Tuesday, December 8, 2009

Hari berlibur...


lipstik case hanya RM 10 untuk 6 .. sangat murah,biasanya saya beli RM 5 each.. (buy at Lucky Nyonya)



Ini beg saya...



Ini yang classic look, beg dinner saya lebih moden sikit,but still calssic look..

Dari semalam lagi,saya sudah programkan mahu berlibur, pergi Hong Kong. Tak payah beli tiket kapal terbang,tak kisah kalau paspot sudah tamat tempohnya,tak boleh bawa visa card (kredit atau debit) perlu cash,botol air,100 plus kalau takut dah penat,otak yang waras dan purse yang sihat...
Pergi ke Kelana Jaya,ambil tiket berharga RM 2.10 dan 20 minit,dah sampai.. saya berlibur ke Petaling Street... grap myself satu beg dinner Chanel... and later claim dekat my husband sebab hari tu birthday dia tak belikan hadiah sebab sudah bawa dinner (at a nice place but still,rasa tak kaci la)
Belikan juga mak ngah saya purse for her birthday...

Kalau ke PS sekarang sudah selamat.Ada ramai polis perlancungan di sana. Anda boleh berjalan dan periksa (window shopping dulu) sebelum membuat pilihan membeli kerana setiap kedai mempunyai koleksi yang berbeza. Tipsnya senang saja;Tips pertama: harga yang diberi,minta kurangkan 50% (atau atas sikit, 60% - harga untuk Malaysian,sudah murah.. kalau pelancung luar sure 200-300 harganya . Penjual kata: harga Satu Malaysia sama..meaning - Malaysian,harga standard la... kalau tak dapat naik lah sikit.) Beg saya tadi asalnya RM 100, dia kurangkan ke RM80,saya minta RM60,tak dapat... minta harga tengah-tengahlah, RM 70.. kira okaylah sebab kulit asli (kalau tak percaya minta diorang test,dia akan cucuh beg dengan api - kulit ori tidak akan terbakar)

Tips kedua,nak bagi cromnya tahan lama,layerkan dengan nail polisher, sapu satu layer,letak di kipas pagi kering,sapu lagi sehingga 4-5 layer. Beg kulit perlu disimpan dalam karungnya,sesekali keluarkan dan anginkan dia. Pengalaman saya beg dari PS lebih tahan lama,bertahun-tahun daripada beg yang dibeli semasa sales daripada Mall lain sebab bahan yang digunkan adalah PVC + kulit sikit jadi,tak sampai setahun sudah retak dan kena buang menyebabkan sakit hati (dan harganya lebih mahal daripada PS - kadangkala sampai RM 100-250.. kan membazir namanya)Ada beg saya yang saya beli dari Penang dulu, (back in 1996 - masih elok lagi, tak ada cacat celanya, ingat pass je la kat anak-anak buah yang akan remaja.. he he - sebab beg tu rugged sesuai untuk remaja..)

Cuma satu saja pantang larangnya,kalau tak mahu beli tak payahlah mahu tawar menawar.. nanti marahlah sipenjual tu.. penat dia bercakap.

Saya teringatkan satu cerita kawan saya,saya ada beli handbeg sebelum ini,entah apa jenamanya,bila pakai,kawan saya ni,membelek-belek... saya terus beritahu dia,ala, ni bukan ori punya.., terus dia sedih,sebab bapa dia beli yang ori punya, RM 3000, lebih kurang je yang saya punya, tak sampai RM 100.. he he.. mungkin adalah beza,kalau diteliti, tapi ,ada saya peduli, kalau pakai tak ori,dan orang tahu tak ori... kita pakai beg jenama bukan bertujuan menunjuk kekayaan (in my case menunjukkan kemiskinan sebab tak ori) Kita pakai untuk sekadar membawa pelbagai alatan kita (machine gun, pen,kad nama - in case terjumpa member lama,etc) So,kenapa risau... bukannya kena tangkap polis kalau pakai tak ori... tapi kalau cari isteri atau suami, carilah yang ori...


