

Petikan Utusan malaysia, 28 Mac 2009
Kelakar pun ada, geram pun ada apabila membaca tajuk berita ini.Berdasarkan sejarah saya, berpuluh tahun sebagai anak pertamanya, tidak pula ada orang yang menggelarkan bapa saya sebagai 'Man pen' biarpun secara fizikalnya bapa saya lebih rendah daripada kami (165 cm - 180 cm)adik beradik. Pun, tidaklah terlebih rendah sehingga di bawah paras 5 kaki.Gelaran biasanya 'Cikgu Man' sebab bapa saya dipanggil Osman @Othman mengikut aruah @ allahyarham nenek saya. Cikgu pula kerana pada asalnya bapa saya bekerja sebagai cikgu sekolah di langkawi dahulunya.
Semasa saya kecil dahulu, Langkawi dengan populasi yang kecil, sekitar 5000 orang barangkali, bapa saya dikenali dengan nama Cikgu man pendek, kerana barangkali terdapat berpuluh Ismail @ Othman di sana, jadi bagi membezakan dia dengan Ismail dang lain, gelaran 'Cikgu Man pendek' diguna pakai.Tapi kalau "man pen " tu, saya rasa mahu 'lesing wartawan ' yang menulis tu. he he.. Saya dahulu pun bercita-cita mahu menjadi wartawan juga, gara-gara profesor saya yang mengatakan bahawa wartawan , 'biasanya stay as single or divorved', tersentutlah saya dengan cita-cita saya. Bukankah wartawan sepatutnya menyelidik dahulu kesahihan berita.Alahai !!!!!
Utusan Malaysia...
'MAN PEN.' Nama itu sahaja sudah cukup untuk membuat orang ketawa. Man Pen sebenarnya adalah singkatan nama kepada Man Pendek. Tetapi, nama sebenar empunya nama Man Pendek ini ialah Ismail Yaakob, 67.
Selain bekas guru, wakil UMNO Kedah ini pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Langkawi. Sesuai dengan gelarannya, Man Pen memang pendek. Tetapi semangatnya untuk berucap di Perhimpunan Agung UMNO Kali ke-59, sentiasa tinggi.
Manakan tidak, beliau mengambil masa tiga bulan untuk menyediakan teks ucapan itu. Hasilnya, segenap ruang Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bergema dengan tepukan sepanjang beliau menyampaikan apa yang terbuku di hati.
Kerenah menteri, isu harga barang mahal, kenaikan harga minyak dan masalah masyarakat setempat merupakan antara perkara yang disentuh dalam ucapannya itu.
Walaupun penyampaiannya bersahaja, tetapi ia dilontarkan dengan gaya yang cukup tersendiri. Di kala generasi muda semakin melupakan seloka, Man Pen cuba mempopularkannya semula. Sekali gus membuktikan seloka masih mendapat tempat.
Paling menarik, setiap teguran atau gesaan yang dibuat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, disampaikan tanpa mengguris perasaan orang lain.
Pun begitu, tentunya orang yang ditujukan teguran atau gesaan tersebut faham bahawa mereka adalah individu dimaksudkan. Semuanya kerana kebijaksanaan Man Pen.
''Saya tidak mahu mengguris perasaan orang lain tetapi dalam masa sama mahu mesejnya sampai," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semalam.
Hasilnya, Man Pen popular dalam sekelip mata. Sebaik keluar daripada Dewan Merdeka yang setiap tahun melakar sejarah UMNO. Beliau bukan sahaja menerima ucapan tahniah, tetapi turut diserbu oleh peminat-peminat yang 'sedia' menunggu.
Ditanya bagaimana beliau mampu menggarap teks yang begitu padat dan tepat, kata Man Pen, beliau berpandu pada bacaan akhbar dan buku-buku selain televisyen.
''Saya suka melihat telatah menteri, bagaimana mereka mendepani masalah dan tindakan mereka untuk menyelesaikannya," kata ayah kepada empat anak itu.
Menurut Man Pen, kapasitinya sebagai ahli yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain ikhlas mahu membantu UMNO, parti yang menjadi pilihan beliau sejak hampir empat dekad lalu, memberinya kebebasan untuk bercakap apa sahaja.
No comments:
Post a Comment