Dalam sebulan ni, cuasa terasa membahang, panas menggila.Badan pun rasa bagai tak begitu 'funtional' sepenuhnya.Balik sekolah tanpa mengira jam berapa, selalu 'nappppp' sekejap (which means 1-2 hours he he)panas ni menjadikan saya kurang produktif.Lama saya tidak ambil napp, sebab tidur pada waktu siang tu tidak baik untuk kesihatan terutamanya selepas waktu asar...bagaimanapun, aircond ada di bilik tidur, bila sudah di bilik, apa lagi, ambillah peluang 'swimming' di katil la.
Teringat saya kepada kak Rumi,antara senior kesayangan saya, kalau saya merungut 'panas', dia akan kata, " ni baru panas kat dunia, belum lagi di akhirat", yang menjadikan kita sentiasa beringat akan segalanya kehidupan di dunia ni...sekarang kak Rumi sudah berpencen, "miss her so much"... semasa kak rumi di sekolah dulu, dia lah tempat ramai antara kami mengadu.' Taking to her, really give us a big release... what a lost!!
Tadi masa di kelas 3 angsana, saya bergurau apabila murid saya bercakap-cakap 9kalau boleh in my class 100% mesti dengar penjelasan saya,kalau perlu two ways communication, barulah mereka bercakap. Mendengar sangat penting, kalau tidak, merekaakan 'miss' penjelasan.Sejarah pula matapelajaran yang berkait antara satu sama lain, 'miss'satu perkara, akan 'lost' perkara yang lain pula.
Saya kata, 'kan cikgu swing awak sekali, baru awak tahu?"
murid saya,"ala, cikgu kuat sangat ke?" sambil ersenyum-senyum.
saya balas," kalau awak setakat 35kg, cikgu ni 68 kg, terpelanting awak nanti"
murid saya yang mungkin berniat membodek, " mana ada cikgu, cikgu nampak slim saja"
saya, " ialah la tu. I look like baby hipo already, mana ada slim, unless you memang nak bodek cikgu...ha ha.. but still no extra marks for you, next mid exam"
Melihat kepada keboringan bebudak tu, saya bawalah mereka ke cerita lama sikit, kata saya, saya cuma 48 kg sebelum berkahwin.then, my hubby make me so happy by married with me, jadi badan pun naik la... he he..so the moralof the story, awak baru 15 tahun, jangan nak kahwin pulak... nanti cepat jadi baby hipo.. disambut gelak ketawa, dan pelajaran pun bersambung...
Selepas 15 minit, saya minta izin 'brake'1 minit untuk minum.melihat saya minum air yang berwarna hijau, sekali lagi murid saya bertanya, "apa yang cikgu minum?"
"klorofil, sebab cuaca yang panas ni.klorofil menyejukkan badan.lagi pun ia membekalkan oksigen"
" sistem perkumuhan pun senang, " jelas saya dari segi sains la.
"awak tengok lembu, kerbau, kan senang sistem perkumuhannya." rupanya disambut gelak ketawa budak-budak tu.
"kenapa?", soal saya pelik.
"kalau orang, buang macam lembu jugak cikgu?", agaknya diorang membayangkan manusia 'membuang' macam lembu kerbau, memang la kelakar.
Tergelak besar saya jadinya. Sebijak-bijak murid, they're still kids.
"lembu kerbau, kan makan rumbut je. man are different.Kita kan makan macam2, tak de la buang macam lembu pula.
Pelajaran bersambung dan berhenti apabila tamat masanya. Saya pulak keluar kelas sambil tersenyum sumbing. kelakarnya!!
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
Wednesday, April 22, 2009
Tuesday, April 7, 2009
Cinta berbalas cinta
Sering kali terasa bosan apabila mengadap murid yang sikap mereka malas dan tidak menyayangi diri mereka sendiri.Ialah, kalau bukan teks (sudah 4 bulan) tidak dibawa, latihan satu nomborpun tidak dimulakan, naik jelak juga dibuatnya. Mahu dipujuk? ala, saya ni bukanlah orangnya. Kalau suami merajuk, boleh lah pujuk kot? he he.. Dia tak pernah merajuk sebab saya ni isteri yang teramat baik dalam dunia, tak pernah jadikan dia merajuk (ya lah tu... yahoo, saya sayangkan diri saya sebanyak mana dia menyayangi saya.. he he)Mula ni saya pujuk2 juga, masuk 2 minggu, mulailah 'fire' je...
