

Semalam saya berpeluang melihat Rancangan Oprah,saya memang suka menonton walaupun rancangan Hall Mark kat Malaysia sudah setahun ketinggalan daripada yang asalnya.. hmm.. The secrets of blue zones menerangkan perincian bagaimana manusia boleh kekalkan kesihatan dan panjang umur... sangat menakjubkan.. Details please go to link... oprah show and seach for secrets of blue zones.. Saya rasa program seperti inilah yang rakyat malaysia perlukan. Dalam kekalutan mengejar kerjaya,wang dan kehidupan duniawi,kita memerlukan banyak perisian yang bersifat keagamaan (alhamdullillah,sudah banyak juga)dan program yang bersifat kerohanian serta kejiwaan. (ternyata kurang sekali)supaya hidup kita dapat diseimbangkan dengan baik.
Anehnya rancangan tv kita banyak yang 'thah apa-apa rancangan'...asyik2 rancangan yang berunsur sosial @ penkids@bohsia @bohjan.Antara rancangan yang menyehatkan minda sikit (rencana) hanyalah Rancangan daripada TV3 seperti Jejak Rasul dan majalah 3... hari ahad lepas saya berpeluang menonton rancangan yang meletakkan pengacara yang satu masa dulu amat terkenal. Saya memang suka pengacara ini. Pada saya kepandaian dia mengulas tanpa skrip pun sangat mengkagumkan... malangnya perisian (editor skrip) dan fokus rancangan,alamak... cuma cerita fesyen chunky and funky remaja...alih2 menunjukkan baju dan fesyen yang sama sahaja. Saya jmenjadi pelik,satu jam perisian,kalau saya menonton OPRAH @ majalah 3 atau jejak rasul,terasa padat dengan perisian berbentuk ilmiah,padahal rancangan ini,saya meguap entah berapa ratus kali...
Sudah masanya editor atau penulis skrip dan director atau penerbit membuka mata lebih besar dan berpandangan jauh,lihatlah rancangan berbentuk antarabangsa... bagaimana mereka mengolah rancangan supaya ideanya solid... dan tidak menjemukan... alangkah sayangnya meletakkan pengacara yang bagus tapi pengisiannya kurang sangat... menghampakan...
No comments:
Post a Comment