Apabila dicadangkan oleh rakan untuk mendaftar "facebook' saya tergelak besar.. la itukan untuk orang yang muda-muda belia saja, 'he he'.. rasa macam bebudak muda je.. he he.. tapi memandangkan mudah untuk search rakan2 sekolah, universiti dan rakan lama2 termasuk buah hati lama, kenapa tidak?? hah hah hah... tapi nampaknya sejak sebulan lepas, asyik jadi friends dek pelajar sekolah dj je. kah kah kah... kelakar sangat rasa, tapi kira okay la, nak juga budak-budak saya tu 'ber kawan ' dengan cikgu dia, thah-thah kat belakang tergelak besar dia dek kelakuan cikgu dia..
Apa pun, asalkan tawaitu betul, kira okay la... harapnya rakan kawan yang akan berjumpa dengan saya dalam facebook hmm..atau dalam blog ni..sure akan kena kutuk punya sebab nama nora ni sebenarnya tidak pernah wujud sebelum ini, bukan semasa zaman sekolah, universiti malah zaman kerja pun... dahulu panggilan saya, noor arbaiah, baiah, paling ringkas ar.. he he.. nora ni hanya wujud 12 tahun lepas, masa chatting-chatting on line... lepas tu terlekat sampai sekarang... family husband panggil saya, nora.. jiran kat pj ni juga panggil nora... so kawan-kawan lama janganlah kutuk ya... he he.. tak ada niat menukar gelaran.. tapi sekurangnya saya tahu ... jika panggil saya noor, etc kecuali nora maknanya kawan lama la... bukan family suami..
tapi panggilan yang tak berapa suka, 'cikgu' hhmmm... kata murid saya, habis tu, nak panggil apa kat cikgu?
Kata saya, " kakak boleh ... perasan la saya... muda lagi..
" mak cik.. jadikan saya tua sikit"
" nenek... bagi la tempoh 30 tahun lagi..." he he..
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..

Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Hari ini seperti suri rumah yang lain,do laundry,masak dan cuba menghabiskan manuskrip baru. Ya Allah,harapnya sempat dihabiskan sebelum sam...
-
Antara ucapan yang menarik semasa Hari Guru. Amirah: Ukhwah yang terbina bukan kerana kuntuman bunga tapi persis tasbih, awal awal, tiada hu...
-
"Aku tidak mahu menangis.Tidak setitikpun ingin aku tumpahkan air mata ini...Cinta bermaksud mesti bersama.Cinta bukan untuk berpi...
-
Saya adalah pendengar yang baik! Ada orang mengadu, saya dengar sehingga habis. Jika mampu, saya cadangkan cadangan menyelesaikannnya. J...
-
Pertama kali saya mendengar tentang Chia Seed semasa melihat Oprah's Show. Dr Oz mencadangkan pengambilan seed ini untuk kesejahteraa...
-
Mahligai cinta 2 Tun Oleh Fadzlena Jafar fadzlena@bharian.com.my Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah kongsi rahsia keutuhan perkahwinan ...
-
Terpandang telefon dan terdapat 2 misscall,daripada Miss Farina,Berita Harian. So,saya mesti call her back. Katanya,esok ada ulasan tentang ...
-
Semalam,bila bangun pagi,ingat mahu dapatkan Berita Harian,tapi 'panik' yang menyerang tu menyebabkan kaki mahu melangkah pun rasa l...
-
Blog beesawang, berabuk atau berserrbuk lagi... sebulan puasa, sebulanlah diam tak bertempat. Cuaca dalam ramadhan yang agak panas da...
Tuesday, October 28, 2008
Klinik sejarah
Kepada murid tingkatan 5, SPM sila hadir pada Jumaat 31 Oktober.. klinik sejarah AKAN DIADAKAN... dapatkan ramalan, tips,soalan dan sub tajuk penting untuk SPM..
Sekiranya anda jammed, stuck ... ada sistem back up untuk anda..
Sila hadir ya... rugi kalau anda tidak datang... hanya sekali seumur hidup anda... dan percuma..
Sekiranya anda jammed, stuck ... ada sistem back up untuk anda..
Sila hadir ya... rugi kalau anda tidak datang... hanya sekali seumur hidup anda... dan percuma..
