Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Wednesday, December 28, 2011

Bercuti @ Balik kampung.... yang mana satu

   Kalau ditanya kepada saya, bercuti atau balik kampung, mana satu pilihan saya? Pada saya, balik kampung sama juga maknanya dengan bercuti. Di Langkawi, percutian yang diperlukan oleh orang lain, jadi saya boleh lepak lama-lama di sini!

  Saya kalau balik kampung, tidak sah sehari atau dua sahaja! Mesti lama-lama! Sampaikan badan naik sekilo dua, baru sah!

   Pagi-pagi, kami akan disambut dengan kokokan ayam gajah (memang namanya ayam gajah, bersaiz lebih besar, lebih tinggi daripada ayam biasa) Lebih 'handsome' daripada bapa ayam kampung. Kalau yang betina, lebih 'lawa' sebab lebih tinggi daripada saiz dan ukuran ayam kampung, apatah lagi kalau dibandingkan dengan 'ayam bandar' yang lebih rendah dan 'gemuk'.

   Kebiasaannya, kalau pagi-pagi, saya akan menyapu di halaman rumah. Banyak daun-daun kering yang berguguran. (menginsafkan kita yang satu hari nanti, kita juga akan gugur) Pada musim-musim angin yang kuat ini (kata arwah nenek saya, musim angin Timur, entah bagaimana mereka tahu, angin Timur yang datang: logiknya sebab angin mara dari arah Timur seperti Jepun, China dan sebagainya) panas, kering dan ada masanya agak sejuk dan dingin walaupun pada sebelah tengah hari di mana matahari kuat memancar! Lepas tu, menjadi sarapan pagi! Kalau rajin, menggoreng sesuatu. Kalau malas sikit, boleh terus ke pasar dan bersarapan di sana.

    Andai di Langkawi, saya gemar ke pasar. Setiap hari atau sekurangnya dua hari sekali. Saya suka mendapatkan ikan yang segar terus daripada pasar (kata orang Kedar: merket) Makanan laut yanbg segar memang best! Harganya sedikit mahal (lebih kurang di sini juga, ikan kembung pun sekilo RM 8 atau RM 9, cuma perbezaan besarnya, ikannya masih segar!) Masih ada mata birunya, atau hijaunya! Kalau makan ketam tu, masih rasa 'bagai ketam' bukan sekadar kulit ketam yang tak ada nilai rasanya lagi!

   Selepas balik dari pasar, menyediakan makan tengah hari. Jarang juga kami keluar. Andai mahu keluar pun, tunggulah petang-petang sedikit sebab cuaca di Langkawi, agak panas! Itu kata saya. Kebetulan, berkesempatan bertemu Erwan, yang pulang bercuti dari Sudan, di sana, katanya, lagi Panas! Aduhai!

    Tiga kali ke Kampung Buku atau Lubuk Sembilang.. sekadar mandi manda menyejukkan tubuh yang kepanasan. Air sungai berkurangan kerana tiada hujan langsung di Langkawi. Andai ada hujan pun, sekadar 10 minit, sekadar cukup menyejukkan tumbuhan yang mulai kekeringan. Jadi ke sungai dengan paras air yang tidak begitu 'enek'.. tidaklah begitu menyeronokan!

   Projek yang paling penting, adalah lawatan ke LIMA. Kali kedua lawatan sebenarnya. Kali pertama, entah, barangkali tahun 1993, LIMA kali pertama dahulu! Seronok dan kepanasan: lemas dalam lawatan orang yang ramai! Satu pengalaman baru. anda boleh lhat gambar2 LIMA dalam Facebook saya!

    Berkesempatan ke Taman Buaya, sebenarnya sudah berbelas tahun tidak singgah ke sana... lama sangat dah! Pada masa itu, anak buah sulung saya baru berusia 3 bulan (sekarang 18 tahun) Saya masih igat, adik perempuan saya (masa tu saya masih single) pad masa itu asyik mengulang ayat yang sama, "Jaga kak, Faiz tu." Sebab masa itu saya yang mendukung dia dalam genggaman saya, melalui jambatan yang mengandungi berpuluh ekor buaya di dalamnya! He he he.. alasan biasa untuk dirisaukan oleh seorang ibu!

   Tempat kemestian saya, Buffalo's Farm. Saya suka minum susu kerbau. Menikmati daging kerbau lain rasanya dengan daging lembu. Dagingnya lebih kenyal dan sedap! Dahulu, di ladang ini, kita boleh membeli daging (stek) dan sebagainya dan boleh disediakan di rumah. Sekarang ini, daging tidak dijual lagi! Mahu atau tidak, terpaksalah makan tengah hari di sana! Stek yang sedap! Memang Yummy! Dahulu sering dilaporkan, stek di sana mengambil masa yang lama untuk disediakan! Sekarang tidak lagi! Saya hanya menunggu dalam 15 minit (masa biasa untuk masak stek)! Syabas, Buffalo's Farm. Sudah ada perubahan besar dalam perkhidmatan!

   Saya juga menikmati keindahan di Kabel Car. Sebenarnya tidak lagi menaiki kereta kabel (sudah banyak kali sangat) Kami bersiar-siar di Taman Rusa dan Taman Arnab (menikmati jeritan saya yang 'geli' dengan binatang-binatang ini) Memberi makan rusa satu kereronokan bagi orang yang tidak 'geli' apabila rusa mengambil makanan daripada tapak tangan anda! Tetapi tidak kepada saya! Bayaran masuk hanya satu ringgit dan anda diberi makanan (sebungkus untuk setiap orang) Bermakna, tiket masuk ke Taman Rusa hanya sekadar membeli makanan untuk si rusa-rusa!   Di Taman arnab pula, masuk adalah percuma, cuma jika anda mahu memberi makanan, bolehlah dapatkan lobak merh yang dijual di gerai bersebelahan dengan taman tersebut! Dan sekali lagi, saya menjerit kegelian apabila arnab yang kelaparan masih mengekori anda untuk mendapatkan makanan, meskipun, anda tidak memegang makanan langsung!

    Di sana anda juga boleh menikmati kayuhan sampan atau skuter air di dalam tasik di sana! Memang seronok, apatah lagi, anda akan dapat berpeluang memberi makan ikan! Banyak sekali ikan emas (Japanese Kap) dalam tasik. Berwarna-warni, pelbagai saiz!

