




Cabel Car
Kami bercadang ke Cabel Car,my favourite place. Ini merupakan tempat wajib kalau balik bercuti ke 'my hometown'... Singgah makan dulu di Ros Cafe di Stesyen Cabel Car sebab sudah mengagak tentunya agak lama perlu beratur untuk menuju ke kereta kabel. Agak lama beratur untuk membeli tiket,hampir sejam lamanya,ramai sangat pelancong termasuk 'pelencong' macam saya. Suami tidak mahu mengikut saya sebab kakinya sakit. Jadi saya bertiga sahaja. Kebetulan di hadapan kami,(me, my mum and Popo The Panda)sepasang suami isteri bersama seorang kanak-kanak yang saya yang saya kira berusia setahun lebih atau dua tahu,mungkin berasal somewhere from Europe,tetapi bukan daripada USA atau Uk sebab dia tidak mengucapkan 'thank you' atau 'hello' sebaliknya 'grassias'. Kebetulan kami berenam berada dalam satu kereta kabel. Malangnya mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, katanya,'very little-little' ketika saya bertanya jika dia tahu berbahasa Inggeris. Jadi tidaklah dapat saya menajamkan skill Bahasa Inggeris saya. Kalau tak,tentu seronok bersembang dengan mereka.Rupanya mereka berasal dari Kazasthan, adik beradik 'go head- gostan' kata Tan Sri P.Ramlee. Kata anak buah saya,Faez,kata dailog filem P.Ramlee lagi," dekat-dekat negeri setan." Baby tu sangat comel,kulit yang putih sudah menjadi kemerahan disebabkan panas,matanya biru kehijauan.. (nanti saya akan upload gambarnya- sebijik wacam baby doll, rambut merah-coklat muda)adus.. bikin jatuh cinta dibuatnya. Kebetulan,bila mama saya mengajak dia duduk di ribanya,dia tidak menolak. Dudulah baby comel di riba mama saya sehingga hampir sampai ke stesyen kedua kereta kabel. (Ada dua stesyen - stesyen di atas lebih baik daripada stesyen pertama)
Pemandangan menabjubkan, warna angit yang biru, kehijauan dedaun dan tumbuhan yang menghijau, memang menabjubkan. Minuman dan makanan tidak boleh dibawa ke atas,jadi kalau mahu bawa minuman,pandai-pandailah bawa beg yang besar... he he.. saya biasanya saya akan bawakan beg 'pack' supaya boleh membawa air berbotol-botol. Sekiranya anda berjalan ke titi gantung di puncak gunung,anda akan perlukan banyak air... sebab jaraknya 1 km juga.
Kira-kira sejam di atas puncak Gunung Mat Chincang,kalau mahu tahu cerita lagenda Mat Chincang dan Mat Raya,perlulah beli dan baca buku novel saya.Kemudian kami terus ke kaki Telaga Tujuh. Malas mahu mendaki,hanya lalu di bahagian parkirnya sahaja.
Kemudian singgah di Telaga Harbour untuk bergambar. Merupakan tempat parking bot layar yang kedua di Langkawi. Yang pertama di Yatch Club berdekatan jeti Kuah. Ketiga di Hotel Porta Malai.Kemudian terus balik ke rumah. Langkawi memang panas sebab sudah memasuki musim kemarau... Kulit pun sudah hampir perang - coklat... alamak. Esok akan ke menonton 'Avatar' dan kemudian soping sikit...
1 comment:
Salam kenalan nora,
semoga berjaya.
Post a Comment