Saya dibesarkan dengan tegas oleh ibubapa saya. Semasa kecil, kalau dikatakan 'tidak' bermaksud tidaklah.Tidak ada perasaan terkilan atau sebagainya. Kalau dulu melihat mama atau bapak saya bersiap, tetapi tidak dipelawa bermakna, kami hanya akan menyaksikan mereka pergi atau keluar tanpa berpeluang mengikut.Tapi kalau ditanya, 'siapa mahu ikut' akan bertaburanlah kami berlari, menukar pakaian. Maknanya kami berpeluang ikut.Disiplin inilah yang membentuk saya sekarang.Kalau saya kata salin, kalau salin nota atau latihan, tentunya semuanya akan membawa manfaat kepada murid.
Kalau dikatakan 8. 00 pagi, 7.50 sudah berada dalam kereta.Itulah saya yang ada pada hari ini.Sebab tu, kalau berjanji dengan saya, lambat, memang saya akan marah. Sebab itulsh cara saya dibesarkan.
murid sekarang ramai yang 'bebal'... (sorry to say this) Menjawab bertubi-tubi jika dimarahi, tidak hormatkan guru.Yang paling susah apabila dikatakan atau dikaitkan dengan peribahasa 'Bodoh sombong' maknanya seseorang yang tidak tahu tetapi bersikap sombong, dikatakan pulak guru berkata dia 'bodoh'. Bersikap bodoh juga membawa maksud berbeza, iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang merbahaya, (seperti bergusti dengan kawan, mendukung kawan ketika guru menulis di papan putih)gagal melengkapkan nota dan latihan sebab sikap 'malassssssssssssssss'.Dalam erti kata lain, kalau diri sendiri pun tidak sayangkan diri, entahlah. Sudah give up dan feed up dengan pelbagai perangai yang ditunjukkan oleh murid.
Perkara pertama saya akan cakapkan ketika dalam kelas, saya tidak akan dapat menyukakan semua orang dengan cara saya mengajar.Kalau ada 40 orang, takkan mungkin saya akan memenuhi 40 teknik atau cara, jadi mereka perlu adaptasi dengan cara saya. dengan sedikit, gula, garam dan Cuka (jokes, serius dan 'fire') saya pasti ada masanya suasana akan tegang, kadangkala seronok dan ada masanya boring (bergantung dengan tajuk la) Kalau anda sayangkan cikgu sekali, saya akan balas denan sejuta kali balik tapi, sekali anda bencikan cikgu, .. sebaliknya...
Hakikatnya, saya sudah bosan bangat ke sekolah.......
Saya dibesarkan dengan tegas oleh ibubapa saya. Semasa kecil, kalau dikatakan 'tidak' bermaksud tidaklah.Tidak ada perasaan terkilan atau sebagainya. Kalau dulu melihat mama atau bapak saya bersiap, tetapi tidak dipelawa bermakna, kami hanya akan menyaksikan mereka pergi atau keluar tanpa berpeluang mengikut.Tapi kalau ditanya, 'siapa mahu ikut' akan bertaburanlah kami berlari, menukar pakaian. Maknanya kami berpeluang ikut.Disiplin inilah yang membentuk saya sekarang.Kalau saya kata salin, kalau salin nota atau latihan, tentunya semuanya akan membawa manfaat kepada murid.
Kalau dikatakan 8. 00 pagi, 7.50 sudah berada dalam kereta.Itulah saya yang ada pada hari ini.Sebab tu, kalau berjanji dengan saya, lambat, memang saya akan marah. Sebab itulsh cara saya dibesarkan.
murid sekarang ramai yang 'bebal'... (sorry to say this) Menjawab bertubi-tubi jika dimarahi, tidak hormatkan guru.Yang paling susah apabila dikatakan atau dikaitkan dengan peribahasa 'Bodoh sombong' maknanya seseorang yang tidak tahu tetapi bersikap sombong, dikatakan pulak guru berkata dia 'bodoh'. Bersikap bodoh juga membawa maksud berbeza, iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang merbahaya, (seperti bergusti dengan kawan, mendukung kawan ketika guru menulis di papan putih)gagal melengkapkan nota dan latihan sebab sikap 'malassssssssssssssss'.Dalam erti kata lain, kalau diri sendiri pun tidak sayangkan diri, entahlah. Sudah give up dan feed up dengan pelbagai perangai yang ditunjukkan oleh murid.
Perkara pertama saya akan cakapkan ketika dalam kelas, saya tidak akan dapat menyukakan semua orang dengan cara saya mengajar.Kalau ada 40 orang, takkan mungkin saya akan memenuhi 40 teknik atau cara, jadi mereka perlu adaptasi dengan cara saya. dengan sedikit, gula, garam dan Cuka (jokes, serius dan 'fire') saya pasti ada masanya suasana akan tegang, kadangkala seronok dan ada masanya boring (bergantung dengan tajuk la) Kalau anda sayangkan cikgu sekali, saya akan balas denan sejuta kali balik tapi, sekali anda bencikan cikgu, .. sebaliknya...
Hakikatnya, saya sudah bosan bangat ke sekolah.......
Monday, April 6, 2009
Cinta untuk RM 2 juta
Seminggu lepas, situasi kerja agak memenatkan.Hari Sabtu, semasa kakitangan awam lain bercuti, kami pula kena bekerja.Ada mesyuarat dan 'key in' sistem sampai 4.30 petang.mata pun agam meranum, apa tak nya, beberapa jam mengadap lap top.mahu nak terjojol juga mata yang sudah pun berkaca mata empat.
Ahad sibuk melayan kerja rumah, basuh baju, etc.Tak sempat pun mahu keluar rumah.Terasa bagai miss untuk menonton wayang. Kesihan juga tokey panggung apabila saya tidak menonton, rugi dia.. he he he.kalau menonton, bagi dia peluang bertambah kaya, saya pula, berkurang lagi RM 9 atau Rm 10 daripada beg.. tapi okay la, sama seperti yang dikatakan oleh orang tua dulu-dulu.. (ayat allahyarhamah nenek saya la: tak akan miskin dek Rm 10 tu, dan tak juga kaya dek RM 10 tu)
Sabtu ni, pagi-pagi lagi saya pun keluar, selepas mengena secawan kopi. Bercadang mahu menonton wayang.Selepas makan pagi di IKEA, dua minggu juga tidak ke sana. Biasanya setiap minggu saya akan ke IKEA, sekadar mencari ilham dan melihat perangai orang (ha ha )Kalau anda bertuah, akan bertemu selebriti seperti Wan Zaleha Radhi, Mrs Que Haidar (Si cantik manis Linda Jasmin) Keduanya sangat genit, cantik. Saya sebenarnya tidak menyangka sama sekali keduanya hanya bersaiz 's', sangat cantik, berukuran sederhana, kalau dari 'wajah tv' macam tinggi lampai orangnya.
Ke panggung wayang, memilih filem 'taken' sebab yang lainnnya sudah pun tonton... menunggu-nunggu filem ' It's just not that into you' , night at the museum 2 'ghost of girlfriends past' dan 'married proposal' tapi belum pun mula... hmm. Masuk je 5 minit, barulah terperasan, sudah tengok la filem tu, husband sudah belikan CD 3 minggu lepas. La... hari ini dalam sejarah betul.. mana pernah pulak tonton filem 2 kali dan terlupa pulak yang sudah tonton... padan la rasa macam familiar je tajuknya... adus... tapi takkan lanak lari setelah kekurangan rm dalam kocek, tengok je lah sampai habis dengan tidak ada perasaan suspen pun... he he he..
Dan bernasib baik sebab memang best pun...
Apabila keluar panggung, perut pun 'berdendang sayang la' sebab sudah pukul 1.20 petang.Mahu bersembahyang pun belum masuk waktu pun... plan nak makan 'steam boat' kat Ikano. Di hadapan 'Pulau ketam steamboat village' disapa mesra seseorang.