    Di Langkawi, jangan lupa dapatkan BAULU PANAS  di BAYAS. Memang sedap dan original. Baulu yang dimasak tanpa menggunakan serbuk penaik. Di KL ni, saya dapati kebanyakan baulu dicampur serbuk penaik (sebab nak untung lebih, baulu kembang dan kosong rasanya) . Baulu Langkawi dalam bentuk dan rasa asli. Sedap! Mengenyangkan! Tidak manis giler! Rasanya yang cukup-cukup manis sahaja! Tempatnya, sebelah jalan di kiri terdapat pusat jualan gamat (seberang jalan terdapat kedai pakaian, dan di sebelahnya menjual baulu dan ikan bilis)

      Berkesempatan ke Chenang dan bertemu kawan lama, Hasnita dan keluaganya. Kali terakhir bertemu, tingkatan 5. Lama sungguh tidak bertemu! Dia masih comel macam selalu dibanding saya yang bertambah bertan-tan nampaknya sebab masa sekolah, saiz saya hanya super s (XX S) he he he...

    Makan-makan di Wan Tai Restaurant (antara temat terbaik untuk amkan-makan / Dine at Langkawi).. pasti, looking forward untuk balik ke sana lagi!

Tuesday, December 13, 2011

Akhirnya bertemu empat pasang mata....bersama Kak Leyla Shuri dan Vimmi.

    Kira-kira beberapa bulan bermesej, mula-mulanya melalui pesanan message di blog, diikuti di Facebook,  kami akhirnya berjanji menggunakan 'skype' dengan kak Leyla Shuri. Kak Leyla merupakan  rakan penulis yang saya mulai kenali daripada blognya. (anda boleh melihat link blog yang saya sertakan di sudut kanan blog saya.) Kak Leyla menulis dengan nama penanya Leyla Shuri adalah penulis "Pulut Sakura Serunding Kasih" keluaran penerbit Karnadya Solutions.

     Jika anda pernah membaca Dimensi Cinta saya, anda akan membaca bagaimana watak utamanya Lukhman Hakim dan Suraya menggunakan Skype dalam berkomunikasi. Dan dalam ceritanya tentu anda membayangkan tentulah saya pernah menggunakan Skype dalam berhubung, jika tidak manalah saya tahu 'Skype' cara paling mudah berkomunikasi jika anda berada beribu batu daripada keluarga atau rakan anda!
Keluarga saya walaupu berada 5oo kilometer daripada saya, saya bila-bila masa sahaja boleh menghubungi mereka melalui Facebook mahupun telefon, tidak memerlukan 'Skype' untuk  berhubung. Andai tidak mengenali kak Leyla, sampai  entah bila saya akan berpeluang ber'Skype'.

     Dan saya mula berskype dengan Kak Leyla. Kami boleh bersembang berjam-jam lamanya. Jarak Pulau Okinawa (Jepun) dengan PJ, Selangor terasa bagaikan dekat sekali. Bagaikan adanya 'magis' dan adanya 'connection' kata Maxis! Dan kepulangannya ke Singapura dan seterusnya Malaysia, membawa kami merancang untuk bertemu. Sepatutnya pada tarikh 22 nov, saya akan menyambut kak Leyla di Stesyen kereta api di Kuala Lumpur, apabila dia pulang daripada lawatannya di Thailand (mengikuti lawatan Gapena ke sana), tetapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal, kami bakal bertemu sehari lewat!

  Malamnya saya tidak senang hati dibuatnya, maklumlah kali pertama bertemu. Walaupun sudah lama berbual mesra, tetapi tidak akan sama dengan bertemu empat mata bersama. Paginya pada jam 6 pagi, saya mengajak suami menyambut Kak Leyla (23 nov 2011). Stesyen Central KL menyaksi saksi pertemuan kami. Tidak susah mengenali kak Leyla.Rupanya sama sahaja dengan ketika ber'Skype'. Bagi pembaca yang tidak pernah berskype, mahupun membaca Dimensi Cinta (keluaran Karnadya) skype membolehkan kominikator melihat satu sama lain dengan jelas, juga mendengar suara bercakap seperti telefon. Yang anihnya, kami mempunyai tahi lalat pada kedudukan yang sama. Di pipi kanan. Cuma bezanya tahi lalat saya lebih kecil daripada tali lalat di pipi Kak Leyla. Setelah bersalaman dan berpelukan, kami bawa Kak Leyla ke rumah saya. Sempat saya menjamu Kak Leyla dengan nasi lemak (cuma, saya tidak memasak... he he, saya beli daripada gerai berdekatan) Berlaukan paru goreng, ikan bilis sambal, kami berbual lagi. 

   Hari ini kami merancang melawat Karnadya. Saja-saja melawat ke sana. KarnaDya terletak di Puchong, tidak jauh daripada rumah saya, sekadar 30 minit perjalanan. Cumanya, orang yang tidak boleh ingat jalan seperti saya, tentu akan sesat dan rajin-rajinlah bertanya jalannya. Setelah lima kali berhenti bertanya di Petronas (Lima stesyen Petronas) maka sampailah kami ke KarnaDya. Dan kemudiannya kami menjamu selera di kedai berdekatan, 'Nasi Kerabu Kelantan' yang lazat.

   Petangnya kami ke Bangsar dan bertemu Farina. Dan sesuatu yang tidak dirancang, kenalan kak Leyla, yang pemurah, Datuk Yussuf dan isterinya menjemput kami ke Tasik Perdana Lake Club (kerana saya benar-benar tidak tahu ke rumahnya, bimbang tersesat kerana hari sudahpun beransur malam) Dan selepas maghrib, kami tiba di Tasik Perdana Lake Club. Dijamu dengan makan malam ala Chinese  yang lazat. Terkejut saya apabila diberitahu, rupanya kak Leyla beserta Datuk-datinnya baru pertama kali dipertemukan! Masya_ALLAH! benarlah, jika kita berniat mulia, pasti akan ertemu orang lain yang berhati mulia juga! Alhamdulillah. Semoga pertemuan ini akan membawa kepada pertemuan lain yang memberi makna kepada kehidupan kami dan semua orang yang berada di sekeliling kami!  

  Keesokan harinya, Kak Leyla akan melibatkan diri dengan kursus di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan saya sendiri terlibat dengan projek pemberian wang RM 100 kepada murid kelas saya. Petangnya kami merancang akan bertemu Farina, seorang lagi kenalan Kak Leyla yang diperkenalkan melalui saya, bertempat di Bangsar. Dan semuanya berlaku seperti yang dirancang, paginya saya menghantar Kak Leyla ke DBP, kemudian, pulang semula ke sekolah, menguruskan bayaran wang pemberian RM 100 kepada murid-murid saya. Petangnya saya kembali ke DBP, sempat minum petang bersama Kak Leyla dan kebetulan bertemu rakan sekolah saya, Norliza. Kami kebetulan ternampak buku-buku kami yang dijual di DBP, Dimensi Cinta dan Cinta Sikunang-kunang serta buku Kak Leyla, Pulut Sakura dan Serunding kasih. Rasa seronok dan terasa 'ciwi' sekali dengan bergambar bersama buku-buku tersebut. Kenanganlah kata orang! Saya sendiri sudah lama tidak ke DBP (bertahun agaknya) andai tidak kerana menghantar Kak Leyla, tentu sekali saya tidak akan hadir ke sana lagi!

