinya dan minda tidak sedang... mandi? kalau saya,saya mandilah... takkanlah pulak, orang di sana sedap2 berwangi, kita yang di sini mahu busuk macam ikan terburai perut sebab kecewa...
Well, thingking back.. lama juga saya berfikir apa yang saya buat pada masa dahulu.

Pertama,tentulah.. Pray.. mengadu hanya pada ALLAH. kalau dengan manusia ni,kalau salah pilih,terinaya jadinya..kalau dapat yang simpati dan empathi,okay lah tapi dibuatnya dapat yang 'menyampah je', di belakang kita, dia mengata lagi...

Kedua:Tetapi sebagai manusia,pastinya kita ada kawan baik, berceritalah,sekurangnya terasa lega sikit...

Ketiga:lagi pun ada banyak hikmahnya kenapa ALLAH jadikan begitu.... sekarang mungkin kita tidak nampak lagi, nanti kita akan ketahui... saya sendiri, apabila bertemu jodoh,barulah saya betul2 nampak hikmah2 yang saya tidak nampak sebelumnya dengan MR XYZZ...

Keempat: Bersosial.. jangan salah faham,jangan ke disco pulak... atau terkinja-kinja di tempat hiburan.. dalam keadaaan risau dan kacau,banyaklah kuncu-kuncu syaitan yang akan merasuk kita. berkawan, exposekan diri dengan kegiatan yang mendatangkan faedah kepada diri,agama dan masyarakat.. pergilah sertai apa-apa pertubuhan... Anda akan sedar ramai di luar sana orang yang baik-baik,bukannya ex anda seorang je.

Kelima:Anda terlalu baik untuk dirinya.. Allah pasti akan temukan anda dengan insan yang lebih baik.. Jangan melihat kekurangan diri anda, kekurangan diri dia yang tidak memungkinkan anda bersama.

Keenam:Buang semua contact number etc... never look back.. (saya sendiri tak kisah simpan semuanya lagi, bukannya nak call pun)

Ketujuh: Anda akan lihat,dalam masa 2-3 minggu,tentunya tidak ada apa yang kurangnya kepada diri anda,bermakna,sebenarnya anda okay tanpa dia...

Kelapan: Carilah hobi baru.. saya dulu bukan setakat hobi baru,saya berpindah ke tempat baru... dari KL saya berpindah balik ke Langkawi pada tahun 1997... sebab ex saya selepas mr xyzz tu,rajin membawa saya berjalan ke merata-rata,jadi apabila melihat tempat-tempat tu,sedih sangat...

Kesembilan:Inikan zaman internet,cari kawan lain banyak... 10 tahun dulu,saya bertemu suami di IRC Chatt,(bertemu mr kkkkkbbbb pun thru internet)apatah lagi zaman sekarang...

Kesepuluh:Apa nak susah, ada 6 billion lebih orang dalam dunia, sudah pasti ada seorang untuk anda, bersabar dan terus berdoa... Ada masanya Allah memberi kita sesuatu yang kita minta tepat pada masa yang dikehendakiNya bukan mengikut masa yang kita mahukan...Kerana ALLAH serba tahu apa yang sebenarnya kita perlukan.

Adus..Kasihan!

Seronoknya pada minggu ni,sedar2 sudah tiba hari rabu dan keesokkannya khamis.. 3 hari sahaja bekerja.. hmm best.. sangat produktif (in fact saya tidak begitu, hari rabu,perut masih sakit.. khamis alhamdulillah.. ) balik ke rumah,rupanya suami pulak yang diaorrhoea.. kasihan.. biasalah hubby ni,kalau sakit manja sikit.. he he.. (kalau isteri tidak pula dimanjakan.. hmmm)jadi, saya sempat belikan porridge sebelum balik dari sekolah (sebab bertugas di library sampai 4.30 petang,lepas tu ada bantu kawan2 balut hadiah sekejap untuk dinner)..kalau nak masak,lambatlah pulak.. lagi pun,penat sangat dah.. lepas saja isyak,terus tidur je..

Setahu saya,hari ini sepatutnya hubby ke Penang tapi disebabkan ada dinner malam esok,tak dapatlah nak ikut dan disebabkan diaorrhoea,dia tak jadilah pergi... kuranglah sayang kot.. he he (sebab kata orang tua,sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan) tapi lebih kasih kot sebab pagi-pagi lagi,sudah panaskan porridge untuk dia..maklumlah sepanjang malam dia tak mahu makan... kasihannya...

Betullah kata-kata orang..kalau isteri atau mak yang sakit,dia seorang yang sakit..kalau suami atau anak yang sakit,dengan mak-maknya sakit sekali.. sebab tak boleh berjauhan daripada katil.. hmmm.. Anggap je lah ALLAH mahu bagi pahala lebih menjaga orang sakit.. dan fazilatnya bertambahlah kasih sayang...

Yang tak bestnya satu je,tak bolehlah ke pawagam lagi, sebab suami tak sihat.. hmmm

Wednesday, October 21, 2009

Virus anti-cuti

Dalam perancangan,cuti Deevapali selama 5 hari,jumaat-selasa, macam-macam perkara dirancang dalam minda... banyak kerja sekolah dan kerja sendiri boleh dihabiskan... tapi kitakan manusia,hanya merancang... hari sabtu ke pawagam,menonton, Papadom, I can say, two thumbs up! syabas.. ternyata filem Melayu,hak milik orang Malaysia belum lagi 'mati akal' dan 'mati daya cipta'... cemerlang sekali kerana mencipta kelainan.

Pagi Isnin,tak breakfast sebab malas memasak.. roti pun tak ada, jadi makan tengah hari jam 12... masa tu perut dah rasa semacam je... angin.. agaknya tempias Ribut Melur agaknya..rasa malas.. pergi keluar,belikan lauk, ada ayam goreng,sayur campur dan sup.. malamnya aduh! diarrhoea melanda... atk cukup dengan itu, sakit kepala dan vomiting.. teruk juga, 10 kali.. dan saya jadi k.o.. (agaknya macam kena tumbuk 10 kali oleh Muhammad Ali)sepanjang malam, sakit pukul 7-8 pagi... tidur pun bukan macam tidur lagi, 'black out'@ pengsan.. ada masa tu makan kraker senbab lapar sangat,asyik muntah, dan vomit keluar ikut hidung juga. .. Suami ada ajak mahu ke dr,tapi dr malam ni tak minat sangat.. (sebab pernah kena 1 ubat telinga yang kecil pun,dia charge RM 70,tak munasabah, lepas tu tak baik juga dan terpaksa pergi ke dr saya siangnya,bayar RM 25 dan sembuh)jadi bersabar je sampai klinik dr saya bukak.. Ingatkan cepat lega, rupanya selepas ambil ubat,diarrhoea dan vomiting lega, alhamdullillah, tapi sakit kepala berterusan sampai petang juga...
Malam,dah lembik lagi.. he he.. tidak berungut sebenarnya sekadar menceritakan.. dalam penyakit sebenarnya Allah sembunyikan fazilat (diet semulajadi ni.. he he) hari ni tak berani makan pedas dan berminyak lagi... pagi tadi,bihun kosong je, kalau ikutkan selera manalah sedap... tengah hari jam 12.05 tgh, perut rasa memulas lagi (like spining in the stomact )... sudahlah kat kelas ...minta murid buat kerja sendiri je, adus... kata murid, cikgu pergilah ke tandas melihat saya berkerut-kerut.. (haiya kalau nak ke tandas,dah tentulah sudah pergi..adus..budak2 ni)
Balik ke rumah jam 2 petang,perjalanan yang biasanya mengambil masa 3 minit terasa seperti 3 jam... dan tidak pernah segembira ini apabila nampak tandas bilik.. ha ha ha... dan sampai petang,masih bloating dek angin.. adus...
Saya ingatkan virus anti cuti je,dah kerja pun melanda juga.. alamatnya kena makan bubur nasi je malam ni... semua orang pun terpaksa diet juga..

