Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
Monday, July 28, 2008
Guru vs murid 2
Setiap pagi apabila ke sekolah, tujuan saya murni.Saya harapkan pengajaran saya akan berkesan kepada murid-murid saya. Mereka mungkin tidak tahu atau tidak sedar atau sengaja tidak mahu tahu dan tidak mahu sedar bahawa saya (saya rasa semua cikgu dalam dunia mempunyai niat murni seperti ini) sentiasa mencuba 100% keupayaan mental, fizikal, jiwa dan kerohanian bagi memastikan murid-murid saya memahami konsep dan pengetahuan serta pembelajaran & pengajaran ( P & P) berjalan dengan lancar. Bagaimanapun sentiasa ada kenggangannya. Murid yang malas, suka dreaming, suka bercakap...etc.. kalau dalam kelas saya, tentunya tidak akan yang boleh tidur, bercakap atau dreaming, sure dikejutkan dengan suara saya yang istilah saya 'loud and clear'... tapi tone biasanya berbeza mengikut kelas, untuk kelas yang baik, tak ada masalah.. sebab murid di kelas ini biasanya akan diam, dengar dan guru-murid dapat berkomunikasi dengan baik.Suasana kelas berjalan dengan baik, tenang.
Dalam satu kelas pagi tadi, saya memberi contoh dengan niat, murid di kelas ini akanmendapat motivasi dan mencontohi murid-murid kelas ini. Kata saya, " cikgu mahu awak contohi kelas 3 angsana, walaupun 100% skor A dalam sejarah, mereka akan sentiasa mendengar apa yang cikgu katakan atau bincangkan.Suasana belajar akan berjalan dengan baik.Cikgu tidak perlu marah awak, dan semua orang akan selesa berlajar bersama.Even ada dua orang murid yang skor 100%, tapi sikap mereka masih baik.Mereka mendengar dengan baik walaupun mereka bijak.Mereka tdak sombong.Awak ni belum cukup pandaipun tapi bersikap sombong"
Kata murid A, " ala sure budak tu rasuah cikgu, sebab tu dapat 100%"
Kata murd B ," ala, sure dah bayar cikgu 100 ringgit, sebab tu dapat 100"
Saya! marah sungguh.Sudahlah mereka tidak ambil serius dengan cerita dan kata-kata saya... menuduh saya ambil rasuah pulak! Takkan saya jual maruah diri dengan 100 mahupun berjutapun.Hukumannya tetap sama, haram!
Sayapun berkata, "kalau awak cakap lagi macam tu, cikgu saman awak atas tuduhan yang tidak berasas. Sudahlah awak tak ambil pengajaran atas cerita tadi, awak tuduh pulak cikgu yang bukan-bukan... dan menyambung dengan satu minit berleter...
Entahlah, budak2 sekarang sukar dilentur... baru je fizikal macam rebung tapi kerasnya macam buluh...
Di kelas yang lain, ada seorang budak lelaki ni, entahlah, sudah 7 bulan saya geramkan dia... sudahlah markah dia paling tercorot 12 markah sahaja, buku teks tak pernah bawa, buku latihan jangan ceritalah... asyik bercakap sepanjang kelas... sudah pelbagai pendekatan saya gunakan, nampaknya tidak berkesan langsung... akhirnya guna sahajalah pendekatan 'fire'... saya kata kepadanya, sepanjang cikgu mengajar, sudah 4000 murid cikgu, daripada tingkatan 1 - tingkatan 6 atas, awaklah murid yang paling teruk sekali perangai, tidak serius dalam kelas, main-main sahaja... orang marahpun seronok juga, muka awak langsung tak rasa malu, tidak ada perasaan langsung...
" cikgu sudah cuma pelbagai cara dengan awak, cikgu btak tahu apa lagi pendekatan yang oleh digunakan"
Dalam hati saya, entahlah.Saya sudah kehabisan idea dengan budak seorang ni.Dah penatttttt. Semuanya terpulang kepada dia sendiri.Kalau tidak tidak mahu mengubah nasibnya sendiri... kenapa perlu kita / orang lain yang sibuk-sibuk...
