
Beberapa peringatan ketika di Langkawi..
Dos and don'ts
1. Pastikan booking hotel/motel/chalet lebih awak ( 1 bulan - 2 minggu) sebab kalau musim cuti sekolah selalunya masalah untuk dapatkan tempat tinggal yang selesa dan murah... kalau suka pantai, carilah chalet kat Pantai Chenang (ada banyak hotel, motel dan chalet) mengikut bajet anda...
2. Simpan tiket ferry ketibaan/ kapal terbang ( 48 jam diperlukan untuk pengkecualian cukai jika anda membeli barangan elektrik bernilai RM 500.00 (simpan juga resit pembelian)
3.Lebih baik menaiki feri pada awal pagi mengelakkan ombak besar dan dapat pening atau mabuk laut free..
4.Rancang aktiviti anda, jika hari hujan, tak payahlah ke cabel car.. pasti ditutup sebab keselamatan...
5.Kalau beli pinggan mangkuk, pastikan dahulu barangan itu benar-benar daripada negara asalnya.. contohnya arcopal (made in france) ada kedai yang menjual barangan imitation daripada Indonesia dll (sebab tu harganya lebih murah daripada original (france)
6.Island hoping lebih murah dapatkan daripada company atau individu secara terus daripada hotel kos pasti double atau triple)
7.Bawalah losyen - sun blok supaya anda tidak disambar panas dan akan 'black-out' selepas keluar dari sana kecuali anda rasa 'black is beautiful' he he he..
8.Janganlah beli kain batik Indonesia banyak-banyak sangat (dibenarkan 2 sahaja) setiap individu.. kain lain, belilah berapa kodi pun...
9.Rokok hanya 1 kartun (bebas cukai) setiap individu... tak payah sembunyi dalam beg sebab akan dikesan scanner kastam, nahas anda nanti!
10.Makanan laut , mesti cuba... segar sangat... cuba restaurant bamboo (muslim) di Penarak, pasti tidak mengecewakan... hidangannya cepat, sedap dan segar dengan pemandangan yang best...dan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa!!!
11. Jika anda ingin balik / pulang dari langkawi, on time, belilah tiket awal-awal sikit supaya anda tidak ketinggalan feri (dan awas, angin petang jika menaiki feri, memang teruk)
12.Kalau mahu beli coklat, eloklah beli coklat import, lagi sedap daripada local ( maaf bukan anti local product, itu hakikatnya)boleh beli berapa tan pun, tak de cukai dikenakan..
13.Jangan lupa beli minyak gamat, bam gamat dan air gamat (ubat untuk demam denggi- 1 susu besar 3 x sehari)dan bermacam penyakit lagi.
14.barangan elektrik berbeza harga berdasarkan saiz (berdasarkan cukai yang dikenakan)biasanya daripada survey saya, harga kamera memang lebih murah.. kalau tak ada kamera lagi, beli aje lah kat sana.
15.Mesti beli ikan talang kering (best) ikan bilis (dijamin tiada melamin) sotong kering dan ikan tamban kering (lebih besar daripada ikan bilis 10 x ganda) sedap goreng garing dengan bawang besar dan cili kering..
16.Kalau suka pulau yang terpencil, boleh cuba ke Pulau Tuba (ada chalet dan request seafood)