
Setiap pagi apabila ke sekolah, tujuan saya murni.Saya harapkan pengajaran saya akan berkesan kepada murid-murid saya. Mereka mungkin tidak tahu atau tidak sedar atau sengaja tidak mahu tahu dan tidak mahu sedar bahawa saya (saya rasa semua cikgu dalam dunia mempunyai niat murni seperti ini) sentiasa mencuba 100% keupayaan mental, fizikal, jiwa dan kerohanian bagi memastikan murid-murid saya memahami konsep dan pengetahuan serta pembelajaran & pengajaran ( P & P) berjalan dengan lancar. Bagaimanapun sentiasa ada kenggangannya. Murid yang malas, suka dreaming, suka bercakap...etc.. kalau dalam kelas saya, tentunya tidak akan yang boleh tidur, bercakap atau dreaming, sure dikejutkan dengan suara saya yang istilah saya 'loud and clear'... tapi tone biasanya berbeza mengikut kelas, untuk kelas yang baik, tak ada masalah.. sebab murid di kelas ini biasanya akan diam, dengar dan guru-murid dapat berkomunikasi dengan baik.Suasana kelas berjalan dengan baik, tenang.
Dalam satu kelas pagi tadi, saya memberi contoh dengan niat, murid di kelas ini akanmendapat motivasi dan mencontohi murid-murid kelas ini. Kata saya, " cikgu mahu awak contohi kelas 3 angsana, walaupun 100% skor A dalam sejarah, mereka akan sentiasa mendengar apa yang cikgu katakan atau bincangkan.Suasana belajar akan berjalan dengan baik.Cikgu tidak perlu marah awak, dan semua orang akan selesa berlajar bersama.Even ada dua orang murid yang skor 100%, tapi sikap mereka masih baik.Mereka mendengar dengan baik walaupun mereka bijak.Mereka tdak sombong.Awak ni belum cukup pandaipun tapi bersikap sombong"
Kata murid A, " ala sure budak tu rasuah cikgu, sebab tu dapat 100%"
Kata murd B ," ala, sure dah bayar cikgu 100 ringgit, sebab tu dapat 100"
Saya! marah sungguh.Sudahlah mereka tidak ambil serius dengan cerita dan kata-kata saya... menuduh saya ambil rasuah pulak! Takkan saya jual maruah diri dengan 100 mahupun berjutapun.Hukumannya tetap sama, haram!
Sayapun berkata, "kalau awak cakap lagi macam tu, cikgu saman awak atas tuduhan yang tidak berasas. Sudahlah awak tak ambil pengajaran atas cerita tadi, awak tuduh pulak cikgu yang bukan-bukan... dan menyambung dengan satu minit berleter...
Entahlah, budak2 sekarang sukar dilentur... baru je fizikal macam rebung tapi kerasnya macam buluh...
Di kelas yang lain, ada seorang budak lelaki ni, entahlah, sudah 7 bulan saya geramkan dia... sudahlah markah dia paling tercorot 12 markah sahaja, buku teks tak pernah bawa, buku latihan jangan ceritalah... asyik bercakap sepanjang kelas... sudah pelbagai pendekatan saya gunakan, nampaknya tidak berkesan langsung... akhirnya guna sahajalah pendekatan 'fire'... saya kata kepadanya, sepanjang cikgu mengajar, sudah 4000 murid cikgu, daripada tingkatan 1 - tingkatan 6 atas, awaklah murid yang paling teruk sekali perangai, tidak serius dalam kelas, main-main sahaja... orang marahpun seronok juga, muka awak langsung tak rasa malu, tidak ada perasaan langsung...
" cikgu sudah cuma pelbagai cara dengan awak, cikgu btak tahu apa lagi pendekatan yang oleh digunakan"
Dalam hati saya, entahlah.Saya sudah kehabisan idea dengan budak seorang ni.Dah penatttttt. Semuanya terpulang kepada dia sendiri.Kalau tidak tidak mahu mengubah nasibnya sendiri... kenapa perlu kita / orang lain yang sibuk-sibuk...
No comments:
Post a Comment