

Semalam kawan saya Suraida mengajak saya menonton 'Sepi'.Saya tidak menolak kerana saya yakin dengan penerbitnya, pengarah dan bakat pelakon yang dipilih.Ternyata telahan saya bukan sahaja betul, saya beri 5 bintang untuk filem ini.
Plotnya yang disusun secara flashback dan forward, mengkagumkan.Tidak jemu mata memandang dan fikiran ligat memikirkan apa yang akan terjadi selepas itu? malangnya apa yang kita fikirkan tidak akan terjadi.Dalam kata lain, ada banyak unsur 'tricky' dalam filem ini.Semalam asal saya jumpa orang lain dan bersuara pasti saya membincangkan pasal 'sepi' dan sempat mengajak mereka menonton macamlah saya yang menjadi penerbitnya.He he.
Skripnya halus sekali sentuhannya.Kadang-kadang tak banyak perkataan perlu diluahkan, tapi satu perkataan cukup bagi menggambarkan kesemuanya... saya masih ingat satu babak dalam filem itu.. si suami keluar tergesa-gesa tanpa mengucapkan ' I love you'.. isternya yang sedang menyediakan sarapan mengucapkan " I love you too".. tiba-tiba suami masuk semula dan mengucapkan " I love you" dan sia anak yang berusia 8-9 tahun mengucapkan " I love you three".. hmmm, sweetkan?
Ada banyak unsur humanisme yang ditonjolkan.Banyak sekali, seperti membantu orang tanpa mengharapkan balasan, melepaskan orang yang dicinta asalkan dia bahagia,kekasih yang terlalu menyintai kekasihnya sedangkan... kenalah pergi tengok sendiri.
Watak dalam filem sama ada watak utama atau sampingan dapat menjiwa sepenuhnya perwatakan yang mereka lakonkan.Mimik muka mereka jelas menggambarkan keseluruhan jiwa atau bahasa hati yang mereka tanggung.Dan saya paling suka watak Nasha Aziz.Kenapa? seperti kata Nabil, " Lu fikirlah sendiri"
Ada satu babak yang begitu romantik, babak main tepung, apa yang berlaku...? kali pertama babak sedemikian diletakkan dalam sedutan filem.. hm... two thumbs up!!!
Malangnya dulu semasa belajar Mass Com saya tidak ambil bahagian penerbitan filem, saya hanya belajar berkaitan kewartawanan sahaja dan penulisan rencana dancerita sahaja, jadi tidaklah saya tahu bagaimana memberi pandangan berkaitan 'shot' atau 'kamera'..malangnya...
Berlatarbelakangkan bait-bait puisi indah yang dijadikan lagu latar, hmmm... meruntun jiwa... kalau tengah frust pergi tengok cerita ni, sure bengkak mata, mujurlah tengah 'hapi'
'Sepi' menggambarkan perasaan bahagia dan duka.Pastinya ada unsur ketawa dan menangis... kalau tidak tahan hati, bawalah tisu sekotak.Saya sendiri yang jiwang, habis 10 helai tisu.. hmm
Saya sudah menonton banyak filem Melayu, betullah sepeti yang dikatakan akhbar, 'Tiada filem Melayu seumpama ini" dan buat kali pertama, saya bercadang mahu pergi menonton filem ini lagi...
Siapa pelakonnya? Lagunya? semuanya pasal filem.. pergilah tonton sendiri, memang tidak rugi???
No comments:
Post a Comment