Kemudian saya singgah ke Pasar Budaya (Central Market)sudah agak lama tidak ke sana,entah-entah sudah setahun... sudah berubah wajah,cantik,kemas dan tidak menyangka banyak perubahan yang dibawa. Belikan cenderahati sikit2 sebab nak balik kampung. tapi memang terkejutlah tengok,banyak barangan budaya Malaysia dan amat murah.

Sudah nak balik,di sebelah kanan CM kalau dari pintu depan,anda berpeluang membuat setem anda sendiri (gambar anda) dengan hanya bayaran semurah RM 19.. perlu bawa gambar dalam pendrive atau disk (soft copy) dalam 15 minit,setem anda boleh digunakan. (Setem 30 sen,20 keping = RM 19) dan (setem 50 sen x 20 keping = RM 28 keping)Tak lah mahal sangat,tapi kalau nak hantar sampai 100 keping,boleh muflis juga... Dan terasa rugi,lupa pulak bawa kamera.. alamak...

Kemudian terjumpa kedai yang menjual madu.. madu daripada ladang ternakan Malaysia dari Melaka. Saya beli Super Madu (sebabnya mengandungi 7 jenis komponen madu - Royal jelly,propolis,bee pollen,pupa,bee venom,pure honey dan bee wax) jadi tak payah lagi ambil vitamin yang macam-macam. After all,madu adalah juga makanan yang digalakkan oleh Islam.

Bila difikirkan balik,entahlah,kenapa orang Malaysia sibuk-sibuk mahu ke Bandung sekadar mahu beli beg tangan,kalau mahu melancung lainlah.. dapat melihat tempat orang.. saya pernah ke Bandung,Jakarta - lama dulu,tapi masa tu taklah macam sekarang.. tak ada la beg2 berjenama yang kononnya original (manalah ori, high class tiru.. tapi ada juga yang biasa je...) Jadi,just naik LRT turun dekat CM dan berjalan kaki ke sana. Cumanya kalau anda sudah 'jatuh hati' dengan satu jenama beg di internet,susahlah mahu cari, sebab koleksi tidak berdasarkan di internet... orang Kedah kata, "tengok,langut (dongak kepala),beli, bayaq.."

Mungkin perlu lagi ke sana selepas balik kampung... kenalah jayakan Konsep Cuti-cuti Malaysia,semuanya ada di sini.

Monday, December 7, 2009

man vs woman




Jangan salah sangka dengan tajuk saya,saya tidak akan memperkatakan hal yang tidak elok mengenai suami saya..Diakan 'syurga' saya... Nothing to compain... Saya tahu dia cuba untuk menjadi sempurna untuk saya sebagaimana saya cuba untuk menjadi sesempurna yang boleh untuknya.

Perkahwinan menjarakkan perbezaan antara dua orang lelaki dan perempuan yang berbeza latar keluarga, pendidikan,makanan kesukaan,hobi dan sebagainya. Perkahwinan tidak bisa menjadikan 'dia' sebagai 'saya' atau 'saya' menjadi 'dia'. jadi,kalau saya boleh berbaring malas dengan buku dan tidur dengan buku,saya rasa tidak bagi dia. Buku yang boleh dibacanya hanya buku tentang muzik,ikan/memancing atau pun bmw sahaja... buku saya pun,dia belum buka lagi...Saya tak tahu apa helah lagi mahu memastikan dia baca buku saya..

Saya katakan padanya,tak pe lah,nanti buku saya yang ketiga,saya cerita pasal pemuzik,everything pasal notes,alat muzik dan kegilaan terhadap musik agar dia baca buku tu.. ha ha dan saya pulak,buta muzik.. tak berminat untuk belajar muzik (walaupun parents saya terer pasal muzik)tak tahu baca notes muzik,tak berminat langsung untuk menyertai konsert terbuka (kecuali di Istana Budaya)..dari kecil lagi kalau ada Fun fair (didirikan pentas)saya memang tak akan ke sana. saya hanya boleh mendengar radio atau siaran daripada internet.

