GELAGAT Perwakilan dari Kedah, Ismail Yaacob, yang membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden dengan berseloka, mencuri tumpuan semua yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Dengan nada bersahaja, Ismail menyampaikan selokanya seolah-olah berjenaka, tetapi mesejnya sarat dengan maksud tersirat.
Berikut antara bait menarik seloka beliau:
Pulau Langkawi syurga membeli-belah
Tapi sejak minyak naik turun barang-barang semakin murah
Datuk Pengerusi saya minta izin nak cakap dalam bahasa tua
Kalau bukan ikut frasa saya nak sedap suku kata,
Saya nak hayun dalam seloka
Apa yang saya kata semuanya benar belaka
Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri,
Dalam sebuah kapal seorang saja jurumudi,
Jangan dok selalu dengar penasihat kanan atau kiri
Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi
Tahun 2008 dah jadi 2009
Dulu rambut hitam la dah beruban
Banyak makanan sedap dah tak boleh makan
Tu pun tak mau lepas jawatan Ketua Bahagian
Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara
Kita terlalu tamak, sombong dan gila kuasa
Teguran akar umbi kita tak ambil kira
Rakyat kata menteri kita tak selesai masalah
Ada saja isu menteri dok cari helah
Menyebabkan rakyat tak tentu arah
Mai pilihan raya Barisan Nasional depa tak pangkah
Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan
Tak dan dua hari dia boh "gear gostan"
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan
Nelayan yang miskin pun depa tak kasihan
Kat Menteri Penerangan saya nak pesan
Jangan mudah kita termakan umpan
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan
Buktinya kita kalah di dua pilihan raya kecil di dua kawasan
Saya nak tanya kat Menteri Kerja Raya
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh bahaya
Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat buat apa
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok berlaga
Penyokong-penyokongnya pula rasa kecil hati
Depa setuju pakat buang pangkah undi
Tujuan nak bagi kalah hanya satu dua kerusi
Mai keputusan pi lima buah negeri
Yang Amat Berhormat Datuk Najib ini pelajaran yang pertama
Sebelum tentu calon, risik-risik dan banyak bertanya
Kalau dok letak juga calon yang akar umbi tak terima
Alamat lima tahun lagilah kita akan merah telinga
Dari warung kopi hingga ke hotel berbintang
Orang dok bercakap Umno dan politik wang
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang
Alamat Umno nak jatuh terkangkang
Di negeri Kedah kami jadi pembangkang
Timbul isu buruk depa dok tuduh kita yang rancang
Kita dah sah ikut depan, dak..dia syok ikut belakang
Kita hantar SMS depa hantar gambar telanjang
Mulai sekarang kita mesti berusaha
Sikit berpolitik banyak buat kerja
Kalah atau menang kawasan mesti dijaga
Baru boleh dapat balik lebih dua pertiga
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Petikan daripada Berita harian 5 Ogos.Terapi solat Oleh Ziauddin Sharuddin zia@bharian.com.my saya bangga sekali dengan kajian yang tel...
-
Seminggu lepas, ada Sarah, 8 tahun, anak buah saya yang saya bawa balik dari Klang ke Langkawi.hmm best sangat, ada budak2... layan baca, la...
-
Marilah kita sama-sama berdoa : Untuk yang dikasihi Sister Dalilah Tamrin: "Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafka...
-
Saya bukanlah contoh terbaik untuk merujuk berkaitan tajuk ini tentunya! Dengan perasaan rendah diri saya terpaksa mengakui hakikat ini...
-
Beberapa peringatan ketika di Langkawi.. Dos and don'ts 1. Pastikan booking hotel/motel/chalet lebih awak ( 1 bulan - 2 minggu) seba...
-
Bekerja sebagai pendidik, bulan Julai sehingga okt adalah bulan genting. Terlibat sama dengan murid yang akan mengambil peperiksaan percu...
-
Sejak hari jumaat lagi berniat untuk memasak roti jala..kata orang Terengganu, pukat buruk (he he sebab jala yang rupanya macam sudah ros...
-
Just be fun & funny like Pandas Siapakah yang boleh mengubah diri anda? Tentulah jawapannya bukanlah nombor,ramalan nombor atau war...
-
Alhamdulillah, dalam sedikit kesakitan, entah mengapa, luka operation tu terasa sakit sikit dan bengkak, mungkin lama sangat saya duduk2 d...
-
Barangkali, tidak terlambat untuk ucapkan terima kasih berjuta-juta kali atas sokongan anda..semuanya murid,guru, sahabat dan keluarga atas...



No comments:
Post a Comment