
Meninjau Face Book,ipar saya Amy dan suami Feroz baru sahaja mendapat anak lelaki (ketiga) tepat pada jam 1.05 pm,2.5 kg di ampang Puteri. Tahniah kepada mereka. Nampaknya saya baru sahaja menerima anak buah yang ke 11.. kena tambah lagi la duit raya..
Ada murid yang bertanya,betul ke cikgu nak bersara awal tahun depan... well,tidak menjawab,sekadar tersenyum sendiri. I wish too dear.. tengoklah macam mana... yang ruginya kalau bersara awal,tak de pencen sampai umur bersara 56 tahun (bersara pilihan saya,yang saya telah buat pilihan salah,sepatutnya hanya 55 tahun)tu lama lagi lo... adus!
Sekarang ni batuk,sakit tekak,kerongkong luka sikit,sakit bila menelan air pun. Tapi macam biasa kelas yang bagus tak ada masalah la. Masuk ke kelas,saya terus tulis di papan putih,'cikgu sakit tekak,sila salin ke buku latihan. Saya pun tulis soalan dan minta mereka siapkan ke dalam buku latihan'... terima kasih kelas 3 angsana,3 batai,5 batai,3 penaga kerana memahami masaalah cikgu... mungkin berterusan sampai seminggu.. adus, susahnya apabila tak boleh bercakap... tapi ada kelas yang macam 'jemuan' jugak.. lagi kita tulis cikgu sakit tekak,lagi la dia bising,terpaksa jerit jugak.. tension giler rasanya dalam kelas.Inilah yang buat rasa nak bersara esok juga!!!!
No comments:
Post a Comment