Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Friday, July 23, 2010

Hospital yang mengujakan...

   Sudah lama bertaki-taki, akhirnya disebabkan kaki yang masih bengkak lagi, saya ke klinik. Setelah diperiksa dr saya, katanya kemungkinan otot atau ligamen yang terluka, jadi diberi ubat tahan sakitdan ubat hilangkan bengkak. Saya ni boleh tahan juga degilnya. Kaki saya mulai sakit khamis malamnya (malam jumaat) minggu lepas sebab peristiwa terjatuh tu hari khamis tengah hari. Malam baru terasa betul-betul sakit, tapi disebabkan hari Jumaat tu Majlis Persaraan Pengetua saya (takkanlah tidak hadir) saya ke sekolah juga dngan jalan macam orang capek.. ( berkerut muka menahan sakit apabila berjalan)
   
    Hari sabtu, ahad pun saya belum ke dr lagi, saya pasti hanya sakit disebabkan urat atau bekas jatuh sahaja. Seandainya patah, sudah tentulah, saya tidak boleh berjalan langsung. Sehingga isnin, saya masih bekerja (dengan kesakitan apabila berjalan). Lebetulan ada lawatan untuk memeriksa fail PLBS sejarah, jadi hampir sepanjang hari, saya berada di bilik gerakan sahaja - pejabat. Selamatlah juga daripada kesakitan memanjang.

  Kebetulan malam isnin saya ke tempat rawatan tradisional, jadi pak cik tu periksa, katanya tulang saya retak sedikit, sebab tu sakit ketika berjalan.. dan (operation telah dijalankan) dan kaki terasa better. Melangkah sudah kurang ras sakit, cuma disebabkan bengkak, masih sakit sikit. Esok tu saya ke klinik sebab kaki masih bengkak, jadi dr saya beri ubat untuk bengkak dan tahan sakit. Sehingga hari rabu, kaki saya masih bengkak lagi, jadi rasa cuak sikitlah.

  Hari khamis saya ke Kelana Jaya, klinik kerajaan. Biasalah hospital awam, tunggu sampai mengantuk. Tapi kurang 1 jam, selesai dengan xray. Dr saya kata, kaki saya retak sedikit. Dr saya minta ke hospital besar samaada ke Hospital Universiti, Hospital Besar KL, atau ke Hospital  Sungai Buloh. Memikirkan yang Hos.Sg. Buloh adalah hospital baru, mungkin kurang sibuk, jadi saya pilh ke sana. Kata dr saya, terus ke bahagian emergency.

   Rupanya, nama saja emergency, ingatkan tiada pesakit, rupanya (dalam 30-40 orang) masalahnya, tak ramai dr yang ada. Ada bilik sampai lima, dr cuma ada dua. Terpaksa menunggu sehingga hampir 6 jam. Dari 12.18 - 6.00 petang, berjumpa dr. lima minit sahaja.Di sini, dr saya kata, kaki saya tak retak pulak. Otot atau ligamen yang luka. (hmm tak tahu yang mana betul. Saya agak, kaki saya retak tetapi saya sudah buat rawatan tradisional, jadi tak mengapalah) Jadi diberi ubat sapu, ubat tahan sakit dan ubat untuk kaki yang bengkak.

    Dalam tempoh menunggu, try to be positif, saya bawa buku, cuma baca. Dalam 10 mukasurat, saya berhenti sekejap. Tapi memang boring giler. Beramah mesra dengan pelbagai jenis pesakit. Semua merungut kerana perlu menunggu lama. Dalam keadaan yang boring, kedengaran bayi-bayi menangis (which is okay sebab bayi dan sakit pula) Yang tidak tahan hati tu melihat kanak-kanak membuat bising dan berkejar-kejaran. Sepatutnya ibubapa perlu mengawal tingkahlaku anak-anak. Hospital bukannya tempat yang sesuai untuk bersuka ria. Ramai orang sakit yang memerlukan situasi yang senyap. Yang lebih memelikkan, tiada pengawal yang meminta kanak-kanak itu 'mendiamkan' diri.

   Yang kelakarnya, selepas saya mengambil ubat di kaunter, saya pun bertanya ahli farmasi, "Lepas ni, saya perlu ke kaunter untuk bayaran ke?" Jawapannya yang membuat saya kelakar, "Tak. Lepas ni baliklah". Mukanya pun macam kelakar mendengar pertanyaan saya. Dalam hati,'manalah tahu. Selalukan ke klinik swasta. Lepas ambil ubat, kenalah bayar'. Dengan bayaran RM1, (sebab tidak membawa surat pengesahan - sebab malas mahu singgah ke sekolah) 2 jenis ubat makan dan cream sapu, tidak merugikan langsung. Yang lebih rugi, masa. Enam jam menunggu yang sangat lumayan! Dengan perut yang lapar, kepala pun pening... balik rumah, lepas saja maghrib, pengsan terus. Tapi alhamdulillahlah, ubat tu kira okay juga, bangun awal pagi tadi, kaki feel better. Kurang bengkak dan melangkah pun tidak terasa sakit lagi. Diharapkan sehingga weekend, kaki pun dah okay. Boleh 'cat walk' balik.. he he

   Biasanya saya melangkah laju, seminggu ni rasanya tersiksa sebab perlu melangkah perlahan sebab kaki sakit. Dan ke hospital lagi... uuuittt tidakkkk!!


No comments: