What make u happy? Tiba-tiba saja persoalan itu menjengah minda saya. seorang pelajar saya bertanya soalan itu melalui emel.. well. Happy life, moderation, ada keluarga yang baik, suami yang baik, a good job.. and have freedom to do everything u like.. I guess..
Kebebasan itu suatu hak mutlak, pada seorang isteri seperti saya yang bergantung sepenuhnya di tangan seorang suami.Kalau suami yang 'mudah'seperti suami saya,tentunya hati senang. Saya sentiasa diberi keizinan keluar kalau saya mahu,tentunya saya akan meminta izin keluar terlebih dahulu, sebagai muslim berdosa hukumnya seorang isteri keluar tanpa izin suami hatta mahu pulang ke rumah orang tua sendiri pun!Meskipun mereka terlantar sakit, jika anda tidak diizinkan keluar, maka, hukumnya berdosa keluar rumah... (nauzubillah hi min zalik) Kalau keluar 'window shopping' pun, suami saya 'ringan mulutnya' memberi izin, saya tidak fikir,dia tidak akan mengizinkan saya keluar jika ada hal kecemasan.
Perkahwinan yang baik terletak juga kepada suami dan isteri yang baik, keluarga yang baik, ahli-ahli keluarga yang baik.Isteri mesti sentiasa redha dengan suami, biarlah miskin harta (tidak kaya macam Bill Gates) tapi kaya kasih sayangnya, beriman.. rasanya tidak ada pandangan yang paling indah selain memandang wajah suami yang baru tamat sembahyang,nampak 'baik giler' dengan kopiahnya.. betulkan??
Keluarga baik sebelah suami saya atau pun saya sendiri tidak pernah campur tangan terhadap perkahwinan kami. kami membuat sebarang keputusan bedasarkan pilihan dan keutamaan kami, with I should say, Thanks Allah for this.Banyak rumahtangga di luar sana yang runtuh akibat campur tangan ibu bapa mana-mana pihak.I'm very lucky to have a wonderful mother in law.Double lucky of having a wonderful mum, dad (I called him bapak)aunties n families.kejiranan yang baik... nothing at all to complain... sebaliknya, bersyukur dan berterima kasih...
Petang tadi, saya menontoh 'The Oprah'.. ter[egun dengan seorang wanita yang tingga dalam ruang berukuran 250 kaki (dua depa tangan 2 orang dewasa sahaja) tapi dia sangat berterima kasih dan bahagia... dan soalannya berbunyi...How much space you need to make you happy?? Jawapannya, terletak kepada diri kita sendiri...
Kalau rumah macam istana, tapi tidak bahagia, tidak ada maknanya jugakan?
Keluarga saya akan datang esok, maknanya I will be feel a million happy.. seronoknya dapat berbual macam2 perkara... teringat saya pada suatu malam, saya ada call mama saya dan berborak, suami di kerusi hanya mendengar dan memerhatikan saya, ketawa terbahak-bahak bercerita perihal kami, semasa saya kecil dahulu... saya bertanya kepadanya, " bang, want to talk to my mum?"
he say, "tak pa, thanks" dan talian ditamatkan...
Rupanya selepas itu, dia meminta saya menelefon ibu mertua saya pula dan saya perlu berborak dengannya.. he he.. cemburu rupanya apabila saya menelefon mama saya.. bercakap dan bercerita, tentunya tidak menjadi hal... dan sayapun menelefon ibu mertua saya dan berborak, ketawa seperti tadi (tapi kurang sikit sebab orang Johor terkenal dengan ketertibannya, agak slow kalau dibandingkan dengan orang Utara yang lebih riuh rendahnya)
Kelakar juga bila diingatkan kembali.Saya ingatkan dia mahu call mak (panggilan ibu mertua saya) dan bercakap dengannya... rupanya suami cemburu melihat saya hanya berborak dengan mama saya dan bukan ibunya... he he..
So soalan saya kembali, perkara apa yang membuat anda bahagia??
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..

Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Saya masih terkenangkan mak,kebaikannya dan semua memori yang manis bersamanya. Pagi tadi ke mesyuarat di sekolah,baru ada kesempatan menyam...
-
"Aku tidak mahu menangis.Tidak setitikpun ingin aku tumpahkan air mata ini...Cinta bermaksud mesti bersama.Cinta bukan untuk berpi...
-
Saya adalah pendengar yang baik! Ada orang mengadu, saya dengar sehingga habis. Jika mampu, saya cadangkan cadangan menyelesaikannnya. J...
-
Pertama kali saya mendengar tentang Chia Seed semasa melihat Oprah's Show. Dr Oz mencadangkan pengambilan seed ini untuk kesejahteraa...
-
Mahligai cinta 2 Tun Oleh Fadzlena Jafar fadzlena@bharian.com.my Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah kongsi rahsia keutuhan perkahwinan ...
-
Terpandang telefon dan terdapat 2 misscall,daripada Miss Farina,Berita Harian. So,saya mesti call her back. Katanya,esok ada ulasan tentang ...
-
Saya kurang seronok bersekolah ganti pada hari sabtu. Kehadiran students biasanya akan berkurang. Entah atas apa juga sebabnya. Saya memint...
-
Semalam,bila bangun pagi,ingat mahu dapatkan Berita Harian,tapi 'panik' yang menyerang tu menyebabkan kaki mahu melangkah pun rasa l...
No comments:
Post a Comment