Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
Friday, July 11, 2008
Guru vs murid
Guru dan murid kadang-kadang selalu terperangkap dalam dua dilema.Guru cuba memberi persepsi yang betul bahawa mereka mahu murid mereka berjaya.Sebab itulah mereka akan marah, (istilah murid berleter) nasihat, jerit (sebab kadang kala pujukan sudah tidak menjadi).. malangnya murid tidak menerima signal ini.Murid selalu salah anggapan bahawa guru marah sebab guru itu sudah tua, guru sahaja membuat feel dan macam2 lagi.Lebih malang sekali arahan guru selalu dimanupulasi oleh murid sehinggakan kesalahan atau sikap kemalasan mereka disalah anggap oleh ibu bapa yang tidak menyiasat terlebih dahulu atas guru-guru ini.
Contoh yang mudah, skrip saya (pernah satu ketika dahulu) " awak jangan jadi 'bodoh sombong" kalau anda sedar ini adalah satu oeribahasa bermaksud, 'jangan menjadi malas dan akibatnya anda tidak tahu.Atau sudahlah tidak tahu, tapi malas untyuk mengambil inisiatif untuk berubah'.. malangnya dimanupulatif yang mengatakan " awak bodoh"..
Kasihan saya mendengar cerita senior saya, jauh di sudut hati saya saya tahu, dia benar-benar 100% bagi membantu muridnya untuk berjaya.Seperti kebanyakan guru yang ada termasuklah semua guru di SMK Damansara jaya ini, saya yakin semua kami berusaha 2 juta % bagi memastikan murid kami berjaya.Ceritanya mudah..di kelas 5 B.... dia memberi arahan murid yang lemah bahasanya boleh menyain contoh karangan dengan mengubah perkataan bagi memastikan karangan mereka ada panduan., sebaliknya murid lain akan cuba menulis karangan mereka sendiri.. sebaliknya ada seorang murid yang mengadu kepada ibu bapanya bahawa guru ini tidak benarkan mereka mengarang karangan mereka sendiri. Hmm Kedengarannya pun pelik. Manalah ada guru yang tidak mahu anak muridnya mengarang karangan sendiri.Ini cuma salah sangka atau sikap manupulatif murid sahaja.Harapan saya, jika anda (murid) kurang jelas arahan guru atau permintaan atau niat guru, berjumpalah dengan guru tersebut, tanya, kenapa arahannya begitu dan begini... kalau masih kurang jelas juga, tanya lagi.. selepas itu kalau ada masalah daripada ibu bapa, mintalah mereka bertemu dengan guru itu supaya tidak wujud salah sangka terhadap niat dan permintaan guru tersebut...
Saya sendiri pelik bagaimana ibu bapa boleh mentafsir yang guru 'malas' atau mahu menghadkan kemajuan dan kebolehan anak-anak mereka... jalan yang terbaik adalah datang dan berbincang bukannya hanya mendengar sebelah pihak sahaja... saya kenal sangat anak-anak remaja ini.. mereka sanggup mengatakan apa sahaja asalkan mereka lepas daripada rasa dipersalahkan terutamanya ibu dan bapa mereka..
Contohnya : " kenapa gagal subjek Y?"
" cikgu tak pandai ajar"
padahal dalam 200 murid yang diajar oleh guru tersebut, 98% lulus termasuk yang mendapat 90 markah ke atas,hanya 2 murid yang gagal termasuk sipolan tadi. Tips: berhenti menyalahkan orang lain seperti yang disebut oleh pepatah yang biasa kita dengar, "orang yang gagal sentiasa mencari alasan... terutamanya dalam menyalahkan orang lain"
Guru sepatutnya 'kawan' anda, bukan menjadikan guru musuh anda!
jika ditanya kepada saya, " murid yang memberi masalah itu sebenarnya rugi... dalam 350 murid saya, saya percaya, tidak akan menjadi beban sedikitpun jika 2-3 orang yang tidak sukakan saya, sebab saya ada lebih 330 yang sukakan saya"
Saya tidak berdendam atau tidak cuba tidak menyukai murid saya...tapi kalau hari-hari dimarahi sebab feelnya yang macam-macam... memandangpun seolah geram... saya pasti ilmu yang cuba diberi pada murid tadi juga tidak berkat.. sebab itulah yang selalu membuat feelpun markahnya hanya 12 sahaja dibandingkan dengan murid2 lain.
Skrip kegemaran saya, kita akan mendapat balik apa yang kita beri...kalau anda beri perhatian dalam kelas, guru akan balas dengan perhatian, ilmu yang berkat dan kesudahannya, anda dan guru akan mewujudkan hubungan komunikasi yang mesra dan keputusan yang cemerlang akan diraih.Sebaliknya, asyik bercakap, main-main, malas (bebalisma) sahaja... anda gagal peperiksaan... juga menunjukkan sikap moral seperti masyarakat yang kurang 'bertamadun' ( orang yang intelektual biasanya menunjukkan sikap yang ada 'kelas'dan tidak menimbulkan masalah kepada orang lain' ...
Jadi tanyalah diri anda... anda orang yang 'ada kelas' atau ' low class'...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment