Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Monday, December 17, 2012

Selepas cuti yang panjang...

  Sebelum cuti sekolah saya bergelut dengan tugasan sekolah. Melelahkan. Dan sebaik sahaja cuti sekolah bermula, berkesempatan ke luar negara (tidak jauh, hanya Vietnam) Percutian bersama 'keluarga' dari sekolah yang menyeronokkan. It's really fun. Dan setelah beberapa hari, kembali semual ke rumah.

  Berada di rumah sebenarnya satu cabaran dalam menyiapkan manuskrip kerana terdapat kerja sekolah yang tidak lengkap lagi. Jadi terpaksalah menghabiskan kerja sekolah yang terbengkalai. Dan setelah itu, kononnya mahu meneruskan usaha menulis manuskrip yang sudah beberapa bulan tertinggal... Opps. Berasa di rumah sememangnya satu cabaran terbesar, kerana semasa bekerja, hanya beberapa jam sahaja yang dihabiskan di rumah. Dalam beberapa jam, yang perlu ditolak dengan kerja rumah, kerja sekolah, memasak, mandi dan senarai yang panjang, barangkali, masa yang sedikit, perlu digunakan untuk berehat. Muli purpose yang biasa disebut ramai suri rumah. Berehat + menonton tv + melipat pakaian, atau menggosok pakaian . Atau sekadar menonton TV dengan hujung cari dan sepasang mata (dgn kes saya dua pasang, mata + kaca mata) sibuk membaca status teman2 FB. 

  Ada masanya saya sekadar 'like', ada masanya mencatatkan komen. Ada masanya hanya membaca tanpa sebarang 'like' (sebab atas alasan tidak memerlukan like seperti berta sedih, mengata orang atau mengkritik pedas negara kita) Kadangkala juga tidak menulis sebarang komen kerana tidak mengetahui apa komen 
 yang sewajarnya.

  Dan cabaran berada di rumah adalah, dengan masa yang sedikit berlebihan disebabkan tidak perlu keluar bekerja, adalah, mata akan cepat terlihat akan abuk, atas tempat-tempat di rumah yang memerlukan 'sentuhan emas'. maklumlah, dengan udara kita yang semakin tercemar (seluruh dunia sebenarnya) dengan segera dan cepat 9sepantas kilat) ruang rumah, rak buku dan sebagainya, akan cepat berabuk. dan bermulalah kerja-kerja yang tidak dirancang. mengelap, mengemop dan sebagainya, dan akhirnya memakan masa 3-4 hari (dan manuskrip terus terbengkalai...) hehehehe. Dan tidaklah pelru menyalahkan sesiapa. kebersihan asas keimanan!

 Dan selepas itu bercuti ke Langkawi. Dan singgah dua hari di Hotel Tandop. Saya kira hotel yang baru dibuka (dalam dua tahun) sangat bersih dan selesa dihuni bersama empat orang ahli keluarga. kami bermalam di sana kerana mahu menghadiri Majlis perkahwinan seorang teman rapat di Kangar, dan selepas itu, terus ke Padang Besar! Heaven! Dapat membeli belah sedikit sebanyak menjadi 'remedi yang melegakan'. Hehehehe. Dan kelakar melihat muka suami yang tension di sana. maklumlah, sesak dengan orang ramai, dan tiada sesuatu pun untuk dia. Itu kata dia. Pada saya, banyak benda yang dapat dibeli. Sabun beras yang murah. Seluar jeans biarpun buatan Thailand (apa salahnya, kualitinya baik sekali) dengan harga yang sangat berpatutan. Dan akhirnya, sang suami bertemu dengan seluar memancing! Hah heaven. Pasti dia mahu ke sana lagi bila dia telah selamat bershopping.

   Beberapa hari di Langkawi dan saya kembali ke sini, dengan niat, menyambung manuskrip... Sambung, jangan tak sambung...

Akan datang, remedi mandian dari rumah. Memang best. Saya akan menulis kandungan dan cara melakukannya.

Monday, December 3, 2012

Peraduan promo Novel Nora Fuad

   Ketika melawat ke Vietnam beberapa minggu lepas, saya mendapat idea untuk mengadakan peraduan untuk pembaca novel-novel saya. Hadiahnya tentunya ekskutif dari Vietnam. Saya akan beritahu hadian-hadiah yang saya sediakan setelah saya dengan rasminya membeli tiket penerbangan dan tempahan hotel di sana. Maklumlah, jika tidak pasti, tentulah tidak seronok untuk berjanji pulak!

  Jadi, bagi anda yang telah membeli ketiga-tiga novel saya, DIMENSI CINTA (KARNADYA), CINTA SIKUNANG-KUNANG (KARNADYA) & PURNAMA MERINDU (BUKU PRIMA) silalah kumpulkan ketiga-tiga novel tersebut berdekatan supaya mudah bersedia setelah saya kemukakan syarat-syarat peraduan nanti.

   Syaratnya tidaklah sukar. Cuma; Pertama perlukan memiliki ketiga-tiga novel saya.

   Kedua: Perlu menulis kenapa anda sukakan novel-novel saya.

   Ketiga: mestilah memiliki blog sendiri, emel dan itu sahaja.


   Saya akan kemukakan syarat-syarat dan etika penuh peraduan ini setelah saya siapkan sepenuhnya syarat-syarat untuk melibatkan diri dalam peraduan ini.






Tuesday, November 20, 2012

Foto ke Vietnam


Trip to Vietnam Slideshow: Nora’s trip to Ho Chi Minh City was created with TripAdvisor TripWow!

Vietnam... part 1

   Lawatan ke Saigon (nama lama) atau Ho Chin Minh mmeberi satu pengalaman baru yang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Berbeza dengan tempat-tempat lain yang saya lawati, saya berasakan tempat ini wajib dikunjungi lagi; apatah lagi jika mahu melibatkan dengan anak-anak remaja. Biar mereka melihat akan kesusahan orang yang mencari pendapatan. Biar mereka melihat semangat orang Vietnam yang bersusah payah demi sesuap nasi!  Biar mereka melihat bahana peperangan yang pernah melanda. 

   Ramai orang bercerita tentang kurangnya keramahan orang Vietnam dalam menyambut kedatangan tetamu ke dalam negara mereka. I have to say, it's true. Pegawai imegresen yang menyambut kita, mempamerkan wajah serius (100% kemasaman) Andai kita tersenyum pun, mereka tidak menyambutnya. Jadi, jangan fikir anda boleh menggoda atau mengorat! Senyuman sejuta ringgit Viet dong anda tiada maknanya kepada mereka! Tetapi sambutan rombongan kami di sambut oleh Steven yang peramah, sedikit loyar buruk dan amat menghiburkan. Rombongan kami ke sana melalui Syarikat Plus and Plus (ditemani Zara dari Malaysia) dan Tourist guide di Vietnam (steven) Kali pertama saya rasakan, tourist guide kami tidak mebosankan sama sekali, ceria dan sentiasa bertenaga! Cumanya, saya ingin katakan, "Mind his english".. hahahaha.

   Jelas, bahasa inggeris bukanlah bahasa kedua di sini. Pernah dijajah oleh Perancis dan bahasa ini menjadi bahasa kedua di sana. Rata-rata penduduk yang bekerja sebagai penjual boleh berbahasa inggeris (broken English) dan ada yang boleh berbahasa Melayu (sikit-sikit) Jadi keperluan kepada bahasa mesin kira (calculator) adalah sangat tinggi. Jika bertanyakan harga, mereka akan menekan harga, jika  ingin menawarkan harga, tekan pula harga anda! Kira-kira 4 hari di sana, kecekapan saya menggunakan mesin kira sudah boleh mengalahkan seorang akauntan! hahaha



   
 (Gambar-gambar di atas adalah masakan di Restaurat Baba dan Nyonya)
      Kami bertolak kira-kira 2.30 petang dan tiba sejam 47 minit kemudiannya di Lapangan terbang Ho Chin Minh. Disambut oleh bas yang sangat cantik dan selesa. Terus check in ke hotel, diberi masa sejam untuk bersiap dan makan malam. Makan malam pertama di Restaurant Baba Nyonya.

  Masakan mereka lebih kurang Malaysia juga, cuma agak berbeza dari segi asakan yang kita tidak biasa makan seperti batang teratai (gambar masakan yang berwarna coklat dgn hiasan cili) yang dimasak/digoreng dgn sedikit kuah. Rasanya seperti batang keladi. Cuma saya rasa lebih sedap jika dimasak asam pedas dengan isi ikan kembung. Yummy. Kerabu mangga seperti ala-ala thai juga, amat sedap. Selain itu, sup seaweed/ rumpai laut yang saya rasa kurang enak. (sebab tak begitu suka seaweed dan tidak biasa makan dalam bentuk sup, biasanya hanya dalam bentuk snek yang kering) Ayam masak cili, ala-ala Baba dan Nyonya di Melaka juga, telur dadar bercampur sayuran dan akhirnya ditutup dengan rojak buah (sama seperti hidangan kita juga)

  Dan pulang sahaja dari hotel, kami dibenarkan melawat pasar malam. Dari Hotel Kingston kira-kira 5 minit perjalanan sahaja. Dan pada malam itu, saya tidak menunggu lama untuk membeli cenderahati yang saya suka! Gambar-gambar di bawah adalah gambar dalam bilik saya (Hotel Kingston)







Friday, November 16, 2012

Tips ke Vietnam

 Berpeluang melancong ke negara Lembah Mekong menjadi satu pengalaman yang indah. Lebih indah kerana berpeluang menyambut ulangtahun kelahiran pada 11 nov di sana. Walaupun kepergian tanpa suami (sebenarnya tidak best menyambut harijadi tanpa dia) tanpa kek (sebab dikuatiri kek mengandungi bahan yang tidak halal) tanpa jamuan besar-besaran, peluang melihat negara orang, dan tentunya diiringi duit hadiah harijadi daripada suami; tentunya sudah memadai.