Sunday, October 18, 2009

Drama sebabak,kelakarnya...

Sudah banyak hari juga suami balik ke JB, tak dapat ikut sebab dia bertolak hari Rabu,saya belum bercuti. Katanya dua tiga hari saja,sepatutnya habis lewat sabtu sudah balik ke sini..alih-alih sampai malam ahad(santu malam) belum juga nampak batang hidungnya. Saya pun call dia,bersembang sekejap dan bertanyalah ayat yang membunuh," bila abang nak balik ke sini?"
"Tak tahu lagi.."
"kata hari tu 2-3 hari je.Dah la cuti lama"(saya bercuti sehingga selasa,tentulah boring kalau dia tidak ada)
saya menyambung,"tak pa la.." terus mematikan telefon,konon merajuklah.. kesian saya kan...Ingatkan dia akan call balik dan memujuk.. (itulah orang-orang tua yang nak merajuk.. ha ha) Rupanya dia tidak pula call balik dan memujuk.. (kalau masa bercintun dulu,sure dia akan call sesaat selepas itu dan mengayat...hmmmmmmmm)
Penat saya call semalaman dan sampai ke pagi. Resah juga jadinya,macam masa-masa kemaruk cinta dulu dan mata air tidak menjawab telefon..Resah,risau dan jiwapun menjad kacau... Sibuk sebenarnya,memasak,mendobi,melipat kain dan angan-angan mahu menyambung manuskrip yang baru mencecah bab 3-4 (separuh-separuh sahaja) tapi dalam keadaan mood yang tidak menetu, bolehlah hanya menaip bab yang frust kot...Ini mesti pakwe saya yang merajuk pulak..adus... pulak... siapa pula yang patut merajuk? saya ke dia? Dia yang lambat mahu pulang,kenapa pulak dia yang merajuk balik?Adus? peninglah kepala jadinya.
Finally,dia menjawab call saya..
"Saya bertanya,kenapa abang tak jawab call...?"
"habis dah marah abang?"
pelik juga,mana ada marah? saya merajuk? takkanlah tahun depan mencecah sepuluh tahun,masih tak tahu beza marah dan merajuk?
"mana ada marah? merajuk la..."tergelak di hujung gagang.. kenapa pulak dia yang merajuk.. Katanya dia akan pulang petang ini,maknanya malam akan sampai ke sini. Lega.. tamatlah drama sebabakkkk.

Memang ajaibnya cinta.. Selepas bercakap dengan dia... agaknya dah hilang merajuk dia (padahal saya yang plan mahu merajuk ... he he ..rasa gelihati masih belum hilang) idea datang mencurah-curah... dengan teh hijau jasmine satu mug dan entah berapa keping hershey's bar -dark coklat,berjaya habiskan bab 3 dan sebahagian bab 4.. alhamdulillah... mungkin malam ni,boleh habiskan bab 4... esok,fokus bab 5 pulak...

Friday, October 16, 2009

UKM dan nostalgia



Pagi tadi ke KarnaDya,ambil stok buku,ditemani adik2 angkat saya,Amirah dan nani.. lepas tu kami take a short tour ke UKM..lalu kat libray,singgah surau,lalu jalan atas FSKK,singgah Pusanika (kebetulan ada jualan sikit,grap a t-shirt as sourvenior)... dan memori yang lama datang kembali..alamak.. sejak dari rumah lagi,jantung berdebar-debar,entah,apa yang tak kena. Ingatkan di sana,akan terserempak pak we lama yang masih bekerja di sana.. ha ha.. kemungkinan hanya satu dalam sejuta.. tangan sejuk giler bila turun kat sana,tergelak-gelak budak2 dua orang tu.. terasa macam 19 tahun semula,apabila pertama kali berdating.. ha ha ha.Bagai tidak percaya semuanya sudah lama berlalu, terlalu lama sangat...
Selepas tu ke Kajang,makan satay kajang dan balik.. sampai rumah jam 4 petang... ambil ubat flu,mencuba untuk tidur... dan memori lama masih terbayang di mata yang resah.. adus...

Wednesday, October 14, 2009

Buku oh Buku.

Daripada semalam,sakit kepala.Flu lagi. Batuk2 juga. Selalunya kalau mandi dan basahkan kepala,telan panadol,akan okay, sebaliknya terus berlanjutan sehingga ke pagi. Pergi ke dr, ambil ubat,balik,lunch,makan ubat tidur lagi.Hero pun tak ada,balik jb,melawat mak di sana. Tentunya tak boleh ikut sebab masih bekerja. Best juga kalau boleh balik JB,rumah mak banyak sekali majalah2 lama yang boleh dibaca. Banyak ilmu yang boleh dikumpul menjadi bahan penulisan sebenarnya.
Saya kira majalah lama lain sedikit isunya. Sekarang ini kadang2 majalah asyik meniru antara satu sama lain sahaja. Bulam ini majalah A,isu ini,bulan depan majalah B dan C pula.
Selepas maghrib,keluar makan,tak berdaya rasanya mahu memasak, a.k.a malas. Singgah ke kedai buku lagi. Beli buku Love Smart,by Dr Phil McGraw,First bestselling author. Walaupun sudah lama, cetakan 2005 tapi ada gunanya. Satu lagi Finding Oprah's Roots. Kisah jurai keturunan OPrah yang datang ke Amerika (cetakan 2007)Yang syoknya,harga potongan sehingga 70%. Jadi buku kulit tebal yang berharga RM 13 sahaja,lumayan kan? Entah bila ada masa untuk membaca,tapi Insya-Allah cuti deevapali, 5 hari (jumaat-selasa)so I can say a bigggggggg yahooooooooooo. Walau pun cuti berganti,it's okay.Banyak kerja yang boleh dihabiskan.(kerja sekolah and next project)
Satu lagi buku adalah New York,The inside story of the vibrant City... Insya-Allah next book,saya mahu mengembara ke New York pula...

Tuesday, October 13, 2009

Buku! oh buku!






Banyaknya buku yang saya beli,ada di antara belum sempat dibaca. Harapnya asaya akan berkelapangan membacanya kelak.. kalau beli dan tidak dibaca,apalah maknanya kan?
Kalau saya tidak patut ke tempat kerja(bermula jam 2 petang) sure saya akan ke sana. I really love this... bukan senang nak dapatkan semua ucapan presiden UMNO terutamanya Dato' Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman...Kalau pergi sure dapat bergambar dengan matan PM. hmmmmmmmmmmm


Petikan :Berita Harian
Buku dapat perjelas proses pembinaan negara, bangsa

KUALA LUMPUR: Koleksi buku Amanat Presiden Umno boleh menjadi sumber rujukan bagi ahli Umno dan rakyat Malaysia dalam memahami proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tempoh 63 tahun bukanlah waktu yang lama bagi sesuatu negara, namun dalam tempoh yang singkat itu Malaysia berjaya mencapai banyak tanda aras kecemerlangan.

