Sekiranya kita ditimpa kemalangan, adakah itu 'ujian' atau 'bala'. Pada saya, peristiwa itu ujian.Mengikut fahaman sayalah, bala ni berlaku jika kita menyalahgunakan kuasa atau duit, dan terjadilah sesuatu yang tidak baik.Contohnya kehidupan 'gay' yang kemudiannya dilaknat Allah dan terjadilah sesuatu perkara buruk.
Hanya lebih kurang beberapa hari sahaja lagi, cuti persekolahan akan tamat, bermakna bermulalah stressssssssss kembali.Namanya 'ujian kerja'Kerja daripada matahari belum tersenyum sampailah bulan mulai tersenyum kembali (kalau tak de bulan, bintang..) Pastinya saya akan rindukan cuti panjang ini lagi.Kalau diikutkan hati, belumpun rasa puas bercuti... kalau kenal loteri RM340juta macam kat US kat sedap... berehatlah sepanjang hayat... (silap-silap mati atas katil, sebab terlalu malas bergerak, sebab terlalu banyak duit, bimbang kena rompak dll)
Tamatnya cuti sekolah bermakna juga tamatlah musim cuti orang kahwin... kalau kat kampung, jenuh la juga memenuhi undangan perkahwinan. Tidak pergi, rasa bersalah juga, sudah dijemput. Kalau satu rumah minimum kasi RM 20, 3 buah rumah sehari..aduh, robek juga poket... he he..Ini namanya 'ujian kenduri'
Selalunya yang kita lihat, apabila berlangsungnya perkahwinan, riuh-rendah lah keluarga menyediakan kad jemputan, majlis kenduri dan rumah atau hotel atau dewan yang dihias indah... berbeza dengan majlis perpisahan atau penceraian ( tak ada majlis pun)tak ada yang 'suka hati' dalam memperkatakan 'penceraian'... kecuali VIP atau artis barangkali. walaupun mereka tidak gemar membicarakan soal ini, sebagai 'public figure',(PF) mereka akan merasai juga terpiasnya... kelemahan mereka akan dijaja sampaikan kita bingung untuk membaca (kadangkala malas sebenarnya mahu ambil tahu, tapi 'terbaca'juga)
Malang sekali sekali PF apabila kisah 'tepi kain' dicanang ke merata dunia kan?
Teringat saya ketika satu badan amal ada mengadakan ceramah kepada para guru di sekolah.Tujuan merea murni,untuk menggalakkan guru-guru memotong wang daripada gaji mereka sebagai derma kepada badan tersebut.Bagaimanapun lawatan dan tujuan murni tersebut dicemarkan oleh ucapan wakil badan tersebut, seorang wanita.
Ucapannya ada menyebut, "ada ramai ahli masyarakat yang ditimpa bala seperti kematian suami, penceraian, kemalangan ahli keluarga, tiada anak, perkahwinan yang tidak bahagia, membujang dll..." Saya rasa itulah sahaja 25 patah perkataan terawal yang saya dengar... yang lain, saya pekakkan telinga sahaja.
Di akhir kata, dia menyeru agar guru-guru menderma melalui potongan gaji kami. Pada saya, jangan kata satu ringgit, satu sen pun barangkali saya tidak akan ikhlas untuk menderma.Nasib baik lah hanya guru muslim sahaja berada di makmal ketika itu, kalau tidak, tentunya akan malu sangat dengan guru bukan Islam...Kalau dikutkan ayat dia atas, boleh dikatakan 90% perkataan itu mengena kepada mana-mana guru, jadi wajarkah kita mengatakan 'kami' ini adalah manusia yang diturunkan bala, padahal kami hanyalah guru yang bekerja kerana Allah, seperti ahli masyarakat yang lain semata-mata kerana ada yang bercerai,kematian keluarga kerana kemalangan, menjadi bujang (single, dan ini bukanlah pilihan kita, sebaliknya datangnya daripada ALLAH)atau kerosakan kereta.
Saya percaya setiap individu yang menggunakan kereta pasti terkena'kerosakan'kereta, dan soalannya adakah ini dikategorikan sebagai 'bala'?
Berdasarkan fahaman saya dengan pengetahuan agama yang cetek (maklumlah saya bukan pun sekolah agama atau tahfiz alquran)ujian, pengalaman hidup yang tidak baik kepada manusia bukanlah 'bala'seperti yang disebut oleh wanita itu, sebaliknya adalah ujian bagi menguji kesabaran, keimanan kepada Allah.Saya percaya disebalik kesabaran itu, Allah akan memberi ganjaran pahala kepada ujianNya.
Apa pun definisinya,harapnya kita akan tabah menghadai 'ujianNya' dan dihindari daripada 'BalaNya' kepada masyarakat kita dan negara serta duniakita. Amin.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
No comments:
Post a Comment