
Selepas beberapa tempoh masa, rasanya mengajar sudah menjadi suatu yang memboringkan. Banyak sangat kengkangan untuk bekerja.Begini salah! Begitu salah! Perlu buat itudan ini!! banyak file yang perlu disudahkan..tanpa berhenti!! yang lebih memuakkan, banyak sangat boss! Dalam melakukan burusan A, sam boss kita.. Tugas B pula, Kim boss kita, tugas c, X men boss kita.. dalam setahun, ada berpuluh urusan = berpuluh juga boss kita.. Bosan !!! setiapkali perlu menghadapi kerenah dan kehendak yang pelbagai!!!
Rasanya macam mahu ambil cuti panjang, tentu ramai di luar sana yang boleh mengajar dengan baik. Lebih baik menjadi penulis, tulis mengikut idei sendiri, kalau perlu diolah dan dirombakpun, berdasarkan idea dan pendapat beberapa orang editor yang membaca draff.
Mengajar juga menjadikan terpaksa menghadapi kaenah murid terutamanya yang tidak berminat untuk belajar, lebih suka menganiayai diri sendiri!!!! setiap kali masuk ke kelas, kena paksa mereka belajar, dengar dan melakukan kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran.. Bosannya!!!! Bayangkan dalam sehari 6 x 40 = karenah.. Rasa mahu muntah, kadangkalanya...
Bersabar sentiasa ada batasnya.. mungkin saya patut ambil cuti panjang sahaja... profesion ini tidak lagi menyeronokkan bagi saya. agak muak dengan pelbagai situasi dan peristiwa yang menyesakkan fkiran.
Murid saya tentunya tidak kisahpun kalau saya bercuti.. bak kata pepatah yang selalu kita dengar, satu pergi, sepuluh mari...
No comments:
Post a Comment