"Daripada sebuah negara yang terjajah kepada negara yang bebas merdeka, daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri dan daripada sebuah negara yang rata-rata warganya hidup di luar bandar kepada negara di mana majoriti warganya tinggal di bandar dan berada dalam kelas menengah," kata Najib menerusi kata-kata aluannya dalam buku itu.



Beliau berkata, salah satu sebab utama transformasi itu berjaya direalisasikan adalah kerana Presiden Umno sejak Almarhum Tunku Abdul Rahman sehingga hari ini adalah juga Perdana Menteri.

"Dalam dwikapasiti mereka sebagai ketua parti dan ketua kerajaan, membolehkan aspirasi rakyat terbanyak didukung melalui perjuangan parti dan seterusnya diterjemah melalui dasar-dasar kerajaan," katanya.

Najib berkata, tidak ada pihak yang mampu menafikan peranan Umno dalam proses perkembangan demokrasi dan pembangunan di Malaysia dan ahli parti itu hari ini amat terhutang budi kepada keenam-enam bekas presiden.

"Diharapkan dengan menyusuri sejarah perjuangan parti melalui amanat Presiden-presiden Umno ini, ahli-ahli khasnya, dan rakyat Malaysia amnya, mampu memahami susur galur dan dinamik gerakan mencapai kemerdekaan, penubuhan Malaysia, tragedi 13 Mei dan penggubalan Dasar Ekonomi Baru, serta bagaimana transformasi Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri boleh berlaku," katanya.

Buku Amanat Presiden Umno yang dilancarkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menghimpunkan ucapan semua enam Presiden Umno terdahulu pada persidangan parti bermula dengan Datuk Onn Jaafar (1946-1951) diikuti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1951-1971), Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976), Tun Hussein Onn (1976-1981), Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009).

Buku terbitan Berita Publishing Sdn Bhd itu dijual dengan harga RM200 senaskhah dan boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh

Sementara itu, Muhyiddin menyaran rakyat di negara ini agar mengambil inisiatif mengenali Umno menerusi ucapan semua presidennya.

Beliau berkata, dengan cara itu rakyat pelbagai bangsa akan dapat memahami asas perjuangan sebenar Umno dalam membangunkan negara.

"Sesungguhnya ucapan Presiden Umno amat perlu diamati dengan teliti sebagai satu sumber rujukan kepada ahli parti dan rakyat Malaysia dalam usaha memahami proses pembinaan negara yang semakin terhakis selagi mana generasi muda tidak tahu dan tidak mengambil iktibar daripada peristiwa lalu," katanya.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selain ahli keluarga bekas Presiden Umno terdahulu.

Muhyiddin berkata, hanya selepas mengenali Umno barulah perasaan cinta yang mendalam terhadap parti itu akan lahir dan seterusnya timbul gerak hati untuk menabur bakti dan membalas budi dengan ikhlas.

"Bagi Umno yang meraikan ulang tahun penubuhan ke-63 tahun ini, tentulah tidak membawa apa-apa makna sekiranya kita sebagai ahli parti tidak berada dalam keadaan sentiasa membina dan membaja, mendidik dan memperkukuhkan parti untuk generasi seterusnya bagi memastikan Umno terus hidup dan relevan buat selama-lamanya," katanya.



Petikan Utusan Malaysia:


KUALA LUMPUR 12 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan buku Amanat Presiden UMNO 1946-2009 yang menghimpunkan ucapan dasar enam pemimpin terbabit ketika perhimpunan agung parti berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, penerbitan buku itu amat berguna kepada seluruh rakyat negara ini untuk memahami pemikiran, asas perjuangan dan dasar kepimpinan Presiden UMNO yang kebanyakannya telah menjadi Perdana Menteri.

''Langkah ini akan membolehkan rakyat lebih memahami antara satu sama lain dan seterusnya saling hormat menghormati dalam menjalani kehidupan selaras dengan semangat 1Malaysia.

''Melalui buku ini, kita juga dapat mengenal sejarah bangsa dan tanah air dengan lebih dekat," katanya.

Pelancaran buku yang diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn. Bhd. di sebuah hotel di sini turut dihadiri oleh isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mewakili bapanya Allahyarham Tun Hussein Onn, cucu tiga Presiden UMNO yang lain dan Ketua Pengarang Berita Publishing, Datuk A. Kadir Jasin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, penerbitan buku itu diharap dapat meluaskan lagi pemahaman rakyat tentang sejarah penubuhan dan perjuangan UMNO.

''Apabila kita sudah mengenali UMNO dengan lebih dekat menerusi ucapan Presidennya yang terdahulu, barulah perasaan cinta yang mendalam akan lahir.

''Ini akan mengerakkan hati setiap pembaca untuk menabur bakti, berkhidmat dan membalas budi dengan seikhlas-ikhlasnya," ujar beliau.

Muhyiddin juga berharap sebaran buku itu bukan hanya di kalangan ahli UMNO sahaja, tetapi lebih meluas lagi.

''Saya dapat bayangkan isi kandungannya juga dibaca, dikupas dan dijadikan rujukan, penyelidikan dan contoh ikutan di kalangan anak muda terutama di institusi pengajian tinggi," katanya.

Siri buku itu menghimpunkan ucapan enam Presiden UMNO iaitu Allahyarham Datuk Onn Jaafar (1946-1951), Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1951-1971), Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976), Hussein (1976-1981), Mahathir (1981-2003) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009).

Ucapan setiap Presiden dimuatkan dalam jilid tersendiri dan semua enam jilid dikumpulkan menjadi satu set yang dibungkus dalam kotak khas.

Buku yang dijual pada harga RM200 satu set dihasilkan dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Yayasan Kepimpinan Perdana.

Bertamadunkah kita 2?

Semalam saya berada di kelas sambil mengulangkaji di kelas. Saya mengingatkan murid saya yang 'bengkel' akan diadakan 30 Okt. Kata murid saya, "tahu cikgu. It was at fecebook"
Saya kata,"okay. cikgu pelik kenapa ramai antara awak suka sangat weird quiz like sex quiz etc"
Diorang kata,"saja nak tahu."Dan cerita tentang teori evolusi manusia bermula lagi. Mereka dapat syarahan free lagi.
Petangnya saya mengikut suami ke Bukit Bintang menemani pekerja di Sri Hartamas membeli Playstation. Saya pelik sebab macamlah tak de kerja lain nak dibuat? Tapi nak buat macam mana,dah si CCCCCCC tu minat sangat,lepas tu ke Hotel thah apa namanya untuk bertemu bapa saya. Bapa saya was at pelancaran buku amanat presiden umno,reading his seloka.Malangnya tak ada langsung seloka dia. Saya ada bertanyakan dia seloka bapa saya untuk dimuatkan di sini,tapi dia tak bawa turun ke lobi. (Sebab kat hotel tu,naik lif pun kena pakai kad kunci bilik hotel,jadi we meet at the lobi je la)

Sunday, October 11, 2009

Bertamadunkah kita?



Cikgu seksi, yang tentunya bukan saya.... hmmmmmm

Penggunaan teknologi seperti internet umpamanya sepatutnya membantu manusia menjadi 'insan' yang lebih baik. Banyak cara mudah untuk mendapatkan ilmu,biarlah tidak ada ilmu atau ijazah yang bergulung-gulung,janji kita rajin membaca dan mencari ilmu pengetahuan. Setiap kali kita belajar atau membaca,kita akan mendapat ganjaran pahala.. sama juga dengan blog etc.. facebook,twitter,namakan apa sahaja, kalau bahan yang disediakan,merupakan bahan ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain (The prinsip adalah berkongsi) saya percaya, (semoga ALLAH akan memberi ganjarannya)akan mendapat ganjarannya, baik dunia mahu pun akhirat...

