Semasa membaca emel tadi, hampir tersedak air juga juga apabila salah seorang adik angkat saya (yang juga bekas murid saya-lama dulu) bertanya, " hai kak, cinta yang sudah lama sangat bersarang di hati, takkan lah tak pergi-pergi lagi"
Persoalan besar yang membuatkan saya bingung juga.. kenapa pulak dia bertanya begitu? sinis bunyinya? apa yang agaknya saya tuliskan sebelum ini... cepat-cepat saya baca balik wording di blog saya, rasanya tak ada la perkataan-perkataan power yang mengatakan saya masih menyimpan cinta lama.. he he.. dah lapuk sangat... dahtak ada bajanya, oksigen pun tarak, air tak disiram, sure lah 'pokok' cinta pun mati la... rupanya mungkin, tajuk yang dia baca, berbunyi " cinta yang datang dan tidak pergi-pergi".. he he he.. sebenarnya hmm cinta yang lama, hilang berganti dengan cinta yang baru la...
Hakikatnya, bagus lah kalau ada orang lain yang prihatin terhadap kita, agar sama-sama membetulkan diri atau jalan yang salah...bercakap pasal perasaan, sebagai seorang wanita, isteri orang, berdosa hukumnya jika menyintai orang lain, for sure... nanti jangan kata masuk syurga, baunya pun tidak merasa...
allah pernah berfirman yang maksudnya jika seorang manusia boleh menyembah manusia yang lain, tentulah seorang isteri akan diperintah menyembah suaminya... lagipun Allah maha mengetahui... di ruang dada hawa disempitkan ruang agar hanya ada satu ruang 'cinta' untuk disimpan di dalamnya... sementara di ruang hati kaum Adam, banyak ruang yang dikosongkan agar dapat diisi dengan banyak 'cinta', sebab itulah mereka dibenarkan berpoligami (dengan syarat).. apa pun saya tetap tidak menyokong poligami.. (bukan menidakkan hukum Allah, sekadar prinsip sendiri)..
Bercakap pasal one man-woman, itupun kadangkala dalam kehidupan berumahtangga, banyak yang tidak dapat diuruskan dengan baik..apatah lagi kalau berpoligami...
Untuk dek Wai, "jangan risau... cinta kak kat abang tu masih menggunung dan tidak akan bertukar lagi...sebab tu la, cinta tidak akan pergi"..
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Selamat ulangtahun untuk suami... 3..5..08.. entah keberapa ya? dia kata, usia hanya nombor.. itulah yang saya katakan juga... Semoga pan...
-
PROMO NOVELIS NORA ISMA FUAD Promo novel Nora Isma Fuad sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Berlangs...
-
Apabila membuka akhbar hari ini,terpandang sahaja tajuk 'perang suami isteri'pasal balik kampung untuk beraya, saya tergelak... alah...
-
Dari Kelana Jaya, menaiki LRT, turun ke Masjid Jamek dan bertukar LRT stesyen, menaiki LRT lain (menyeberang jalan & menaiki LRT ke ar...
-
Blog beesawang, berabuk atau berserrbuk lagi... sebulan puasa, sebulanlah diam tak bertempat. Cuaca dalam ramadhan yang agak panas da...
-
Tetamu. 1.Jika kad jemputan yang anda terima memerlukan anda menjawab jemputan perkahwinan,silalah beri jawapan samaada anda akan hadir atau...
-
Kecoh sedunia gara-gara hak privacy diceroboh. Sejak mutahir ini, sejak zaman 'internet', kamera dan video cam meluas di dunia dan m...
-
Melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan jam 1 pagi, saya sedar saya sepatutnya sudah nyenyak tidur memandangkan esok adalah hari perta...
-
Hari jumaat lepas, kelab Leo sekolah telah berjaya mengadakan perkhidmatan pemeriksaan percuma. Cuma bayar rm 2 untuk...
-
Ketika melawat ke Vietnam beberapa minggu lepas, saya mendapat idea untuk mengadakan peraduan untuk pembaca novel-novel saya. Hadiahnya t...



No comments:
Post a Comment