Mengenang Ramadhan ada satu kes yang berlaku semasa Ramadhan.. tak de lah kes besar sekadar, kelakar kalau dikenang balik.Kalau tak salah, 3rd year.. masa tutorial sejarah.Tutorial bermakna hanya ada kumpulan kecil dengan pensyarah (dalam 15-20 orang) ada sesi pembentangan esei dan soal jawab biasa.
Saya tinggal di asrama, yang kami gelarkan sebagai flatlet. (ada lebih kurang 16 bilik berasingan, ruang dapur untuk memasak, bilik air dan satu ruang tetamu)Selalunya berbuka, adala group kecil, makan sama-sama dan kebiasaan sahur bersama juga.
Beberapa hari sebelum tu, saya tidak berpuasa (sebab biasa off day bagi perempuan)jadi beberapa hai itu, saya tidak bersahur, sebab bersarapan pada paginya sebelum ke kelas.Malam itu selepas berbuka, saya berjaga sehingga pukul 3 pagi menyiapkan bahan kajian bagi projek minggu berikutnya.Dan terlupa pula memesan kepada kawan supaya saya dibangunkan sahur sekiranya saya tidak terbangun.Mereka fikir saya belum berpuasa hari ini.Mungkin kerana dek keletihan berjaga malam, saya hanya terjaga pada pukul 8.30 pagi, bermakna bukan sahaja saya miss sahur, miss suboh dan hampir termiss kelas saya pada pukul 9.pagi.Tapi disebabkan sudah berniat puasa, saya tawakkal sahajalah untuk berpuasa. Lagipun, bukannya boleh mati kalau tidak bersahur.Cepat-cepat saya bersiap ke kelas, nasib baik, asrama saya(ungku Omar, UKM) hanyalah kira-kura 8 minit kalau berjalan dengan cepat.
saya sampai ketika 5 minit sebelum kelas bermula, huh,nasib baik.kalau lambat kira boringlah... dan feel saya, saya takkan datang / tiba lambat untuk sesuatu kelas atau pertemuan... maka berlangsunglah kelas tutorial seperti selalunya...
Di penghujung kelas, tiba-tiba sahaja suasana sunyi sepi. agaknya masing-masing sudah habis modal setelah dua jam di kelas.perbentangan juga sudah selesai, tiba-tiba, kkkkkkkkkrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggg, perut saya berbunyi dengan kuat sangat, selama hampir 1 minit... saya past sangat semua orang bole mendengarnya...
pensyarah sayapun memberi komen, " perut siapa yang berbunyi tu? entah tidak sahur barangkali"... koing-koing koing, takkanlah mahu mengaku.. he he.. hanya tergelak dalam hati. Moralnya, kalau mahu bersahur, pesanlah dengan kawan kalau anda tinggal di asrama, takut kalau perut berbunyi...
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jumaat malam. 13 dis. 2013. Dua hari sebelum ini suami kata tulangnya rasa sakit. Macam lenguh-lenguh pun ada. Kata sa...
-
Semalam kebetulan sempat chatt sekejap dengan kawan lama,Nozah yang berada di Langkawi. Alamak rasa jeles pulak bila dia sempat ke sana duri...
-
Sejak balik bercuti panjang, rasanya otot badan pun 'tight' giler kembali. Kerja like robot.. kalau robot pun boleh tertanggal sk...
-
Lokasi: Pulau langkawi, Kedah dan Port di Adelaide, Australia... Sedutan novel: Mata mereka terus memandang ke Hotel D Datee di ha...
-
Selamat Hari ibu! Entah, saya kurang faham mengapa diujudkan hari ibu oleh Barat, menurut firasat saya, diadakan kerana mereka tidak menghor...
-
Book mark buatan tangan, sebagai cenderahati dengan pembelian Dimensi Cinta (DC). Harganya tentu tidak mahal, sekadar 'comel'... ya...
-
Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), ...
-
Semalam adik angkat saya kata, dia mimpi dipatuk ular, saya ketawa sambil berkata " tak lama lah tu, dah sampai jodoh la tu" Se...
-
Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak...
-
Pertama kali saya mendengar tentang Chia Seed semasa melihat Oprah's Show. Dr Oz mencadangkan pengambilan seed ini untuk kesejahteraa...



No comments:
Post a Comment