

Satu masalah paling besar dalam dunia pendidikan adalah murid-murid yang tidak lagi berminat dengan pendidikan."Bosan giler " apabila berhadapan dengan 1001 masalah yang dikaitkan dengan spesies-spesies yang begini. Sebagai guru saya faham kalau mahu bercakap sedikit2 dengan kawan, mungkin bersetuju dengan apa yang diperkatakan guru atau buku teks (jika dinilai berdasarkan buku sejarahlah.. sebab buku teks adalah kitab rasmi, tidak boleh kalau tidak merujuk dengan buku teks)tapi kalau dalam tempoh 35-40 minit bercakap, hmmmm kalau ikutkan hati, mahu saya 'tempeleng ' atau 'lastik'sahaja.. masalahnya, undang-undang terlalu ringan, murid2 hanya sekadar boleh dimarah sahaja... saya rasa tak seorangpun murid yang hairan kalau setakat marah..
Ingat murid boleh takut kalau setakat 'pot pet pot pet' atau ditenung dengan muka atau mata yang besar (akibat marah atau geram) mungkin berkesan bagi setengah orang, tapi kalau sudah menjadi spesies 'bebal'...semua ini sudah tidak berguna lagi...
Saya fikir lebih baik kita kembali kepada pendidikan asal dahulu, dirotan sahaja budak2 ini... menjadi satu masalah besar kalau murid yang tidak berminat belajar datang ke sekolah, sudahlah tidak belajar, mereka mengganggu murid-murid yang lain... yang menjadi guru juga tension... tidak memelikkan kalau kadar keguguran semakin meninggi di sekolah, kasihan cikgu... baru2 ni, di sekolah kawan saya, katanya ada 3 kes.. di tempat saya juga tidak kurang kes macam ni.
Teringat saya akan peribahasa China lama, Kita boleh bawa kuda ke air tetapi tidak pula dapat memaksa 'ia' minum air... yang selalunya budak-budak yang 'semacam' perangai ni bukannya budak2 yang 'out standing'... kalau dapat markah 100 % tak kisah jugalah kalau mahu berbuat sedemikian.. ini sudahlah markah hanya cukup-cukup makan (sekadar 40 lebih markah)atau ada yang lebih teruk bawah 20 markah, tapi masih tidak sedar diri.Kadang2 sudah tak tahu, apa lagi jalan mahu sedarkan mereka...
Mereka tidak matang, mereka mungkin tidak dapat membayangkan dalam 'dunia' 'duitan' sekarang, kalau tiada kelayakan atau sijil akademik yang boleh menjamin kedudukan mereka, mereka tidak akan mendapat tempat di dunia ini.Kadang mereka terlupa, mungkin berada dalam lingkungan keluarga yang berpendapatan RM 30 ribu ke atas sebulan, mereka fikir seumur hidup keluarga mereka akan berdampingan dengan mereka.. mereka mungkin lupa, semua itu hanya bersifat sementara sahaja... apabila sampai masanya ibu bapa semuanya pergi, mereka akan bersendirian dan d masa inilah baru tersedar bahawa 'keadaan sudah terlewat' untuk bertindak...
HMM alahai, entahlah..
No comments:
Post a Comment