Selalunya kalau saya ke facebook saya,kadang 2 headache juga.. student ada yang 'test' quiz yang bukan-bukan,di luar frame jangkaan kita terhadap remaja..adus.. such as 'sex quiz' at their age.. adus.. cuba juga bersikap terbuka (selalu diorang kata, cikgu ni tak sporting sebab tidak benarkan mereka bercakap atau berbincang pasal sex)Hari tu,sekumpulan student,bertanya saya, dalam buku ada 'sex scenes' tak? Macam mahu terbakar juga jiwa raga.. Akal yang tenang segera bertemu jawapannya...
saya bertanya, "monyet awak fikir ada pergi sekolah tak?"
"tak cikgu" muka masing-masing sudah pelik.
"ada mereka serching internet?"
"lagi la tak cikgu..."tergelak-gelak saja mereka. Agaknya pelik dengan jawapan cikgu.Apahal lah gamaknya cikgu ni?
"ada mereka belajar sains?"
Tidak berjawab,hanya ketawa.
"awak tahu,kenapa monyet boleh berevolusi beribu tahun juta lampau?"
Kali ini mereka tidak tertawa lagi,hanya tinggal senyum kambing.
"Itulah namanya fitrah sains. Tuhan telah ciptakan makhluknya dengan teori dan praktik sains secara tidak langsung. Bila tiba masanya,automatik kita akan tahu,jadi tak payah belajar pasal sex, tiba saatnya awak akan tahu.
"and some more,we're clever than monkeys,right?" Berderai ketawa mereka.
"No need to search,read about it... tiba saatnya awak akan tahu juga.. Sama macam datuk nenek kita dahulu,zaman paleolitik.. mereka berkembang sebab fitrah manusia. Bermula dengan Adam dan Hawa, itukan permulaan manusia.No internet, no book, no teacher tapi manusia terus berkembang.. betulkan?"
Mereka hanya ketawa sebab dapat ceramah free daripada cikgi.. he he

Saya tak tahu tentang banyak tentang agama lain, Islam menggariskan peraturan yang sangat halusi tentang hal ini,jadi mengapa lagi orang sibuk sangat mahu tulis dan bincangkan dalan novel,hatta dalam filem... cukuplah sekadar berkias-kias,orang akan faham...

Saturday, October 10, 2009

Selepas Fardhu Subuh
Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X) Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.

Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
(Berzikir 40X Setiap hari
selama 40 hari) Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya. Sebaik-baiknya selepas solat subuh.


Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ
(Berzikir 71X) Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.


Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
(Berzikir 99X) Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.


Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 62X) Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.


Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 99X) Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.


Selepas Fardhu Zohor
Ya-Samii’
ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ
(Membaca 100X) Barang siapa yang membaca “Ya-Samii” 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan solat zuhur, Allah akan makbulkan segala hajatnya.


Selepas Fardhu Maghrib
AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
(Berzikir 100X atau 40X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.


Ya-Mu’izz
ﺍﻟﻤﻌﺯ
(Menyebut 140X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat Barang siapa berzikir “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat maghrib tiap-tiap malam Jumaat atau Isnin, insyallah dirinya kelihatan hebat pada pandangan makhluk lain, seumpama hebatnya harimau di hati haiwan yang lain di hutan, dan tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah Taala.

Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(Berzikir 62X) Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataanya.
Selepas Fardhu Isyak


AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
(Berzikir 100X atau 40X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.


Ya-Mu’izz
ﺍﻟﻤﻌﺯ
(Menyebut 140X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat Barang siapa yang menyebut “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat isyak pada malam Isnin dan Jumaat, Allah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapa juga melainkan Allah.


Ya-Aakhir
ﺍﻻﺨﺮ
(Berzikir 100X) Barang siapa berzikir “Ya-Aakhir” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah hatinya bersih dan bertambah-tambah kebaikan pada akhir hayatnya.
Ya-Rasyiid
ﺍﻟﺮﺸﻴﺩ
(Berzikir 100X) Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Rasyiid” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah segala amalannya di terima.


Selepas Fardhu Jumaat
Ya-Allah-Ya-Haiyu
(Berzikir 100X
sebelum solat Jumaat) Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu” 100 kali pada setiap Hari Jumaat sebelum solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), di mudahkan baginya segala yang di tuntut dan di perjuangkan.


Ya-Dzaahir
ﺍﻇﺎﻫﺮ
(Membaca 15X) Barang siapa yang membaca “Ya-Dzaahir” 15 kali selepas solat Jumaat, insyallah cahaya (nur) Illahi akan menyinari hatinya.
Selepas Solat lima waktu

Ya-Allah
ﺍﷲ
(Berzikir 66X
setiap 66 hari) Barang siapa berzikir “Ya-Allah” 66 kali selama 66hari tiap-tiap lepas solat fardhu, insyallah dirinya memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang banyak dalam ilmu duniawi dan ukhrawi.


Ya-Rahmaan
ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ
(Berzikir 100X) Barang siapa berzikir “Ya-Rahmaan” 100 kali tiap-tiap hari setiap lepas solat fardhu, insyallah dirinya terhindar daripada sifat lupa dan lalai.


Ya-Rahmaan
ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ
(Berulang 100X) Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan” 100 kali setiap selepas solat fardhu dirinya akan memperoleh ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam dan memiliki hati yang bersih.


Ya-‘Aliim
ﺍﻟﻌﻟﻴﻡ
(Berzikir 100X) Barang siapa berzikir “Ya-‘Aliim” 100 kali setiap lepas solat fardhu lima waktu, insyallah dia akan mendapat ilmu makrifat, kasyaf ( ertinya terbuka hijab : nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata pada kedua-dua mata; misalnya diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. di perlihatkan Allah tentang jenazah Raja Najasyi yang bernama Asyahamah. Nabi (s.a.w.) pun solat ghaib ke atas raja itu ) dan memperoleh iman yang sempurna.


Ya-‘Adl
ﺍﻟﻌﺪﻝ
(Berzikir 104X) Barang siapa berzikir “Ya-‘Adl” 104 kali setiap lepas solat, insyallah dirinya masyhur banyak keadilan di lakukan lantas ramai yang tertarik kepadanya.


Ya-Haliim
ﺍﻟﺤﻟﻴﻡ
(Berzikir 88X) Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Haliim” 88 kali tiap-tiap lepas solat, insyallah pangkat atau kedudukannya berkekalan.


Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 100X) Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 100 kali setiap kali lepas solat fadhu lima waktu, insyallah dirinya menjadi orang yang soleh.


AR-RAHIIM
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ Barang siapa berzikir “Ya-Rahiim” 100 kali tiap-tiap hari, insyallah lembut hatinya dan kasih sayang kepada makhluk.


AL-MALIK
ﺍﻟﻤﻟﻚ Barang siapa berzikir “Ya-Malik” 121 kali setiap hari selepas waktu fajar atau ketika gelincir matahari, insyallah di bukakan pintu rezeki luas untuknya.


AL-QUDDUS
ﺍﻟﻗﺪﻮﺱ Barang siapa berzikir “Ya-Quddus” 100 kali setiap hari, dirinya terlepas daripada segala kebimbangan dan kecemasan.


