
Lokasi Bab 2: London at night....
BAB 2 : ZAID HARITH BIN UMAR Penulis menggunakan watak aku sebagai menggambarkan perwatakan dan perasaan dalaman Zaid kepada wanita yang dianggap teman wanitanya bernama Nur Suraya Binti Abdullah. Bagaimanapun prinsip cinta yang dipegangnya menjadikan dia bersikap egois dan tidak memberi tanda kepada hubungan nya dengan Suraya. Sangat workaholic kerana mahu mengejar title partnership dalam syarikat multi million yang berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kerana mahu membina ‘Villa Cinta’ kepada kekasihnya.Ditunjukkan bagaimana kesibukan kerjayanya sebagai usahawan membawa dia mengembara menjelajah di sekeliling glob seperti London dan Sydney. Kisah Zaid ditamatkan di tempat yang sama, di Kafe Secret Recipe.
Petikan bab 2: Dalam perjalanan balik aku singgah di British Airways London Eye, BFI Inax Cinema, London Aquarium. Melihat pemandangan daripada salah satu daripada 32 kapsul London Eye memang menghiburkan.
Pada puncak setinggi 135 meter daripada ketinggian Sungai Thames, terdampar pandangan seluruh bandaraya Kota London. Menakjubkan menyaksikan hamparan langit yang biru. Di bawah sana, dapat dilihat aliran Sungai Thames yang mengalir segar. Dari kaca kapsul, kita berpeluang melihat kiri kanan pemandangan sejauh hampir 40 meter.
Dalam hati terpegun, ingatan mula terusik. Alangkah indahnya jika Suraya ada bersama sekarang. menikmati panaurama yang indah dan syahdu berdua. Wajah Suraya bagai ada di mana-mana, terlekat antara bebola mata.Ah! Sukarnya memisahkan antara perasaan dan keseronokan. Seronok tapi tanpa Suraya, suasananya berbeza. Tentu jauh lebih indah pemandangan dan memori ini jika Suraya ada bersama.
No comments:
Post a Comment