Saya teringat akan Oprah Show yang saya saksikan beberapa bulan lepas, seorang Dr bedah jantung, Dr Ellsworth Wareham yang berusia 94 tahun,dan telah berkahwin selama 58 tahun,ketika ditanya bagaimana mengekalkan perkawinannya yang lama bertahan,dia berkata,sepatutnya, Don't try to change them,dan menambah "We all have different backgrounds, and we have different genes. Let the person be who they are." perkahwinan yang lama bertahan juga kunci kepada kejayaan dan panjang umur. (of course dengan izin Allah)

Dan isterinya barbara pun mempunyai motto yang sama, 'kebebasan' suaminya boleh terus bekerja selagi mampu. Katanya,"People ask me that a lot and I just say, 'Leave him alone. He's happy,tambahnya "I don't think he'd be nearly so happy just sitting at home." saya juga melakukan perkara yang sama,lakukanlah apa sahaja yang dia mahu asalkan tidak melanggar agama dan adat serta kepercayaan saya sebab pada saya,tiada peluang kedua kalau dia melakukan kesilapan. The end.Selagi dia tidak ke kelab malam dan terkinja-kinja,tuidak kaki judi,minum dan perempuan.. tak kisahlah kalau setakat dia mahu memetik gitar yang bunyinya saya tidak suka...

I wish akan dapat membaca buku ini, Act like a lady,think like a man,Steve Harvey. Belum masuk ke Malaysia lagi. Kalau masuk pun,mahal lah pulak. Sebenarnya ramai penulis di Malaysia yang membincangkan hal lelaki dan perbezaan dengan wanita,cuma,Oprah adalah siri kegemaran saya,jadi... sirinya banyak membantu saya menulis..

Sunday, December 6, 2009

Menghitung hari...

Hari ini dalam keterpaksaan,saya berjaya habiskan bab ke 6 manuskrib baru. Adus! agaknya apabila kehidupan bahagia,susah sikit mahu tulis bab yang tak seronok ni. (kenalah bergaduh sikit dengan suami supaya wujud adegan yang tak seronok,perasaan tak seronok kot.. nauzubillah hi minzalik)mulalah dok mengegang kembali part-part yang tak seronok supaya dapat ambil mood yang tak seronok.. (actually this is bad... tak payah mengingat benda-benda yang tak baik,tidak bagus untuk memori dan kesihatan..) Yang saya harapkan,Allah mengerti mengapa saya terpaksa lakukan sedemikian.. susahnya nak cari mood.

Kalau anda sudah membaca buku saya,anda akan terperasan apasal cerita 'orang kaya' dan 'berjaya' je, sebenarnya susah mahu merasai 'feeling' menjadi orang susah sebab saya tidak pernah hidup susah (dalam ertikata,tidur dalam rumah yang berlubang,bocor,tidak cukup makan,perlu berkais makan pagi dan sebagainya)tetapi tidak juga kaya,(hanya kaya budi bahasa je.. nanti kata murid saya, eleh cikgu ni, angkat diri sendiri pulak.. maaflah,tiada niat pun untuk berbuat demikian).. kehisupan kita yang sederhana, menjadikan kita simpati terhadap orang susah tetapi sukar memahami sebenarnya kesusahan dan kesulitan sebenar mereka. jadi,kalau nak tulis tu,susah sangat... membayangkan tidaklah setepat yang kita dapat dalam situasi sebenar.. mungkin kena berpuasa,duduk dalam titis hujan,atau berpanas untuk merasai kesusahan sebenarnya.

Menghitung hari untuk menghabiskan manuskrib yang satu ini... tak sabar untuk menghabiskan sebab penat berfikir. Menghitung hari untuk balik kampung juga... suami sudah beri 'green light'... lega.

