Ada murid saya yang bertanya, cikgu suka membaca.. saya kata terpulanglah kepada bahan bacaan itu.. kalau cerita sejarah, okay, saya akan baca 1000 x pun tak kisah.. kalau majalah, saya banyak baca, buku cerita..kalau bahasa melayu, kurang sangat.. bukan berniat sombong, tapi memang dari dulu kurang membaca novel melayu... masa sekolah menengah ada la..
Saya suka baca novel sidney sheldon..saya rasa cara dia memperincikan semua perkara menarik sangat.. dia menjadi idola saya dalam penulisan saya.. kalau kita baca pasal perempuan, kita sampai boleh membayangkan setiap inci tubuh wanita itu (but sorry, kita ada budaya dan tata susila yang melarang penulisan sebegini halus)cukup sekadar penyampaian fizikal.. lebih kurang...
Novel melayu yang saya baca dan saya suka, puan aina Emir dan Anis Sofea.. yang lain saya belum baca lagi...
saya fikir malam ini saya boleh sambung dengan bab 8,saya lupa kemampuan kita sebagai manusia amat terbatas.. saya kena tidur, dapatkan rehat yang cukup... 5-6 jam saya di depan lap top menyiapkan manuskrip bab 7...
perasaan yang 'jiwang' 2 sikit pun sudah hilang... bahasapun dah mula merapu.. he he...
anda tahu apa yang seronoknya menulis ini, anda boleh jadikan plot dan pengakhiran cerita yang berbeza... kalau anda tidak cantik, anda dapat cantikkan anda melalui watak yang anda tulis, sebab dalam penulisan, setiap kali mereka (watak-watak) dihidupkan, di situlah anda hidup...percaya atau tidak, anda adalah watak itu ketika itu..anda kena bayangkan individu itu, perwatakannya, cara dia berbual dan sebagainya...
Kalau tidak dapat suami romantikpun,ha ha ha, jadilah kalau bayangkan dapat kasih yang romantis... macam dalam novel saya...
kelihatannya watak2 saya dalam novel ini terlalu ideal.. ialah semuanya baik2 belaka, walau tak handsome tapi bersifat baik... awas, ada juga sifat negatif yang kita perlu hindarkan... tidak semua intan itu bercahaya...
harap nanti, ada sudi dapatkan buku saya, sebagai tanda kita dicintai, sama ada pernah atau akan dicintai..
sayang selalu,
nora fuad
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jumaat malam. 13 dis. 2013. Dua hari sebelum ini suami kata tulangnya rasa sakit. Macam lenguh-lenguh pun ada. Kata sa...
-
Semalam kebetulan sempat chatt sekejap dengan kawan lama,Nozah yang berada di Langkawi. Alamak rasa jeles pulak bila dia sempat ke sana duri...
-
Sejak balik bercuti panjang, rasanya otot badan pun 'tight' giler kembali. Kerja like robot.. kalau robot pun boleh tertanggal sk...
-
Selamat Hari ibu! Entah, saya kurang faham mengapa diujudkan hari ibu oleh Barat, menurut firasat saya, diadakan kerana mereka tidak menghor...
-
Book mark buatan tangan, sebagai cenderahati dengan pembelian Dimensi Cinta (DC). Harganya tentu tidak mahal, sekadar 'comel'... ya...
-
Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), ...
-
Semalam adik angkat saya kata, dia mimpi dipatuk ular, saya ketawa sambil berkata " tak lama lah tu, dah sampai jodoh la tu" Se...
-
Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak...
-
Pertama kali saya mendengar tentang Chia Seed semasa melihat Oprah's Show. Dr Oz mencadangkan pengambilan seed ini untuk kesejahteraa...
-
Saya kurang seronok bersekolah ganti pada hari sabtu. Kehadiran students biasanya akan berkurang. Entah atas apa juga sebabnya. Saya memint...



1 comment:
Assalam alaikum Puan dihormati,
Saya Zamri Mohamad, reseller buku Buat Duit dengan Terbit Buku Sendiri.
Mohon maaf kerana menggunakan ruang komen ini. Saya cuba menghantar e-mel kepada Puan dua kali dan dua kali tertolak.
Untuk makluman Puan, pesanan baru untuk buku tersebut telah diterima dan Puan dapatlah membuat pesanan.
Segala maklumat dapatlah diperolehi di www.terbitbukusendiri.wordpress.com
Terima kasih atas kesudian Puan dan saya doakan kemudahan Puan dalam usaha berkarya dan menerbitkan buku sendiri.
ZAMRI MOHAMAD
Post a Comment