   Beberapa tips penting untuk memulakan tips berjalan ke Vietnam.

  1.    Bawa tukaran wang dalam Vietdong/ USD. Boleh bawa matawang Malaysia. Di beberapa tempat seperti pasar malam (berhampiran Bent Than) menerima matawang Malaysia. Dalam pasar Bent Than juga, ada juga yang menjual dalam matawang Malaysia. Kebanyakan jurujual menjual dalam nilai USD dan jika kita mahu membayar dalam VD, mereka akan beri nilai yang lain. Biasanya penjual akan bertanya sama ada kita akan menggunakan USD atau VD.
  2. Lawatan ke sana biasanya akan melibatkan lawatan ke Sungai Mekong serta Terowong Chu chi. Jadi eloklah bawa bersama baju t-shirt yang lebih ke sana. Lawatan ke Terowong Chu Chi contohnya memerlukan kita berjalan selama 2-2 1/2 jam, kita boleh berpeluh sehingga 5 liter peluh..hahaha. Lebih selesa jika membawa baju tambahan ke sana. 
  3. Bawa botol ke mana sahaja anda pergi. Sebaiknya bawalah botol 600ml daripada  Stesyen minyak shell kerana botolnya mempunyai muncul dan botolnya yang lembut, boleh dipicit bagi mengeluarkan air. Kenapa perlu botol seperti ini? Keperluan botol ini adalah kerana tandas di sana seperti kebanyakan negara-negara lain  di luar sana, tidak mempunyai air di tandas. Jadi inilah gunanya botol ini! Terdapat juga hotel yang tidak mempunyai paip dalam tandas. Selagi lagi, anda perlukan botol kosong!
  4. Bawa baju daripada kain kapas, kerana cuacanya yang mencecah 35 darjah Celsius akan menjadikan kita berpeluh. Selain daripada itu, jika baju dibasuh dan ditinggalkan di bilik hotel, tentu baju boleh kering.
  5. Bawa kasut yang sesuai, sebaiknya kasut sport dan juga selipar (kemudahan untuk membeli belah).
  6. Boleh bawa juga baju contoh yang bersesuain jika anda mahu menempah baju daripada tailor (tukang jahit baju) Banyak 'tailor' di kawasan Ben Thant. 
  7. Bawa tukaran wang dalam nilai yang kecil jika mahu mebeli buah. Mereka keberatan memulangkan wang lebihan, sebaliknya hanya menambah sedikit buah-buahan yang dibeli.
  8. Cuba menawar harga sehingga 50% atau 70%. Jika mereka boleh membeli harga, mereka akan beri. jika tidak, bermakna, harga tersebut tidak menasabah. Jangan bertanya harga barangan jika anda tidak berminat untuk membeli. Juru jual kerap memarahi jika hanya bertanya tanpa ada niat membeli.
  9. Silalah bawa kalkulator supaya memudahkan pembelian. Harga tukaran wang akan lebih berpatutan di Sogo KL (di bahagian bawah, bersebelah farmasi) Jalan TAR KL, One U (new wing) di bawah Restoran/Cafe The Garden; bersebelahkan kedai surat khabar/meps Maybank. Pada masa saya pergi, tukaran adalah dalam nilai RM 157 = 1 juta VD. Juga sila bawa tukaran USD. Jadi lebih kurang 6369 VD = 1 ringgit. Semua harga dalam VD, mesti dibahagi dengan 6369.  1 USD = RM 3.
  10. Lebih baik jika pembelian tiket dibeli secara berkumpulan. Di Vietnam, kumpulan secara 4 orang dibenarkan. Bermakna, anda mesti membeli tiket secara bersama maksima 4 orang. Dengan cara ini, jika mana-mana individu yg mempunyai beg berlebihan, melebihi lebih 20 kg, berat yg melebihi ini akan ditampung oleh beg ahli kumpulan lain. Biasanya jika bergerak dalam rombongan yg besar, berat beg akan ditimbang di hotel terlebih dahulu, dan ahli kumpulan ditenpatkan mengikut berat beg (4 x 20kg = 80 kg) supaya berat tidak melebihi 80kg dan penumpang perlu dibayar lebih tinggi.
  11. Beg-beg kulit boleh dibeli dengan pilihan yang lebih banyak di Plaza Mall (dijual menggunakan USD) dan juga di Delta Mekong. (di sebuah pulau;biasanya anda akan melawat tempat membuat candy, tempat penghasilan madu, buah-buahan) Di sini juga beg-beg dijual menggunakan USD, bagaimanapun duit VD boleh digunakan.
  12. Jangan lupa sun glasses, spray air dalam botol yg kecil, tuala muka, tisu basah (wet tisues) topi kepala bersesuaian dgn cuaca vietnam yang panas.
  13. Duit jangan disimpan dalam jumlah yg banyak dalam dompet. Asingkan sejuta VD dalam sampul bagi memudahkan anda mengenalpasti berapa banyak yg telah anda belanjakan. Sebaiknya asingkan dengan dompet yg anda gunakan di Malaysia.
  14. Jika mahu membeli baju kurung/kebarung, sebaiknya belilah sehelai dahulu dan mencubanya di bilik hotel. Saiz yg mereka sediakan berbeza antara syarikat.
  15. Gunakan hanya teksi VINASUN  kerana hanya syarikat ini (syarikat kerajaan) yg menggunakan meter perjalanan.
  16. Kopi banyak sekali dijual. Biji-biji kopi yang dijual akan dikisarkan dan dibungkus. Sila minta dalam jumlah gram yang kecil seperti 100gram/200 gram. Mereka lebih suka membungkus seperti 500gram/ 1 kg. Kopi yang sedap seperti BLUE MOUNTAIN, kopi tempatan dan ada daripada jenis ekpresso dan sebagainya.
  17. Bijirin yang menjadi snek juga seperti GAJUS, KEKACANG, BIJI TERATAI banyak sekali dijual. Boleh dibeli dalam nilai 500 gram/ 1 kg.
  18. Produk tempatan seperti produk daripada tanduk kerbau juga banyak sekali dijual.
  19. Sila semak kualiti t-shirt yg anda pilih dan dibeli. Kadangkala terdapat juga penjual yg menipu. Kain yang lembut, kain daripada kain kapas ditukar dengan kain daripada jenis yang lain.
  20. Bersedia untuk mendengar perkataan-perkataan einggeris dalam bentuk yang agak kelakar. contohnya, berbunyi, "Can I have you" sebenarnya bermaksud, "Can I help you." Perkataan "I'll rob you here" sepatutnya berbunyi, "I'll drop you here." Perkataan madam, kakak, biasa diucapkan. "Buy, buy, cheap-cheap" kedengarannya seperti, "bye-bye, cip-cip". Jadi bersedia untuk senyum-senyum sendiri.

Sunday, October 28, 2012

Akan diterbitkan. Buletin Langkawi november 2012



Pulau Lagenda Langkawi begitu dekat di hati penulis ini yang menggunakan nama pena Nora Fuad. Nora Fuad baru menghasilkan tiga buah novel dengaan tajuk Dimensi Cinta, Cinta Sikunang-kunang dan Purnama Merindu. Projek manuskripnya yang ke empat akan diterbitkan awal tahun hadapan, dan beliau masih berusaha gigih bagi menyiapkan novel ke lima beliau. Walaupun berada jauh dari Pulau Langkawi, beliau telah menggunakan latar Langkawi ke dalam penulisan novel pertamanya yang diberi jodol Dimensi Cinta. Dimensi Cinta yang diterbitkan pada penghujung tahun 2009 bukan sahaja mengambil latar Langkawi, malah diberi ‘sentuhan emas’ dengan meletakkan latar London, Adelaide, Tasik Kenyir sebagai latar novel. Kepada beliau, latar gabungan tempatan dan luar negara secara terperinci bagaikan member nafas yang berlagu kepada kehidupan cinta yang menjadi tema utama novel pertamanya ini.

                 NORA Fuad, nama pena bagi Noor Arba'iah Ismail yang menggabungkan namanya dengan suami dan membawa maksud cahaya penuh kejiwaan, berkarya sejak berusia 17 tahun dengan menjadikan majalah sebagai medan percubaan untuk mengasah bakat dalam dunia penulisan kreatif. Bagaimanapun hobi menulis ini terhenti sekian lama sehinggalah mendapat inspirasi untuk menulis kembali hasil desakan seorang teman baiknya, Aznisyah.

                  Nora mewarisi bakat penulisan daripada bapanya, Ismail Yaa’cob yang mahir menulis seloka dan dikenali sebagai Cikgu Man oleh masyarakat Langkawi serta berkongsi hobi yang sama dengan ibunya, Salma Ibrahim, iaitu membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

                     Inspirasi penulis adalah menulis buku yang dilengkapi dengan Konsep i-novel (intelektual novel) Penulis percaya hanya pengetahuan sahajalah yang akan dapat membantu aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai Minda Kelas Pertama seperti yang diwara-warakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi idolanya.

                    Konsep i-novel diteruskan dengan novel kedua ‘Cinta Sikunang-kunang’. Kisah klise bagaimana sepasang kembar dalam memperjuangkan kehidupan, cinta dan cita-cita. Penulis masih lagi menekankan konsep pengetahuan seperti ‘Dimensi Cinta’ dengan mengutamakan watak-watak utama sebagai seorang yang mempunyai kelulusan dalam akademik dan berjaya dalam hidup termasuklah bidang perniagaan dan pertanian.

                               Penulis sekali lagi menengahkan latar Langkawi, dan kali ini memfokuskan ‘Pulau Tuba sebagai lokasi cinta’ dalam novel terbaru, ‘Purnama Merindu’ keluaran Buku Prima. Ternyata percubaan penulis berjaya meletakkan novel ini sebagai jualan terbaik Buku Prima dalam bulai Julai 2011. Berlatarkan Eropah, dan masih lagi mengekalkan konsep I-Novel.


                    Penulis menjelaskan mengapa beliau gemar menggunakan latar Langkawi dalam novel-novelnya. Menurutnya, Langkawi adalah ‘nadi’ kehidupannya. Di pulau ini, dia membesar dengan penuh kasih sayang. Novel ini mengutamakan akademik mengenengahkan intelektual dengan memokuskan tarak pendidikan sehingga ke taraf PhD, berlatarkan Eropah seperti Vannes, Belgium dan sebahagian Australia. Kemuncak kepada novel ini adalah Novel Purnama Merindu keluaran Buku Prima ini telah terpilih antara empat belas buah buku yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh Perak pada malam 15 Mei 2012. Penganugerahan begini menjadi pemangkin yang manis sekali kepada penulis novel yang amat suka dengan kerjayanya sebagai pendidik.

                           Projek penulis yang ke lima masih lagi berkonsepkan I-Novel dan dijangka menamatkan manuskripnya pada bulan Disember ini. Harapan penulis, konsep I-novel yang diutarakan, akan dapat menginjak pembaca ke era baru pembacaan. Membaca dengan tujuan mendapat ilmu, bukannya sekadar membaca cerita dan mendapat hiburan. Pembaca yang berminat untuk membaca tentang novel-novel penulis ini boleh melayari www.norafuad.blogspot.com untuk bacaan lanjut.

Buletin yang bakal terbit


Monday, August 20, 2012

Ramadhan datang dan pergi...

      Blog beesawang, berabuk atau berserrbuk lagi... sebulan puasa, sebulanlah diam tak bertempat. Cuaca dalam ramadhan yang agak panas dan berjerebu, agak meletihkan badan dan minda. Balik sahaja sekolah, berehat dahulu, petang masak. Malam juga berehat juga. 
       Ke masjid akan mengembalikan tenaga, dengan deretan atau barisan saff, akan mencaskan tenaga positif kembali.. cumanya, kadangkala atau lebih kerap tidak ke masjid. Hmm. ada masanya suami perlu keluar awal ke tempat kerja, jadi saya lebih baik mendiamkan diri daripada sendiri ke masjid kerana takut akan fitnah! Maklumlah fitnah dunia ini banyak sekali! Bertujuan baik tetapi perlu takutkan juga prasangka buruk manusia! Syaitan dan iblis dirantai sepanjang Ramadhan, tetapi syaitan dan iblis dalam jiwa manusia itu lebih menakutkan! Kalau ada yang suka prasangka buruk, maka buruklah atau negatiflah yang mereka akan pasangkan kepada setiap mausia yang mereka lihat dan pandang!

  Kebiasannnya sep[anjang Ramadhan saya lebih suka berbuka di rumah sahaja. Susah mahu mengerjakan maghrib jika berbuka di luar. Kalau adapun surau, perlu bersesak-sesak dengan ramai orang. Tidak selesa mahupun penat berkejaran. Dan saya juga lebih suka makan masakan di rumah yang ringkas. Jarang sekali makan kuih manis. Kalau adapun agar-agar atau puding yang saya masak sendiri./ Tahun lepas, hanya sekali berbuka di luar, dan hanya tuga kali membeli makanan di luar @ bazar Ramadhan. Tahun ini agaknya saya lebih m.a.l.a.s. Lebih enam kali membeli di luar. Tiga kali berbuka di luar. Biasanya kami berbuka ringkas di rumah, selepas solat maghrib, barulah kami keluar! Sekadar mengelakkan sakit kepala untuk berebut untuk solat maghrib di luar!

  Raya! Sebenarnya dahulu kami bergilir. Tahun genap, kami akan beraya di Johor Bharu. Tahun ganjil di Langkawi. Memamandangkan arwah ibu mertua sudah kembali ke Rahmattullah pada tahun 2009, kami terus beraya di Langkawi. Kalau beraya di Kl, rasanya tidaklah patut sangat, sementelah saya masih ada ibu dan bapa di Langkawi. Kali ini kami memutuskan balik ke Langkawi dengan kapal udara sahaja. Agak letih 'jem' lama di jalanraya. Apabila cuti sekolah dibenarkan bermula hari khamis saya agak 'marah' sebab tiket telah dibeli lebih sebulan lamanya. Sepatutnya, cuti seperti ini diumumkan terlebih awal. Bukan semua ibubapa atau keluarga anak-anak yang masih bersekolah oulang ke kampung halaman dengan berkenderaan sendiri. bagi keluarga yang mahu pulang bercuti menggunakan kenderaan awam terlebih dahulu telah membeli tiket bas, kereta api, kapal terbang sebulan dahulu lebih awal. Dua hari iaitu khamis dan jumaat saya bazirkan di rumah sendiri, sepatutnya dihabiskan dengan mengemas rumah mama saya! Apapun, apa yang boleh dikata!

   Ramadhan bakal pergi dan cuti juga bakal berlalu! Tiket kapal terbang tiada boleh diganti dengan percuma!Ahhh! Menanti jumaat datang bagaikan masa yang panjang. Dan jumaat datang juga! dan Aidil fitri datang dan berlalu juga!


Sunday, July 15, 2012

Sehari Bersama Penulis BUku Prima

   Sabtu, sepanjang hari, telah diadakan pertemuan antara penulis/karyawan Buku Prima (BP) bersama-sama dengan petugas2 daripada Grup Buku Karangkraf (GBK) Bermula dengan pendaftaran ada jam 8-8.30 pagi sehingga jam 6 petang, seramai 35 (sebenarnya kurang sebab terdapat penulis yang tidak dapat menghadirkan diri pada saat akhir) yang berkampung di dewan autitorium di Karangkraf, Shah Alam.

  Pertamanya, perlu saya katakan, alhamdulillah, berpeluang hadir sama bersama-sama keluarga GBK. Yang lebih penting saya rasa, kami dan berkenalan dan bersua empat mata sesama sendiri. Saya yakin dengan bertemu 'face to face', kemesraan akan bertambah berbanding dengan hanya mengenali antara satu di Facebook sahaja. Seperti kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta! Dan saya akan memperkenalkan peribahasa baru: Sudah kenal maka akan terlebih cinta. Jangan ada benci, jika sudah terlebih kenal sudahlah.. hehe.

   Program bermua seawal jam 8.00 pagi, pendaftaran sehingga 8.30 pagi. Sepatutnya saya tiba sebelum jam 8.30 pagi, (dalam 8.10 pagi) malangnya agak tersesat di Shah Alam. GPS pula gagal mengesan perkataan Karangkraf, hanya boleh menekan sehingga perkataan 'Karang' dan hurufnya hilang membikin hati terasa 'panas' meruap-ruap. Mujurlah suami yang memandu. Andai saya yang memandu, agaknya, akan berpeluh dingin  dalam suasana penghawa dingin yang sejuk kerana kepanasan hati yang 'panesss'. Padahal sudah beberapa kali ke sana. Kebiasaannya senang sahaj berjumpa dengan Karangkraf, dan tiba-tiba pagi sabtu lepas menjadi susah.. AHHHHH! tertension dalam kereta sendiri. Saya cuma bimbang majlis bermula awal atau tepat jam 8.30 pagi, sebabnya saya tidak suka duduk di belakang, juga tidak suka lambat ke majlis. Kebiasaan saya akan tiba awal supaya dapat duduk-duduk dan bertenang sebelum majlis bermula. Dalam sedang pening-pening lalat, ternampak perkataan Karangkraf di pagar. Nasib baik tidak menjerit (hampir pun) bagaikan kanak-kanak mendapat gula-gula! Bernasib baik, dalam 8.40 pagi, akhirnya dapat berada di majlis.

  Majlis dimulakan lambat sedikit bagi memberi peluang penulis lain tiba di majlis. (alhamdulillah, kalau bermula awal, sudah tentu saya sudah termiss program) Lagipun agaknya ramai juga yang tersesat! Yang lebih penting, saya dapat bertemu ramai penulis lama dan baru. Yang bestnya, tenpat duduk sudah ditetapkan. Meja dan kerusi disertai label nama. Tempat duduk saya di hadapan sekali, bersebelah dengan Erisya Riftha. Erisya sangat sporting, istilahnya 'masuk dengan kepala saya' yang gila-gila. Antaranya Kak Ramlah Rashid, Kak Kamsiah Abu, Ebriza, Syikin,  Master Chef Malaysia (Top 10) Shahriah, Hanis Azra, Zulfati Hanis,Zulaika Zakaria, Cahaya Izzati, Rosa Nur Imani, KAKA, Mersik Romoro,  Aisyah Abu Hassan dan ramai lagi. Bertukar-tukar fikiran, memang seronok. Cumanya, hanya beberapa orang penulis sahaja yang bersuara, saya, Shahriah, Kak Kamsiah yang dikenali dengan nama samaran glamornya, "Nenek cun" Rosa Nur Amani. Adik-adik yang lainnya agaknya pemalu, untuk bersuara.hehehe. Saya sedar mereka malu-malu... Dan satu perkataan bagi menggambarkan suasana program. "Best! It's fun."

  Saya tidak mahu bercerita panjang, saya anggap maklumat yang diperolehi adalah "Rahsia"..hehehe. Makanan disediakan 3 kali, sarapan pada jam 10.30 pagi, makan tengah hari, dan meinum petang. Dan bertemu ketua Editor, En.Mohd. Ali, Puan Sri Diah dan semua ahli team GBK, bersama karyawan BP adalah memoria terindah sepanjang minggu ini yang akan saya kenang sampai bila-bila!

Saturday, July 7, 2012

Back on track...

   Saya sudah lama sesat jalan. Sesat pada zaman milenium ini bunyinya agak anehkan? Sebab maklumlah boleh gunakan 'pakcik google', boleh gunakan GPS. Ada GPS di telefon juga. Paling tidak, dapatkanlah peta saja. Hehe .. dan sebenarnya, saya bukannya bercakap mengenai sesat jalan yang sebenarnya.