   Ketika pulang ke rumah, kebetulan adik ipar saya, dan anak mereka, Emily serta baby bersama mereka melawat ke rumah kami, memberi peluang untuk mengenali kak Leyla. Saya hanya memasak ringkas, sup ayam, goreng cendawan dan macaroni sup. 


  Esoknya, jumaat, Kak Leyla perlu berada di Seremban untuk mengendalikan Kursus Haiku di sana. Paginya kami merancang untuk bertemu Vimmi. Vimmi dan Kak Leyla sebenarnya sudah lama berkenalan melalui blog dan Facebook, cuma tidak berkesempatan bertemu. Saya dan Vimmi pula baru berkenalan beberapa bulan sebelum ini, dan kebetulan, namanya saya abadikan dalam manuskrip saya yang ke empat ini. Kami merancang utnuk bertemu di Central, kerana kebetulan, Kak Leyla perlu mendapatkan tiket kereta api dari Seremban ke Singapura. Pada petangnya saya dan suami menghantar Kak Leyla ke Seremban. 

    Pertemuan Vimmi bersama empat orang anaknya, bersama saya dan Kak Leyla berlaku dengan izinNya. Setelah bertahun kepulangan Kak Leyla, Vimmi tidak dapat bertemu, akhirnya, kami semua dapat berkenlaan dengan lebih dekat lagi! Ukhuwah terbina atas  nama keikhlasan! Kami sama-sama menghabiskan masa beberapa jam bersama, sehinggalah petang  tiba. Kami membawa diri ke destinasi masing-masing, dan saya dan Kak leyla akan ke Seremban di sebelah petangnya!

   Mujurlah suami berkelapangan ke Seremban. Jika tidak, sya berfikir akan bermalam di Seremban dan hanya akan pulang pagi esoknya. Tdak berani memandu balik malam-malam hari ke Pj semula. Dalam hati berbalam-balam, entah bila pula kami akan bertemu lagi. Dan kami pulang setelah dijamu makan di Hotel Seri Malaysia, Seremban. Terima kasih Kak Leyla! Semoga kita akan bertemu lagi di masa hadapan! Pertemuan yang indah, akan dikenang di sudut hati! Semoga projek yang kita bincangkan akan bermula secepatnya Kak Leyla! Cerita yang cukup 'stunning'. Dan ceritanya! Biarlah Rahsia!

   Pertemuan indah yang menjadi nostalgia! Indah! Bagai mimpi menjadi nyata!






Saturday, December 3, 2011

Tahniah untuk Ombak Rindu the movie. Walaupun versi yg berbeza dr novel, saya anggap INI Satu kejayaan!!! saya kagum! Sebg penonton yg jarang sangat menonton Filem Melayu, saya tabik!!! Saya suka sekali dgn pelakon@nya.. ekpresi wajah yg bijak! lagu yg sedap! Dlm panggung boleh terdengar bunyi "sob..sob'' sitt, sittt.." termasuk saya sendiri. Tahniah! (sambil berangan agar novel saya juga bakal difilemkan nanti2.... he he)
· · · See friendship · Thursday at 23:05 ·

    • Intens Idea Fauziah Ashari
      Wah...gi tengok ker? ha...ha...menangis jugak? kira2 OR menggugurkan air mata la ni...wah...wah...tsunami melanda pawagam seluruh Malaysia la...Brunei juga Singapura barangkali. apa yg boleh saya katakan...terima kasih menonton kerana novel...See more
      Yesterday at 00:13 · · 4
    • Noor Arbaiah Nora Fuad Puan Intens Idea Fauziah Ashari, pembetulan: saya memang 'kaki wayang' tetapi bukan filem Melayu dan versi hantu2.. jarang menonton filem melayu (pilih2 sahaja) semalam petang, memang penuh panggung, sampai ke bangku hadapan. saya suka lagunya... cuma: maya karin, alisnya cantik sangat untuk model gadis kampung, patutnya biar saja alis tidak sempurna seperti saya.. (he he)
      Yesterday at 09:08 ·
    • Intens Idea Fauziah Ashari hehh...hehh....ok...ok...tp lebih kurang sama gak la kan...tak suka sangat filem Melayu...

Thursday, December 1, 2011

Apsal tak update?

   Satu soalan 'maut' yg diajukan kepada saya, "apsal kak tak update blok kak?" "haiya... manyak busy ooo.." Busy la juga, macam2 perkara.. yang penting, manuskrip belum habis lagi! Jadi bacalah dulu yg beratus2 tajuk dalam blog ni! he he he

Saturday, November 26, 2011

Bertemu Rakan Fb jauh dr Jepun

  Ingin sekali bercerita, tetapi perlu mencari masa lapang, pelru habiskan manuskrip terlebih dahulu.. nantikan....

Friday, November 4, 2011

Cinta Sikunang-kunang & Dimensi Cinta kini dalam bentuk Digital/e-novel.

  Novel-novel Dimensi Cinta & Cinta Sikunang-kunang kini dalam bentuk digital. Anda boleh ke link DC dan CSKK untuk di'link' ke web berkenaan.

Saturday, October 29, 2011

Manuskrip vs kerja

  Usaha bagi menyiapkan manuskrip pada hujung tahun merupakan cabaran yang sangat melelahkan! Hujung tahun  mengikut istilah saya bermula pada bulan oktober- november merupakan cabaran terhangat di sepanjang tahun. Terdapat kertas peperiksaan yang terpaksa disiapkan (kertas esei yang melelahkan tenaga dan mata) Laporan demi laporan Panitia dan matapelajaran yang perlu dilengkapkan. Sebagai guru kelas, ada laporan murid yang perlu dilegkapkan! semua tarikh 'mati' dateline, yang biasanya saya gunakan istilah dead line, sebab jika gagal disiapkan bererti 'mati katak'... paling tidak, akan dapat memo pentadbir which it not good at all.. siapa kata guru tidak banyak tekanan perasaan! Dan mengikut laporan, guru/pendidik merupakan golongan kedua rating tertinggi mengalami kesusahan jiwa @sakit jiwa kerana tekanan.