"Noor..."
Terasa bagai kenal benar suara itu.Apabila muka didongak, terpandang akan wajah itu yang sudah lama benar tidak dipandang.Ya Allah. Mamat ni? Terasa bagai mahu jatuh di situ juga tetapi takkan lah pulak. Mencari kekuatan diri, berdiri tengak di situ. bibir bagai terkunci mati.Minda pula ligat mencari alasan demi alasan, kenapa pula keluar bersendirian.
"Hai. Saja sendiri.Suami bekerja.Anak-anak kat rumah"
Dia hanya mengangguk.Agaknya dalam hati kecilnya tentunya berkata, tak pulak ditanya.Lantaklah dia. Apa yang di fikirannya tidak lagi penting. Tapi entahlah, apalah malangnya, saya bertemu lagi dia setelah lammmmmmmmmmmmmaaaaaaaaa tidak bersua. Dalam fikiran saya, sudah lama terpadam nama mamat ni.
Segera dia mempelawa saya ke dalam 'restaurant steamboat'... kaki terasa berat juga melangkah masuk, serba salah dan berkeadaan tidak kena.Pertama sebab dia tu hanyalah bekas boyfreind.Kedua: suami tidak memberi izin pun bertemu dia.Ketiga: hmm entah lah, tak ada pulak plan bertemu dia.
Menolak pelawaan dia seumpama bersikap sombong pulak. lama menyulam cinta dahulu, masa tu kalau lah tidak dapat melihat kelibatnya pun macam 'ayam berak kapur'... jadi sesuatu perbuatan yang tidak sopan menolak 'makan free' bersamanya.Anggaplah bertemu kawan lama.Tentang keizinan suami, balik rumah nanti pasti saya akan beritahu dia yang saya terserempak kawan lama.Saya pasti dia yang 'open minded' tidak akan marah kan saya bertemu dan berbual dengan sekadar kawan lama.
Kami memilih tempat di bahagian belakang. Duduk di cermin belakang sekali.Dinding yang dihiasi pukat lama dengan gambaran laut dan khazanah alamnya, sudah kelihatan seperti hitam dan kelam. aneh! biasanya pemandanga seperti itu sentiasa menghiburkan saya.
"kenapa keluar seorang saja?", soalnya bersahaja. sudah mengangak soalan cemu emas ini.
" kan dah cakap tadi.Suami kerja, anak-anak kat rumah.Ada waktu perlu juga bersendirian kan?" Selamba menjawab.
" You sihat?" Soalan biasa, saya rasa dia sekadar mahu menutup pernyataan saya tadi.
" Kalau jumpa di klinik, barangkali saya tak sihat." Jawab saya sinis.
" You masih macam dulu juga, sinis tapi less romantik", katanya sambil ketawa kecil. Cekadak betul mamat ni.Berkata-kata perlahan dalam hati.Buat apa nak berromantikus dengan dia ni.Tawanya terhenti apabila dilihatnya muka saya serius sahaja.
"Kalau you sekadar mahu ketawa je, I balik je", mengugut.
" Sorry, sorry," katanya perlahan.
Daripada tempat kerja dia mula bercerita tentang dia, soal personal.Katanya masih 'single' sejak hari terkhir saya tinggalkan dia.Hah! itu ayat kasanova je, penipu, mahukan sempati sahaja. Saya hanya mendengar, membiarkan sahaja dia bercerita. Biarlah dia berkata-kata beberapa KM yang dia mahu, saya tidak rugi apa-apa pun, sekadar masa sahaja.
Apabila dia menyoal saya dimana tempat saya tinggal, bekerja dan keluarga, saya menolak dengan baik. Entahlah, berat sangat rasa hati untuk dihubungi lagi. Alamat, nombor telefon, emel, rasanya segalanya tidak mungkin.Sejak hari terakhir saya bertemu dia, lebih sedekad tahun dahulu... saya sudah pun nokhtah kan segalanya.
" kenapa susah sangatkah untuk menyambung silaturrahim Noor?"