   Sudah agak alam manuskrip saya tidak bergerak. pertama, terlalu banyak kerja sekolah. Key in itu dan ini, tak berhenti-henti. Dengan 'server' yang hanya satu, dan perlu digunapakai di seluruh Malaysia, memang agak 'hangin' satu badan untuk habiskan kerja. Ada masanya lembab giler, terpaksa bangun seawal jam 4 pagi hanya bagi embolehkan key in smeua markah! Hiss!

    Kedua, mood pun lari apabila 'hangin' satu badan..hahaha. Menulis manuskrip bagaikan orang menari. Kalau lama tidak menari, maka hilanglah kronografinya. Hilanglah rentak tarinya. Bila mahu mulakan balik, perlu baca balik manuskrip yang lama, bagi mendapatkan 'feel' sebagai watak. Silap-silap sudah lupa nama-nama watak yang ditulis. Dan lupa, beratnya berapa. Dan lupa kemek ke hidungnya, matanya yang macam-macam... dah lupa apa plot yang sepatutnya. Jlo kalau tak menari berbulan pun, agaknya lupa akan rentak tarinya.. hehehe. Dan saya meninggalkan 'tarian' manuskrip saya agaknya selama dua bulan! Lama tu. Dan saya kehilangan bukan sahaja rentak, malah muziknya sekali! Bernasib baik, saya tidak hilang 'jejak' manuskrip. olehlah menyambung cerita lagi. Harapan saya, saya akan kekal dalam 'track' ini selamanya selagi belum menamatkan manuskrip!

   Novel baru akan menyusul tahun depan. Agak kecewa tahun ni, tiada manuskrip yang bakal diterbitkan tahun ini. Bagaimanapun, tak mengapalah. Apa mahu buat, penerbitan buku bukannya untuk saya seorang..hehehe. Sabarlah menunggu Q. Lagipun tahun depan bukannya lama lagi!

Friday, July 6, 2012

Berabuk...berkulat...berkuping..bersawang...

    Agak lama saya tidak menulis blog.  Entahlah mahu namakan sudah bersawang blog saya ini, atau boleh dikatakan berabuk, macam bilik kalau sudah dua minggu tidak menggunakan vakum. Atau kalau badan yang sudah tidak mandi seminggu lamanya dalam cuaca tropika ini yang panas, menjadikan berpeluh sampai ke cuping telinga, lama-lama akan berkerak jadinya. Atau bagai rumah yang sudah berbulan tidak bersawang, dan kebetulan rumah terletak berhampiran dengan hutan, maka ada labah-labah yang gatal membuat sarangnya. Sibuk sangat ke? Agaknya ada pembaca yang agaknya bertanya begitu? 

                Atau penulis a.k.a cikgu ini sudah kehabisan idea. Idea insya_Allah tak akan surut cuma jangkitan penyakit yang agak serius di otak. Penyakit ni tiada ubatnya, kerana apabila terkena jangkitan sahaja, maka, seluruh hidup akan bertukar.  Sibuk atau tidak, itu bukan persoalannya. Jika mahu, tentu akan mencari masa dan ketika untuk menulis. Seperti pernah disebut peribahasa, "Jika hendak seribu daya, jika tidak hendak, seribu dalih." Dan sebenarnya tidak memerlukan seribu dalih untuk menyangkal niat untuk menulis pun. Saya hanya perlukan satu alasan sahaja, 'penyakit otak' yang BAHAYA!

   Dari Ipoh, ke pelancaran NOVEL PURNAMA MERINDU sempena Hari GURU PERINGKAT KEBANGSAAN sehinggalah ke sambutan HARI GURU peringkat sekolah, banyak masa yang saya lalui dengan gembira. Cuma penyakit bahaya ini akhirnya, berjaya juga saya harungi. Penyakit "MA..." Hehehe. Sudah banyak kali memegang laptop untuk menulis, tetapi akhirnya saya berhenti juga. Penyakit itu menyerang lagi menjadikan tangan saya kaku. Bukan itu sahaja, badan pun terasa lemah gemalai, matapun seolah tertutup rapat. Ada masanya bernafas pun terasa beku! Aduh! Bahayanya penyakit ini. Apa lagi, penyakit M.A.L.A.S. Bahayakan penyakit ni? Saya berharapkan selepas detik ini, penyembuhan pada malam ini akan berlanjutan sehingga masa-masa akan datang.

Insya_Allah dengan izin ALLAH. Dan saya berharap saya bukan rajin menulis blog sahaja, tetapi juga rajin meneruskan manuskrip yang sudah lama BASI, kata orang Kedah sebab lama 'tak perangggat'. Maksudnya kalau memasak kari, tetapi tidak menyimpan dalam peti sejuk dan juga tidak pernah memanaskan gulai tersebut, maka gulai akan basi, a.k.a rosak! Saya berharap mahu meneruskannya malam ini. 

   Agak jauh saya meninggalkan manuskrip dengan kengkangan masa yang agak sibuk sekarang ini! Entahlah, banyak sangat virus "Ma" dalam darah, malah melangkaui otak barangkali! Entah syaitan mana yang menyelam jauh ke dalam urat darah!

Wednesday, May 9, 2012

Poster sempena pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012



  Teman  saya Rosni rajin sungguh dengan membuat poster menarik! Terima kasih daun keladi.

Poster ini pula disediakan oleh pihak Karangkraf. Dua lagi menulis Anis Ayuni dan Rabihah yang juga turut dipilih untuk dilancarkan novel mereka semasa Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 15 Mei 2012 di Ipoh Perak.

Tuesday, May 8, 2012

Hadiah Hari Guru 2012

  Sebagai seorang pendidik, tiada hadiah lain yang akan lebih bermakna daripada kejayaan anak-anak didik. Tapi umumnya semuapun sudah mengetahui, anak-anak didik ini juga terdiri daripada beberapa kategori juga. Ada yang berterima kasih, ada yang mencemuh yang 'Kelas tuisyen mereka baik sehingga mereka berjaya.' sehingga Anak yang mengatakan kerja kuat mereka sahajalah yang memastikan mereka berjaya. Sebenarnya kepada saya, gabungan beberapa faktorlah menjadikan 'kemanisan kejayaan seseorang pelajar'. Antaranya usaha guru dalam menjadi petunjuk arah/jalan kepada pelajar.

  Sebagai penulis, tiada kejayaan yang lebih indah apabila buku/novel mendapat perhatian daripada pembaca. Sebagai seorang pendidik yang juga penulis, tentulah tiada kejayaan yang lebih manis apabila buku saya PURNAMA MERINDU terpilih antara 15 buah buku/novel yang akan dilancarkan pada 15 Mei 2012, sempena HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN di Ipoh Perak. Yang lebih manisnya, pelancaran akan diadakan di rumah Menteri Besar Perak sendiri pada Majlis Makan Malam. Andai tidak kerana novel ini, tentulah saya tidak mempunyai kesempatan berada di rumah Menteri Besar, Perak. Seronoknya tiada tercerita!

Sunday, April 29, 2012

Nostalgia

  Pagi tadi berkesempatan membeli kain untuk upacara penting 14-17 mei 2012 nanti di Ipoh. Apa dia upacara itu? Nantilah, bila tiba saatnya nanti, baru saya akan beritahu. He he he. Biasanya, saya tidaklah beriya untuk apa-apa upacara, kenapa pulak perlu sampai berpakaian baru, tetapi apalah salahnya, kebetulan sekadar persiapan untuk hari raya nanti. Disebabkan perhimpuan BERSIH yang membantutkan usaha saya untuk membeli belah semalam (minggu kepas pula, saya sibuk di sekolah sangat-sangat) hari ini dengan keterpaksaan terpaksalah keluar hari ini, dan perlu menghantar kepada tukang jahit saya supaya dapat menyiapkan segera untuk upacara penting itu.. ehem.. ehem...

  Saya tidak akan memandu kereta ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sebab kos parkingnya mahal dan jalan semak dengan kenderaan. Jalan singkatnya, naik je lah LRT. Selepas itu saya  singgah di Central untuk menukar Komuter ke Setia. (hmmm... entah apa namanya stesyen itu?) terus menaiki Komuter ke sana. Melintasi kawasan Pantai Dalam (PD) menjadikan saya tersenyum sumbing sorang-sorang. Bernasib baik menaiki KOC WANITA, jadi tak adalah mana-mana lelaki yang terperasan kalau ternampak saya tersenyum sendiri. 

           Saya teringat kali pertama KOMUTER dilancarkan, masa itu saya tinggal di PD, dan perkhidmatan Komuter adalah percuma. Jadi, saya pun mencubalah. Dengan suara yang mengumumkan 'Pantai Dalam', saya sudah bersedia.. Setibanya di PD, saya yang ketika itu berada di sebelah kanan Komuter bersedialah untuk turun dengan berdiri betul-betul di hadapan pintunya. Tunggu punya tunggu, 10 saat, pintunya belum juga terbuka. Suspen juga, bagaimana nak turun ni? Tiba-tiba terdengar satu suara lelaki, katanya, "Dik, pintu buka di sebelah sana." Alamak.. toing..toing.. Malu. Muka tebal terasa bagaikan satu kaki la! 12 cm tebalnya muka. Saya  cepat-cepat berpusing ke arah kiri dan turun dengan secepatnya. Dan terlupa mengucapkan terima kasih.  Tidak mahu bersikap biadap, apalah sangat untuk mengucapkan terima kasih seperti yang selalu saya ucapkan, tetapi muka dah tebal wehhh.. Agaknya semua orang di gerabak tu, nampak saya sedang berdiri di pintu kanan. Alahai, takkanlah mahu turun atas rel keretapi pulak! Tak logik langsungkan? Kalau agak-agak pintu kanan tu terbuka, saya sudah jatuh atas rel.. ha ha ha ha...  Jika dia terbaca coretan ini, maka "Terima kasih kerana memberitahu saya di mana pintunya." Hahahaha. Terlewat. Memang betul. Terlambat lebih baik daripada tidak mengucapkannya langsung. "Terima kasih brother." ha ha ha. Pada masa itu, kata suami saya, dia pun pernah mencuba komuter yang memberi perkhidmatan percuma juga; sayangnya babak cinta kami tidak menjadi seperti Hindustan; bertemu atas komuter.. ha aha ha.