AS-SALAAM
ﺍﻟﺴﻼﻢ Barang siapa yang mengulangi menyebut “Yaa-Salaam” 160 kali di tujukan kepada orang yang sedang sakit maka insyallah dapat menolong pesakit itu sembuh.

Barang siapa membaca Salaam Mualaika Aiyuhan Nabiyu Warrah-matullah hiwabarakatuh 100 kali setiap hari, insyallah dirinya mudah menghadapi sakratulmaut (kesukaran mengahadapi ajal yang akan berpisah dari badan) dan mudah pula baginya melakukan segala pekerjaan. Barang siapa membaca “Salaamun Kau Lamin-Rabbir-Rahim” 28 kali setiap hari pada musim (wabak) penyakit melanda, insyallah dirinya terselamat daripada penyakit itu.


AL-MUKMIN
ﺍﻟﻤﺆﻤﻦ Barang siapa mengulangi menyebut “Ya-Mukmin” insyallah dirinya terselamat daripada sebarang bencana. Barang siapa berzikir “Ya-Mukmin” insyallah bertambah-tambah imannya.


AL-JABBAAR
ﺍﻟﺟﺑﺎﺮ Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Jabbaar”, insyallah dirinya terpelihara daripada membuat sesuatu yang bertentangan dengan larangan Allah dan terselemat daripada kejahatan, kekerasan, kesulitan atau paksaan.


AL-MUTAKABBIR ﺍﻟﻤﺗﻛﺑﺮ Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Mutakabbir” sebelum menyetubuhi isterinya, insyallah dirinya di kurniakan anak yang sihat dan soleh.


AL-BAARI
ﺍﻟﺑﺎﺮﻯ Barang siapa berzikir “ Ya-Baari’ ” 100 kali siang dan malam, selama tujuh hari berturut-turut, insyallah dirinya selamat daripada kebinasaan dan dia tidak berasa takut ketika dalam kuburnya kelak. Barang siapa berzikir “ Ya-Baari’ “ 100 kali pada setiap malam hari selama tujuh malam berturut-turut, insyallah sembuh segala penyakit di hidapinya.


AL-GHAFFAAR
ﺍﻟﻐﻔﺎﺮ Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Ghaffaar” akan di ampuni Allah SWT segala dosanya. Barang siapa inginkan kemewahan harta, anak dan di beri rezeki yang berkat, maka hendaklah di lazimkan membaca “Astaghfirullah Innahu Kana Ghaffaaran” sebanyak 70 kali setiap hari, insyallah di kabulkan segala keinginannya”.


AL-WAHHAAB ﺍﻟﻭﻫﺎﺏ Barang siapa yang menyebut berulangan “Ya-Wahhaab” sebanyak 7 kali semasa memohon sesuatu daripada Allah, permohonannya dimakbulkan.


AR-RAZZAAQ ﺍﻟﺮﺯﺍﻕ Barang siapa berzikir “Ya-Razzaaq” 20 kali selama 20hari berturut-turut, di lakukan pada awal pagi sebelum makan dan minum, insyallah dia di beri kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara (ilmu). Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-Razzaaq” maka Allah akan membantu usahanya agar berjalan lancar.


AL-‘ALIIM
ﺍﻟﻌﻟﻴﻡ Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-‘Aliim”, insyallah hatinya akan di sinari cahaya nur yang suci.


AL-QAABIDH
ﺍﻟﻗﺎﺑﺽ Barang siapa berzikir “Ya-Qaabidh” 100 kali setiap malam Jumaat, insyallah bertambah hampir hatinya kepada Allah.

Zikir setiap hari


AL-BAASIT
ﺍﻟﺑﺎﺳﻁ Barang siapa menyebut “Ya-Baasit” 10 kali pada waktu fajar dengan menadah tangan, kemudian menyapu ke mukanya maka dia dapat berdikari ( tanpa bergantung kepada orang lain ).


AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ “ 70 kali setiap hari atau malam, insyallah dirinya terselamat daripada orang zalim dan pencuri.


AL-MUDZILL
ﺍﻟﻤﺬﻝ Barang siapa yang menyebut “Ya-Mudzill” 75 kali, insyallah dirinya di jauhkan daripada bencana dan orang yang ingin membinasakannya.


AL-‘AZIIM
ﺍﻟﻌﻅﻴﻢ Barang siapa yang membaca berulang kali, insyallah dirinya di muliakan.


AL-GHAFUUR
ﺍﻟﻐﻓﻭﺭ Barang siapa yang menghidap pening kepala, demam dan berputus asa lalu di baca berulang kali “Ya-Ghafuur” insyallah sembuh penyakitnya. Barang siapa yang mengamalkan sebanyak mungkin setiap hari, insyallah doa dan permohonannya di kabulkan.


AS-SYAKUUR
ﺍﻟﺷﻛﻭﺭ Barang siapa yang menghidap sesak nafas, lelah (penat) badan atau daif matanya lalu menulis “Ya-Syakuur” 40 kali dan di hapuskan dengan air lalu di sapukan ke badan atau matanya dan juga di minum, insyallah dia mendapat berkat daripadanya. Barang siapa yang susah hati lalu membaca “Ya-Syakuur” 41 kali dan menghembuskan nafas ke dalam segelas air kemudian membasuh mukanya dengan air itu, insyallah hatinya akan terang dan dia akan dapat menguasai dirinya.


AL-KABIIR
ﺍﻟﻜﺑﻴﺭ Barang siapa yang membaca “Ya-Khabiir” 100 kali setiap hari, insyallah akan beroleh penghormatan.


AL-HAFIIZ
ﺍﻟﺤﻔﻴﻅ Barang siapa yang membaca “Ya-Hafiiz” 16 kali setiap hari akan di jauhi Allah daripada sebarang kecelakaan. Apabila seseorang ditimpa bahaya atau berada di hutan belantara bacalah “Ya-Hafiiz” 99 kali, dirinya selamat daripada bahaya binatang buas berkat penjagaan Allah SWT.


AL-MUQIIT
ﺍﻟﻤﻘﻴﺖ Barang siapa yang membaca “Ya-Muqiit” berulang kali dalam segelas air lalu di beri minum kepada anak yang nakal, insyallah perangai anak itu akan bertukar baik.


AL-HASIIB
ﺍﻟﺤﺴﻴﺐ Barang siapa berzikir (mulai hari Khamis) “Ya-Hasiib” 77 kali selama tujuh hari dan pada awal pagi sebelum terbit matahari dan selepas waktu maghrib, insyallah dirinya di amankan daripada segala yang di takutinya.


AL-KARIIM
ﺍﻟﻛﺭﻴﻡ Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Kariim”, insyallah dia mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.



AR-RAQIIB
ﺍﻟﺭﻗﻴﺐ Barang siapa yang membaca “Ya-Raqiib” 7 kali, keluarga dan harta bendanya akan di jaga oleh Allah SWT. Barang siapa berzikir “Ya-Raqiib” 50 kali dengan niat meminta di pelihara daripada kejahatan yang tersembunyi, insyallah dirinya terpelihara. Barang siapa takut isterinya keguguran maka bacalah “Ya-Raqiib” 7 kali insyallah janin (bayi) di dalam kandungan itu tiada gugur.


AL-MUJIIB
ﺍﻟﻤﺟﻴﺐ Barang siapa yang membaca “Ya-Mujiib” berulang kali dan memohon sesuatu daripadanya, nescaya akan di terima Allah SWT. Barang siapa berzikir “Ya-Mujiib” 55 kali lalu berdoa terutama ketika terbit matahari, insyallah di kabulkan doanya.