Thursday, July 24, 2008
Superwoman kah anda????
Pernahkah anda terfikir bahawa isteri anda, ibu @ mama @ mummy anda adalah juga seorang isteri, ibu, pekerja, mungkin lebih daripada itu... dia mungkin seorang pelajar... atau lebih teruk daripada itu, seorang pembantu rumah di rumahnya sendiri...
Saya sendiri sebagai isteri and ... guru (yang punya lebih 350 anak-anak )... hmm.. tidak terhitung penatnya... ada murid yang hari-hari bertanya...
"cikgu, bila cikgu mahu masukkan soalan ramalan?"... saya angguk-angguk sahaja. Jawapan saya, " cikgu akan cuba masukkan minggu ini"... tak bolehun mahu marah, kita tahu gelodak jiwa mereka... sindrom panik sebelum peperiksaan terutamanya yang hanya study last minutes... tapi kalau dibandingkan dengan zaman saya dahulu, saya sangat berdikari.... awal tahun lagi (semasa spm) saya sudah buat kajian soalan SPM sendiri, tanpa perlu menunggu atau bertanya guru saya.. telahan saya, murid sekarang terlalu manja, tidak matang dan tidak berdikari.Dalam sirtuasi begini, semua beban pembelajaran dan pendidikan terpikul di bahu guru seperti saya... kalau murid sudah mengkaji sendiri tentu saya punya banyak masa untuk kerja saya sendiri...
Kalaulah agaknya semua guru saya dahulu sangat komited seperti guru-guru hari ini, saya percaya, saya sudah bergelar Profesor, paling tidak dr... kan sedap kalau ada dr di depan nama ...dr noor... hmmm..pernah juga bercadang menyambung pelajaran, tengoklah, kalau sudah boring sangat dengan murid-murid ni, ambil cuti tanpa gaji, belajar semula...atau tumpukan masa dengan menulis... idea mencurah-curah tapi tiasa masa mahu lakukan semua itu.Apa lagi memikirkan baju yang sudah hampir satu bilik (bilik spare) tidak berlipat, baju dobi yang tidak berbasuh...aduss... (wonder kenapa lah tak ada orang gaji jepun @ dobi yang pandai megutip baju dobi sendiri, sidai dan melipat baju.)
Ada masanya sambil duduk2 un boleh tertidur.....penat.. saya ingat kalau anda superwoman @ superman sekalipun, kalau anda menjadi guru sekarang, pasti ada rasa mahu menjadi incradible huck setiap hari dek karenah budak-budak yang semakin nakal.... (malangnya tidak dibenarkan sebab takut baju cikgu koyak ...ha ha ha)
Harapan saya, kalaulah budak2 ni boleh mengerti ... dan berilah peluang dan mudahkan kerja cikgu, alangkah bagusnya...
Dalam hati, macam tak sabar mahu berpencen walaupun kerjaya masih panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaag sedepa lagi...

Monday, July 14, 2008
Guru vs murid 2
Hmm saya rasa ramai para guru desawarsa ni merasai kekecewaan yang saya rasai.Entahlah mana perginya kemanisan mengajar sekarang... tidaklah bermakna setiap masa atau setiap kelas kita akan menghadapi masalah.. tapi satu dua masalah atau kelaspun kadangkala menjadi kudis yang menjadikan pekerjaan yang sepatutnya mulia ini , sorry to say 'bosan giler'... bayangkan kalau satu kelas yang kitamasuk, dalam setiap minit mengajar, 15-20 saat perlu dihabiskan dengan menegur.. marah murid yang akan tidak berhenti bercakap... entah apa ceritanya... ? apa masalahnya? dan yang menjadi 'peningnya' murid-murid ini terdiri daripada murid-murid yang lemah.. markah peperiksaan mereka cukup2 makan ... (sekadar 40 markah) atau tak cukup makan langsung (bawah 40 markah)... dan biasanya kelas yang lebih baik, akan melaksanakan tugas dengan baik, tidak banyak kerenah semasa guru mengajar dll..
Kadangkala buntu juga dibuatnya... kelas 35 minit, separuh daripada masa dihabiskan dengan 'marah' sahaja... sebab saya tidak akan biarkan murid saya bercakap.. bercakap dengan kawan akan menghilangkan tumpuan.. walaupun sebentar sahaja, tapi cukup melenyapkan semua yang sedang dipelajari..
Kadangkala pelbagai teori ditimbulkan daripada kajian itu dan ini.. kononnya kalau p & p daripada pihak guru sahaja, agak boring. perlu libatkan kerja kumpulan.. pendapat saya, boleh digunakan kepada kelas yang bagus dan komunikasi dua hala, mereka akan lakukan kerka lumpulan yang baik, penhasilan kumpulan juga baik.. sebaliknya kalau kelas yang memang sukar dikawal.. kerja kumpulan hanya membolehkan mereka lebih bercakap di luar tajuk dan kelas tidak akan dikawal sama sekali.. jalan selamat, memang la 'one man show'.. cikgu bercakap, menerangkan, mereka hanya perlu dengar.. kadangkala saya tertanya sendiri, 'susah sangatkah untuk mendengar?'

Friday, July 11, 2008
Guru vs murid
Guru dan murid kadang-kadang selalu terperangkap dalam dua dilema.Guru cuba memberi persepsi yang betul bahawa mereka mahu murid mereka berjaya.Sebab itulah mereka akan marah, (istilah murid berleter) nasihat, jerit (sebab kadang kala pujukan sudah tidak menjadi).. malangnya murid tidak menerima signal ini.Murid selalu salah anggapan bahawa guru marah sebab guru itu sudah tua, guru sahaja membuat feel dan macam2 lagi.Lebih malang sekali arahan guru selalu dimanupulasi oleh murid sehinggakan kesalahan atau sikap kemalasan mereka disalah anggap oleh ibu bapa yang tidak menyiasat terlebih dahulu atas guru-guru ini.
Contoh yang mudah, skrip saya (pernah satu ketika dahulu) " awak jangan jadi 'bodoh sombong" kalau anda sedar ini adalah satu oeribahasa bermaksud, 'jangan menjadi malas dan akibatnya anda tidak tahu.Atau sudahlah tidak tahu, tapi malas untyuk mengambil inisiatif untuk berubah'.. malangnya dimanupulatif yang mengatakan " awak bodoh"..
Kasihan saya mendengar cerita senior saya, jauh di sudut hati saya saya tahu, dia benar-benar 100% bagi membantu muridnya untuk berjaya.Seperti kebanyakan guru yang ada termasuklah semua guru di SMK Damansara jaya ini, saya yakin semua kami berusaha 2 juta % bagi memastikan murid kami berjaya.Ceritanya mudah..di kelas 5 B.... dia memberi arahan murid yang lemah bahasanya boleh menyain contoh karangan dengan mengubah perkataan bagi memastikan karangan mereka ada panduan., sebaliknya murid lain akan cuba menulis karangan mereka sendiri.. sebaliknya ada seorang murid yang mengadu kepada ibu bapanya bahawa guru ini tidak benarkan mereka mengarang karangan mereka sendiri. Hmm Kedengarannya pun pelik. Manalah ada guru yang tidak mahu anak muridnya mengarang karangan sendiri.Ini cuma salah sangka atau sikap manupulatif murid sahaja.Harapan saya, jika anda (murid) kurang jelas arahan guru atau permintaan atau niat guru, berjumpalah dengan guru tersebut, tanya, kenapa arahannya begitu dan begini... kalau masih kurang jelas juga, tanya lagi.. selepas itu kalau ada masalah daripada ibu bapa, mintalah mereka bertemu dengan guru itu supaya tidak wujud salah sangka terhadap niat dan permintaan guru tersebut...