    Terpandang akan perkataan UKM dalam komuter mengingatkan kisah lama. Ada seorang Tutor yg saya rasakan tidak suka sangat dengan saya tanpa sebab. Saya cuba memcari sebab dan alasan, tetapi tidak berjumpa. Entah mengapa dia tak suka sangat dengan saya. Nak katakan, saya ni 'miang', saya bukan jenis yang mengada-ngada macam tu. Nak katakan saya suka melawan, saya tidak bercakap banyak seperti sekarang ni, saya agak 'pemalu' masa belajar di u. Entahlah, agaknya muka saya macam ex-girlfriend dia kot yang membuatkan dia menyampah! Atau nama saya sama dengan bakal mak mertua tak jadi dia. ha ha ha.Dipendekkan cerita, kalau saya masuk kelas tutor dia, pasti saya didera. Dia akan panggil nama saya walaupun ada 20 pelajar lain di dalam kelas (kelas saya ada yg dikendalikan oleh pensyarah atau tutor) Bukan sekali dua begitu, ketara sangat yang buat saya tension sangat dengan pertanyaan yang selalu saya ajukan kepada kawan baik saya, Masita, "Apa hal dengan Pakcik sorang tu?" Masa itu perkataan 'mamat' belum ditemui lagi.. ha ha..  Lama-lama, sebelum masuk kelas tutor saya akan duduk berdiri di hujung lorong kelas, kalau nampak dia yang datang kelas tutor, saya akan blah dan menunggu kelas berikutnya (maknanya kelas berikutnya kelas yang dikendalikan oleh pensyarah sayalah) Patutnya sebelum tamat pengajian dulu, saya patut bertemu dia dan bertanya, "Apa hal dengan awak ni Pokcik?" hahaha...

  Satu hari dalam tahun 1995/1996, di Bangsar, ketika itu saya tinggal di Pantai Dalam, dan saya tidak memandu kereta kerana malas, agak susah untuk pakir kereta di Bangsar Baru. Saya menaiki bas ke Bangsar, ketika mahu pulang dari sana, saya ternampak tutor saya menaiki bas. (Ada dua pintu, pintu depan turun dan naik dari belakang) Hampir saya menutup muka saya dengan beg sandang yang saya pegang. Nasib baik dia tidak terpandang saya. Salah orang? OOOHHH tidak sama sekali. Rupa dia, rambut dia, tak akan saya lupa. One of my enemy that I'll never forget..hahahaha. Sudah begitu caranya, takkan saya mahu lupa. Saya tidak sempat perhatikan di mana dia turun, sebenarnya takut untuk memandang dia, takut kalau dia terpandang saya. Saya tak fikir dia pun akan melupakan saya sebab selalu menyakat saya! hahaha. Sejak hari itu, saya takut untuk menaiki bas di Bangsar lagi.. ha ha ha ha.

   Satu ketika saya sedang menunggu komuter untuk ke KL (saya rasa dalam tahun 1997) saya pun duduk menunggu Komuter di sebelah kiri. Secara tiba-tiba saya terpandangkan dia yang sedang duduk di seberang flatform sana. (sebelah kiri) Dan ketika itu, dia pun terpandangkan saya. OOOHH, bernasib baik ada dua rel keretapi yang memisahkan kami. Kalau dia berada di sebelah stesyen  saya, sumpah mak ooi, saya akan lariiiiiiiiiiiiiiii... kebetulan saya berada sendiri di sebelah sini, dan dia seorang diri di sebelah sana. Hahaha. Betul-betul macam Hindustan. Agaknya dia tinggal berdekatan tempat saya, ada banyak blok. Apartment saya 14 tingkat, ada dua blok, jadi, entah di mana dia tinggal. Nasib baik tidak pula tersempak dalam lif.. ha ha ha. Bayangkan terperangkap dalam lif berdua, saya akan lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii keluar lif.. ha ha ha ha ha.  Dan kebetulan, tahun itu tahun terakhir saya di KL dan berpindah tahun berikutnya untuk balik kampung sebab kecewa, hati dicuri dan jodoh tak kesampaian.. ha ha ha. 

  Dan apabila melintasi stesyen PD siang tadi, saya tersenyum sepanjang perjalanan... ada nostalgia yang singgah! Ada senyuman yang melirik.

Wednesday, April 11, 2012

Sudah bersawang blog saya ini.

   Perkataan yang biasanya kita dengar jika blog sudah lama 'bangat' tidak diup date, sudah 'bersawang'. Kehidupan terlalu sibuk. Sebagai pendidik, kepala rasa bocor memikirkan bagaimana mahu memberi kefahaman yang mudah difahami kepada pelajar dan mudah pula diingati dalam minda mereka. Yang agak payah dilakukan adalah jika murid mempunyai keupayaan mengingat. Saya cukup memahami jika murid dikatakan mempunyai pemahaman dan tahap pemikiran yang berbeza; ada yang bagus, cemerlang hatta yang storan minda yang 'kecil' barangkali. Tetapi jika pelajar langsung tiada inisiatif untuk 'mencuba', saya sudah habis ikhtiar! Mahu diapakan lagi daya usaha saya, jika mereka sentiasa 'malas sangat-sangat.' Dua  baris ayat, buka  perenggan pun tidak mahu cuba diingat, aduh! Bagaimana halnya itu?

   Alhamdulillah, keputusan SPM tahun 2011 meningkat beberapa peratus, drp 89.6% kepada 97%. Usaha kami para guru dalam bidang sejarah agak berjaya, apatah lagi dengan kenaikan besar peratusan dalam bilangan mendapat A sehingga A+. Bukanlah usaha kami secara totalnya, sebenarnya usaha murid yang lebih lagi, guru-guru hanya membantu bagi memahamkan murid, memastikan mereka memahami tajuk2 ramalan penting, menguasai teknik menjawab soalan dan sebagainya.

  Pernah pelajar bertanya saya, bagaimana saya menyukai sejarah ini? Saya katakan, saya bukan sekadar suka, saya cintakan sejarah. Sejarah adalah matapelajaran tertua yang ada dalam dunia ini. Kebetulan, sejarah paling 'enteng' untuk dipelajari, fahami dan diingati! Saya katakan, saya hanya berpeluang belajar sejarah dalam 1 1/2 tahun sahaja sebagai pelajar STPM (dulu-dulu jika belajar dalam aliran sains tiada mata pelajaran sejarah) Kalau daripada awal saya belajar sejarah; saya lagi bijaksana kot! he he he... (tidaklah bijaksana pun he he he)

  Manuskrip saya kurang berganjak, entahlah; ahun i lagi-lagilah bertambah beban kerja.. tidak luak-luak jadinya.

Tuesday, March 20, 2012

MR Chia seed, saya jatuh cinta lagi.

   Pertama kali saya mendengar tentang Chia Seed semasa melihat Oprah's Show. Dr Oz mencadangkan pengambilan seed ini untuk kesejahteraan tubuh. Tapi biasalah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lagipun di Malaysia agak susah mahu cari semua benda-benda pelik yg datangnya dari luar negara. Lagipun, lama melilau-lilau di Mall dan supermarket, tapi tidak bertemu dengan Mr Chia ni. Sehinggalah beberapa bukan lepas, saya bertemu secara tidak sengaja di kedai organik, tetapi saya tidak pasti, adakah seed ini atau inikah MR CHIA yang saya patut bertemu. Takut2 salah MR CHIA pulak, kan susah nanti?
   Tidak pula tergerak hati untuk mencari informasi tambahan di internet. Jadi soal MR CHIA saya letak 'asing' Lama kelamaan, saya pun terlupa akan nasib MR CHIA yg saya cari-cari. MR CHIA yg saya cari berasal dr Amerika Selatan atau Latino tau!  Berketurunan Aztecs dari Tamadun Mayan Tau! Semuanya bermula sehinggalah saya bertemu iklan CHIA SEED ini dalam promosi Cosway. Saya mencubanya. Rupanya seperti bijan/ sesame seed. Rasanya, macam bijan. Kalau direndam dalam air, akan kembang ala-ala selasih. (biasanya diletakkan dalam sirap - sedap) Boleh dimakan jika dibakar bersama biskut, roti, puding, bubur, air, nasi dan sebagainya. Tiga hari pertama, banyak gas yang keluar sebab barangkali banyak gas dalam badan. (nasib baik cuti sekolah dan berada di rumah) badan mulai merasa ringan. Lenguh-lenguh sendi sudah rasa okay.

  Saya rasa pelik sedikit ketika ke sekolah... biasanya akan membilang tangga apabila naik dan turun. Lutut rasa sengal dan termengah-mengah ketika naik turun. Masih muda tapi macam nenek-nenek tua lagaknya. Sebaliknya rasa berbeza apabila mengamalkan CHIA SEED. Hanya 2 sudu makan sehari (dan saya akan mengurangkan dosnya sedikit apabila sudah biasa mengamalkannya) Rasa okay sangat menaiki tangga. Lutut, sendi tidak lagi sengal. Tidak juga termengah-mengah setelah mendaki hampir 100 anak tangga ke tingkat 4. Terus menerus menaiki tangga tanpa perlu berhenti beberapa kali. pelik dan ajaib. Saya sedar, ini ada kaitannya dengan bijirin hitam putih yang saya makan. CHIA SEED mmeberikan saya tenaga lebihan, kekuatan sendi dan tubuh yang segar.

