
Nampaknya bahang hari raya mulai terasa... saya sendiri seminggu dah rasa malas semacam je... tak sabar nak balik kampung... walau pun sudah balik ke Langkawi beberapa kali tapi takkan sama jika pulang bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Melihat kepada kad raya lama,saya terkenang di masa lalu..Seronok 'bangat' mendapat kad raya daripada kawan2 termasuk kekasih lama ( ha ha ha).Keseronokan mendapat kad memang indah,lebih indah daripada sekadar mendapat emel hari raya atau e-kad raya,atau ucapan hari raya di blog atau di Facebook atau sms yang menciut-ciut di malam raya. Percaya atau tidak,kad-kad lama saya,masih disimpan dengan baik. Sebahagian dengan saya di rumah sekarang,sebahagian lagi di laci dalam almari,di bilik saya,disimpan dengan baik di rumah keluarga di Langkawi. Kiranya sentimentel jugalah saya ni.. he he.
Tahun lepas ada jugalah mendapat kiriman kad hari raya,walau pun kurang daripada 10.. tahun ni nampaknya kempunanlah dan mendapat kad raya.. Tapi pun salah sendirilah.. saya pun tidak juga mengirimkan kad untuk sesiapa. pastinya kalau tidak memberi,maka tidaklah juga merasa..Mungkin pada tahun depan,saya akan memulakan tradisi lama saya kembali,mengirimkan kad raya... mengembalikan nostalgia,sesuatu yang indahkan?
Jadi sesiapa mahukan kad raya,cepat-cepatlah kirimkan nama dan alamat anda.. he he..
Yang lebih tidak praktikal adalah mengirimkan baju raya atau kuih raya melalui Facebook.. apalah logiknya... kalau kad tu,biasalah... kita tidak boleh menyalahkan teknologi dengan penggunaan e-kad. Tapi baju raya atau kuih muih,entahlah,saya tidak nampak apa fadilatnya langsung...Pada saya,melakukan sesuatu yang praktikal,perlu sangat... lainlah kalau setiap kali kirim e-kuih atau e-baju,kita mendapat 10 sen.. kalau dihitung-hitung,banyak juga nampaknya...
Harapnya dapat berjumpa ramai kawan lama,rindunya dengan semua. Masalahnya sudah dua kali sim rosak,banyak nombor phone yang hilang... Jadi jangan kata mahu poskan kad raya,sms pun tak akan dapatlah...
Tidak molek sekadar memohon maaf di blog... pun begitu,Selamat Hari Raya.. kalau ada yang terasa pedas,masin,pahit dan masam,saya menghulur maaf zahir dan batin.. Yang manis-manis simpanlah selalu.. yang pedas,masin,pahit dan masam,itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri..maklumlah,sekadar manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan,pastinya tidak akan jauh daripada melakukan kesilapan demi kesilapan..
1 comment:
salam ziarah..
Post a Comment