AL-HAKIIM
ﺍﻟﺤﻛﻴﻡ Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Hakiim” tanpa henti-henti dari semasa ke semasa, insyallah dirinya tidak akan menemui kesulitan dalam setiap pekerjaannya.

AL-MAJIID
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ Barang siapa yang menyebut “Ya-Majiid” berulang kali, Allah akan menerangi jiwanya.


AL-BAA’ITS
ﺍﻟﺑﺎﻋﺙ Barang siapa yang membaca “Ya-Baa’its” berulang kali, nescaya dirinya berasa takut kepada kekuasaan Allah SWT. Barang siapa berzikir “Ya-Baa’its” 100 kali ketika hendak tidur lalu melekapkan tangan di atas dadanya insyallah di terangkan hatinya dan di beri ilmu dan hikmat.


AS-SYAHIID
ﺍﻟﺷﻬﻴﺪ Barang siapa mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibubapa, apabila membaca “Ya-Syahiid” berulang kali kepada anaknya, insyallah anak itu akan menurut perintah.


AL-HAQQ
ﺍﻟﺤﻕ Barang siapa yang hilang sesuatu lalu menyebut “Ya-Haqq” berulang kali, insyallah akan di temui semula barangnya yang hilang itu. Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Haqq” pada tiap-tiap malam insyallah di tetapkan hatinya berbuat taat.


AL-WAKIIL
ﺍﻟﻭﻜﻴﻝ Barang siapa takut angin kencang (ribut), petir dan seumpamanya, amalkan membaca “Ya-Wakiil” sebanyak mungkin, insyallah dirinya terhindar daripada bahaya tersebut. Barang siapa berzikir “Ya-Wakiil” 66 kali hingga 1000 kali pada setiap hari atau malam, insyallah di bukakan baginya segala pintu kebaikan dan rezeki.


AL-MATIIN
ﺍﻟﻤﺗﻴﻦ Barang siapa berzikir “Ya-Matiin” 10 kali keatas anak-anak kecil lelaki atau perempuan, insyallah mereka terpelihara daripada kejahatan zina. Barang siapa yang menghadapi kesusahan lalu menyebut “Ya-Matiin” berulang kali, insyallah kesusahan yang di alaminya itu akan terhapus.


AL-WALIY
ﺍﻟﻭﻟﻲ Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya-Waliy”, insyallah dirinya berkemungkinan menjadi waliyyullah (orang yang menjadi kekasih Allah).


AL-HAMIID
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ Barang siapa yang menyebut “Ya-Hamiid” berulang kali insyallah dirinya akan di kasihi dan di hormati.


AL-MUBDI’
ﺍﻟﻤﺒﺪﻯ Barang siapa yang membaca “ Ya-Mubdi’ ” sambil menghembuskan nafas ke arah perempuan mengandung yang takutkan keguguran, insyallah dia akan terhindar daripada bahaya tersebut. Barang siapa membanyakkan berzikir “ Ya-Mubdi’ ” setiap hari siang dan malam dengan tiada terhitung banyaknya selama sebulan, insyallah hartanya di banyakkan dengan tiada terkira jumlahnya.


AL-MU’IID
ﺍﻟﻤﻌﻴﺪ Barang siapa yang membaca “Ya-Mu’iid” 70 kali di tujukan untuk seorang yang berjauhan dengan keluarganya, insyallah orang itu akan pulang dengan selamat.

AL-MUHYI
ﺍﻟﻤﺤﻲ Barang siapa yang menanggung beban yang berat lalu membaca “Ya-Muhyi” 7 kali setiap hari, insyallah bebannya akan di ringankan atau terhapus sama sekali.

AL-HAYY
ﺍﻟﺤﻲ Barang siapa yang berulang kali membaca “Ya-Hayy”, insyallah di panjangkan umurnya. Barang siapa memperbanyakkan zikir “Ya-Hayy”, Allah berkenan memberikan penerang hati dengan cahaya tauhid dan iman, sehinggakan si pengamalnya selamat daripada sifat munafik, syirik, dengki, bongkak, dendam dan lain-lain sifat seumpamanya.

AL-QAYYUUM
ﺍﻟﻗﻴﻭﻡ Barang siapa yang membaca “Ya-Qayyuum” berulang kali, insyallah dirinya tidak akan menjadi lalai. Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Qayyuum”, insyallah di hilangkan daripadanya tabiat tidur yang keterlaluan atau lalai.

AL-WAAHID
ﺍﻟﻭﺍﺤﺪ Barang siapa yang membaca “Ya-Waahid” berulang kali ketika keseorangan dan di tempat yang sunyi, insyallah dirinya terselamat daripada perasaan takut dan khayalan.


AS-SAMAD
ﺍﻟﺻﻤﺪ Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 125 kali waktu sahur, insyallah zahir kebenaran pada hatinya. Barang siapa berzikir “Ya-Samad” 150 kali tiap-tiap hari, insyallah kuat kehendaknya dan di tolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit dan kelaparan. Barang siapa yang membiasakan berzikir “Ya-Samad” dan secara kebetulan dia kehilangan sesuatu barang, insyallah barang yang hilang itu akan di perolehi kembali.


AL-QAADIR
ﺍﻟﻗﺎﺪﺮ Barang siapa yang lazim membaca “Ya-Qaadir” berulang kali, insyallah semua permintaannya akan di terima Allah.

AL-MUQTADIR
ﺍﻟﻤﻗﺘﺪﺮ Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Muqtadir” 100 kali setiap ketika bangun tidur, insyallah dirinya dalam inayah dan petunjuk Allah Taala SWT.


AL-MUAKHKHIR ﺍﻟﻤﯘﺨﺮ Barang siapa membaca “Al-Muakhkhir” 100 kali dalam hatinya setiap hari, dirinya hanya menaruh cinta kepada Allah. Dia tidak akan di ganggu oleh perasaan yang lain.

AL-AWWAL
ﺍﻷﻭﻝ Barang siapa memperbanyakkan berzikir “Ya-Awwal” ketika memulai tiap-tiap pekerjaan, insyallah pekerjaan yang di lakukannya mencapai kesempurnaan.

AL-AAKHIR
ﺍﻻﺨﺮ Barang siapa membaca “Ya-Aakhir” berulang kali, insyallah dirinya akan memperoleh kehidupan yang baik. Pada akhir penghidupan, dia akan menemui maut dengan keadaan yang baik juga.


AL-BAATIN
ﺍﻟﺑﺎﻄﻦ Barang siapa yang membaca “Ya-Baatin” 3 kali setiap hari, insyallah dirinya akan dapat melihat kebenaran sesuatu perkara. Barang siapa berzikir “Ya-Baatin” 33 kali tiap-tiap hari, insyallah dirinya di jadikan daripada golongan ahli yakin.


AL-WAALI
ﺍﻟﻭﺍﻟﻲ Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-Waali” ketika takut bahaya atau petir, insyallah dirinya berasa aman.


AL-BARR
ﺍﻟﺑﺮ Barang siapa yang membaca “Ya-Barr” berulang kali kepada anaknya, insyallah dirinya akan terlepas daripada sebarang kecelakaan. Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-Barr”, insyallah berhasil baginya kebaikan yang besar.


AT-TAWWAAB ﺍﻟﺘﻭﺍﺏ Barang siapa membaca “Ya-Tawwaab” berulang kali, nescaya taubatnya di terima Allah SWT. Sesiapa yang membanyakkan membaca “Ya-Tawwaab”, nescaya di permudahkan baginya jalan kembali yang benar dan di redhai Allah SWT.