   Apabila bangun pagi, saya boleh meletupkan tubuh saya dengan kilasan ringan! Amazing dapat melakukannya dengan rasa segar yang melegakan. Dan yang penting, mr Chia membantu proses penghadaman. Tanpa cirit birit jika menggunakan ubatan untuk kurus atau diet. Dan tak payah berangan lagi di bilik mandi! Bestkan?

   Apa sebenarnya Chia Seed?



Chia, or Salvia hispanica, is a plant in the mint family. Chia seeds are marketed as a nutritional powerhouse or "superfood" because their nutritional profile suggests that the seeds might improve heart health, help prevent diabetes and promote weight loss. The actual health benefits demonstrated in scientific studies are somewhat mixed.


  Kandungan Chia Seed pula :
Chia is high in fiber and moderate in carbohydrates and protein. It contains the minerals phosphorus, calcium, magnesium, iron, zinc and copper. It is also high in antioxidants and a good source of the polyunsaturated omega-6 essential fatty acid, or EFA, linolenic acid. More importantly perhaps, it is an excellent plant source of omega-3 EFAs. In fact omega-3s make-up 50 to 57 percent of the total content of chia seeds.

Chia seeds contain so-called "good" fats. Although one ounce of chia seeds contains almost 9 g of fat, only 1 g is saturated. This same ounce of seeds, however, yields nearly 5 g of alpha-linolenic acid, an omega-3 fatty acid. According to Memorial Sloan-Kettering Cancer Center, omega-3s may reduce cholesterol, depression and inflammation.



  Bagaimanapun seperti amalan pengambilan bijirin/herba lain, anda mesti mengetahui dahulu pantang larangnya. Pesakit jantung dengan pengambilan ubatan dilarang, jika ada alergik dengan jenis kekacang juga tidak boleh mengambilnya. Jika kesihatan anda okay sahaja, tiada masaalah kesihatan, anda boleh mencubanya; sebaliknya; bertanyalah doktor anda untuk kepastian.

Chia seeds can thin your blood, due to in part to their high omega-3 content. They may also lower blood pressure. If you take blood-thinning, blood pressure, or heart medication, you should consult with your physician before incorporating chia into your diet. Some people may be allergic to chia seeds or experience gastrointestinal problems.

Untuk saya, saya akan terus mengamalkannya. Saya memakan Chia dalam bubur kacang, ais krim, air, nasi, yogurt, air lemon (akan mencuba) roti, pengat pisang. Silalah membaca link yang saya sertakan untuk mengetahui lanjut tentang CHIA SEED, dan buaknnya MR CHIA.. he he he. 


Friday, March 2, 2012

Cinta ada harganya....

   Saya adalah pendengar yang baik! Ada orang  mengadu, saya dengar sehingga habis. Jika mampu, saya cadangkan cadangan menyelesaikannnya. Jika tidak, saya cube menguraikan kekusutan masalah dengan meinta dia bersabar, tetapi masih akan mencuba memberi cadangan membantunya menyelesaikan kekusutan tersebut. Jika masalah berhubung suami isteri; yang tiba-tiba menjadi marahkan sesuatu dan tidak bertegur sapa selama beberapa hari? Uiittt! Peliklah sikit! Saya tidak pernah bergaduh, atau bertengkar dalam situasi yang begini. Tidak pernah tidak bertegur sapa suami atau merajuk begini. Anadai tidak bercakap dengan suami; adoiii! Resahnya rasa! Macam orang mabuk bercinta, andai telefon tidak bersambut setelah kali ketiga mendail; saya sudah berasap! Sekurangnya dia mesti menelefon kembali sekurangnya sejam setelah membaca 'miss call'. Kalau tidak; saya mogok; merajuklah... ha ha ha...

   Tidak bertegur sapa dalam hubungan suami isteri beberapa hari, menjadi petanda buruk dalam perhubungan. Diam bererti seseorang marah! Bersalah! menganggap pasangannya bersalah! memendam rasa! dendam! Terasa ditipu! Menipu! dan kepada saya, situasi ini mendorong kepada situasi 'pelik' dan 'ragu' Ada status rasa bimbang di sini. Diam tidak bermaksud bersetuju sama sekali! Dia rasa ragu dengan ketelitian pasangan; mungkin beranggapan suami/isteri tidak prihatin lagi. Yang lebih jelas; perlu berbincang, berkomunikasi dalam penyelesaian masalah. Janganlah memendam rasa sehingga 'cuka' yg terkandung dalam rumahtangga boleh menjadikan 'rasa hati' menjadi jeruk! andai menjadi jeruk yg baik, okaylah juga, masih boleh dimakan. Yang saya bimbang, menjadi jeruk yang busuk, berbau busuk dan pahit untuk dimamah. Akan terjadilah, "Ditelan mati emak, diluah mati bapa." jadi bagaimana kesudahannya?

     Saya beruntung, suami tak pandai menyindir, kalau adapun hanya bergurau akan saiz 'super mini' yg tidak lagi 'mini. Tiada sindiran pedas yg kadang ada masanya, periuk tidak berasap. Hari inipun; saya menyimpan cita-cita 'bermalasan' untuk memasak lantaran pulang dengan jam yg sudah 'lewat'. Apabila menelefon suami dengan kata-kata, "Tah payah masaklah bang, dah penat." Dia bersetuju seperti biasa; tiada bantahan. Ayat di hujung gagangnya segera saya fahami, "Ikan abang sudah bersihkan, cuma belum potong lagi." Alahai, teringat ikan yg susah2 dipancing suami beberapa hari lepas. Lantas saya pun mengambil semangat Yun (yg buta matanya tetapi kerap dan rajin memasak supaya lebih jimat) k dapur, menggulaikan kepala ikan dan dua ketul isi badannya dengan mangga muda, serta menggoreng beberapa bahagian badannya. Kebetulan tiada sayur yg berbaki. Sudah dua kali sabtu berturutan dengan minggu ini sekolah punya acara yg menjadikan tiada masa ke pasar!  Jadi, kari mangga ikan , disambut hujan bersahutan; lebat menjadikan perut yang lapar disinggahi dua pinggan nasi yang sedap. Terlupa lagi resolusi baru; kurangkan makan!!! Tak apalah, saya memujuk hati sendiri; esok saya dietlah! hahaha..  Rupanya padanlah saya lapar sungguh; hanya sempat bersarapan pagi. 'Lunch-tea time' entah ke mana?

  Pokoknya pada saya, tak kisahlah jika kepenatan memasak asalkan lega rasa di perut. Ikan segar dr kolam pancing memang memancing selera apatah lagi dengan mangga muda yang tidak juga manis, tidak juga masam tetapi lemak-lemak masam-masam manis! Kemanisan ikan terasa bagaikan hmmmmm.. speechless! Saya sedar; nasi 3/4 periuk kami akan dihabiskan suami!

     Cinta ada harganya. Tapi memikirkan pasangan yang membisu beberapa jam setelah 'bermasam muka'  terusan menjadikan saya pelik; 'Sampai bila dramanya begitu?' Letih kalau tidak bersuara? Cinta di hati, masih adakah harganya?

Thursday, March 1, 2012

Resolusi tahun baru atau angan-angan Mat jenin?

   Resolusi tahun baru menyiapkan kerja dengan pantas, tapi itulah; kadangkala sekadar resolusi biasa. Banyak halangannya. Keletihan, tak ada mood, panas, hujan semuanya menjadi faktor halangan belaka. Bak kata peribahasa;'Hendak seribu daya, tak hendak, seribu daleh.' Kadangkala tidak terdaya meneruskan apa juga bentuk rancangan. Penat mengejar semuanya! Kerja, hobi, tugas sebagai isteri, guru dan sebagainya. Untungnya suami sangat memahami dan membantu! Lega! Dibuatnya yang selalu demanding yang bukan-bukan; hari-hari meminta isteri menjadi masters chef, memasak masakan bertaraf 7 bintang; alahai! Longgarlah kepala jadinya. Penat melayan kerenah anak murid di sekolah. Entahlah, budak-budak sekarang tidak seperti zaman saya bergelar pelajar dahulu. Baik-baik dan molek-molek benar sifatnya!

   Kadang-kadang naik bosan juga dengan facebook! Sebenarnya Fb tidak melakukan apa-apa jenis kesalahan. Asal sahaja menyebutkan sesuatu, contohnya. Hari ini penat menaiki tangga. lebih kurang 500 anak tangga saya naiki. Selalunya respond yang saya akan temui; 1.bersabarlah! Ada banyak pahala yang menanti! Lagi!!!  2. Bersabarlah, tentu ada ganjarannya. 3. Bersabarlah, jangan merungut! Adooiii! Terasa bagaikan jahil benarlah saya! Pernyataan saya bukan rungutan! sekadar penceritaan yang menunjukkan keletihan yang sangat mencabar fizikal kami sebagai guru. Itu saja. Saya tidak merungut. Tidak juga membuat kerja sambil berleter. Sekadar menyebut. Sama seperti kita berkata, "Panas hari ni." Pernyataan itu bukan rungutan, sekadar pernyataan, yang menunjukkan cuaca cerah, tiada hujan. Agaknya orang di luar sana sudah lupa, ada pelbagai nada dalam  menyatakan sesuatu, dan penyataan itu bukanlah sekadar rungutan! Sama seperti kata-kata saya, "Sakit kaki hari ni." Itu satu pembritahuan. Bukannya rungutan. Kalau berungut, bermakna saya mngeluh dengan takdir ALLAH kepada saya. Mengadu; juga bermaksud memberitahu orang yang sayang! Salahkah begitu? 

