
Lokasi Bab 2: Zaid Harith... Memori Elle yang masih basah...
Bersama Elle, suasana berbeza. Kami tidak perlu bercakap soal hati dan perasaan. Semuanya tentang kelas, subjek, menerokai England dan Eropah sahaja. Apabila kami pulang pada tahun 2005, aku masih menghubungi dia, sehinggalah aku terima kad jemputan undangan perkahwinan dia berwarna merah cili pada tahun 2006. Apabila kubuka, bertulis, Michelle Wong dan Benjamin @ Yap Wai Meng. Sejak itu kenangan aku dan dia telah lama aku kuburkan.
Petikian lain: Di London...bersama ELLE....
Aku membuka pek yang berisi sambal.Aku percaya sambal ini bukannya sambal ikan bilis. Harga ikan bilis mahal dan hanya didapati di kedai di Chinatown, grosery milik orang Asia terutamanya orang Cina. Ada juga terdapat di kedai runcit milik orang Asia barat seperti orang Pakistan atau Arab. Orang putih tidak pandai makan ikan bilis ini. Sangkaanku betul, sambal telur. Nampaknya macam sedap. Sambalnya berwarna merah kehitaman.
“ Sorry, no belacan. No ikan bilis.No cucumber.”
“It’ s okay.Let eat,” nasi dan sambal yang kumakan boleh tahan rasanya.Jika dibandingkan dengan tempat ini, di London, masakan nasi lemak ini dikira sedap sangat.Agak pelik, Elle yang aku kenali dahulu tidak pernah memasak. Sepanjang empat tahun di London dahulu, tidak pernah sekalipun Elle memasak untuk kami. Kalau adapun hanya sandwich biasa. Sandwic mengikut istilah Inggeris, roti yang disapu dengan mentega atau keju atau jem. Sandwich istilah Malaysia barangkali lebih sedap, ada lapisan tuna, sambal ikan bilis, telur rebus dengan mayonis atau sambal udang.Diletak pula bersama tomato, salad.Terbayang-bayang akan rasanya yang sedap.
No comments:
Post a Comment