AL-‘AFUWW
ﺍﻟﻌﻔﻭ Barang siapa yang membaca “Ya-‘Afuww” berulang kali, nescaya semua dosanya di ampunkan oleh Allah SWT. Barang siapa membanyakkan berzikir “Ya-‘Afuww” 156 kali atau lebih tiap-tiap hari siang atau malam, insyallah di bukakan baginya pintu kemaafan dan keampunan.


MAALIKUL-MULK
ﺍﻟﻤﻟﻚ ﻤﻟﻚ Barang siapa membaca “Ya-Maalikul-Mulk” berulang kali, insyallah dirinya akan mendapat penghormatan daripada orang ramai.


AR-RAAUUF
ﺍﻟﺮﺀﻭﻑ Barang siapa berzikir “Ya-Raauuf” 10 kali ketika marah atau di marahi orang ataupun berada di sisi orang marah lalu membaca selawat “Allahumas Sali-aala-Muhammad” 10 kali, insyallah di hilangkan perasaan marahnya atau kemarahan orang lain. Barang siapa yang banyak berzikir “Ya-Raauuff” setiap hari pada waktu siang dan malam, insyallah sesiapa sahaja yang melihat mukanya akan menaruh simpati dan mereka bersedia memberikan pertolongan. Zikir ini amat berguna bagi semua peringkat masyarakat golongan manusia yang mencari keredaah Allah di muka bumi ini.


AL-JAAMI’
ﺍﻟﺠﺎﻤﻊ Barang siapa kehilangan sesuatu, maka hendaklah dia berzikir “ Ya-Jaami’ ” sebanyak-banyaknya, insyallah di kembalikan atau di gantikan sesuatu yang hilang itu dengan segera. Bagi ibubapa yang kehilangan anak, sama ada lari dari rumah atau merantau tanpa pengetahuannya (ibubapa), jika ibubapa itu membaca “ Ya-Jaami’ ” sebanyak mungkin, nescaya anaknya akan pulang semula ke pangkuannya berkat pertolongan Allah SWT.


AL-MUGHNI
ﺍﻟﻤﻐﻧﻰ Barang siapa yang membaca “Ya-Mughni” 10 kali selama 10 kali Jumaat, insyallah dirinya akan beroleh rezeki yang cukup. Barang siapa berzikir “Ya-Mughni” dalam hatinya ketika hendak berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyallah kian mendalam kasih isterinya.

AD-DHAAR
ﺍﻟﺿﺎﺮ Barang siapa yang tergolong dalam golongan bawahan, jika mereka membaca “Ya-Dhaar” berulang kali pada malam Jumaat, darjatnya ditinggikan oleh Allah SWT. Barang siapa berzikir “Ya-Dhaar” 100 kali tiap-tiap malam Jumaat, insyallah dirinya di hampirkan kepada rahmat Allah SWT.


AL-NAAFI’
ﺍﻟﻧﺎﻔﻊ Barang siapa membaca “ Ya-Naafi’ ” selama empat hari beberapa banyak yang boleh, insyallah dirinya tidak akan di timpa bencana. Barang siapa (suami) berzikir “ Ya-Naafi’ ” dalam hati ketika berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyallah bertambah kasih isterinya dengan mendalam dan di berikan Allah anak yang soleh. Sesiapa yang berdukacita dan di jangkiti penyakit, cubalah amalkan membaca “ Ya-Naafi’ ”, insyallah perasaan dukacita akan segera hilang dan jika sakit akan segera sembuh.


AN-NUUR
ﺍﻟﻧﻮﺮ Barang siapa membaca “Ya-Nuur” berulang kali akan mendapat cahaya Illahi dalam dirinya. Barang siapa berzikir “Ya-Nuur” tiap-tiap hari, siang atau malam, insyallah di terangkan hati dan anggotanya.


AL-BAAQI
ﺍﻟﺑﺎﻗﻰ Barang siapa yang membaca “Ya-Baaqi” 100 kali sebelum matahari terbit, insyallah dirinya terhindar daripada sebarang bencana sepanjang hayat dan akan kekal beroleh keampunan di akhirat kelak. Barang siapa berzikir “Ya-Baaqi” sebanyak yang termampu pada setiap pagi dan petang, siang atau malam, insyallah kedudukannya (pangkat) tidak tergugat dan jika dia sebagai usahawan, perniagaannya tidak mudah bankrap. Dan banyak lagi khasiat yang tidak terkira oleh manusia.



AL-WAARIS
ﺍﻟﻮﺍﺮﻴﺚ Barang siapa membaca “Ya-Waaris”, insyallah umurnya panjang. Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Waaris” 100 kali sebelum terbit matahari tiap-tiap hari, insyallah tiada sesuatu pun yang dapat memberi mudarat pada jasadnya (anggotanya).


AS-SABUUR
ﺍﻟﺼﺑﻮﺮ Barang siapa berzikir “Ya-Sabuur” 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum terbit matahari, insyallah dirinya terhindar daripada bala pada hari itu.

Mukjizatnya Azan

Saya menerima e-mel ini daripada Aznishah,kawan saya sudah agak lama, tepai memandangkan e-mel itu jarang saya buka (banyak e-mel sangat dan tidak digunakan)saya ter-miss banyak perkara-perkara baik... Artikel via e-mel.



Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kepada saudaraku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

Wednesday, October 7, 2009

Nostalgia...

Semasa mahu ke kereta dan pulang ke rumah,seorang murid saya bertanya,"cikgu,cikgu tulis novel tu kisah cikgu sendiri?"
"tidak..hanya rekaan sahaja. Kenapa?"
"saya ingatkan kisah cinta cikgu.."
saya hanya tergelak... yang dia tidak tahu,kisah saya lebih tragik daripada cerita novel.. satu hari,kalau diizinkan Allah,mana tahu saya akan tulis juga..sebab ceritanya lain daripada yang lain... sayakan daripada spesies yang lain.. he he.. he he.. yang diharapkan magis tapi yang berlaku adalah tragis... tapi saya bertuah (truly very lucky) hidup dengan penuh keajaiban dengan semua yang berada di sekeliling saya... sila klik novel untuk mengetahui cerita nostalgia saya..

Monday, October 5, 2009

Subhanallah

Ketika membaca artikel di bawah di ruangan Berita Harian tengah hari tadi,terasa bagai mengeletar tubuh saya. SUBHANALLAH! Besarnya KEAGUNGANMU YA ALLAH! ALLAH telah menujukkan jalan kepada kita,manusia akan menginsafi sekaligus membuktikan kebenaran Alam Barzakh dan Hari Akhirat. Sesalan saya cuma,kita tidak dapat mengetahui apakah amalan baik yang dilakukan oleh 'hamba ALLAH' yang bertuah ini sehingga ALLAH melindunginya dengan begitu sekali. Saya pernah mendengar cerita mama saya ketika mengerjakan umrah dahulu,cerita mama,pernah satu ketika ketika proses membaik pulih perkuburan Baqi di Makkah dilakukan dahulu,satu jentolak terkena sedikit jenazah yang dikuburkan di sana dan terkeluar darah daripada jenazah tersebut. SUBHANALLAH!Berita ini tidak mengejutkan saya memandangkan kawasan perkuburan tersebut terdiri daripada hamba ALLAH yang mati Syahid.