   Dalam hal ini, I'm in good condition.. he he.. Dengan pertolongan dan bantuan Allah. Menulis membantu saya 'release' tekanan, disebabkan menulis,  saya membuat keputusan sendiri tanpa perlukan tekanan dan arahan orang lain. Tidak seperti kerja-kerja sekolah yang lain, tertakluk kepada arahan, perubahan (entah berapa kali setahun, yg buat tekanan dan menyampah!) dan banyak 'songeh'. 

Penulisan hanya bergantung kepada saya sebagai 'mastermind' sendiri. Sehingga hari ini, setakat 3 buah novel, belum lagulah hasil penulisan perlu rombakan besar, atau perlu dirombak, alhamdulillah.... kadangkala, rombakan yang diperlukan sangat memeningkan kepala (menurut rakan-rakan penulis yang lain) kerana perlu betulkan idea kasar (plot cerita). Saya harapkan kondisi ini akan berterusan sehingga bila-bila.. aminnn.

   Saya masih meneruskan usaha saya melengkapkan manuskrip, dengan 'slot' biarlah dulu kerja-kerja sekolah. Apabila sekolah dibuka semula, bermakna, tumpuan saya terhadap kerja-kerja sekolah akan bermula lagi! aduhai! Target saya akan menyiapkan manuskrip (yang masih tidak bernama ini) sebelum hujung Oktober. Nampaknya harapan tidak kesampaian, disebabkan saya masih ada dua bab lagi sebelum tamat, dan kemudian perlukan 'editing' manuskrip lagi... aduhai, agaknya hujung November baru boleh tamat (atau pertengahannya) Saya perlu kerja lebih kuat lagi!

 

Tuesday, October 18, 2011

Tugas vs hobi....

   Hujung tahun merupaka masa yang agak sibuk. Peperiksaan yang memerlukan penandaan! Perancangan strategik untuk koku! Perancangan panitia untuk tahun hadapan dan macam-macam lagi! Banyak sangat kerja-kerja yang memerlukan kertas! Konon-kononnya 'go green' tetapi hakikatnya perancangan sekarang, perlukan 'hard copy' dan 'soft copy'. Bertimbun-timbun kertas!Tiada jalan singkat. Satu pelan biasa memerlukan rajah2 yang tidak tahu apa gunanya! Lima laporan yang berbeza!Pendek kata tiada jalan singkat! Hanya sesama kawan mengetahui dan memahami beban yang sering digalas guru. Menyebutnya tidak bermakna saya merungut, sekadar menyebut. Sudah kerjanya begini, di bawah slogan saya yang menurut perintah... cumanya berharap di masa hadapan, beban sebegini akan berkurang! Mana-mana fail/rajah yang tidak diperlukan patutnya 'dibuang' bukannya ditabah setiap kali. Dan bayangkan laporan yang berubah setiap tahun... aduii!

   Murid2 SPM saya tinggal lebih kurang 28 hari lagi akan menghadapi SPM. Perut cikgu-cikgu ni jangan cakaplah lagi.. senak! kepala berat!Harapnya apa yg diajar sepanjang dua tahun ini akan dapat diteruskan dengan baik! Dan perlukan persediaan bengkel terakhir: pendek kata 'jampi serapah' terakhir pada khamis 20 oktober 2011. Semoga Allah permudahkan. Disebabkan mahu menjimatkan kos dan kononnya 'ada skill' sendiri (he he) tidak perlulah jemputan penceramah luar. Biasanya saya akan menjalankan sendiri dengan pertolongan guru-guru sejarah lainnya. Tahun lepas alhamdulillah lebih 53% yang berjaya mendapat A dalam mata pelajaran sejarah. Tahun ini saya berharap agar lebih ramai akan mendapat A dan peratus lulus boleh ditingkatkan!

  Manuskrip saya tidak bergerak. Semalam, hanya mampu meneruskan dua muka surat sahaja. kepenatan... kepala pun kurang ligat. Banyak perkara yang bersarang dalam kepala, dan tidak mengizinkan perasaan 'romantis' dan 'suka-suka'. Berazam cuti beberapa hari pada mingu hadapan, saya akan cuba habiskan dengan manuskrip saya. mesti habiskan sebelum hujung november kerana disember saya sepatutnya merancang manuskrip baru... cerita fun, funny, gila-gila pulak.

       Tidak sabar menunggu kedatangan november, mahu bercuti ...gila-gila cuti!



Sunday, October 2, 2011

Aduhai...

   Saya baru menyedari yang blog saya sudah lama tidak di updated... lama sungguh. Dalam mengejar tanggungjwab sbg pendidik, dan kakitangan awam yg ada masanya terpaksa terikat dgn tugas rasmi yang lain: ada masanya tidak terkejar juga. Baru sahaja tamat memeriksa kertas percubaan SPM, saya terpaksa menghadiri mesyuarat demi mesyuarat, taklimat dan taklimat...   manuskrip baru saya sudah lama tidak disentuh.. dan ceritanya berlegar dalam kepala sahaja... aduhai, apa yang boleh dibuat lagi... biar sajalah dia berlegar.

    Minggu Pmr yang bermula, ada masanya guru terpaksa bekeja juga: terlibat dgn taggungjawab yg merisaukan.. hmm. Doa saya semuanya berjalan dengan lancar. Mengalas tanggungjawab di atas bahu bukannya tugas mudah!Dan pada masa yg sama, peperiksaan tingkatan 4 sudah bermula.. alahai... bermakna melangsaikan tanggungjawab untuk memeriksa kerta juga!  Hmmm...Tidak sabar mennati hujung bulan Oktober kerana sekolah akan bercuti seminggu untuk meraikan perayaan deevapali.. leganya, ada seminggu 'break'.. Bolehlah saya habiskan manuskrip yg sudah lama diam berkarat dalam minda!

 



Wednesday, September 21, 2011

Rahmat Allah....

     Alhamdulillah, tidak menyangka akan memenangi hadiah dari GIANT, sebuah tv 42 inci panasonic vierra (betul ke ejaan ni)... yes!!! tv saya? Saya  masih  menggunakan tv yang gemuk.. ha ha ha.. Saya tak kisah sangat, yg peting, boleh tengokkan.. bukannya mahu memandang tv tu 24 jam... lately semua  orang mahu yang slim, isteri yang slim, tv slim, duit je yang tak mahu slim....  Saya agak yakin akan memenangi sesuatu semasa mahu menghantar borang hari itu. Kebetulan hari terakhir sebelum pulang beraya. Beriya saya sanggup memandu ke Giant kelana Jaya dan menghantar borang sebelum balik rumah dan mengemas barang-barang saya untuk pulang ke kampung, malamnya. ALLAH sudah beri signal 'awal' agar saya berkeras menghantar borang di saat akhir. Biasanya akan ambil borang peraduan dan tidak pernah mahu menghantar pun. Alhamdulillah...    

