

Hari ini harijadi Sarah Irdina Sallehhuddin. 31 Julai,saya jarang lupa harijadinya dibandingkan dengan 10 anak buah yang lain,bukannya pilih kasih tetapi disebabkan harijadinya disambut betul-betul sebulan sebelum tarikh saya berkahwin (31.8.2000, kira patriotik giler sebab sambut sama dengan hari kemerdekaan Malaysia,maklumlah cikgu sejarah)Sebelum ini pun 19 Julai,harijadi faez Shukor. Esok harijadi Adeena Fairuz yang ketiga,juga harijadi adik saya,Salman. Birthday adik ipar saya 31 Julai juga.Adus! kalau nak diingatkan semuanya,boleh mencopot otak... semuanya sudah dimasukkan dalam 'reminder' phone tapi kadang tu lupa jugak... Hadiah.. hmmm. mana-mana yang sempat je lah... ha ha ha.Saya kalau mahu beri hadiah,tak kira birthday atau tidak,bagi aje lah, merangkap hadiah harijadi (sebab akan terlupa jugak)
Yang penting harapnya tahun ni saya dan keluarga sempat menyambut harijadi mama saya di Kota Kinabalu... harapnya.
No comments:
Post a Comment