Wednesday, October 22, 2008
Aduh lega + masih kurang lega

" Hmm mudahnya jadi penguin, tidak perlu menduduki PMR atau SPM atau mengawas PMR / SPM atau mengajar murid yang akan mengambil PMR / SPM".. ha ha ha.. mungkin kata penguin pulak, " ruginya jadi penguin, rupa sama je.." hmmm...
Selepas PMR berasa lega sedikit.Selama 7 hari tidur saya diganggu, sejam dua terbangun saja... terpandang-pandang jam.. ingatkan sudah subuh, rupanya masih awal.. jam 1, 3, 4.30, 5 pagi barulah akhirnya jam 5.45 pagi... baru lah bangun... aduh!!! bayangkanlah sepanjang hidup, menghadapi pelbagai jenis exam, masalah, kesakitan, belum pernah sebegini rupanya.. rupanya apabila perlu menjadi ketua pengawas di sebuah sekolah, semuanya berubah.. dalam kepala semuanya datang dan pergi.. takut kereta rosaklah, takut tiba-tiba sakit teruk ke?, cikgu pengawas sakit dan macam-macam lagi.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tanpa halangan.. lega satu perkara..
Sekarang ni perlu sediakan nota untuk murid SPM pulak..aduh!! disebabkan beratus-ratus sub tajuk lagi yang belum dikeluarkan sebagai soalan SPM, jadi terpaksalah pakai instict sendiri untuk mengagak.. kalau mahu keluarkan semua tajukpun macam mustahil juga.. pray the best, harap2 murid akan bersedia dan soalan-soalan yang diagak kan itu juga ada kaitannya.. mungkin minggu depan akan adakan (sebenarnya mesti)perlu ajarkan murid (back up jawapan) sekiranya 'jammed' dengan soalan.. dalam sejarah sebenarnya ada banyak jawapan yang boleh ditulis sekiranya kita 'jammed'... a few trick la... dari cikgu sejarah.. he he.. jawapan yang logik, fakta.. tanpa contoh bagi yang gagal mengingati fakta... harapnya ALLAH bukakan pintu hati saya bagi mendapat idea sepenuhnya.. saya mahu bantu murid saya dan sesiapa saja dengan idea dan minda yang dibekalkan ALLAH.. kalau sekiranya ALLAH turunkan ilham.. mudahan..Insyaallah saya akan 'down load' dalam www.djlovehistory.blogspot supaya jika ada orang lain yang boleh mendapat manfaatnya.
Dan sekarang, saya ingin sekali katakan, 'tidak sabar menunggu SPM kertas sejarah berakhir pulak'.. he he
Thursday, October 9, 2008
Hmm Seronoknya...
menjelang akhir Oktober, terasa hati begitu lapang. Sebabnya, murid tingkatan 3 sudah tamat PMR.. tingkatan 4, akan menghadapi peperiksaan.. tingkatan 5 pun, hampir SPM. Beban yang tergalas di bahu kian terasa ringannya. tanggungjawab terhadap mkurid semakin berkurang... dengan lain perkataan.. lega. Hampir 90% kerja yang dirancang telah dilaksana.
Tuesday, October 7, 2008
Exam ! Bersediakah mereka?
Lebih kurang 5 hari lagi, murid-murid saya tingkatan 3 akan menghadapi peperiksaan PMR. Entahlah! Saya tidak pasti adakah mereka cukup persediaan untuk mengjalani peperiksaan. Mungkin 70% daripada 240 murid saya sudah cukup bersedia. Yang 30%, hmmm..e ntahlah.. bila disoal soalan yang remeh pun, mereka tidak tahu untuk menjawab padahal sudah beratus kali disebut dan disebut dan disebut... dalam kelas dan di luar kelas... entahkan pelupa atau tidak langsung pernah 'didengar' akan perkara itu.. contohnya, soalan yang mudah sekalipun, seolah-olah tidak pernah dengar? Siapa pengasas UMNO? Ada yang menjawab, Tunku Abdul Rahman.. Aduh !!!
Apapun, saya harapkan mereka cukup bersedia untuk PMR...
Apapun, saya harapkan mereka cukup bersedia untuk PMR...
Subscribe to:
Posts (Atom)