Rakan FB, perhatikan sekeliling kita, kadang-kala kita asyik memandang yg jauh2 sampai ke seberang lautan & benua, kita bantu mereka (which is okay) kita lupa kws kejiranan kita (40 rumah u, s, t, dan b) / keluarga yg tak makan/minum. Bukankah wajib kita dahulukan family dan kejiranan kita? (which is better) Ini kewajipan bersama terutamanya ahli keluarga.. kita wajib melihat jika ada anggota keluarga kita yang memerlukan bantuan kewangan/makanan dan sebagainya. Semoga Allah akan memberi ganjaran rezeki yang mudah, 'seringan' tangan yang menghulurkan bantuan kepada orang yang lain.
kita menderma dengan gambar replika cek yang besar, terpampang di media.. (rasanya konsep menderma/ sedekah: tangan kiri pun tidak wajar mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan.. ) Begitu indahnya Islam, simboliknya, jika melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas, sekadar mendapat penghargaan, apalah maknanya. Tetapi saya pernah mendengar daripada seorang ustazah< katanya sekiranya membuat kebajikan, eloklah kalau orang lain menyampaikan kepada yang lain, supaya menjadi ikutan dan teladan kepada yang lain. Moga-moga lebh ramai lain orang lain berbuat sedemikian. Cuma kata saya, saya khuatiri, situasi ini akan mengundang sikap 'riak' dan 'sombong' orang yang memberi bantuan. Maklumlah, soal hati ini sukar dibendung... kalau ada segelumit perasaan 'bangga' maka, terjejaslah keikhlasan pemberian tersebut.
Al Kisah, disebuah tempat, seorang balu dengan 8 orang anak(berusia 8 bulan - 13 tahun) yang baru 4 hari kematian suami terpaksa meninggalkan rumah sewanya kerana kegagalan membayar sewa. Maka merayaulah dia di perhentian komuter sehinggalah dijumpai oleh orang ramai yang merujuk mereka kepada satu persatuan Ibu Tunggal di KD. Saya menggeleng kepala, di manakah tanggungjawab Fardu Kifayah masyarakat di SB, kerana mereka ini terutamanya anak-anak yatim ini tidak mendapat perlindungan dengan sewajarnya. Kalaupun masayarakat di sana, tidak mampu memberi perlindungan dengan menyediakan rumah dan sebagainya, tidakkah dapat memberi mereka perlindungan sementara (semua orang menderma sedikit makanan supaya anak-anak ini terutamanya dilindungi) Subhanallah.. Barangkali dunia ini sudah akhir zaman, masyarakat Islam sudah tidak memikirkan kawasan kejiranan lagi. Mengikut pandangan saya yang jahil ini,(maklumlah pengetahuan agama juga cetek benar:) maka berdosalah seluruh masyarakat di sana kerana gagal memberi perlindungan kepada anak-anak yatim ini...
Maka berpindahlah pula anak-anak yatim ini ke suatu tempat. Di tempat baru ini, lain pula ceritanya.. Yang membantu pula masih kurang, yang lebihnya hanyalah 'gosip-gosip' yang tidak sepadan. Penuh dengan PHD. Cemburu dengan bantuan yang dihulurkan kepada mereka. Ya Rabbi, kenapalah dengan manusia ini! Tidakkah mereka dapat berfikir dengan rasional. Teringat akan kata-kata arwah ibu mertua saya, yang dikasihi Bonda Fatimah Omar: bersyukur sentiasa, pasti Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih lagi.
Ada juga yang mengeluarkan kata-kata janji bagi membantu, tetapi mengeluarkan kata-kata dusta yang tidak enak di belakang. Tidaklah perlu membantu untuk hanya menambah dosa! Ada juga yang berjanji itu ini, sekadar melegakan hati anak-anak ini, tetapi tidak memenuhinya pula. Jadilah kita manusia "munafik", berjanji tetapi tidak berusaha menunaikannya. Kepada saya, tidak perlu berjanji apa-apa untuk memberi bantuan. Berilah sekadar apa adanya, yang termampu kita lakukan.. kalau mampu memberi hanya RM 1, berilah seringgit, Allah maha mengetahui segalanya..Jika ikhlas, itulah sebaiknya... Seandainya itu tidak mampu dilakukan, berdoalah agar mereka di bawah PerlindunganNya sentiasa.
Dengan kemajuan teknologi, hanya satu sentuhan jari, saya bersms kawan-kawan rapat saya, jika mereka sedia menghulurkan bantuan. Tidak diduga sesaat itu juga, saya menerima feedback yang baik. Semoga Allah akan menggandakan 'rezeki' mereka secepat kilat mereka 'memberi'. Hanya Allah yang berhak memberi rezeki dan menarik balik Rezeki dan rahmatNya.
Semoga anak-anak ini akan diberi RahmatNya dan PerlindunganNya selalu.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..

Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Saya bukanlah contoh terbaik untuk merujuk berkaitan tajuk ini tentunya! Dengan perasaan rendah diri saya terpaksa mengakui hakikat ini...
-
`Abdullah bin `Amr reported that the Prophet صلى الله عليه وسلم said: There are two acts that no Muslim worshiper does consistently but tha...
-
AKAN DITERBITKAN PENULIS: NOOR ARBA’IAH ISMAIL NOVEL : DOA UNTUK GADISKU SINOPSIS CERITA Sukar membayangkan dengan mata kas...
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Kawan dan kereta, sure anda pernah dengar pasal inikan..tentu anda juga kadang2 resah asal ini.. ialah, katakan anda ada kereta, kawan an...
-
Jika ditanya kepada mana-mana pendidik pun, sejauh mana mereka sukakan sekolah dan murid mereka, tentu mereka lebih sukakan cuti sekolah! Be...
-
Apabila saya ditanya kenapa saya tidak boleh menyambut 'valentime day', saya jelaskan dengan sebaiknya kepada murid saya.. dan semes...
-
Menjadi pendidik, tentunya tidak ada perkara lain yang lebih menyeronokkan anda selain daripada berjumpa kembali anak-anak didik anda, seola...
-
Sebagai muslim, saya berharap agar saudara Islam akan sentiasa mengingatkan antara kita tentang peraturan Islam dalam kehidupan kita...
-
Sejak sampai dj, isnin pagi, lebih kurang 5 pagi, tidak sempat membuka email dan blog... penat juga, bertolak dari langkawi jam 4 petang......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment