Saya berpeluang menonton Filem 'Australia' pagi tadi 11 pagi, agak lama tayangannya,hampir jam 3 petang, filem baru tamat. Saya keluar panggung dengan menarik nafas lega.RM11 yang dibayar terasa sangat bebaloi sangat.. (kerana menempah tiket on line)Maaf jika jadi ingin memperlekehkan filem tempatan, kalau tengok, keluar panggung rasanya macam tak 'patut membayar' sebanyak itu.. (bukannya semua ya filem.Terdapat juga filem yang bagus-bagus) Contohnya Cicakman 2, bagus juga ( mengikut teknik tempatan la, janganlah bandingkan dengan filem luar negara dengan bajet jutaan dollar)
Well, saya membaca banyak penulis yang mempertikaikan lakonan dan mimik wacah Nicole Kidman.Kata pengulas ini, mimik wajahnya tidak banyak berbeza.Entahlah, pada hemat saya, ekpresinya jelas. Ada kekalutan, gembira, tekanan, cinta yang dapat dilihat daripada matanya dan banyak lagi.Tapi pun, siapalah saya untuk mempertikaikan pendapat mereka..saya pun tidaklah seorang pengulas filem pun... Sebagai seorang bekas pelajar journalism, saya juga pernah menulis untuk akhbar terbitan jabatan Komunikasi UKM dahulu, berkaitan puisi.. sebenarnya tidak menyangka pun artikel tersebut akan disiarkan dalam terbitan. Malangnya saya tidak mengambil course perfileman, jadi tidaklah dapat saya mengulas mengenai filem ini di sudur pengarahan dan teknik kamera atau sound sistem.
Bercakap berkaitan dengan pemandangan,anda akan terpukau melihat kecantikan pemandangan, yang saya kira berjaya dilahirkan dengan tepat sekali.Garapan antara budaya asli, barat antara golongan bangsawan (aristokrat)dan golongan cowboy (golongan biasa) sangat 'cantik' sekali.Pencampuran antara nilai moral dan norma masyarakat, amat dititik beratkan dan dihalusi .Seolah seakan hukum karma dalam kebanyakkan filem, yang baik akan mendapat balasan baik dan sebaliknya.Saya percaya, penghasilan filem ini telah melalui kajian sejarah, budaya, norma masyarakat dengan terperinci agar tiada nilai, budaya,gaya, pakaian dan sebagainya hanya direka bagi mencacatkan filem ini.Walaupun, tidaklah saya ketahui adakah filem ini diadaptasi daripada peristiwa asalnya, saya percaya, filem ini telah menonjolkan aspek dan elemen budaya dan sosial(pakaian, makanan, cara hidup, agama, adat resam) yang digarapkan dengan 'cantik sekali' termasuk juga elemen politik dan kuasa.
Rasanya, kalau disuruh menonton 30 jam (10 kali lagi) pun, saya tidak kisah.
"Australia" adalah sebuah filem yang turut mengangkat tema penyisihan kaum membabitkan anak kacukan pribumi dan kulit putih, yang dikenali sebagai ‘generasi yang dicuri’. Kanak-kanak berkenaan, seperti disampaikan menerusi watak Nullah lakonan Brandon Walters, dipisahkan daripada keluarganya oleh kerajaan negeri dan misi gereja, mengikut akta parlimen masing-masing. Saya suka dengan panggilan 'cream' yang direka bagi menggambarkan kanak-kanak separuh mat saleh dan separuh orang asli.
Australia juga melangkah sempadan kisah cinta dan pengembaraan apabila Luhrman memasukkan sekali episod serangan Jepun ke atas bandar Darwin, hanya beberapa ketika selepas pengeboman Pearl Harbor, Hawaii. Serangan itu kononnya menguji bukan saja keutuhan bandar berkenaan, sebaliknya kasih sayang antara seorang wanita terhadap lelaki dan ‘anaknya’. Seperti yang disebut dalam skripnya, " If there no love in your heart, you 've nothing'. Cinta yang kuat bakal mengatasi segala kesulitan dan kesengsaraan, bahkan erana 'cinta' terhadap manusia dan manusia lain, Sara sanggup kehilangan ladangnya kepada King Carney yang dimonopoli oleh menantunya Fletcher.
Filem yang turut dilakonkan David Wenham, Bryan Brown, Jack Thomspon dan David Gulpilil ini mengisahkan seorang wanita aristokrat Inggeris, Lady Sarah Ashley (Kidman) yang mengejar kesempurnaan dalam hidup, namun tidak bahagia dalam perkahwinan serta tidak mempunyai anak. Dia mengesyaki suaminya bermain kayu tiga Tiba di sana, dia mendapati suaminya mati dibunuh. Seorang lelaki penduduk pribumi (namanya King George)dikatakan bertanggungjawab dalam pembunuhan itu.
Tanpa kita sedar, watak sampingan ini, iaitu King George, memegang watak penting kerana dia menjadi nadi kepada pergerakan analogi peristiwa dalam filem ini.Dia mengheret kita kepada beberapa peristiwa gembira, tragik, sedih dan penamat filem ini.
Dengan kematian suaminya, Sarah mewarisi ladang Faraway Downs. Pengurus ladang, Neil Fletcher (Wenham) berkomplot bersama seorang ahli perniagaan, King Carney (Brown) untuk merampas perniagaan Lord Ashley. Bagi menyelamatkan perniagaan terbabit, Sarah mesti bersekongkol bersama Drover (Jackman), lelaki yang pada mulanya tidak disenangi langsung oleh wanita terbabit.
Bagi menyelamatkan ladang diwarisi, Sarah, Dover, Nullah dan beberapa rakan perlu mengemudi kira-kira 1,500 lembu menerusi kawasan yang mencabar, untuk ke pelabuhan, sebelum King Carney memusnahkan segala impian. Perjalanan itu lebih sukar apabila Fletcher sentiasa di depan, untuk menghalang dengan pelbagai muslihat.
Tentunya,kita kira, penamat yang bahagia, setelah klimaks nya kita dihumban bersama peperangan dunia kedua setelah serangan jepun ke atas Hawaii (Pearl Harbour). Walau pun kita sudah ketahui, teknik penggunaan komputer bagi melengkapkan filem ini, ritma jantung masih lagi kencang takkala kita menonton "Australia'...
Bagi saya, bukan sekadar omongan kosong yang menyatakan 'filem ini' bagus kerana ternyata memang filem ini amat bagussssssssssss.Tentu ada rungutan, kenapa sibuk sangat 'mendewakan' filem luar.. Pada saya sekadar menyatakan dengan jujur, kenapa perlu hipokrit yang menyatakan filem itu baus, padahal isinya tawarrrrrrrrrr... Dulu ada juga saya terbawa menonton sebuah filem tempatan yang dilaporkan bagus sangat, aduh! bila menonton rasa hancai!!! Menjadi tugas seorang journalism melaporkan sesuatu berdasarkan situasi sebenar... kalau kurang baik, mengapa dikatakan baik sangat... penilaian mestilah adil dan tidak bayers...
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
No comments:
Post a Comment