      Yang peliknya tu, ada juga yang mengatakan setakat naik  500 anak tangga "Itu belum apa-apa lagi kalau dibandingkan dengan askar zaman penjajah atau zaman komunis Mereka perlu bekerja keras.." Hah pulak! Bila pulak agaknya saya membandingkan anak-anak tangga dengan kerja-kerja tentera zaman penjajah atau komunis? Aduhaiiiiii! Andainya saya bertemu pernyataan begitu, tentu jawapan saya; "Lama-lama slim atau melengkung badan cikgu." Kan tenteram kalau dibaca penulisnya. Berbunyi lelucun. Tidaklah sampai menyakiti hati penulis... kadangkala kita terlupa yg orang lain tidaklah 'sejahil' yag difikirkan! Bukan semua pernyataan berunsur keluhan! leteran mahupun tidak redha! 

   Ada juga yang menulis tentang kesakitan yg mereka alami. Pada hemat saya, dalam diam, mereka minta agar pembaca/teman-teman Fb sama-sama mendoakan kesejahteraab mereka. Itu sahaja. Doa adalah senjata muslimin lain kepada saudaranya.Bersusahalah membaca yang tersurat dan tersirat. Mengapa mesti memberi mesej yang salah kepada penulisnya. Andai saya menulis; pasti saya berkata, "Teruskan bersabar seperti selalu, semoga ALLAh akan menyembuhkan saudari." dan tentunya lebih baikdaripada ayat, "Sabarlah, ALLAH menduga anda." Tentulah penulis itu sedar dia diduga, dan kata-kata itu seolah menjengkelkan pembacanya.! Ada ayat yang mengurangkan kesakitan! Ada yg pula menambah luka di hati!

   Resolusi: mengurangkan kata-kata orang yang menjengkelkan hati saya! aduh!

Wednesday, February 22, 2012

Mengambil semangat Yun

   Semangat Yun begitu kuat! Dia tidak menyalahkan takdir!Tidak juga menjadikan kelemahan dirinya sebagai sesuatu yang melemahkan kekuatan dia untuk hidup! Meneruskan kehidupan dengan berani dan kuat! Dia tidak berkeluh kesah. Dia tabah sekali mengharungi hidupnya. Saya kagum!
   Dalam gelap, saya tersepak papan lantai bilik saya menjadikan ibu jari saya terluka! Dalam kegelapan di bilik air, saya tersepak mangkuk tandas menjadikan saya separuh menjerit, "aduiii!" Dalam kegelapan, saya melihat wajah saya yang dirapatkan dengan cermin. Dalam gelap, saya merasakan dunia saya separuh 'terbang'. Pada Yun, kegelapan itulah dunianya seumur hidup! Dia hidup tanpa cahaya sepanjang kehidupannya. Dia adalah insan yang mengalami cacat penglihatan, salah satu antara insan yang tidak dikurniakan kesempurnaan penglihatan!
  Saya bertemu Yun setelah mengiuti kakak senior saya untuk mengurut badan ke sebuah pusat refleksologi di Bandar Lama Ampang. Disebabkan hanya Yun seorang sahaja, yang mampu mengurut badan, kami terpaksa bergilir menunggu giliran. Yang lain, kawan-kawannya seramai 5-6 orang mampu melakukan urtan relfeksologi di tapak kaki. Saya percaya urutan refleksologi juga melegakan  tetapi saya ykin, urutan badan lebih melegakan ketegangan otot yang kita alami! maklumlah, seluruh badan sudah tegang akibat stresss yang melampau!
  Saya berbual panjang bersamanya sambil urutan dibuat. Katanya dia tidak dapat melihat sejak lahir lagi! Insaf! mneginsafkan! Bagaimana kita yang bisa melihat tidak setiap hari bersyukur dengan pandangan mata yang ALLAH berikan setiap detik. Dia seorang yang amat bersyukur! Saya berbual tentang keluarganya. Yang lain-lain butirannya, saya rasa tak eloklah saya ceritakan di sini. Mungkin pada hemat saya, dia tak suka untuk dikongsikan di sini kot! Kebetulan adiknya (perempuan) berkahwin dengan seorang yang berasal dan bekerja di Langkawi, orang di PULAU saya. (macam bunyinya saya yang punya pulau tu) Huh! Hebat! Dia sangat bersyukor orangnya. Kata-katanya yang saya ingat, dan tak mungkin saya lupakan: "Saya hanya tak nampak saja kak, ALLAH masih beri saya hikmat yang lain. Saya bersyukor." Saya sendiri, Speechless. Kalau dia boleh bersyukor tentang nikmat yang dia dapat; mengapa tidak dengan kita? Allahhuakkbar! Suhhanallah!
    Setiap kali saya pejamkan mata; saya teringatkan YUN. Saya pasti dia lagi. Saya sukakan dia! Saya sukakan semangatnya! Saya suka akan semangat bersyukurnya! Saya suka dengan semanagt berterima kasihnya! Saya kagum!  Andai YUN boleh bersemangat meneruskan hidup, mengapa tidak dengan KITA! Yang sempurna (dengan ertikata mempunyai semua deria, bukan sempurna, lengkap 100% sempurna sebagai manusia)

Tuesday, February 14, 2012

Resolusi tahun baru, kerana ALLAH

   Saya sengaja pulang lewat dr sekolah petang tadi, menghabiskan memeriksa buku-buku latihan murid, dua kelas; sementara meramai ramai dengan teman-teman lain yang menunggu untuk menjayakan kegiata koku mereka petang harinya. Maklumlah, jika kaki sudah melangkah pulang ke rumah, latihan akan terbiar di dalam kereta, dan sudahnya, latihan-latihan itu akan dibawa pulang semula ke sekolah, ke rumah kembali, dan begitulah ulangan kejadiannya. Semenatara memeriksa buku, kawan saya memulakan cerita, katanya, seorang ustazah mengingatkan dia tentang sesuatu. "Sepatutnya hari-hari kita melakukan sesuatu dengan niat, kerana ALLAH; jadi tidaklah kita berkeluh kesah jika menghadapi kesusahan. Tak adalah kerja kita dengan hempas dan geram, terutamanya dengan kerja-kerja rumah." Dan kenyataannya benar sama sekali. Memang benar kita bekerja atau melakukan sesuatu kerana DIA, tetapi kadangnya kita lupa memasang niat, kerana ALLAH.

    Jadi, saya mengingatkan diri saya, agar setiap kali kaki mahu melangkah atau melakukan pekerjaan atau aktiviti, biarlah ALLAH bukakan hati saya kerana ALLAH supaya jika terpaksa melalui dugaan dan sebagainya, saya tidaklah berkeluh kesah.

  Semasa menulis DIMENSI CINTA, buah hati saya pertama, yang saya terfikir hanyalah menulis sebuah manusrip yang dilahirkan menjadi sebuah buku, tanpa berfikir panjang, apa tujuan saya menulis. Jadi penghayatan saya dalam buku itu lebih kepada sebuah cerita; aktiviti; mengkagumi ciptaan ALLAH yg saya gambarkan melalui ciptaanNYA yg MAHA agung dan cantik. Menghayati ciptaan ALLAH yg maha indah, menginafi akan kebesaranNYA, bulan dan BintangNYa. Saya tidak menggambarkan agar indahnya ISLAM dan AGAMA saya, bukan kerana saya tidak menghargai dan mengkagumi agama saya, tetapi barangkali tumpuan saya lebih kepada cerita. Begitu juga dengan CINTA SIKUNANG-KUNANG, penghayatan saya lebih kepada mengkagumi ciptaanNYA juga, tetapi 'lupa' akan  nikmat Islam dan apakah pengertian Islam dalam hidup saya! Saya leka!  Saya lupa menggambarkan bagaimana ISLAM  ada kaitannya dengan SAINS, bagaimana IBADAT dalam agama saya boleh diterjemahkan dalam sains dan pengetahuan. Walaupun terdapat keajaiban sains yang saya gambarkan dalam novel kedua; buah hati saya yang kedua ini, tentu belum cukup kuat menggambarkan keperibadian seorang Muslimah! Sekali lagi; saya leka!

    Syukur ALLAh menunjukkan jalan yg lebih terang, dalam PURNAMA MERINDU; lebih banyak elemen ISLAM dalam kehidupan saya aparkan dalam novel ini. Lebih banyak pengetahuan dan keajaiban ALLAH yang saya canaikan di dalamnya, sebagai ingatan dan peringatan kepada saya. Setipa patah yang saya coretkan menjadi satu misteri bagaimana saya mengkagumi setiap inci ciptaan ALLAH. Banyak sekali perkara dalam hidup kita yang menjadi BONUS ALLAH  kepada manusia. 

       Dan saya bersyukur, niat saya kerana ALLAH dalam menulis novel ke 4, insya_Allah (sedang dalam perhatian penerbit); saya memasukkan lebih banyak elemen ISLAM, SAINS & Kaitannya dengan AGAMA ISLAM, bagaimana menambah baiknya kehidupan kita sebagai manusia; pengajaran dan bagaimana manusia perlu kembali kepada ajarannya. Semuanya saya tulis sebagai peringatan sepenuhnya kepada diri saya sendiri. Setiap patah yang saya hasilkan dengan keinsafan sebagai hamba ALLAH, dengan harapan tiada sepatah pun yang saya coretkan akan mebawa kerosakan JIWA, MINDA, FIZIKAL  & INTELEKTUAL. Tiada adegan 'SX 18', mahupun perkara-perkara yang boleh menyinggung jiwa para ibu atau bapa yang membenarkan anak-anak remaja mereka membaca novel seperti yang dibimbangi oleh seorang bapa yang menulis di akhbar; dia bimbang dengan pengaruh kelucahan yg dicoret di dalam novel. Juga seperti yg dibimbangi oleh seorang pembaca; banyak sekali keluncahan melampau di dalam novel yang melimpah di pasaran. Saya harapkan novel2 saya tidak menerima tempias 'kelucahan' yg ditulis oleh penulis2 begini, kerana saya 'anti penulisan' yg begitu. SAYA HANYA YAKIN, PENULISAN YG BERSIH DRP SEGI AGAMA & MORAL MENJADI KARYA YG TIDAK KURANG KEHEBATANNYA. Saya juga yakin, RAMAI PEMBACA DI LUAR SANA SEPENDAPAT DENGAN SAYA, bagaimana pendapat anda?