Saya sendiri pelik bagaimana ibu bapa boleh mentafsir yang guru 'malas' atau mahu menghadkan kemajuan dan kebolehan anak-anak mereka... jalan yang terbaik adalah datang dan berbincang bukannya hanya mendengar sebelah pihak sahaja... saya kenal sangat anak-anak remaja ini.. mereka sanggup mengatakan apa sahaja asalkan mereka lepas daripada rasa dipersalahkan terutamanya ibu dan bapa mereka..
Contohnya : " kenapa gagal subjek Y?"
" cikgu tak pandai ajar"
padahal dalam 200 murid yang diajar oleh guru tersebut, 98% lulus termasuk yang mendapat 90 markah ke atas,hanya 2 murid yang gagal termasuk sipolan tadi. Tips: berhenti menyalahkan orang lain seperti yang disebut oleh pepatah yang biasa kita dengar, "orang yang gagal sentiasa mencari alasan... terutamanya dalam menyalahkan orang lain"
Guru sepatutnya 'kawan' anda, bukan menjadikan guru musuh anda!
jika ditanya kepada saya, " murid yang memberi masalah itu sebenarnya rugi... dalam 350 murid saya, saya percaya, tidak akan menjadi beban sedikitpun jika 2-3 orang yang tidak sukakan saya, sebab saya ada lebih 330 yang sukakan saya"
Saya tidak berdendam atau tidak cuba tidak menyukai murid saya...tapi kalau hari-hari dimarahi sebab feelnya yang macam-macam... memandangpun seolah geram... saya pasti ilmu yang cuba diberi pada murid tadi juga tidak berkat.. sebab itulah yang selalu membuat feelpun markahnya hanya 12 sahaja dibandingkan dengan murid2 lain.
Skrip kegemaran saya, kita akan mendapat balik apa yang kita beri...kalau anda beri perhatian dalam kelas, guru akan balas dengan perhatian, ilmu yang berkat dan kesudahannya, anda dan guru akan mewujudkan hubungan komunikasi yang mesra dan keputusan yang cemerlang akan diraih.Sebaliknya, asyik bercakap, main-main, malas (bebalisma) sahaja... anda gagal peperiksaan... juga menunjukkan sikap moral seperti masyarakat yang kurang 'bertamadun' ( orang yang intelektual biasanya menunjukkan sikap yang ada 'kelas'dan tidak menimbulkan masalah kepada orang lain' ...
Jadi tanyalah diri anda... anda orang yang 'ada kelas' atau ' low class'...
Thursday, July 10, 2008
HHmm Alahai.. Alamak..
Satu masalah paling besar dalam dunia pendidikan adalah murid-murid yang tidak lagi berminat dengan pendidikan."Bosan giler " apabila berhadapan dengan 1001 masalah yang dikaitkan dengan spesies-spesies yang begini. Sebagai guru saya faham kalau mahu bercakap sedikit2 dengan kawan, mungkin bersetuju dengan apa yang diperkatakan guru atau buku teks (jika dinilai berdasarkan buku sejarahlah.. sebab buku teks adalah kitab rasmi, tidak boleh kalau tidak merujuk dengan buku teks)tapi kalau dalam tempoh 35-40 minit bercakap, hmmmm kalau ikutkan hati, mahu saya 'tempeleng ' atau 'lastik'sahaja.. masalahnya, undang-undang terlalu ringan, murid2 hanya sekadar boleh dimarah sahaja... saya rasa tak seorangpun murid yang hairan kalau setakat marah..
Ingat murid boleh takut kalau setakat 'pot pet pot pet' atau ditenung dengan muka atau mata yang besar (akibat marah atau geram) mungkin berkesan bagi setengah orang, tapi kalau sudah menjadi spesies 'bebal'...semua ini sudah tidak berguna lagi...
Saya fikir lebih baik kita kembali kepada pendidikan asal dahulu, dirotan sahaja budak2 ini... menjadi satu masalah besar kalau murid yang tidak berminat belajar datang ke sekolah, sudahlah tidak belajar, mereka mengganggu murid-murid yang lain... yang menjadi guru juga tension... tidak memelikkan kalau kadar keguguran semakin meninggi di sekolah, kasihan cikgu... baru2 ni, di sekolah kawan saya, katanya ada 3 kes.. di tempat saya juga tidak kurang kes macam ni.