" saya sudah bersuami, berkeluarga.Buat apa lagi kita mahu menyambung perkara-perkara yang sudah lama berlalu"
" You bahagia Noor?", pelik semacam aje ayat nya itu.
" Kenapa pulak? ada nampak macam saya menderita ke?"
" You masih cantik macam dulu"
"Ia lah tu..." jawab saya. mana pulak macam tu, dahulu hanya 48 kg, saiz s, sekarang sudah L size... he he.. bohong sangat lah kalau masih macam dulu.Poyo nya mamat ni!kalau ia pun mahu membeli jiwa raga, padan-padan lah.
" Cuma you dah comel sikit ", dia menyambung, ketawa lagi.Dahulu ketawanya kedengaran mesra, sekarang, menjengkelkan sama sekali. Sekali lagi dia terhenti ketawa dengan senyuman mahal saya.
"maaf noor.Sebenarnya I menyesal sangat melepaskan you pergi.I cuba telefon you setahun selepas tu di KL, tapi perkhidmatan ditamatkan. Phone you pulak, sudah bertukar nombor.emel pun tidak berbalas"
Entah saya tidak tahu sama ada dia bercakap benar, tapi nombor telefon, telefon bimbit, emel, memang bertukar sejak kami berpisah.Saya hanya mendiamkan diri. Takkanlah selepas beberapa lama, angaunya masih bersarang di dada.
" okay la, malas I nak layan angau you dan cerita basi you", jawapan daripada hati saya.
"Tolong lah noor,Dengar lah dulu isi hati I.Selepas tu kalau you nak buat apa-apa keputusan pun I terima"
"keputusan you kata, I dah lama membuat keputusan... semasa hari terakhir I jumpa you", dia terdiam. terbungkam dengan jawapan saya barangkali.
"I menyesal noor, sungguh-sungguh menyesal. kalau I mahukan you sekarang, bagai mana.Berilah I peluang bahagia juga. Suami you tentu sudah lama bahagia. Berilah I peluang kedua.I miss semuanya, nasi tomato you, kari you, chocolate cake you...semuanya noor"
Hai mamat ni, sudah hilang akal agaknya.jantung berdegup bagai dipalu, kencang. terasa bagai mahu ditampar sahaja mamat di depan ni.Rasanya tidak salah lagi kalau saya tidak melayan 'gilanya' ini.
Segera datangnya akal baru.Saya bimbang akal 'gilanya' semakin menjadi.Sekiranya saya bangun dan keluar dari restauran, dibuatnya dia jerit nama saya macam mana. Malu bangat nanti!Satu Ikano akan kecoh.Atau kalau dibuatnya mengejar saya, tarik-tarik tangan, atau baju atau menarik tudung macam mana pulak. adus! Tak mahu nanti keluar muka depan surat khabar Metro pulak.malu dengan suami, keluarga dan memalukan ibubapa saya pulak.
" macam ni la. I setuju dengan syarat you.Cuma satu sahaja I nak. You bagi I RM 2 juta. sejuta untuk I.sejuta untuk suami. Dengan sejuta tu, rasanya sedih suami meninggalkan I takkan lama.maklumlah sudah ada sejuta dalam akaun.Banyak yang dia boleh buat dengan duit tu.Besarkan perniagaan, kahwin lain"
Dia terkebil-kebil. He he. rancangan menjadi.mana pulak mahu dicari RM 2 juta. Bukannya 2 juta rupiah atau rupee.
" I bagi masa 2 hari je.lepas tu tawaran ditutup. Macam mana?"
Dia masih terkebil-kebil.Mukanya pun macam orang yang mahu menangis. Alamak! Syahdu nya mamat ni.Segera aku beredar, tiba-tiba, terasa tangan dipegang. Alamak! macam mana ni.Dibuatnya apa yang aku fikirkan seperti tadi terjadi, macam mana? Apa perlu aku buat.Aku menoleh ke belakang. Terlihat wajah suami.
