
Hmm termenung lagi.Harga minyak yang meningkat menjadikan seluruh perbelanjaan akan meningkat juga.Bahan mentah, makanan sehinggalah barang keperluan. Aduh! Memandang dan baca-baca di web I luv Islam, terpandang akan piramid makanan yang biasa kita lihat atau kita tenung tapi kerap kali kita tidak ambil peduli.Pada awalnya ingat mahu makan sahaja maggi (dinner) tapi memikirkan makanan itu tidak sihat, sayapun menggorenglah mee mamak.Bila difikir2,saya tahu apa kelebihan mee saya dengan mee mamak.Pertama, free, sebab digoreng sendiri.Dua, lebih berkhasiat sebab kurang minyak.ketiga, saya basuh dulu mee itu, rendam dengan air panas sekejap, basuh dengan air sejuk bagi membuang minyak. (gunakan mee tanpa pengawet)Keempat, mee mamak saya paling sedap dalam dunia ( he he he- ini kata saya dan suami, kadang-kadang he he he, yang lain jangan cemburu ya)
Mee ni sedap kalau digoreng dengan tahu yang dipotong empat goreng sampai garing (diangkat daripada kuali) Tinggalkan minyak dalam 3 sudu makan sahaja + 3 bawang putih + 4 bawang merah, goreng garing + 4 sudu makan cili - goreng sampai pecah minyak.+ udang (12 ekor sedang) + 3 sudu kicap lemak manis + 1 sudu b kicap pekat + 2 sb sos tiram + mee (sebungkus) + sawi (2-3 batang) + taugeh (sikit) walaaaa.. last + tahu goreng tadi... goreng sampai garing.. nak sedap lagi, makan dengan sambal ayam ke..tabur dengan daun bawang... gerent lagin sedap daripada mee mamak...
1 comment:
Idea untuk hari Ahad...
-Masak mee
-Masak sambal ayam
-Jemput F*i*uz sekeluarga datang ke rumah menjamu selera
he hee.....
AI
Post a Comment