


Buku ini masih dalam proses final editing... mungkin ambil masa beberapa bulan untuk hantar proses label/katalog ISBN....
Keistimewaan buku ini:
1. Belajar mengenal cinta!Memahami apakah cinta yang sebenarnya? Tugasan anda
dalam menyampaikan cinta. Cukupkan sekadar emosi?
2. Belajar mengenal profesion arkitek dan usahawan serta tugasan guru yang
mencabar.Anda bakal mengetahui apakah Anugerah BCI Asia, Drama Sculptural,
Summer Festival.
3. Novel ini akan membawa anda mengembara sejauh ke London, Australia, Langkawi,
Tasik Kenyir dengan terperinci.Anda akan terasa seperti berada di "sana" juga.
4. Menghayati perasaan wanita dan lelaki yang berbeza daripada segi emosi,
fizikal dan aura.
5. Novel ini mempamerkan cara penulisan yang baru, moden.Bab 1-3 memperlihatkan
watak 'aku' sebagai Lukhman Hakim, Zaid dan Suraya. (Bab 1:aku adalah
Lukhman Hakim) (Bab 2: aku adalah Zaid) (Bab 3: aku adalah Suraya)Pembaca
akan memahami fizikal, emosi, daya intelektual watak-watak utama dengan jelas.
6. Bab seterusnya Bab 4 dan lain-lain watak utama digambarkan sebagai umum.Tidak
lagi menggunakan watak 'aku'.
7. Anda juga dapat belajar sejarah secara bijaksana.Contohnya sejarah London,
sejarah tentang kopi dan sebagainya.'Fun Learning ways'
8. Novel ini akan mengubah persepsi anda mengenai novel yang biasanya hanya
melihat dan menilai perasaan sebaliknya, novel ini akan berfungsi sebagai
pemberi maklumat terperinci secara global.
10 april 2008...
No comments:
Post a Comment