Suasana suram, hanya lampu suram tidur yang menyala.Dia pun nampaknya tidur dengan nyenyak.Tangannya tanpa sengaja terkena tanganku. Hah! Mimpi rupanya.panjang pulak dialognya.Aneh! Yang ruinya steamboat yang dimakan, hanya dalam mimpi. Dalam hati tergelak sendiri... Rm 2 juta. Adalagi ke yang akan beri RM 2 juta untuk sekeping cinta? His, kot iya pun abang, biarlah dia bank in dulu duit, barulah terjaga... he he he.. sekurangnya pernah juga la tengok duit sebanyak itu..
Friday, April 3, 2009
wajah seorang guru.
Selalu kita mendengar, gambar sering kali menceritakan pelbagai kisah. Pun begitu pernah terjemahkan daripada pepatah Inggeris, ' never judge the book by it's cover'... kadang kala atau seringkali telahan kita tidak akan mengena.Orang yang berwajah ayu, nampak sopan perilakunya boleh menjadi 'iblis' yang paling kejam dan dahsyat sekali. Atau barangkali, berwajah ala-ala 'crook' atau 'kojak' (barangkali orang yang season dah sahaja yang tahu istilah ini.. he he... kalau anda tidak tahu, maknanya ada selamatlah, belum season lagi la) Kojak merupakan tajuk filem penyiasatan dahulu kala, heronya botak tapi kira ok lah...
Sudah beberapa orang murid bertanya saya, kenapa cikgu letakkan gambar husband cikgu kat blog.. saya dengan pasti menjawab, 'kenapa pulak?... takkanlah cikgu nak letak gambar husband orang lain? adus! kena belantan nanti dek isteri orang tu'
Sebelum orang lain bertanya, husband saya merupakan orang pertama yang bertanya, kenapa saya meletakkan gambar dia kat blog.Kata saya, ' senang saja, sebab kalau dia ada makwe lain, senang orang report kat saya'.. alasan saya sama lah, 'takkan lah saya nak letakkan gambar orang lain, lelaki lain'
saya sambung lagi, ' habis, abang nak ayang letak gambar orang lain?' Banyak gambar pakwe lama yang boleh diletakkan.. he he.. terkedu juga dia...
Novel saya di peringkat kedua... diorang tengah survey marketing dengan memberi sekumpulan pembaca membaca draff, I hope the do like it.. lama juga prosesnya, malangnya perlu RM empat angka untuk mencetak buku sendiri... kalau tidak sudah lama saya cetak dan terbitkan sendiri. Dengan berlatar belakangkan gambar London, Adelaide, Kenyir dan langkawi, saya menbayangkan novel saya sendiri.. adus!!! malangnya kalau mereka, (syarikat penerbitan) setuju menerbitkan, 'cover' nya tidaklah akan sama seperti yang saya bayangkan... kita akan terpaksa setuju dengan reka bentuk cover yang mereka pilih dan mahu... malah tajuk pun kenalah berdasarkan pilihan mereka... apa boleh buat... mungkin, 3-4 tahun selepas ini, saya berpeluang menerbitkan buku-buku saya sendiri... sejak kebelakangan ini pekerjaan saya ini sudah 'boring bangat' (kata filem Intan lah)
Saya suka mengajar, bersama murid satu keseronokkan... kejayaan mereka menjadi satu 'madu' kemanisan yang tidak akan terlukis dengan kata-kata. Sudah ribuan murid saya yang berjaya, di sebalik semua ini, saya harapkan hanya ganjaran Allah di akhirat.
Tugasan kami sudah semakin mencabar, disuruh sediakan minit mesyuarat (kata hati saya bila pulak saya bekerja sebagai setiausaha) merekodkan kad senarai barangan (bila pulak saya menjadi kerani stok)perlu menjadi mentor-menti, monitor anak orang yang bermasaalah (hmmm saya tidak gemar sangat, apa tugas ibu dan bapa mereka kalau anak-anak sendiri tidak dijaga pun)dan 1001 yang langsung tidak berkaitan dengan kemajuan dan peningkatan prestasi murid.
saya tidak petah kalau diminta menyediakan kertas kerja untuk program murid, buat bengkel, ceramah etc.... itu kan kerja guru, mendidik.. entah lah...