Mengenangkan jenazah seperti yang diceritakan oleh pengorek/penggali kubur ini,terasa sayu dalam hati... apakah ALLAH mengampunkan dosa-dosa saya!



Mayat 30 tahun ditemui tak reput
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
Jenazah misteri kejutkan tiga penggali kubur

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.

Berkongsi Ilmu

Saya petik petikan daripada e-mel yang dikirimkan daripada kawan saya,Aznisyah... saya percaya,ini adalah ilmu yang terulung... sebagai saudara seislam..


Assalamualaikum wbkt.

Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa... AMIN

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu' & tawadu' dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin.

Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.

Allahu 'alam

Assalamualaikum,

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmanni rrahim'

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (iany a wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 'Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika Saya (Rasulullah SAW) israk kelangit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padangsahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas dari timur hingga kebarat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

'Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, AlLahus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersa ma :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wassalam .


********************

Buat renongan kita bersama.



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada
tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan
kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.




Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu
ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan kamu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Sunday, October 4, 2009

Masih beraya

Pagi tadi kata cik abang saya,mahu beraya ke rumah kawannya. Tengah hari pula adik2nya mengajak ke rumah Mak Tam (auntie sebelah suami)jadi,hatinya berbelah pagi, sebab kawan yang menjemputnya pun sudah agak lama tidak bersua. Kami bertemu agaknya semasa saya dan suami berkahwin dahulu,pada tahun 2000.Kawannya ini merupakan junior merangkap kawan serumahnya di UK dulu. Maklum sajalah,di ibu kota,kalau tidak dijemput,kita pun tidaklah rasa selesa mahu meredah ke rumah orang. Hari minggu hari keluarga,orang pun mahu berehat dan mungkin mahu keluar bersama-sama keluarga. Kalau mahu bertemu kawan2,inilah masanya, apabila dijemput ke rumah. Bermakna,tian rumah benar2 mahu dan bersedia kita bertamu ke rumah... a.k.a hati kita pun tidaklah rasa bersalah meredah ke rumah orang..

Saya sendiri pun tidak gemar ke rumah orang,ialah, terasa bagai mengganggu pulak... individu yang berkerjaya hari minggu hatta sabtu sekali pun adalah hari keluarga, takkanlah kita nak menyibuk mengganggu pulak.. tahulah,ada orang setiap hari balik jauh2 malam terutamanya golongan bapa... hari2 macam ni,anak mereka bebas bersama bapa mereka... kalau menerima tetamu saya tak kisah,tapi lebih baiklah kalau beritahu dahulu..bukannya apa,bolehlah masak special sikit..kadang -kadang tu nasib tak baik,tak ada langsung bahan mentah untuk dimasak di rumah,apatah lagi semua bahan daging,ayam,udang,dinasour semuanya masih keras dalam freezer... macam mana..malulah kalau orang datang bertamu menjamu biskut dan air je...

Saya sendiri pagi2 bertamu ke one utama,menyaksikan filem 'Tsunami' filem Korea... separuh banjir juga di pawagam nombor 7 tu... lebih sentimentel daripada filem inggeris... lebih banyak moral values... apabila tamat movie dan ke ladies room,terjumpa seorang gadis Cina yang saya perasan daripada movie yang sama.. Saya beratur di belakangnya,apabila dia berpaling,saya terperasaankan kelopak matanya yang basah.Jadi saya pun menegurnya..

"You watch Tsunami right?"
"Yes."
"Yes,I tght I 'm the only one who cry... Feeling like stupid crying in the movie",saya menyambung...
"That's okay.. the filem is so touchhy." Saya mengangguk-angguk.. memang pun.. kalau tak berapa toughhy pun saya menangis jugak... dah memang 'heroin menangis'.. kalau jadi pelakon sure ramai produser sayangkan saya... dalam 2 saat,saya boleh menangis kalau diminta menangis... tak susah... kata kawan saya,bagaimana saya senang ketawa,begitulah dengan airmata saya...

Bermakna,saya ni normal la bila menangis dalam panggung sebab mungkin ramai lagi makcik2 yang terlebih air mata,silap2 tertelan air hingus sendiri...

Bila balik ke rumah,petangnya suami menelefon,meminta saya menyiapkan diri. Saya bertanya balik,ke mana kita?... sebab kalau mahu ke rumah auntie,saya akan pakai baju kurung sahaja... uncle tu orang tablig,seganlah kalau berbaju dan berjeans... Katanya mahu ke rumah auntie...

Dalam kereta dia menukar fikiran pulak... alamak..rasa semacam je ke rumah orang memakai baju kurung,lainlah kalau ada kenduri kahwin...

Saturday, October 3, 2009

Senyum dalam kelat..



Kartun: Kartunis Ubi


Hari ini wajah seorang guru diuji lagi... aduss... terpaksa menghadiri ladap (latihan dalam perkhidmatan) yang diwajibkan oleh kementerian dengan senyuman di wajah tapi luka bagai tersusuk sembilu di hati a.k.a senyuman dalam tangisan.. Hari sabtu sepatutnya hari untuk keluarga... apatah lagi masih merayakan hari Raya,ada banyak rumah terbuka kawan-kawan untuk dihadiri.Pelik juga,takkanlah mereka (entahlah siapa yang bertanggungjawab )yang memilih tarikh keramat ini tak perasan (tak elert) tarikh-tarikh atau situasi perayaan yang masih berbara lagi... Tajuknya :team builing or team work..

Tidaklah mahu bersikap negatif,tapi kalau dilihat semula kepada struktur sekolah,institusi inilah satu-satunya struktur dalam kerajaan yang tidak boleh dinafikan terdapat kekuatan besar dalam pembinaan team work/building (tak kiralah apa tajuknya).Tanpa team work,institusi ini sudah lama punah dan tidak berfungsi (like dead katak or dead kucing kena langgar kereta di tepi jalan,betulkan?)Apakah sekolah yang agak berjaya, we got sekolah cemerlang 2008 kategori bandar okay... jadi persoalan bagaimana kuatnya team work kami bukanlah satu persoalan lagi... kami memang berjaya mengwujudkan satu budaya kerja yang tidak boleh disangkalkan lagi...

Jadi,pada saya,aktiviti permainan yang dilakukan hari ini (it's fun actually) tapi malangnya terasa bagai tidak diperlukan bagi membuktikan adanya team building atau team work atau mengajar kami bagaimana mahu bekerjasama antara teman-teman sekerja... pelik tapi benar... situasi berlaku bagai mengajar itik berenang.. itik sudah pun memang pingat olimpik tapi sengaja dilepaskan di tepi kolam dan membiarkan mereka berenang-renang bersuka-suka padahal masing-masing sedang memikirkan suami,anak-anak untuk meraikan Syawal yang masih tersisa...paling tidak,masih mahu bersama buah hati meraikan syawal... adus! apalah daya,sang mentimun terpaksa juga tersenyum apabila digodek dengan durian,maklumlah durian kat ada 'power' menggolek sang mentimun...

Sekali lagi pada minggu depan,kami terpaksa menghadiri sekali lagi Ladap, something to do about communication skill..alamak... tiga tahun saya belajar dalam jurusan mass com, tak cukup lagikah? dan berbelas tahun berpengalaman mengajar... agaknya tidak cukup skill komunikasilah sampai perlu sekali lagi berkerut dahi mengadap Ladap... dan perlu practise senyum daripada malam ini supaya bila tiba hari sabtu dean,taklah nampak macam berpura-pura...