

BAB 1 : LUKHMAN HAKIM BIN HAMKA
1- HARI ISTIMEWA
“Morning Encik Lukhman !, Encik Zaid on the line” Suara setiausahaku, Aznishah, kedengaran dari interkom telefon .
Aku merenung jam di tangan. Pukul 8.15 pagi. Baru sebentar tadi aku bersarapan dengannya. Tidak sampai 10 minit berlalu, Zaid sudah bertelefon. Situasi kami sudah mengalahkan orang angau Apa berita terkini?
“ Yes Zaid”
“ Lupa la brother. Mama jemput untuk dinner,” pelawa Zaid. Tentu aku bersetuju, kalau jemputan itu daripada mama Hana , ibu Zaid.
“Nak jemput makan je, ingat ke dah kena loteri berjuta.” Dia sambut ayatku dengan ketawa berderai. Apalah yang penting sangat si Zaid ni, bergurutu dalam hati. Petang atau malampun boleh jemput, rumah hanya sebelah menyebelah. Kalau mahu hampar permaidani merah sampai ke rumahku untuk menjemput kamipun boleh.
“Jangan lupa hadiah sekali.It’s my mum’s birthday,” kata-kata Zaid sedikit mengejutkan.
“Okay. Don’t worry. Dah beli pun”, memberi ayat menyamar. Tentulah tidak enak rasa di hati jika Zaid tahu aku sudah lupa haru ulangtahun mamanya...
No comments:
Post a Comment