Apabila Ramadhan tiba, saya selalu akan duduk mengenang kembali memori lama saya di asrama sek.men.Sultanah bahiyah, Alor Setar.Saya rasa memori berpuasa di sana merupakan antara memori yang indah.
Makanan asrama pada masa itu best sangat, sekaligus menghilangkan kerinduan saya kepada makanan mama saya di rumah. Bestnya!!! Saya selalunya akan menjadi orang paling awal bangun di drom memandangkan saya paling mudah bangun. Loceng besar akan dibunyikan di kantin sebagai penggerak bangun. Pun ada ramai yang 'liat' bangun atau biasa kita sebut sebagai ' tidur mati'.. Tidak akan sedar.Jadi saya akan bangunkan satu persatu, ada juga yang masih liat bangun... walaupun dibangunkan berkali-kali. Kadang kala tu rasa macam mahu siramkan air sahaja.
Selepas sahur, akan duduk study sampai pagi dan bersiap ke sekolah yang hanya 5 minit daripada asrama... jadi saya boleh katakan saya sangat beruntung... asrama hanyalah sekadar 'sekangkang kera' dari sekolah...selalunya kami akan minum kopi danm kuih selepas makan nasi sahur... bolehlah celik sampai ke pagi...
Berbukapun best, masih teringat lagi beratur ramai-ramai, ambil tray dan 'book' tempat dengan meletak tray. Lepas tu berjalanlah keliling asrama atau kawasan sekolah yang cantik.Berjalan dan berbnual sambil mendengar suara kicauan burung 'bergosip' sama sendiri.Aduh! rindunya saat-saat itu.
Ada juga masa-masa yang tidak best, kuih di kantin yang kadangkala liat atau 'kerassssssssssssssssss' baling ke dindingpun tidak pecah.. he he..
Yang paling susah di asrama ni, cuma satu perkara sahaja, kalau 'cuti umum' 'bendera Jepun' susah nam makan.. paling tidakpun, makan je maggi dalam bilik, atau roti yang dibeli siap-siap waktu malam.Kalau nak dibeli waktu siang, malulah pulak kat abang-abang kantin.. he he..
Yang paling best, bersembahyang jemaah dan Terawih bersama-sama.Tak pernah miss.Lepas tu pergi prep.Study.
Walaupun hanya 5 tahun di SMSB, rasanya cukup mendewasakan saya.Maklumlah duduk di rumah, sangat 'spoil'.Dimanjakan habis oleh arwah nenek.Baju, kasut yang sepatutnya diajar oleh mama supaya basuh sendiri, tak pernah dibuat sebab nenek tidak akan benarkan. Kata dia, saya basuh tidak bersih.jadilah saya 'mem kecil' di rumah sendiri.Jadi apabila di asrama (itulah antara tujuan mama dan bapa saya masukkan saya ke asrama)... dan saya patut berterima kasih sangat, kalau tidak kerana peristiwa saya di asrama (yang 100% best) tentulah saya tidak 'berjaya berdikari' sehingga ke hari ini.
Pada masa itu, di kalender hari-hari saya akan pangkah besar-besar sebab menghitung hari untuk balik kampung beraya. mendenngar lagu P.Ramlee terutamanya akan membuatkan air mata meleleh sangat. Disebabkan kami orang Langkawi, kamilah yang selalu menjadi orang terakhir balik daripada asrama.Kami tidak akan balik petang, sebaliknya akan menunggu sehingga pagi esok untuk balik ke langkawi.
Saya agak pokok besar di sisi tempat tetamu menunggu jika menziarah anak-anak di asrama sudah tua, sama tuanya dengan umur kami agaknya.Saya ukirkan nama saya 'Noor' dengan tahunnya sekali.Pada masa itu di bahagian pangkalnya, sekarang, mungkin sudah melepasi bahagian tengah atau lebih tinggi lagi.Kalaulah dapat melawat asrama saya lagi... Rindunya pada asrama itu...mungkin saya ke alor setar pada minggu ini dan dapat melawat asrama itu lagi....
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
1 comment:
Cikgu, selamat berpuasa ya!
Post a Comment