  Yang manisnya saya rasa, kita boleh beli TV bila-bila masa sahaja, tapi jarang orang akan menang TV kan? Antara perkara manis sepanjang tahun ini. Saya mendoakan agar banyak lagi perkara manis akan datang menghampiri...

Secara tidak sedar, rupanya lama netul saya tidak post 'diari baru'.. sibuk dengan marking kertas 'trial spm'... letih dengan skrip2 mereka. Saya tidak ada komen jika jawaan merapu, tidak betul: yang paling tidak tahan, tulisan yang terlalu kecil dan comot.. aduii! sudah lah kecil macam saiz mini semut, kebetulan pula comot.. aduhai! mata sudahlah berspek, bertambah tidak nampak. Kebiasaannya saya hanya marking pada hari siang: malam saya lebih suka mengadap laptop untuk siapkan manuskrips saya.. malam ni fikiran lapang sikit dan kepala kurang berserabut! Alhamdulillah, lebih kurang 8 hari, tamatlah pemeriksaan 5 kelas tingkatan lima: tidak keluar pada hari minggu, mengadap kertas, dr tengah hari ke petang atau pagi - petang pada hari minggu dan sabtu. Cuma tinggalkan objektif sahaja, cumanya penyakit m.a.l.a.s sudah mari!!!!

  Editor pulak sudah mengingatkan saya, sekiranya dapat boleh menghantar manuskrip sebelum oktober atau tamat nov... target sebelum nov, 11, harilahir saya, saya 'bisa' habiskannya! Aduhai! Agak sibuk sebenarnya...kursus, kena out station..yayayayaya... kalau berkursus, kadangkala malam pun perlu berada dalam kumpulan dan kativiti, alamatnya manuskrip kantoi la! Akan cuba mencui masa, bawa sajalah notebook yg comel ni, manalah tahu kalau ada masa menaip!




    Saya teringat akan pesanan ibubapa saya: bersyukur setiap masa. Awah ibu mertua saya juga sentiasa mengingatkan: solat!Syukur dan sabar!!! Pasti ada ganjarannya.. Dan saya kadangkala terasa amat sedih, saya sudah kurang seorang ibu bagi terus mendoakan kejayaan saya!

   Bersyukur


Tuesday, September 6, 2011

Raya.. raya.. raya

   Raya semakin suram, agaknya sebab kita bukan lagi di bawah 'umur'... kalau budak2 sedap kutip duit raya la.. orang tua kena keluarkan duit raya. Raya, pada saya lebih kepada pertemuan kaum keluarga, makan2, sembang-sembang... itu saja.


Malam raya dan raya pertama...
    Malam Raya, aktiviti agak terhad sebab mama saya dan mak ngah saya ke masjid. Di Langkawi, masjid digunakan dengan sebaik mungkin (saya percaya begitu juga dengan tempat lain) Dilakukan sembahyang  sunat tasbih, dan sebagainya di masjid. Siangnya biasalah, aktiviti memasak rendang, kuah kacang. Dan tahun ni, kami tak sempat memasak serunding Terengganu.. bagi saya, serunding ni paling sedap sebab 1 kilogram daging, dimasak bersama sekilogram bawang merah juga.. sedap! garing! dan bauan bawang yg wangi. Pagi hari raya, saya memasak masak lodeh, kari ayam buat suami. Menyedari yang masakan saya tentulah tidak akan sama dengan masakan arwah ibunya.... pun buat mengubat rindu, apalah salahnya. Bernasib baik, masak lodeh itu kata suami, "best." Dan dia jarang memberi pujian kalau setakat ;cukup makan' saja.. he he Saya tidak peduli tentang apa kata orang lain, asalkan suami suka, maklumlah sebagai johorian, masak lodeh, kari ayam, kuah kacang, serunding, rendang, nasi minyak, ketupat nasi: memang makanan wajib mereka. Di utara, cukup sekadar ketupat palas, rendang, kari ayam (ada atau tidak ada, okay) nasi tomato atau nasi minyak, kuah kacang, sudah memadai. Di Langkawi, laksa utara merupakan hdangan yang agak 'wajib' juga memandangkan di sana mudah mendapat ikan yang segar.Habis bunga kantan, sukar didapati di Langkawi kerana penangan 'laksa utara' ini. Satu hidangan kesukaan lain adalah bihun sup!
   Hari Raya kedua, 31.8.2011
  Hari yang biasa juga, cumanya, ulangtahun perkahwinan saya yang ke 11. Tiada sambutan istimewa pun, sekadar makan2 yang biasa2 sahaja. Mendapat hadiah istimewa daripada suami: Rahsianya, beli sendiri hadiah dan 'ongkosnya' claim daripada suami. Dah tentu-tentu, akan mendapat hadiah yang memuaskan hati.. he he he.. selalu saya mendengar celoteh isteri yang tidak berpuas hati dengan hadiah daripada suami. Apa susahnya, belilah sendiri, minta dia bayarkan... kadangkala manalah logik, suami boleh membaca isihati isteri dengan baik: lepas tu nak tak puas hati pula.Dan saya, belum belikan dia apa-apa lagi.. hmmmm... dan kebetulan, mama saya mendapat notebook, hadiah drp bapa saya, dan bakal mendapat satu lagi notebook, saya minta belikan notebook itu daripada mama sayalah: kebetulan sedang mencari sebuah notebook juga, agak susah 'mengarak' laptop ke sana dan kesini.... he he...  Jadi macam dua kali hadiah jugalah... he he he..

   Dan hadiah yang cukup istimewa, murid2 saya yang sudah hampir 10 tahun tidak bertemu, bertemu lagi di rumah saya... kebetulan, ketika itu mereka hadir kenduri kahwin saya 11 tahun lepas.. alangkah manisnya... mungkin tahun depan, sambutan bersama kawan2, di Hari Merdeka... siapa tahu?

  Raya ketiga dan seterusnya...
   Macam biasa saja, melawat ke rumah besan mama saya dan besan mak ngah... itu saja. seronok berdengar deru air terjun di halaman rumah mama: rasa bagaikan tidak mahu kembali lagi ke KL... waduh! nyaman! Mula berangan mahu membuat satu air terjun yang comel nanti di halaman rumah.. deruan air mengasyikkan, mententeramkan jiwa....

   Alangkah bagusnya kalau cuti raya kekal sebulan.. wahhh!


Friday, August 26, 2011

Majlis Solat Hajat dan Ramah Mesra

    Malam Ramadhan yang berkat ini telah diadakan majlis Solat Hajat, Solat Terawih serta majlis Bacaan Yasin di dewan sekolah sempena, Ramadhan dan mendoakan agar anak-anak didik muslim dan muslimah yang akan menghadapi PMR dan SPM akan berjaya dengan cemerlang, dunia dan akhirat. Acara yang berlangsung dengan majlis berbuka puasa, upacara ringkas berbuka dengan meminum air zam-zam, air mineral, tamar dan anggur, diikuti dengan majlis menyempurnakan Solat Maghrib yang diimamkan oleh Encik Ammar b. Wan harun, Imam Muda (astro)... Bacaannya lunak sekali, terasa bagaikan meresap ke dalam jiwa. Tanpa sedar, airmata merembesan keluar. (jarang dirasakan ada ketikanya bacaan itu menyusuk jiwa. Ada masanya kita bersolat, dengan mana-mana iman, ada masanya tidak menyusuk jiwa)

   Diikuti dengan majlis makan malam, menjelang Isya, selepas bersembahyang Isya, diikuti dengan Bacaan yasin. Saya suka sekali majlis yang dipimpin oleh Imam Muda, Ammar Wan Harun ini. Bacaannya jelas, tidak terlalu laju, menjadikan bacaan yang dibaca terasa dalam jiwa. Ada masanya kita bersama majlis bacaan Yasin, jika imam membaca terlalu laju, makmum yang mengikuti bacaan atau sama-sama membaca akan semput. Belum sempat habiskan ayat, sudah ke ayat yang lain. Terlalu laju, jadi tiada penghayatan. Majlis Yasin tadi sungguh sempurna! Alhamdulillah.....Suaranya lunak, bacaan yg sangat baik, melancarkan majlis dengan baik sekali. Apatah lagi melihat akan wajah anak muda ini yang kelihatannya sangat tenang walaupun diberitahu bahawa beliau tidak begitu sihat! Alhamdulillah, dengan keizinannNya, beliau dapat bersama kami. Kami sungguh beruntung!

    Sebenarnya, sudah lama tidak berimamkan imam yang memberi kesyahduan yang begini hebat! Alhamdulillah. Tidak semua solat atau majlis yang dihadiri boleh memberi kesyahduan yang sama! Alhamdulillah...





Monday, August 22, 2011

Mood, berkarya, mengedit lagi dan lagi...

    Dapatkan Purnama Merindu dengan rebet diskaun 20% di Popular  Book Store (KEDAI BUKU POPULAR) sepanjang 19 Ogos - 18 september 2011...
 
   DIMENSI CINTA DAN CINTA SIKUNANG-KUNANG juga dengan diskaun 20% dengan belian secara 'online' di www.karnadya.com.my



Mood? Andai mahu bicara mengenai mood, memang 'tak ada hati pun' pergi bekerja... bukanlah mood nak beraya pun.. Raya pada saya sudah kurang nilai sentimentalnya. Macam biasa je, makan2, baring2, tengok TV. Hah! macam hari2 biasa je. Cuma berpakaian baru atau yang formal2 sekejap, sampai jam 2 je. Lepas Zohor, dah balik ke uniform asal saja, pant dan blaus.. he he he..

   Cuma Raya dapat balik ke kampung, jadi 'oRANG PULAU' yahooooo! Mei lepas, saya tidak pulang ke kampung menjadikan 'KAGEN' amat lu! Bercuti dapat pulang melihat rumah! Rindukan keluarga! Bilik! Bantal! Semuanya! Sudah terbayang-bayang di ruang mata, aduhai rindunya! Apatah lagi mama saya baru sahaja membetulkan ruang depan rumah (bukan sebab raya, tapi memerlukan pembaikian pun, sudah rosak) Kolam ikan yang baru dibaiki, wah! meriah.. kebetulan pula, saya dan suami akan menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11 pada 31 Ogos 2011, jadi sedikit makan2 doa selamat dan tahlil di rumah keluarga!

   Mood berkarya.. Puasa ni kurang sikit... bukan kurang akal, maklumlah keletihan sedikit. Mungkin mood bertukar kalau balik kampung nanti! Harapnya. Masih di bab 7.. Saya rasa mahu 'skip' dulu bab 7: sebab perlukan pengkajian tempat sebelum meneroka ke sesuatu tempat. Jadi terus ke bab 8 dulu, baru sambung kemudian nanti....apa pun boleh, asalkan janji, manuskrip siap!!!!!

Sunday, August 21, 2011

15 Ramadhan a423H @ 20 Nov 2002

   Kejadian 20 Nov 2002 sukar dilenyapkan daripada ingatan begitu saja. Kehilangan ahli keluarga seramai 6 orang seklaigus bukanlah perkara yang menyenangkan jiwa. Berat! Sarat! Kehilangan seorang ahli keluarga pun sudah cukup menjadikan kita sugul, apatah lagi melibatkan ramai ahli keluarga. Pun begitu, bagi menghormati ahli-ahli keluarga dan keluarga yang terbabit, saya membuat keputusan tidak akan meletakkan antri di blog saya, anda kenalah membaca sendiri, berdasarkan tarikh di atas.

   Kejadian pada 15 Ramadhan 1423H  merupakan momentum sedih yang pastinya akan kami kenang dengan titisan airmata sampai bila-bila..

Sunday, August 14, 2011

Ramadhan dan hari lahir

   Alhamdulillah.... Selamat Hari Lahir, Olis... Hari ini hari ulangtahun kelahiran adinda saya, Olis. Kami menjadi rapat sejak beberapa tahun lepas. Satu 'kepala'. dia juga orang KEdah. Jadi kalau keluar dengan dia, saya boleh 'speaking Jerman'.. yah!!! best! Pada awalnya, ingatkan mahu menjemput dia ke rumah sahaja, masak2 yg special sikit, malangnya, terasa malas jugalah sikit. Banyak kerja rumah yang perlu disiapkan, dan sudah keletihan! Saya dan sumi, berhajat mengajak dia berbuka di luar sahaja. Stim kegemaran saya dan Olis...

