Penulis! Menjadi seorang penulis sebenarnya tidak termnasuk dalam cita-cita saya pun. Tidak mahu berikap sombong, tapi itulah realitinya. Saya menjadi penulis secara tidak sengaja, kerana desakan seorang kawan baik yang yakin saya boleh menjadi seorang penulis. Aznishah: mungkin sampai bilapun saya tidak akan menafikan hakikat, dialah sahabat pertama yang menggerakkan saya ke arah hobi lama saya.
Saya memulakan penulisan pada zaman persekolahan, tetapi menghentikan usaha apabila ke UKM dan sterusnya zaman penulisan itu terhenti begitu sahaja. Mungkin pada zaman itu, tidak menerima honorium pun bagi cerpen yang tersiar menjadikan saya malas. Sekadar berasa seronok melihat karya di najalah tidaklah mmadai walaupun menulis cerpen tidaklah mengambil masa yang lama. Dua-tiga hari jika betul2 menulisnya.. kalau sudah mempunyai bahan/info, sehari pun boleh menuli cerpen... sekarang, saya udah pun kurang berminat menulis cerpen (sebenarnya tidak menulis langsung pun)
Menulis novel lebih memberi kepuasan kerana ada 'storyline', ceritanya panjang dan boleh bercerita dengan lebih bebas (tiada had perkataan dan mukasurat)Tetapi ada juga batasannya, perlukan masa yang lebih panjang dan banyak masa untuk menulisnya. Kadang2 reaserch pun mengambil masa yang lama. Terpaksa duduk berjam-jam di depan laptop sampaikan mata pun berbundal-bundal...tapi apabila melihat sebuah buku, hasil nukilan kita sendiri, masa yang panjang, tidur yang tidak lena (sekali dua sahaja kerana memikirkan buku yang tidak siap-siap: menjadi geram sendiri)
Pagi tadi apabila saya membaca sebuah rencana di akhbar, seorang penulis yang menggambarkan perasaannya melalui kartun ada menyatakan bahawa, penulisan novel cinta lebih disukai oleh pembaca, dan penulisan akademik yang lebih mengkaji, banyak info tidak mendapat sambutan. Well! Terus terang, saya memang bersetuju dengan kenyataan ini. Rakyat Malaysia agak kurang berminat dengan bahan penulisan, apatah lagi pengetahuan yang berkaitan dengan akademik. (terlalu ilmiah agaknya) Rasanya, pada hemat saya, eloklah penulis akademik atau ilmiah mencuba bidang baru, menulis novel cinta. Pada pendapat saya, penulis juga boleh memainkan peranan sebagai penggerak minda masyarakat. Selain mewujudkan cerita cinta, penulis boleh memasukkan maklumat ilmiah di dalamnya. Sekaligus menjadikan bahan novel ini, sebagai 'serampang dua mata'.. mengenali cinta juga + mendapat info berbentuk ilmiah.Mengapa tidak!
Ada pembaca yang kurang meminati bahan ilmiah, kata mereka: mereka mahukan 'cinta' saja, tak mahu maklumat lain. Well: saya 'pause' he he.. Saya memang gemar baca bahan ilmiah: sekiranya saya membaca novel tanpa bahan ilmiah : saya rasa 'plain'.. agak kecewa juga.. tapi saya pasti saya telah memperolehi banyak ilmu di dalamnya... bukannya semua penulis boleh memenuhi khendak pembacanya... macam makanan juga, ada sukakan mee, bihun dan sebagainya. Cuma, saya harapkan sedikit info ilmiah tidak akan membantutkan pembacaan pembaca saya.. (he he - sebenarnya seronok membaca bahan ilmiah ni: )
Saya juga seronok membaca bahan penulisan yang berkaitan 'travel' sebab mahu banyak2 travel, 'poket' pun bocor juga. Jadi buat sementara ini, saya baca dahulu semua bahan traveling.. juga saya selitkan dalam penulisan saya. Dalam Dimensi Cinta : London, Kenyir, Adelaide, Langkawi dan KL. Insya-Allah, dalam buku kedua saya, saya membawa anda ke New York, Toulouse, Kota Kinabalu dan Gunung Kinabalu dan ke Seberang Perai pula.
Pendapat pembaca saya hargai. Kritikan dan komen juga digarapkan agar penulisan menjadi lebih mantap (harapnya lah)Dalam buku kedua (tajuknya masih rahsia) sebab bergantung kepada penerbit untuk memutuskan tajuk akhirnya.... saya membawa anda mengenai derita seorang pesakit barah : dan bagaimana seorang gadis yang menghitung cinta sehingga dia sengsara... dan ending : mesti macam hindustan: takkan mahu kcewa sehingga akhir hayat pula....
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
No comments:
Post a Comment