Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Sunday, November 30, 2008

Dos and don'ts at Langkawi...


Beberapa peringatan ketika di Langkawi..

Dos and don'ts

1. Pastikan booking hotel/motel/chalet lebih awak ( 1 bulan - 2 minggu) sebab kalau musim cuti sekolah selalunya masalah untuk dapatkan tempat tinggal yang selesa dan murah... kalau suka pantai, carilah chalet kat Pantai Chenang (ada banyak hotel, motel dan chalet) mengikut bajet anda...

2. Simpan tiket ferry ketibaan/ kapal terbang ( 48 jam diperlukan untuk pengkecualian cukai jika anda membeli barangan elektrik bernilai RM 500.00 (simpan juga resit pembelian)

3.Lebih baik menaiki feri pada awal pagi mengelakkan ombak besar dan dapat pening atau mabuk laut free..

4.Rancang aktiviti anda, jika hari hujan, tak payahlah ke cabel car.. pasti ditutup sebab keselamatan...

5.Kalau beli pinggan mangkuk, pastikan dahulu barangan itu benar-benar daripada negara asalnya.. contohnya arcopal (made in france) ada kedai yang menjual barangan imitation daripada Indonesia dll (sebab tu harganya lebih murah daripada original (france)

6.Island hoping lebih murah dapatkan daripada company atau individu secara terus daripada hotel kos pasti double atau triple)

7.Bawalah losyen - sun blok supaya anda tidak disambar panas dan akan 'black-out' selepas keluar dari sana kecuali anda rasa 'black is beautiful' he he he..

8.Janganlah beli kain batik Indonesia banyak-banyak sangat (dibenarkan 2 sahaja) setiap individu.. kain lain, belilah berapa kodi pun...

9.Rokok hanya 1 kartun (bebas cukai) setiap individu... tak payah sembunyi dalam beg sebab akan dikesan scanner kastam, nahas anda nanti!

10.Makanan laut , mesti cuba... segar sangat... cuba restaurant bamboo (muslim) di Penarak, pasti tidak mengecewakan... hidangannya cepat, sedap dan segar dengan pemandangan yang best...dan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa!!!

11. Jika anda ingin balik / pulang dari langkawi, on time, belilah tiket awal-awal sikit supaya anda tidak ketinggalan feri (dan awas, angin petang jika menaiki feri, memang teruk)

12.Kalau mahu beli coklat, eloklah beli coklat import, lagi sedap daripada local ( maaf bukan anti local product, itu hakikatnya)boleh beli berapa tan pun, tak de cukai dikenakan..

13.Jangan lupa beli minyak gamat, bam gamat dan air gamat (ubat untuk demam denggi- 1 susu besar 3 x sehari)dan bermacam penyakit lagi.

14.barangan elektrik berbeza harga berdasarkan saiz (berdasarkan cukai yang dikenakan)biasanya daripada survey saya, harga kamera memang lebih murah.. kalau tak ada kamera lagi, beli aje lah kat sana.

15.Mesti beli ikan talang kering (best) ikan bilis (dijamin tiada melamin) sotong kering dan ikan tamban kering (lebih besar daripada ikan bilis 10 x ganda) sedap goreng garing dengan bawang besar dan cili kering..

16.Kalau suka pulau yang terpencil, boleh cuba ke Pulau Tuba (ada chalet dan request seafood)

Wednesday, November 26, 2008

Langkawi, we 're back...

Finally, balik lagi langkawi... dari KL 2 petang, reach Alor Setar 7.oo petang, bermalam satu malam. Pagi esok, dah bangun siap-siap, naik feri 10.30pagi, (feri start jalan 10.45 pagi sampai dalam 12.15 tengah hari.. heiisss.. ni la part yang paling boring apabila nak balik ke langkawi, lama naik feri.. kalau nak cepat, naik je la kapal terbang...

malam pergi makan kat Bamboo Restaurant kat Penarak, best. (kira-kira 5 minit daripada kuah - pekan utama langkawi)Pemandangan tepi laut dan makanannya tidak mengecewakan.. pergi sambut birthday my mum...

hari kedua, pagi lagi sibuk menyediakan sarapan, puding roti dengan satu buku besar roti, nasi goreng dan bihun goreng... apa lagi husband, adik ipar dan anak buah sibuk mahu memancing ke laut.. saya pula terpaksa bawa 3 anak buah pergi mandi air terjun, Durian perangin sebab mahu mengelak mereka daripada mengikut bapa mereka memancing kat tengah laut.