Saturday, December 5, 2009

Drama sehari..Berita Harian

Semalam,bila bangun pagi,ingat mahu dapatkan Berita Harian,tapi 'panik' yang menyerang tu menyebabkan kaki mahu melangkah pun rasa lambat je..
Saya cuak dengan ulasan yang bakal saya baca sebenarnya.. tetapi bukan inilah isunya, saya rasa kalau habis minimum pun,tentulah saya akan diberi 3 * (tak rugi baca) atau 4* (patut baca)takkanlah akan dapat teruk sangat.. tapi alhamdulillah diberi 5 * (bermakna anda rugi kalau tak baca he he) yang paling dirisaukan tu 'foto' bekas miss world ni... takut sangat kalau dilihat macam beruang polar... (polar bear) maklumlah sejak tidak bergiat sangat dalam Pertandingan Seantero Dunia, sudah 'over weight' sikit.. (tak sikit sebenarnya... apa nak buat,hati senang beb- kurus kering untuk orang yang menderita je) Tapi foto tu kira okay,la.. kalau dipasangkan dengan Miss Universe sekali pun,berdua, sure dapat nombor 2 kan...
Kisah menarik pasal gambar tu,kawan baik saya Masita menunjukkan gambar dia kepada family dia,(sebab diaorang mengenali saya zaman-zaman cun lagi he he),lalu adik yang bongsu pun bertanya,apasal gambar di buku slim je, yang di B.Harian tu dah 'super slim'... dan saya pun bagitahulah gambar di buku tu Zaman Kolonial punya.. he he,hari tu apabila penerbit minta gambar,hentam sajalah,tak ada gambar yang baru single, selalunya mesti bergambar dengan orang lain. Saya tergelak di sini,masita agaknya tergelak tergolek di hujung gagang sana. Gambar tu sebenarnya tahun... rahsia ..ha ha ha.. Kata students saya di Facebook - LOL cikgu

Friday, December 4, 2009

BERITA HARIAN,ulasan buku Dimensi Cinta

PETIKAN BERITA HARIAN 4 DISEMBER 2009
RUANGAN SASTERA,
PENGARANG : NURUL FARINA NAZLAN
Muka surat 29





Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan

DIMENSI Cinta karya Nora Fuad menyajikan pembaca dengan erti kasih sayang, persahabatan dan pengorbanan lewat konflik Lukhman Hakim, Zaid Harith, Nur Suraya dan Michelle Wong yang menjadi nadi penggerak jalan cerita novel ini.

Sukar untuk pembaca membayangkan dengan mata kasar bagaimana akrab dan uniknya nilai persahabatan antara Lukhman dan Zaid yang terbina sejak kecil hinggakan mereka berkongsi kasih ibu masing-masing.


Kedua-dua anak muda ini mempunyai hampir segala-galanya yang diperlukan untuk hidup mewah dalam zaman globalisasi ini, tetapi kekurangan satu perkara bagi melengkapkan kehidupan mereka iaitu cinta.

Kehadiran, Nur Suraya, benar-benar menguji keutuhan persahabatan kedua-dua sahabat baik itu kerana kebetulan mereka ditakdirkan jatuh hati kepada gadis yang sama tanpa masing-masing mengetahui perkara terbabit.

Pengarang menggambarkan Nur Suraya sebagai gadis manis dan juga seorang guru yang terlebih dulu didekati Zaid, lalu timbul perasaan cinta dalam diri jejaka itu, tetapi tidak melafazkannya kerana baginya membina Vila Cintanya untuk si gadis lebih penting.

Konflik mula berlaku apabila Lukhman turut menyimpan hati terhadap Suraya ketika pertama kali bertemu sebelum diperkenalkan Zaid, memaksa arkitek muda itu memendam perasaan sucinya itu kerana menghormati persahabatan dan persaudaraan mereka yang terjalin sejak sekian lama.