Kalau buku novel boleh laris sampai 50 ribu memang saya akan berhenti jadi cikgu... he he he.. berangan lah tu. Kalau semua murid saya beli buku (termasuk anak-anak mereka, ibubapa dan cucu cicit mereka la) memang akan sampai jumlah tu... he he..
Atau memang sudah ditakdirkan saya akan menjadi cikgu (kuli sekolah he he ) sampai pencen dan tua...
Wednesday, April 1, 2009
April Fool
'Hai, tak de ke murid yang mahu lakukan kejutan dengan menghantar 'april fool', bmw sebijik???
Walaupun hari ini 1st april, suami tercinta saya, bukan sahaja tidak melakukan cerita atau lawak 'april fool' malah telah benar-benar meringankan bahu saya dengan melakukan dobi baju kami secara percuma.Apabila sampai sahaja ke rumah melihat baju sudah tergantung di belakang... Aduh! leganya. Semoga Allah sahaja membalas jasanya.Tangan dan kaki pun sudah terasa bagai tak boleh angkat lagi... sudah 'fool kan diri'.. walau pun diminta masak ringkas, kira oklah.. padahal sudah diprogramkan di dalam hati, agar 'dinner' kat luar sahaja lah... tapi dek kerana kebaikan hatinya, bolehlah setakat masak 'fooooool' saja.. ha ha..
Ada beberapa orang murid saya konon-kononnya mahu lakukan jokes 'april fool' tapi gagal mengena sebab jawapan saya macam tak kisah pun. Seorang tu, tiba-tiba bertanya kenapa mata saya merah. Saya kata, 'cikgu keturunan drakula.' Lagipun, memang mata saya yang sebelah kiri ada 'satu dot' merah,sebab kena tumbuk dek kawan lelaki semasa saya berusia 11 tahun, darjah lima dulu.
Ceritanya semasa itu saya menjadi pengawas, saya mengarahkan kawan saya duduk diam-diam sebab membuat bising.Dia geram dengan saya, dan 'swing' sebiji penumbuk.Terus saya menangis giler, ya lah dah lebam mata.Terus mak saya bawa ke hospital, nasib baik mata hitam saya tidak cedera.Kalau tidak, ya Allah, jadilah saya cikgu lanun, ada mata sebelah sahaja.Allah maha kaya, menjauhkan saya daripada bala!
Apabila di kelas, ada murid yang sengaja mahu kenakan saya, kononnya ada murid yang calarkan kereta saya.Saya kata, 'tak pa, nanti cikgu sumpah budak tu jadi katak saja" yang lain ketawa saja. Saya sambung lagi, ' memang dia tak akan bertukar jadi katak, tapi 'brain' dia akan berfungsi macam katak.. he he.. dan saya sambung dengan ketawa. Dia pun berkata, "april fool cikgu" ... saya sengih je la, sebab ceritanya tidak menakutkan saya pun. semuanya bukanlah sebab saya ingat pun hari ini 1st April, tapi... setelah berjuta-juta peristiwa yang mengejutkan hidup kita, barangkali kita sudah sedikit 'imun' dengan perkara-perkara yang kecil.
Kalau semasa baru berkidmat, kalau ada murid yang berkata, 'cikgu, tudung cikgu senget', kecoh juga saya... membetulkan tudung... sekarang, ala, saya kata,' biar je lah... awak bukan belajar daripada tudung cikgu yang senget... awak perlu dengar daripada mulut cikgu, idea dan penjelasan cikgu'... he he.. susah nak kenakan cikgu seperti saya.
Teringat saya semasa zaman persekolahan dulu, di SMK Sultanah Bahiyah, kita orang selalu kenakan Mr Lee, guru matematik tambahan kami... he he..macam-macam perkara... With is tak baik sebenarnya... ampun.. harap mr lee maafkan kami.. antaranya bubuh kapur dekat kerusi, bila dia duduk, ' april fool'... ada sekali tu, kita orang kata Miss X (entah apa nama cikgu ni) panggil dia, sebabboth of this cikgu adalah single.... (tapi anda dilarang mencuba, nanti tak berkat ilmu, sebab tu lah saya kantoi add mate saya... he he)
Subscribe to:
Posts (Atom)