...tempat tu kira-kira 15 minit perjalanan dari rumah... best.kolam yang besar macam swimming pool, airnya sejuk giler... siap dengan satu basket makanan dan minuman.. mandi best giler, malam sakit urat la, terlompat lebih sangat... he he he..

hari kedua, 24 nov, masak lagi.. sarapan pagi, lepas tu, nasi dan lauk pauk dan laksa utara.. (orang kedah, kalau tak pandai makan laksa utara bukan orang kedah namanya) best giler laksa kita.. he he he..

petang tu, sekali lagi swimming pool semuala jadi.. malam, lengohnya rasa badan...

Wednesday, November 19, 2008

Alleycat... sekuntum mawar merah dan sekuntum puisi

Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi
Artist: Alleycats
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari

Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari



Lama dahulu, seorang yang saya kenali sering menyanyikan lagu ini jika kami bertemu. masa tu, entahlah, sayapun tak pernah mendengar dengan telitipun, thah tak tahupun senikatanya... tak ambil pusingpun liriknya sebab dalam hati 'tiada cintapun'.. sekadar suka je.. macam sukakan kawan-kawan je... entah macam mana terdengar lagu ni di radio, sayapun bukakan radio kuat-kuat dan dengar dengan teliti, amati liriknya.. he he.. padan la.. sidia fikir agaknya, saya sudah jatuh cinta dengannya kot, lepas tu, cinta tu dah hilang tiba-tiba... padahal, saya sebenarnya tak pernah jatuh cinta dengannya...

Agaknya, masa saya remaja, belasan tahun dulu, saya ni agak pemalu orangnya, asal aje, berjumpa muka lelaki, kalau terpandang aje muka, mata bertentang mata, muka saya akan merah padam, malu teramat sangat... situasi begitu mungkin boleh mengundang salah faham sesiapa saja... kalau setiap muka yang saya pandan, merah padam...mengundang rasa cinta, aduh, terukla macam tu, dah beribu kali saya kena jatuh cinta kot...

lagu kegemaran saya, lagu alleycat, Senyumlah Kuala Lumpur sebabnya saya jatuh cinta buah kali terakhir di KL ni setelah bermain mata dengan siapa lagi, kalau bukan suami saya.. he he.. bayangkanlah dari Langkawi saya datang (masa tu sudah berpindah balik ke Langkawi sebab patah hati kat KL ni he he )ke KL untuk dating... cinta jarak jauh la ni...

Senyumlah Kuala Lumpur
Alleycats

Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Di lebuhraya
Di papan tanda
Tergambar wajahmu

Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

Korus

Bila ku bisik kan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara

Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan

Di tengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Bilaku bisik kan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua...


Kiranya masa tu, tengah naik flight, lirik lagu ni bagaikan 'berlari-lari' dalam bebola mata.. he he..

Aduh!! mahkamah oo mahkamah

Dalam menunggu-nunggu dan resah menanti 23 nov 2008, perlu ke mahkamah atas kes saya saman menyaman.. final.. sebab sebelum ini saya tidak perlu ke mahkamah, lawyer aje yang ke sana...since sudah final, sayapun kenalah ke mahkamah... seram sejuk juga... hari tu bila jejak je kaki ke mahkamah, rasa nak demam.. he he..