Pembaca turut dibawa menerjah kehidupan Zaid yang sentiasa sibuk kerana bertugas sebagai pengurus bidang teknologi maklumat di David Associate Computer yang memerlukannya kerap bertugas di luar negara bagi menghadiri pameran komputer terutama di London.

Zaid ditampilkan pengarang sebagai graduan sains komputer dari Universiti of London yang bernasib malang, selepas papanya meninggalkan mama kesayangannya untuk berhijrah ke Amerika Syarikat dan berkahwin dengan wanita lain.

Ketika melanjutkan pengajian di London, dia bertemu seorang gadis cina yang berasal dari Perak, Michelle Wong atau Elle dan kemudian menjadi rapat hingga tanpa sedar lahir perasaan cinta, tetapi kedua-duanya memendamkan isi hati.

Zaid berasa kecewa apabila Elle disuruh berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya dan berusaha untuk terus melupakan gadis Cina itu, tanpa menduga hatinya akan terbuka kembali apabila dipertemukan dengan Suraya.

Pemuda malang itu kembali keliru dengan perasaannya ketika bertemu semula Elle di London dan pengarang menghanyutkan perasaan pembaca dengan kisah kepulangan Elle ke Malaysia, lalu diperkenalkan kepada Suraya.

Suraya pula tersalah anggap dengan tindakan Zaid memperkenalkan Elle kepadanya, ditambah pula dengan sikap tidak acuh Zaid dalam persahabatan mereka, sehingga akhirnya berasa lega apabila dirinya mula terpaut kepada Lukhman.

Dapatkah Lukhman mengatasi rasa cintanya yang membuak kepada gadis pujaannya selepas dipisahkan dua benua kerana tindakannya melanjutkan pengajian di Adelaide, Australia bagi memberi laluan kepada Zaid dan siapakah Taufik dalam hidup Suraya?

Nora Fuad melalui Dimensi Cinta berjaya mengangkat kisah lumrah mengenai kasih sayang dan persahabatan yang sarat dengan mesej kesabaran dan kemurnian hati sehingga boleh dijadikan teladan oleh pembaca generasi muda dalam mengharungi kehidupan.

Penulisan lahirkan minda kelas pertama

NORA Fuad, nama pena bagi Noor Arba'iah Ismail yang menggabungkan namanya dengan suami dan membawa maksud cahaya penuh kejiwaan, berkarya sejak berusia 17 tahun dengan menjadikan majalah sebagai medan percubaan untuk mengasah bakat dalam dunia penulisan kreatif.

Pengarang yang berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya, Selangor, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah, komunikasi dan pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Nora mewarisi bakat penulisan daripada bapanya, Ismail Yaa’cob yang mahir menulis seloka dan dikenali sebagai Cikgu Man oleh masyarakat Langkawi serta berkongsi hobi yang sama dengan ibunya, Salma Ibrahim, iaitu membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

Hobi gemar membaca akhirnya bertukar kepada gemar menulis dan kecenderungan berkarya yang terhenti ketika melanjutkan pelajaran di menara gading, berputik kembali sebaik menyertai bengkel penulisan anjuran KarnaDya Solutions Sdn Bhd pada 22 Jun tahun lalu.

Bengkel yang disertainya itu berjaya membuka mindanya untuk menjadikan penulisan sebagai misi melahirkan masyarakat dengan minda kelas pertama ekoran pesanan sifunya, Aina Emir bahawa ‘penulis mestilah mempunyai identiti tersendiri dan berilmu’.

Nora menjadikan pesanan sifunya sebagai pegangan utama untuk merealisasikan bahawa novel tidak lagi berfungsi sebagai bahan wacana ringan pada waktu senggang, sebaliknya boleh menjadi bahan utama bagi menggalakkan pembentukan masyarakat berilmu.

