Dalam keadaan cuaca panas nie, tiba-tiba anak mata terasa gatal, sesekali, hidung pun terasa gatalnya, tidak tertahan.Dari hari Rabu lagi minggu lepas lagi, sudah terasa bagai yang tidak kena.Kulit pun sesekali juga terasa gatal, tapi jika diteliti memang tiada ruam atau bekas gigitan serangga atau nyamuk.
Semakin hari semakin gatal.Kalau difikirkan balik, memang saya tak ada alahan dari segi makanan atau minuman.Kalau ada mahu diteka 'hama' di tilam, he he, manalah mungkin. Bilik kelihatannya bersih tanpa habuk kecil, sikit-sikit adalah.Dalam rumah pulak, suami entah berapa kali akan vakum di ruang tamu atau membasuh lantai 'wet kitchen' di luar.Jadi, elemen rumah berhabuk dan kotor, ditolak tepilah.
Sampai petang khamis, kegatalan itu tidak boleh ditahan lagi.Mata macam perlu dikorek keluar.Gatalnya.Penat juga fikir apalah masaalah yang menjadi punca 'kegatalan' yang semakin menjadi-jadi.Adus! rupanya barulah teringat, di sekolah, ada pembangunan yang berlaku.Bangunan lama diruntuhkan, jadi agak berhabuk dalam jangkamasa 2 minggu ini.Debu dan habuk batu, simen dan tanah ini lah puncanya kegatalan ini.
Hari khamis saya ke dr.Semalam ambik ubat yang dibekalkan,kira oklah, kegatalan berkurang.Malam ke majlis tahlik 'incle' suami.Sembahyang maghrib dan isyak, tahlil dan yassin.Then makan, sedap.Masak lemak daging cili padi, sambal udang petai,ikan sambal cili padi,telur masin, sayur, ulaman dan sambal belacan.Ada duku, durian dan kopi. Makan macam biasa lah. Balik paginya, adus, perut memulas-mulas pulak. Ini mesti makanan semalam ini. Perut saya memamng alah teruk dengan cili padi Thailand.Kalau nak rasa, perut memulas dan duduk 'lama' kat 'bilik termenung tu', cumalah makan.
Entah berapa kali, sambil lembik dibuatnya. Suami saya yang biasanya 'terrer' bab makan cili padi pun kalah.Sakit perut juga he he. Kesihan juga mak mertua saya, dia juga sakit perut.Yang lebih kasihan, keluarga uncle 'a' saya,kebetulan hari 'birthday' dia pada 1 mei.Adus, sambut kelahiran dengan sakit perut lah. Anak perempuannya mengandung, sedang menunggu hari.Pun terkena sakit perut.Nampaknya satu hari, duduk 'termenung' sebab sakit perut.Petang ke farmasi, belikan ubat. Mahu ke dr pun, tak best sebab dr saya bercuti, ganti dengan dr lain, tak 'best'.Layanan dan penerangannya kurang.
Hari sabtu, saya perlu berjumpa adik saya di SOGO, K.L.Dia dan rombongan dari Langkawi, ke Singapura, dan akan singgah ke KL.Saya perlu kirimkan barang dan hadiah hari jadi untuk anak buah saya dan hadiah ' Hari IBU' untuk mama saya.Sepetang habiskan masa dan belanja makan adik perempuan saya.
Ahad malamnya, kegatalan menjadi pulak, ubat sudah pun habis, jadi, terpaksa lagi ke dr...adus!!! mngingati bahawa kesakitan adalah penawar kepada diri, bersabar sajalah, pun, terasa bagai mahu digaru juga mata ni. he he
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Pertama kali saya mendengar tentang Chia Seed semasa melihat Oprah's Show. Dr Oz mencadangkan pengambilan seed ini untuk kesejahteraa...
-
'Hai, tak de ke murid yang mahu lakukan kejutan dengan menghantar 'april fool', bmw sebijik??? Walaupun hari ini 1st april, suam...
-
Cabel Car Kami bercadang ke Cabel Car,my favourite place. Ini merupakan tempat wajib kalau balik bercuti ke 'my hometown'... Singg...
-
Selalu saya hanya mendengar mengenai demam denggi... pernah ada ahli keluarga yang mengidap demam denggi. Tetapi saya tidaklah begitu ser...
-
Kalau pasal makanan,saya sendiri tidak tahu / sedar pun semua tempat yang sedap untuk menjamu selera.Ada beberapa tempat yang saya sudah cub...
-
Jumaat, hari yang penuh keberkatan, saya ke sekolah semula setelah 2 minggu + 2 hari extra bercuti... tidur malam pun tidak nyenyak, asyik t...
-
Blog beesawang, berabuk atau berserrbuk lagi... sebulan puasa, sebulanlah diam tak bertempat. Cuaca dalam ramadhan yang agak panas da...
-
Semangat Yun begitu kuat! Dia tidak menyalahkan takdir!Tidak juga menjadikan kelemahan dirinya sebagai sesuatu yang melemahkan kekuatan d...
-
telling myself, I can do it! Editing bukan lah bidang saya. Saya ni kurang teliti sikit.Pasal menulis, okay la, tapi menyemak, mak oooiii.. ...
-
Petikan daripada Berita harian 5 Ogos.Terapi solat Oleh Ziauddin Sharuddin zia@bharian.com.my saya bangga sekali dengan kajian yang tel...



No comments:
Post a Comment