
Sepanjang minggu ni agak sibuk. Banyak plan on my mind. Ada dua tiga kerja yang belum habis. Skema jawapan f5 trial.Ada minit mesyuarat (which is hated so muccccccccch .. to do)ada kerja sekolah yang perlu dibereskan cepat (tapi tak de mood sebab cuti bekerja) aduhai.... hari ahad ada buat berbuka puasa beramai-ramai sebab my mother in law ada di sini,jadi jemput lah semua anak-anaknya (anak menantu dan cucu actually)datang berbuka di sini. Dalam keadaan sekarang ni,kadang2 anak sibuk untuk pulang bercuti ke JB (rumah mak)jadi tak de peluang berbuka ramai-ramai (the more the merrier)
Tengah hari mak sibuk memasak rendang daging dan masak lemak kuning daging (makanan kesukaan anak mak-the 4 sons)Saya membantu je sebab sure diorang nak makan daripada resepi mak dia.. (which is I dah lama hafal)Lagi pun ada chief chef,tolong aje lah... Lepas tu I minta mak berehat je...petang nanti,I punya tugas pulak. Sepagi tadi sibuk menyiang ikan Merah.. my husband pancing ikan seberat 3.5 kg dah lama dan dia lupa untuk dihantar ke pasar untuk dipotong dan disiang... lama jugalah bergelut dengan ikan tu. Panjangnya kira-kira 45 cm... disebabkan besar sangat terkial-kial jugaklah.. (sebab tak selalu siang ikan besar selalunya orang penjual kat pasar yang buat) kira-kira 45 minit jugalah... adus sebab nak potong kecil-kecil,senang untuk digorengkan.Sudah habis menyiang rasa macam nak pengsan...he he..
Petang,tak masak apa sangat pun... goreng ikan,goreng ayam (sebab anak-anak buah tak pandai makan ikan)sup sayur... may sediakan bahan untuk pengat durian sebab mereka (may dan g) sudah beli lemang dalam perjalanan balik dari Terengganu semalam.
Dan berbuka lah ramai-ramai... 13 orang + 1 baby.
hari ni Insya-Allah,pergi ke JB,hantar mak balik...dua-tiga hari kat sana... week end balik my kampung saya pulak... next week terus ke Alor Setar sebab prosiding mahkamah yang akan tamat hari rabu (2 sept) harapnya. Sudah letih asyik bertangguh sekian lama.
Menyebut Alor Setar,kecur lidah mengingatkan nasi ulam Kedah yang tidak boleh didapati di mana-mana di Malaysia kecuali di Kedah sahaja. (Langkawi pun tak ada)Sedap dimakan dengan asam pedas sayur keladi dan ikan bakar.Dan suami saya tak pandai makan.. sebab tu saya gelarkan dia Jakun Johor Bharu.. he he..
Dalam perjalanan nanti saya berpeluang membaca buku-buku yang sudah lama dibeli sebab boring perjalanan yang panjang juga.Atau boleh merancang plot dalam buku berikutnya.So mesti ada pen,buku dan beberapa rujukan siap-siap... (kira-kira 1 beg kecil juga lah)Harapnya ada progress lah...
1 comment:
Amboi...busynya makcik. Dalam sibuk2 tu jangan lupa balik ke sekolah yer. Banyak lagi plan yang kena disiapkan. he.he.he.
Post a Comment