Seminggu lepas ada mendengar cerita daripada adik angkat (merangkap kawan angkat saya he he) yang dia telah diperperkenanlkan dengan seseorang.. well,i feel happy for her.Boleh nampak senyum dia yang berbunga bahagia dari jauh. Walau pun di bawah kategori perkenalan yang masih baharu,saya pasti akan ada sinar untuk dia.I can smell that. Lebih 6 bulan lepas dia merana, teman lelakinya yang sudah bertahun dikenalinya rupanya sudah 'mainkayu tiga'. Dalam senyap ada simpan makwe lain. Dari dulu saya sudah ingatkan dia, 'Cinta bermakna tidak menyakitkan, cinta tidak akan mengecewakan kita'... kalau dua episod ini yang berlaku, 'angkat je la kaki'...
Dalam kehidupan terutamanya kehidupan 'bercinta'mestinya ada dua elemen.Pahit dan manis,Pak Hamka pernah menyebut,"Hidup mesti terbina antara pahit dan manis,kalau semua pahit,hati akan menjadi rawan (meening tension, teribble, teruk la)tetapi kalau semuanya manis pula,hati akan menjadi bosan. Dalam bercinta kadang kala, kita sering terpedaya,walau pun pahit, kita masih mahu menelannya, terlalu sayang untuk dibuang. saya pernah lalui semua itu. Ditelan dan ditelan segala kepahitan itu sebab pada masa itu saya percaya,akan ada kemanisannya. Sekarang ini, saya fahami tindakan saya meluahkan kepahitan itu walau pun demam berminggu-minggu,badan saya kurus kering, turun mendadak,sukar tidur dan sudah berapa lama menitiskan air mata sebelum ini memang berbaloi. lama saya mengumpul kekuatan untuk melupakan dia.Menyimpan rasa cinta untuk dia memang ternyata tidak ada lagi, 'sifar perasaan' sebab cinta saya hanya kepada suami... hati saya sudah diisi, tiada ruang lagi.Allah kan maha pendengar. Doa saya bertahun-tahun dahulu agar diberi suami yang baik termahbul.Nothing to complain walau pun sesekali ada juga berperang mulut ( he he biasa la kan,ada masa mahu lari... he he he)Mana mahu cari lagi suami macam che abang saya... ada masa menolong saya dengan baju yang dibasuhnya walau pun menggunakan 'orang gaji Jepun.'... saya tidak pernah perlu vakum ruma sebab dia akan lakukan kerja vakum itu. Ada masa-masa dapur saya tidak berasap apabila kegilaan saya terhadap penulisan bermula.
kata adik angkat saya tu, dia sudah takut untuk menaruh harapan lagi,takut untuk jatuh cinta lagi.Saya katakan kepadanya, kalau saya takut untuk jatuh cinta setelah dua major case 'terkecewa' (yang minor pun banyak juga)saya tidak akan ada peluang untuk bertemu suami yang baik ini.Jangan takut untuk rasa bahagia... yang penting cinta tidak boleh menyakitkan mahu pun mengecewakan...kalau rasa-rasa menyakitkan hati atau mengecewakan sangat-sangat, 'angkat kaki' sebelum terlambat. Jangan takut untuk berusaha dan mencuba...
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..

Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Lokasi: Adelaide,Australia Sinopsis BAB 7 : MEMBAWA HATI LARA ;Penulis cuba menghurai kepada pembaca bagaimana kemelut cinta ...
-
28 Mac 200, hari pertemuan terakhir dengan penulis KarnaDya. Bukan mudah sebenarnya untuk menghimpunkan semua penulis dalam satu...
-
Murid saya bertanya,bagaimana boleh cikgu Suka sejarah. Saya katakan, "Not just like, I luv history." "Then cikgu...
-
Saya pernah menulis tentang adik angkat saya, G dan Mr X dan Mr Y nya dahulu (same title) jadi,saya sendiri pun macam kemaruk mahu menung...
-
Semalam adik angkat saya kata, dia mimpi dipatuk ular, saya ketawa sambil berkata " tak lama lah tu, dah sampai jodoh la tu" Se...
-
Sampai semalam 28 Mei.08 jam 2 petang.Dari Pj 5.15 pagi, feri pukul 12.00 tengah hari.Tiket feri nak naik lagi, dulu RM 17.00 sekarang sudah...
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Al-Fatihah,Bonda mertua yang saya kasihi Hajah Fatimah binti haji Omar, telah kembali ke Rammatullahpada 26 Dis 12.20 malam dan selamat dise...
-
Sesudah memulakan tahun ini dengan berita kehilangan 'mak' saya,saya menerima berita baik hari ini. Finally adik angkat kesayangan s...
-
Hari ini dalam keterpaksaan,saya berjaya habiskan bab ke 6 manuskrib baru. Adus! agaknya apabila kehidupan bahagia,susah sikit mahu tulis ba...
No comments:
Post a Comment