Tiba-tiba hari ini dapat pulak panggilan telefon daripada hubby... hmm tak sedap hati aje since my cik abang jarang sangat call.. kalau call kira ada important la... berita buruknya, hakim bercuti pulak, lagi, kes kenalah tangguh lagi.. hmm alamak.. jadi boleh simpanlah rasa nak terperanjat tu lain masa pulak.. he he..

Rancangan balikkkkkkkkkk kampunggggggg diteruskanlah.... hmmmmmmmmmmmm bestnya nak balik langkawi... azam nak p memancing kat laut... mandi laut dan pikniik kat jeram .. yahooooooooooooo...

Tuesday, November 4, 2008

Doa untuk pelajar..



Stesyen kereta kabel, oemandangan yang syahdu... mesti pergi..

Dalam menunggu detik cuti sekolah, perasaan bercampur baur antara suka dan duka.. cuti sekolah yang panjang... bermakna sekali anda begitu bebas.. (sebab inilah satu-satunya cut yang anda tidak terlibat dengan kerja sekolah, sebenarnya ada juga, planning untuk tahun depan.. but consider okay la) terutamanya jika tidak perlu menjadi pengawas SPM.. kalau tidak bermakna 3 minggu cuti anda 'burn' la...

Banyak perkara yang dirancang, bercuti menghilangkan tension dan stressssssssssssssss yang sudah tumbuh dan menjalar dalam urat tubuh.. he he.. merawat kepenatan asyik bekerja siang malam.. siapa kata, sekarang menjadi pendidik tidak memenatkan dan banyak cuti sahaja? (kalau guru biasa okay.. ini sebab perlu mendidik anak orang, terutamanya anak-anak didik yang kurang terdidik atau tidak menerima ajaran ibu bapa.. sebab degil, pengaruh persekitaran, budaya dll) sebab itulah antara sebab, cikgu perlu diberi cuti banyak sikit melebihi kerjaya lain. Kalau idak dah lama cikgu-cikgi mereng... termasuk saya.. he he he..

First thing yang penting, I miss Langkawi... yessssssssss Langkawi, here I come no.. nak makan udang, ketam puas-puas... hmmm.

Sunday, November 2, 2008

satu hari di bulan november II

Semasa membaca emel tadi, hampir tersedak air juga juga apabila salah seorang adik angkat saya (yang juga bekas murid saya-lama dulu) bertanya, " hai kak, cinta yang sudah lama sangat bersarang di hati, takkan lah tak pergi-pergi lagi"

Persoalan besar yang membuatkan saya bingung juga.. kenapa pulak dia bertanya begitu? sinis bunyinya? apa yang agaknya saya tuliskan sebelum ini... cepat-cepat saya baca balik wording di blog saya, rasanya tak ada la perkataan-perkataan power yang mengatakan saya masih menyimpan cinta lama.. he he.. dah lapuk sangat... dahtak ada bajanya, oksigen pun tarak, air tak disiram, sure lah 'pokok' cinta pun mati la... rupanya mungkin, tajuk yang dia baca, berbunyi " cinta yang datang dan tidak pergi-pergi".. he he he.. sebenarnya hmm cinta yang lama, hilang berganti dengan cinta yang baru la...

Hakikatnya, bagus lah kalau ada orang lain yang prihatin terhadap kita, agar sama-sama membetulkan diri atau jalan yang salah...bercakap pasal perasaan, sebagai seorang wanita, isteri orang, berdosa hukumnya jika menyintai orang lain, for sure... nanti jangan kata masuk syurga, baunya pun tidak merasa...

allah pernah berfirman yang maksudnya jika seorang manusia boleh menyembah manusia yang lain, tentulah seorang isteri akan diperintah menyembah suaminya... lagipun Allah maha mengetahui... di ruang dada hawa disempitkan ruang agar hanya ada satu ruang 'cinta' untuk disimpan di dalamnya... sementara di ruang hati kaum Adam, banyak ruang yang dikosongkan agar dapat diisi dengan banyak 'cinta', sebab itulah mereka dibenarkan berpoligami (dengan syarat).. apa pun saya tetap tidak menyokong poligami.. (bukan menidakkan hukum Allah, sekadar prinsip sendiri)..