    Tidak juga bertujuan meraikan hari lahir bagai'nak rak'...Saya ini sejenis 'yang agak konvensional'... saya tidak suka melakukan sesuatu yang tidak biasa diajarkan oleh keluarga saya. kami biasa juga menyambut ulangtahun kelahiran, yang lebih kepada ucapan dan berseronok bersama keluarga dan merasa bersyukur berpeluang di Bumi Allah lagi. Saya tidak biasa menyambut harijadi dengan berlebih-lebihan...  suka-suka makan bersama adik beradik sajalah! Ulangtahun yg tak mungkin saya lupakan, dan agak terlebih sambutan dan keseronokan, adalah ketika berusia 17 tahun, mama saya membawa kek aising lagi, ke asrama: tahun itu saya mengambil SPM... Itu antara yang terhebat. Yang lain, biasa2 saja.

   Jadi makan2, itu sahajalah. Belum bercadang membelikan hadiah, keep it forward, bila balik kampung nantilah.. he he.. Saya sebenarnya pun lahir pada 2 Ramadhan. Kata mama saya, ketika orang lain sedang sibuk untuk berbuka puasa, saya sibuk 'mahu menjenguk dunia'... he he he...

  Esok ulangtahun kesedihan keluarga, kenapa? saya akan masukkan entri kemudian. Al Fatihah!



Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan dan memori....al fatihah.



Ramadhan datang dan pergi.. Ada saatnya beberapa kali Ramadhan meninggalkan kesan yang memilukan. Kehilangan ahli keluarga pada pertengahan Ramadhan... Ramadhan terakhir bersama ibu mertua saya pada tahun 2009 merupakan memori yang menyedihkan...

   Ada masanya arwah ibu mertua yang dikasihi, akan datang juga ke Kl, apatah lagi semua anak-anaknya betada di sini. Kebetulan arwah mak berada di sini pada awal Ramadhan pada tahun 2009, kebetulan pula selepas bermula Ramadhan beberapa hari, cuti penggal persekolahan akan bermula. Kebiasaannya arwah lebih suka berpuasa di rumah sendiri di JB. Lagipun arwah rajin sekali menyediakan kuih muih yang berupa biskut dan kek untuk anak-anaknya. Setiap orang anak mempunyai biskut kegemaran masing-masing yang pasti disediakan setiap tahun. Dan saya serta suami menghantar mak balik ke JB setelah cuti bermula. Dan kami menghabiskan beberapa hari di sana, hampir setiap petang ada masanya ke bazar Ramadhan Kempas sekadar mencari kuih muih.

     Malam terakhir di sana, kami ke Danau Bay, saya sendiri memesan laksa kedah yang sedap sekali (pelik juga, laksa kedah yg sedap dimakan di JB), tetapi arwah hanya memesan secawan milo panas (kebetulan, sudah hampir tengah malam) Dalam perjalanan pulang, saya ternampak macam gerai di sana (di seberang jalan Danau Bay) terdapat bazaar ramadhan.. jadi saya memberitahu arwah, "Tahun depan kita datang mak." Tidak saya ketahui, Ramadhan itu, kali terakhir menyambutnya dengan arwah. 

         Pada tahun itu, saya menyambut Syawal bersama keluarga saya di Langkawi. Disebabkan tempat kami di penghujung dunia, saya di tempat paling utara di Semenanjung Malaysia (Langkawi) dan suami pula tempat penghujung di selatan Tanah Air, JB, kami terpaksa bergilir dengan balik hanya satu rumah setiap kali hariraya. Inilah pengorbanan, toleransi yang harus dibayar setiap kali berhari raya. Kampung halaman masing-masing terllau jauh dan memenatkan untuk pulang ke dua-dua tempat sekaligus! Kebetulan, pada tahun saya berkahwin, tahun 2000, saya masih tinggal bersama keluarga saya di Langkawi, saya merayakan hariraya sebagai suami isteri di JB. Bermakna, setiap kali tahun genab saya akan merayakan di JB dan tahun ganjil di Langkawi. Dan pada tahun 2009, jatuh kepada  tahun ganjil, jadi saya menyambutnya di Langkawi.

     Nampaknya kami bukan sahaja tidak dapat menyambutnya dengan menikmati masakan air tangan seorang ibu, malah, memori itu kadang kalanya menyedihkan juga! Kata-kata arwah setiap kali bertemu, dijadikan azimat, "SOLAT, SABAR DAN SYUKUR, pasti  ALLAH  AKAN MEMBERIKAN LEBIH LAGI." Dan kata-kata Arwah Hajjah Fatimah Haji Omar sentiasa ada kebenarannya. Al Fatihah!


Thursday, August 4, 2011

Alhamdulillah, bertemu lagi dengan BUlan Mulai, Ramadhan

   Baru hari ke 4 menginjak ke bulan Ramadhan... Saya mengalami sakit2 badan yang teruk.. he he. Bukanlah sebab berpuasa. Proses mengeluarkan toksin badan yang tentunya banyak sekali, tentulah menyiksakan juga, maklumlah sudah lama tiada masa untuk jogging atau riadah (alasan sahaja sebenarnya) apabila badan mulai berhenti makan dan minum, badan akan mulai mengeluarkan toksin (salah satu sebab dari segi kesihatan mengapa muslim mesti berpuasa sekali dalam setahun)

    Kata peribahasa, kerana pulut, santan binasa
    kerana mulut, badan binasa
    Dengan merujuk kepada kebiadapan kata-kata yang keluar dari mulut menjadikan ada individu yang bakal 'terkena' dek kata-kata itu. Atau bibir yang mengatakan sesuatu sehingga menjadikan ada orang yang akan terkena 'panahan' kata-kata itu. Pada saya, dek kerana 'sepiring kecil pulut', maka badan saya binasa. Sudah lama tahu, pulut (dan jenis-jenis yang sama dengannya) tidak sesuai dengan saya. Mengalami beberapa kali keguguran dan silapnya tidak berpantang (inilah silapnya) menjadikan urat saya senang 'kena angin'. Kalau saya silap makan 'pulut' memang sah, akan kena masalah. Tetapi ada masanya saya terlupa juga. Keluarga adik ipar saya menyambut harijadi anak-anaknya, jadi apalah sangat sepiring kecil 'pulut kuning' yang sangat memancing mata memandang... dan rupanya, sepiring membawa padah sangat!Kalaulah saya tahu..... Badan rasa sengal sangat, bernasib bak, kepala tidaklah sakit juga! Kadangkala kepala akan mengalami kesakitan sehingga muntah2 teruk. Alhamdulillah, keadaan tidaklah seteruk itu. 

