Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
Sunday, May 18, 2008
Romantik? Romantis? Romantikuskan kita???
Ketika berbual-bual melalui telefon dengan adik angkat saya Deena (Nor Madina) dan ena (Norazlina) semalam, mereka tanya saya balik apabila saya bertanyakan mereka, romantik / romantiskah mereka???
Jawab saya, entahlah... romantik / romantis ini subjektif bunyinyakan..
tapi saya tahu saya ini romantik orangnya in sence of suka hantar kad, sms, hantar makananan kat pak we dulu ( he he)
...kalau suami saya, hmm, saya kata tak romantik kot sebab dia tak suka hantar kad, tak de bagi bunga..itulah romantik bagi saya, tapi betulkan romantik itu begitu dan begini..???
Hari ini saya tekan kamus elektronik saya, mencari definisi perkataan keramat ini..apaguna bercakap tentang sesuatu kalau kita tidak faham maksudnyakan???
Romantic dalam bahasa Inggeris terdiri daripada dua, 1 adjectif dan 1 lagi noun..
Dari segi adjectifnya bermaksud:
a) characterized by love or emotions.
b)involving in love affair
c)showing feelings of love
d)something to do with art and literature; marked with feeling...
Contoh /EG:
romantic love story... the scene looked very romantic in the moonlight.. he and so and so has romantic relationship..
Dari segi nouns, romantic bermaksud:
a) a person who shows feeling of love/emotion.
b)romantic artist...
Dari segi Bahasa Melayunya pula:
Romantik/romantis :suasana yang romantik, dikaitkan dengan percintaan..
Romantikus bermaksud: golongan yang beraliran romaktik/ seorang yang berjiwa romantik/( mamat atau minang jiwa; ini istilah sayalah)
Romantisisme (romanticism) adalah golongan aliran sastera atau seni di Eropah pada penghujung abad ke 18-19 yang menutamakan perasaan dan keindahan serta kebebasan melahirkan perasaan / isihati individu.. kalau study sejarah disebut zaman renaissance.. bermula di Itali ..kalau lupa, ala lukisan monalisa, the last supper oleh Leonardo di ser Piero da Vinci..antara yang popular..
so okay, sudah faham definisinya, sekarang soalannya, romantik/romantiskah anda??
Pada hemat saya, romantik ini sangat subjektif sifatnya...bahasa romantis ini banyak, bahasa hati, bahasa badan (body language)sifat, sikap, words (perkataan)sms, emel, gambar etc..banyak sangat...ada orang kata, romantik ini hanya apabila 'we are saying: I love u)(I love you very much)
Kalau anda tengah bercintun, lagilah banyak situasi yang bakal anda gelar romantik... pegang tangan, duduk2 dekat, say hi pun kadangkala dianggap romantik..simple thing yang.. tanya awak dah makan??? banyak sangat... hantar kadlah, bunga, coklat, emel, sms, mms etc..etc.. beribu-ribu banyaknya..
Kalau saya dulu, dapat note burukpun, saya simpankan.. (kira romantiklah tu)
nasihat saya cuma satu je, asalkan jangan langgar syariat, agama dan budaya serta adat, sudahlah...
Zaman dahulu, kita sering kata mereka tidak romantik, sebab bagi kita (bagi sayapun)tidak romantik kalau tidak dapat kad/ros/kek atau barangan (sebab kita ini materialistik) kebendaan, asal ada benda, okay romantiklah tu..
Banyak sangat perlakuan romantik orang dahulu yang menunjukkan mereka lebih romantik dari kita, contoh yang kecil.
1) isteri sediakan makanan kepada suami, tunggu dia balik, hidangkan dan makan sama-sama..sekarang, suami dan isteri makan masing2...sebab itulah orang moden macam kita lebih banyak bagi kad etc.. perlakuan kita sudah kurang (banyak sangat-kurang romantiknya)
2) suami akan bersusah payah cari rezeki untuk menyenangkan hati anak-isteri.
3)sembahyang berjemaah atau baca quran sma-sama.
4)duduk bekerja sama-sama, lepas tu makan di bendang, di bawah pepohon kelapa... syahdu..
...mereka barangkali tidak pandai melahirkan dari mulut (bahasanya) dan hati mereka sungguh romantis/romantik.. perlakuan dan sifat yang ditunjukkan menunjukkan lelaki dahulu 100% romantik..
... sekarang, entahlah... ada yang cakap 100 x sehari tapi, mata tetap pandang isteri orang lain juga (seperti yang disebut rakan saya, kalau isteri kita cantik, cantik, cantik lagi isteri orang... selalunya kalau saya dengar, saya akan mengusik balik, handsome suami sendiri, handsome lagi suami orang..he he )
...jadi anda dari golongan romantikuskah?? kalau saya, saya mesti katakan ia.. sebab selagi kita ada 'cinta' pada insan lain, ada sifat kemanusiaan kepada insan dan makhluk lain, romantiklah kita...
.. jadi, ketika suami bersusah payah hantar nasi goreng cina (sebab saya tidak boleh memasak- baru lepas operation) di tengah hujan gerimis, sejam juga jemnya dan terpaksa pulang semula ke kedai,(bila saya bukakan pintu, ambil bungkusan dan salam tangannya dan dia berlalu pergi)itu kira romantiklah...tak payah kad atau bunga lagi..
salam romantik dari saya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ouhoh..cm gtu ye..
begitulah kira2nya..kira mid setting kita yang salah, kita yang kata romantik tu about sending card etc.. kan...
sis norafuad
Post a Comment