Bercakap pasal one man-woman, itupun kadangkala dalam kehidupan berumahtangga, banyak yang tidak dapat diuruskan dengan baik..apatah lagi kalau berpoligami...

Untuk dek Wai, "jangan risau... cinta kak kat abang tu masih menggunung dan tidak akan bertukar lagi...sebab tu la, cinta tidak akan pergi"..

Saturday, November 1, 2008

Satu hari di bulan november...



Satu hari dalam bulan nov lama dulu.. buat pertama kali, saya jatuh cinta... I was in love.. kalau anda pernah dilamun cinta, atau pernah berasa 'jatuh cinta', pasti anda tahu apakah 'cinta' yang dimaksudkan... kata peribahasa lama, makan tak kenyang, mandi tak basah, malahan tidur pun tak lena... sebenarnya bukanlah makan-makan pun sampai tak kenyang.. mana mungkin kalau sudah 'dibedal' sepinggan nasi, tak juga kenyang-kenyang... kalau sudah disiram air, mana mungkin badan tidak basah... kalau tidur, mungkinlah, kadang kala tidaklah juga tidak lena, tetapi, tidur akan diganggu dengan ingatan yang kuat terhadap dia..sekejap-sekejap terjaga... sepanjang malam.. begitu bijaksananya orang-orang tua dahulu meletakkan bayangan yang begitu terhadap orang yang sedang dilamun cinta.. bagi menunjukkan semua perkara yang dilakukan, seakan tidak menjadi lagi.. dek penangan 'dia'yang seorang itu...

Membaca buku Dr.H.M. Tuah Iskandar, menjadikan saya mengiyakan sahaja apa yang dibaratkannya (ulasan peribahasa Inggeris lama) yang mengatakan, ... hanya perlu sesaat untuk kita jatuh cinta, tapi mungkin memerlukan selamanya ingatan cinta itu terhadap seseorang.. well!!! mengingatinya seumur hidup?? entahlah, seakan perkataan 'magic' di situ.. disebabkan umur saya baharu setahun jagung barangkali pada tahun itu, 'cinta' itu berbekas lama di hati dan memori saya.. dan yang peliknya, sampai sekarang, saya masih lagi diserang mimpi yang lama-lama dahulu, padahal sudah lama sangat saya tinggalkan 'kisah cinta kali pertama'..

Kalau mahu dibandingkan 'cinta'saya dan suami (kekasih hati sekarang' tentulah, cinta kami lebih hebat dibandingkan dengan sidia.. he he.. bertemu di internet, berkasih dengan dipisahkan utara dan selatan... hmm..

Dalam satu situasi, saya bertemu sidia ni,ada saya 'rakamkan' dua keping gambar dia.. (masa tu, tak de lagi kamera digital he he..masih pakai filem)

dia kata, " nak buat apa?"
Kata saya, " kalau kita tak jadi kahwin, boleh la saya simpan gambar you, tunjukkan pada anak cucu saya nanti" dalam hati berbisik-bisik.. hai mamat ni, takkanlah tak jadi pulak.. main-main acah je..sebab sudah kenal keluarganya, mana pulak tidak menjadi...

.. dan terbukti 'cinta'itu tidaklah menjadi..lama berarak dengan perasaan.. lama juga mengenali dia, hampir 7 tahun.. seperti yang selalu dikatakan dek orang tua-tua, 'orang kahwin lagikan bercerai, apalah sangat dengan orang yang bercinta'.. pokoknya kenalah redha, pasti Allah ada menyediakan rencana yang lebih baik kepada kita... melepaskan kenangan tidaklah semudah yang disangka... badan susut, hilang 3 kg sebulan saja... masa tu baru 45 kg.. he he.. comel je.. masa tu la..

'Cinta lama ' itu sudah lama hilang..cuma memorinya masih lagi basah dalam ingatan...salahkah mengingatinya???