Malah baginya novel bertema cinta bukan hanya sesuai untuk bacaan remaja, tetapi sesuai untuk golongan dewasa kerana baginya cinta perlu dipraktikkan sehingga mati dan pengarang Dimensi Cinta ini boleh dihubungi dengan melayari http://norafuad.blogspot.com atau http://dimensicinta-norafuad.blogspot.com.



INFO
Dimensi Cinta

Pengarang: Nora Fuad

Tebal: 441 halaman

Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Harga: RM19.00 senaskhah

Bintang: *****

Thursday, December 3, 2009

ULASAN SATERA,BERITA HARIAN 4 DISEMBER 2009

Terpandang telefon dan terdapat 2 misscall,daripada Miss Farina,Berita Harian. So,saya mesti call her back. Katanya,esok ada ulasan tentang buku saya di Berita Harian. Okay. Saya ucapkan terima kasih dengan hati yang bergoncang dan berombak-rombak. Ritma jantung sudah bagai gitarist rock yang melompat-lompat di atas stage. Adrenalin pun melonjak-lonjat dalam tubuh saya,agaknya,mungkin sama berdebarnya di saat mula berdating dengan suami dulu.. as i seen him as cute,tall and handsome many years ago.... he he..(still hand-same to me...)and for the book review, I don't know, she might like my book and giving me a good review or other wise.. terbalik... hmm.. tak apalah,saya pujuk hati sendiri... apapun,saya terima...
Takut tengok gambar sendiri, I'm .. (speechless).. haiyo.. (actually, I was super cute before ) he he

Homesick la pulak...

Semalam kebetulan sempat chatt sekejap dengan kawan lama,Nozah yang berada di Langkawi. Alamak rasa jeles pulak bila dia sempat ke sana during LIMA. Saya sendiri tak ingat bila kali terakhir ke sana.Nak balik awal pun,tak sanggup pulang bercuti dan meninggalkan suami kat sini. Kita orang tak pernah balik ke kampung masing2 sendiri (ada sekali sebab lepas operation,tiada siapa nak tengok saya di sini dan dia juga balik jb sekali tanpa saya sebab belum bercuti lagi)the rest of masa, kami mesti balik bersama, our motto,together or never.. ha ha..
Ada juga saya terbaca di akhbar,kisah cikgu-cikgu ni,bila cuti saya,langsung meninggalkan suami,balik bersama anak-anak ke kampung. Ada pulak, selama-lama bercuri macam tu.Entahlah pulak! Pada saya,tempat isterikan di samping suami.Kasihan dia,siapa yang akan uruskan makan minum dia,pakaian dia,comfort him,pampered husband (walaupun kadang kala dia yang tolong lipatkan baju) dan bayangkan tentu sunyi suami-suami tanpa suara isteri dan anak-anak. habis tu,kalau nanti,dia kongsi kesunyian dengan orang lain,apa pulak ceritanya.
saya perlu cepatkan sikit penulisan manuskrip sebab mahu pulang bercuti,mungkin 10 hb. bergantung dengan kelapangan suami. Adus, Mahu bercuti susah! Mahu balik ke Langkawi pun susah juga sebab suami bz, tapi Insya-Allah,akan balik juga.Sikit lagi habis bab 5, then 6.. adus... harapnya sekurangnya sebelum saya balik ni,boleh tamatkan sehingga bab 7-8.. (walaupun angan-angan mahu habiskan sampai 10)Banyak juga kengkangan walaupun bercuti,pertama kena jauhkan internet, dua,buku,kalau dah baca susah mahu letakkan buku2... tiga,Tv... ke empat,kereta, bila dah nampak kereta,nak keluar pulak. ke lima, movie..adus... patutnya letak sejadah atau quran keliling kot supaya bila ingat mahu hampiri semua ni,sembahyang... atau baca quran...
Sebab itulah musuh utama diri kita adalah diri sendiri... bukannya salah orang kalau saya asyik mahu berinternet,membaca buku,tengok tv,keluar atau tengok movie..