Saya perlu menghadiri kes mahkamah pada 7 September 2008.Kalau nak tahu kenapa, kenalah baca cerita, a story about car 1.. kes saya saman orang... so berhati-hati dengan saya, saya boleh saman anda juga...!!! he he he..
selepas perjalanan yang panjang, 4 1/2 jam, bertolak jam 1 petang, akhirnya sampai jam 5.30 petang...di Alor Setar.Belakang saya bagaikan bengkok.Kami- saya dan suami landing kat Seri Malaysia.. okaylah kiranya, murah dan senang dapat makanan.Dalam 50 meter ada Bazar Ramadan... senanglah saya mahu cari nasi ulam yang telah lama saya idamkan... Anda tahu apa dia nasi ulam? Nasi ulam - nasi + ulaman (pelbagai jenis) yang dihiris nipis + ikan kering goreng dan Udang masin goreng tanpa minyak (dihancurkan, dimakan dengan asam pedas sayur keladi + ikan bakar (terutamanya terubuk).. hmmm terangkat betul. Kalau nak sedap lagi + sambal belacan. Sejak berkahwin 8 tahun lepas, 8 tahun jugalah saya tidak dapat menikmati nasi ulam. Kenapa agaknya?
1.Nasi ni hanya dijual kat Kedah, bulan puasa saja pulak tu.Mungkin ada di masa lain, tapi tak berjumpa.
2.Kalau giliran kami balik beraya ke Langkawi, selalu sampai Alor Setar sudah tengah malam, tak ada lagi orang jual / bazaar Ramadhan.
3.Di Langkawi ulak, tak ada orang jual nasi ulam tu...
Saya membeli sakan nasi ulam.Berbungkus2...satu buka puasa, satu bungkus (ulaman saja) bersahur...selAMA 2 hari.Maknanya 4 kali makan...bagi gantikan 8 tahun yang mengidam.Tak cukup dengan itu, bawa balik 2 bungkus lagi... he he..
Sedapnya tak terceritalah...suamipun pelik tengok saya beriya-iya makan.. sedap giler.. kena pulak dengan ikan terubuk bakar... huihh...
Dia tanya " sedap sangat ke? kat banyak jual kat KL?"
Saya kata, " sangat sedap... cubalah.Tapi kalau kata ada jual kat Kl, memang tak de"
Dia mencuba, " okay la" maknanya tak sedap sangat bagi dia. He he.. orang yang tak biasa dengan ulaman kampung pasti tak suka nasi ulam.
Saya tanya dia lagi, "mana ada jual kat Kl?"
Dia kata," yang warna biru tu kan"... tergelak saya.
Saya," tu nasi kerabu. Kelantan mari.Ni nasi ulam , kat kedah saja"
Baru dia mengangguk.Padan la selama ni, saya merungut nak makan nasi ulam kat kedah (maknanya perlu keluar awal dari KL supaya reach alor setar sebelum 6 petang) dia buat dekkk je.. rupanya dia ingat nasi ulam = nasi kerabu.. HMMMM...alahai...
Esok pagi pergi ke mahkamah. Seram sejuk walaupun kita yang saman orang bukan mangsapun... he he.. masuk dalam mahkamah sekejap..diminta berdiri ketika kes nombor dan nama dibacakan...seram sejuk u...
Dalam 5 minit, Hakim majistret minta tarikh ditunda kepada nov sebab kes ini melibatkan saya vs bengkel vs insurans, tentunya lama akan bersdang kalau tak ada written statement.... apa nak kata, badan yang bengkok dalam keretapun rasanya tak lurus lagi... sabar je lah... nasib baik, bayaran keretapun dah tamat... lega satu perkara.
Dua hari kat Alor Setar, berupaya habiskan buku pengarang kesukaan saya, Puan Aina
Emir, Aura Cinta (sudah lama dibeli tapi tidak berkesempatan membacanya) Best giler... syabas kak Aina lerana penulisan yang hebat.harapan saya, satu hari, saya juga akan jadi penulis hebat sepertinya... Satu lagi buku, Hanya kita berdua, baru 30%, entah bila akan habiskan...