   Terubat kesakitan dengan emel yang melegakan. Menduduki ranking pertama di Buku Prima (purnama merindu) alhamdulillah. Gembira dengan Rahmat Allah. Ranking ini bukanlah sesuatu yang akan kekal. Buku baru, pasti berada di ranking dan ranking akan berubah.. cuma terasa senang dengan penerimaan saya sebagai penulis baru di Buku Prima. Alhamdulillah.







Sunday, July 24, 2011

Musim bola

   Semalam saya dengar di kawasan perumahan saya, riuh rendah. Kurang periksa apa sebabnya. Mahu dikatakan berparti, jaranglah sangat. Lagipun, sudah menghampiri Bulan Ramadhan, walaupun bukan majoriti muslim, kawasan berdekatan saya, jiran-jiran saya, sebelah menyebelah, depan semuanya muslim. Jadi, hmmm, macam pelik. Semalam juga surat khabar tak dibeli, secara on line pun terlupa nak baca.. Jadi? Wonder sepenuhnya.

    Di FB semuanya bercakap bahasa ....  'Ada singa' 'Ada harimau' 'Baham'. dan menyebut tentang nama-nama yang saya tidak kenali. Aduii, bertambah pening. Tetapi terperasan perkataan Malaysia dan Singapura.. Jadi, mestilah hak ini berkaitan dengan 'sukan'.. lalu saya baca lagi komen-komen di Fb.. oh 'bola' rupanya. Kebetulan, jiran sebelah menjemput ke majlis tahlil, di rumahnya, barulah tahu, ada rancangan bola sebenarnya. Ahli keluarga pakcik dan makcik sibuk dengan 'bola' sebelum majlis tahlil.. he he.. Saya tersenyum sendiri. Suami saya pun bukan ahli 'bola'.. jadi dia cool saja.

   Apabila kami pulang ke rumah, saya sudah mengambil tempat di hadapan TV, rancangan kesukaan saya Majalah 3 dan akan diikuti dengan cerekarama. Dalam ahti terdetik juga, kalau diminta suami, untuk menonton 'bola' kenalah berkorban ni... tapi dia  tak kisah pun.. Dan menontonlah kami Regata Air di Sarawak.

  Semasa zaman sekolah dulu atau sehingga di u, saya masih sukakan sukan. Saya masih suka menonton rancangan berunsurkan sukan. Tapi setelah bekerja minat itu sudah berkurang, apatah lagi suami saya bukan hantu 'bola'. Bayangkan masa season 'pertandingan peringkat dunia pun, kami cool sahaj. Adalah menonton, itupun yang final sahaja. Saya rasa kurang 'macho' melihat 24 orang lelaki berkejar untuk dapatkan sebiji bola di padang.. he he (betul ke angka tu.. jumlah pemain pun saya tak tahu sebenarnya) Saya teringat akan kawan saya, sepasang suami isteri yang memang kaki bola, sanggup pergi ke stadium untuk menonton.... mengharungi jalan yang sesak, duduk di bangku berjam-jam untuk menonton... Oh tidak! Saya tak rela. Sedangkan di rumah pun, saya tidak menonton.. he he

   Semuanya bergantung kepada minatkan.. Jika minatkan sesuatu, pasti ada jalannya. Jika minat membaca, tentulah akan mencari bahan bacaan untuk dibaca.Dan jika anda belum membaca novel saya, silalah dapatkannya sebuah! And saksikan prebiu -video... semoga terhibur!

Tuesday, July 19, 2011

Alhamdulillah...ranking top 10 Purnama Merindu!

     Kesibukan di sekolah, ada masanya sudah ke tahap gaban! Apatah lagi situasi dengan murid yang agak mencabar akhir-akhr ini. Tidak mahu menyalahkan murid, mereka ini, kadangkalanya terllau sibuk selepas sekolah, dengan masa yang diisi dengan tuisyen demi tuisyen sehingga ke malam hari, jadi tiada langsung masa untuk berehat dan berbual atau sekadar berpolimik kecil bersama rakan! Sadis! kasihannya. Jadi, satu-satunya masa untuk berbual adalah di dalam kelas! 

   Kepantangan saya seandainya murid berbual di dalam kelas saya, sure kena tegur, dua tiga kali, akhirnya saya akan marah!  Bagaimana mahu praktiskan 'dengar dengan baik' jika tiada kenumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran. Kadangkala topik yang dibincangkan mudah sangat tetapi dek kerana tiada penumpuan, mereka tidak dapat menjawabnya ketika peperiksaan! Impian saya, semua students saya akan mendapat A++, satu pencapaian terbaik untuk mereka! Untuk guru: tiada keseronokkan yang lain selain: suka hati!

   Saya terbaca di wall BUKU PRIMA, novel terbaru saya PURNAMA MERINDU berada di tangga ke 5 (TOP 10) Terkejut, teruja dan bersyukur pada masa yang sama. Tidaklah mahu menyimpan hasrat yang besar sangat, maklumlah, di buku prima, sudah ramai penulis2 yang bagus-bagus, apatah lagi, saya hanyalah seorang PENULIS BARU di sana. (kedua-dua buah buku saya sebelum ini diterbitkan di KARNADYA) Jadi, dalam hati atau minda, tiadalah mahu menyimpan cita-cita atau hasrat besar. Barangkali kalau boleh berada di ranking bernombor 10 pun, sudah sangat bersyukur sangat!

   No 5: NOT BAD AT ALL.. Alhamdulillah. Kebanyakkan kedai buku belum mempunyai stok jualan lagi. Mungkin pada minggu ini akan meninjau lagi! Minggu lepas, novel belum masuk ke kedai buku lagi. Semoga novel akan terus laris di toko-toko buku!

Saturday, July 9, 2011

Kajian personaliti oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah...

    Ketika berbincang dengan pelajar di kelas, seorang murid nampak menentang kuat, perkara yang saya perkatakan, tentang personaliti. Kata saya, walaupun kajian Dr Fadzilah tidak 100% tepat, tetapi kajiannya amat menepati  peratusan yang tertinggi, mungkin boleh mencapai 99% kerana kajian dilakukan selama 12 tahun. Dia tetap menyangkal kata-kata saya sehingga menjadikan saya tergelak. Saya tanya dia, awak lahir bulan Mei ke? Dia tergelak sendiri, dan kata-kata saya ada kebenarannya. Tidak bersifat peribadi, orang bulan Mei agak keras hati dan sukar menerima kata-kata orang lain.

   Pelajar-pelajar lain pula berminat mengetahui mengenai personaliti mereka, dan saya pula terlupa memasukkan ke dalam blog seperti yang dijanjikan. Maaflah students, cikgu terlupa.

januari
16: Sifat cemburu yang sangat tinggi.






16: Suka berlawak.