   Adakah NOVEL YG MENGISI DAYA keintelektual, keajaiban Alam, mengagungkan penciptaanNya menjadi pilihan anda? atau novel yg memberi daya tarikan seksual? Berbaur antara cerita sadis gadis dan teruna menjadi pilihan? Tepuh dada tanyalah selera? atau lebih tepat lagi; tepuk dada tanyalah Iman?

Monday, February 6, 2012

Cinta ada harganya....

  Membaca di Facebook, ada rakan yang bercerita  bagaimana dia tidak dapat melupakan kekasih lamanya walaupun sudah lama berkahwin. Hmm. Saya memahami sepenuhnya. Saya menasihatinya agar janganlah membawa fokus hati dan pemikiran kepada ingatan atau memori lama itu. Dia sudah mempunyai memori yang baru; cinta yang baru. Mengapa mesti membawa kehancuran hati dan perasaan dengan tersekat dengan ingatan dan sejarah lama. Tidak membawa masalah jika memori lama itu masih ada di dalam kotak minda; cumanya, kasih sayang, cinta, kasih; namakan apa sahaja, wajib dicurahkan sepenuhnya kepada suami, anak2 dan keluarga sahaja. Adalah tidak wajar berkata betapa kita masih menyintai kekasih lama. Cinta? sewajarnya ada harganya! Cinta hanya patut dicurahkan kepada seseorang yang sanggup bersusah payah mengabadikan hidupnya bersama kita, bersusah payah menerima kita seadanya, menemani kita bersama mengharungi akan siang ciptaanNya dan malamNya.

   Pepatah Inggeris ada menyebut, 'Hanya akan mengambil beberapa saat untuk jatuh cinta, tetapi akan mengambil seumur hidup untuk menghapuskan memori itu.' Saya! Saya tidak membuang memori lama. Yang berlaku sudahpun berlaku; itukan sejarah lama. Tiada apa yang perlu dikesalkan kerana semuanya bergerak dengan momentum yang diaturkan Ilahi. Segalanya berlaku dengan kehendakNya. Dahulu, mungkin bersedih dengan apa yang berlaku, tetapi sekarang; semuanya bernoktah. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Sedetik pun tiada yang perlu dikesalkan. Yang lepas sudah berlalu. Yang lepas sudah 'terlepas', dan sudah 'lepas'. Mengapa mesti menghambat peristiwa dan memori lepas yang menghalang kita mencapai kebahagian! Jadikan tangisan yang lama itu satu senyuman; senyum kerana telah berjaya mengharunginya dengan tabah! Yang pasti Allah pasti menjadikan sesuatu itu dengan seribu satu rahmat yang tersembunyi. Siapa tahu, kalau a yang menjadi jodoh; mungkin kami tidak bahagia, mungkin akan berpisah, mungkin itu dan ini! Tiada siapa yang tahu! Maha suci Allah yang meletakkan sebegini dan sebegitu! 


    Rindu! Aa juga yang berbicara mengenai rindu pada kekasih lama! Andai bertanya kepada saya! Alahai! Sudah-sudahlah! Rindu hanya sepatutnya diletakkan kepada yang SAYANG. Dan sayang kepada saya sepatutnya diletakkan atau dicurahkan kepada seseorang yang sanggup bersusah payah bersama saya. Yang kelat wajahnya apabila melihat saya kesakitan; berada di wad, menghadapi pembedahan. Yang manis dengan senyuman setiap kali melihat wajah merajuk saya apabila dia mengusik-usik saya. Yang seronok dan gembira wajahnya dengan lawak lucu saya yang tidak seberapa. Yang akan terus datang meluru sebaik saja menerima berita kereta saya mati di tengah jalan. Yang rajin mendobi baju-baju apabila saya sibuk. Yang sentiasa mengasihi saya walaupun muka saya 'buruk' apabila bangun daripada tidur yang panjang!Yang meredakan tangisan saya setiap kali meminta saya bersabar takkala dilanda musibah dan dugaan! Dan dia inilah yang patut dirindui, bukan mana-mana lelaki yang pernah hadir dalam memori lama saya. Yang lama, sudah dipadam! Bagaikan 'file' dalam 'memori laptop' yang boleh di'delete' dengan satu sentuhan di hujung jari. Padam! Delete! dan semuanya berlalu! Dan inilah cinta sebenranya! Dan inilah rindu sebenarnya! Apabila dia tiada beberapa hari, kerana 'out station' dan saya bagaikan 'gila' merindui dia! Waduh! Cinta menjadikan kangen! Inilah cinta namanya!

Monday, January 30, 2012

Projek oohh projek....

      Hari sabtu berada sekejap di Festival. Beberapa jam. Daripada jam 11-2 petang, di booth, kemudian jalan-jalan sekejap sehingga suami mengambil balik jam 4 petang. Berhajat juga membeli buku, tetapi disebakan terlalu ramai orang, naik malas utuk beratur panjang. Membayar buku-buku memerlukan 30 minit. Jadi! Tersentap. Lagipun, saya bukanlah 'kaki novel' sebenarnya. Saya jarang sangat membaca novel. Kalau adapun novel, kurang daripada 30 buah. Mostly novel kenalan rakan-rakan penulis saja. Ada juga yang berkata: mana mungkin penulis novel tidak membaca novel. Jawapan saya: mungkin. Kali terakhir saya membaca novel, seminggu lepas, itupun buku karya teman.

    Melihat terdapat rakan-rakan penulis yang mempunyai 'booth' sendiri, wah! kagum. Tentulah boleh dilakukan jika penulis mempunyai lebih 7 buah novel tersendiri. Banyak karya yang membolehkan mereka membuka 'booth' sendiri. Andai satu saja novel macam saya.. he he.. penat jelah kalau ada booth. he he he.. Siapa pula yang akan singgah dan beli?

  Projek saya yang akan datang masih lagi dengan konsep yang sama. K- novel Knowledge Novel. Insya_Allah akan terus menyajikan informasi dengan membaca novel. Dan insya_Allah, saya tambah lagi, satu lagi konsep. Konsep Islam. Banyak informasi baik dari segi sains, geografi dan lain-lain maklumat yg boleh membawa kita menghayati konsep sebagai muslimin.  Saya tidak mahu bercakap mengenai Islam, cukup sekadar menyatakan saya cuba mempraktikkan lebih banya penulisan yang lebih bersikap 'islamik', membongkar rahsia keajaiban alam supaya kita lebih menghargai dan mengkagumi  akan keajaiban Islam pemberiaan ALLAH. Dalam mansukrip saya yang lepas, lebih banyak misteri sains dan keajaiban yg ALLAH tunjukkan kepada manusia, yang mungkin kita tidak tahu dan terlihat. Contohnya daripada konsep 'mengangkat air sembahyang'. Konsep 'azan'; kelebihan dan keistimewaan dan banyak lagi.

            Saya jadi berbuntal 'mata' jika dalam novel menceritakan hubungan suami isteri yang sepatutnya 'off record'. Aduiiii! Tak berbuntal mata. Sama seperti menyaksikan drama dalam versi bahasa Kebangsaan tetapi adegannya 'juling mata' Kalau pun mahu menunjukkan hubungan mesra suami isteri, tak payahlah adegan atas katil, dan selimut menyelimut. Matlamat tidak menghalalkan cara! Tak payahlah semua tu! Berkias-kias, masuk ke bilik dan lampu yang ditutupkan. Atau sekadar menunjukkan luar rumah, fokus ke tingkat atas., dan tutup lampu. Pun begitu kadangkala tak ada gunanya pun, adegan-adegan macam tu; jadi mengapa perlu ditonjolkan! Bukannya orang tak faham, apa istilahnya suami dan isteri tu!

    Konsep saya jelas, saya tidak suka adegan-adegan begitu. Naik 'boingggg-boinggg' mata daya dengan perkara-perkara macam tu! Peluk memeluk, rangkul-merangkul, hissss! Boleh digunakan perkataan yang simbolik sahaja. Contohnya dalam Purnama Merindu ; saya katakan, dulunya dia dan ... pernah bersama. Mereka melakukan dosa besar berzina. Noktah. Orang sudah boleh faham. Tak payah memperincikan adegn tersebut! 

   Ada dua projek; actually tiga projek dalam kepala. Kebiasaannya hanya satu projek setahun. Entahlah boleh tercapai atau tidak. Boleh dijayakan jika menggiatkan usaha, tetapi kadangkala terlalu letih dengan kerjaya! Harapkan 'flow' berjalan dengan baik! Boleh dijayakan jika saya sanggup tidak keluar rumah, berkurung habis-habisan; tidak tidur siang, tidur dengan kurang. Saya menghabiskan bab terakhir manuskrip yag terbaru dalam masa dua minggu. Itupun siap tegang urat-urat bahu saya. Tidak mudah bagi saya memandangkan perlu mengkaji latar tempat, cari info; berbuntal biji mata jadinya.

  Doa saya, ALLAH tidak membalik-balikkan pemikiran saya dan hati saya. manalah tahu tiba-tiba saya tergatal tangan, tergatal hati, tergatal minda; semua perkara yang tidak mahu saya lakukan, saya lakukan juga. Tiba-tiba manuskrip saya tahun ini berbaur 'usur-unsur' gatal, a.ka. miang habis-habisan. Tolong ingatkan saya selalu tentang soal prinsip saya; yang novel saya selamat 100% walaupun untuk dibaca remaja hatta, kanak-kanak seawal usia 5 tahun.. (kalau dia boleh baca dan fahamlah)

  Seperti kata Ana Rafali: "tolong ingatkan saya."