Teringat saya akan peribahasa China lama, Kita boleh bawa kuda ke air tetapi tidak pula dapat memaksa 'ia' minum air... yang selalunya budak-budak yang 'semacam' perangai ni bukannya budak2 yang 'out standing'... kalau dapat markah 100 % tak kisah jugalah kalau mahu berbuat sedemikian.. ini sudahlah markah hanya cukup-cukup makan (sekadar 40 lebih markah)atau ada yang lebih teruk bawah 20 markah, tapi masih tidak sedar diri.Kadang2 sudah tak tahu, apa lagi jalan mahu sedarkan mereka...
Mereka tidak matang, mereka mungkin tidak dapat membayangkan dalam 'dunia' 'duitan' sekarang, kalau tiada kelayakan atau sijil akademik yang boleh menjamin kedudukan mereka, mereka tidak akan mendapat tempat di dunia ini.Kadang mereka terlupa, mungkin berada dalam lingkungan keluarga yang berpendapatan RM 30 ribu ke atas sebulan, mereka fikir seumur hidup keluarga mereka akan berdampingan dengan mereka.. mereka mungkin lupa, semua itu hanya bersifat sementara sahaja... apabila sampai masanya ibu bapa semuanya pergi, mereka akan bersendirian dan d masa inilah baru tersedar bahawa 'keadaan sudah terlewat' untuk bertindak...
HMM alahai, entahlah..
Thursday, July 3, 2008
Alahai..minyak oo minyak!
Seminggu dua ini Allah sahaja yang tahu betapa sibuknya bekerja.Soalan sekolah, analisa soalan SPM sebab saya rasa amat penting untuk lakukan ini awal-awal supaya murid saya akan dapat mengambil masa ulangkaji sebelum peperiksaan.
Kalau dapat balik Langkawi naik Kabel car, makan coklat, udang bakar, ketam rebus/stim, ikan bakar...hmm sedapnya... akan hilang semua stress.. tapi apa boleh buat.. ungkin sept atau ogos dapat la balik kejap... tak tau lagi, bergantung kepada ongos... sekarang semua sudah naik, minyak, makanan etc.. yang turun (kata bapa saya) hujan je dek oooiiii..
Konon mahu pergi tengok Sepi sekali lagi, tak tahulah kalau ada masa lapang sabtu atau ahad..tapi leceh juga kalau ramai orang dekat panggung...yang penting kena pergi melawat ustazah saya, kak Noriyah yang baru sahaja menjalankan operasi lututnya..
Situasi sudah semakin terukkan... kesan daripada kenaikan harga minyak... hmm..alamaknya cepatlah rambut cik abang saya botak he he..saya kata "dari atas kepala bang, sudah boleh nampak kulit kepala."
Suami kata," tak pa..botakpun lawa lagi"
Saya kata," ini kena tangkap gambar banyak-banyak, sebelum abang bertukar botak.. he he.. sekarang ni belum lagi, ada uban je.."
Dia senyum melirik je.. sebab dia thu, kalau dia botakpun, saya tetap sayangkan dia.. hmm.. romantikusnya saya.. kalau belum tahu maksud romantikus, kena la baca pasal romantikus..

Wednesday, July 2, 2008
Let's eat healty food.
Hmm termenung lagi.Harga minyak yang meningkat menjadikan seluruh perbelanjaan akan meningkat juga.Bahan mentah, makanan sehinggalah barang keperluan. Aduh! Memandang dan baca-baca di web I luv Islam, terpandang akan piramid makanan yang biasa kita lihat atau kita tenung tapi kerap kali kita tidak ambil peduli.Pada awalnya ingat mahu makan sahaja maggi (dinner) tapi memikirkan makanan itu tidak sihat, sayapun menggorenglah mee mamak.Bila difikir2,saya tahu apa kelebihan mee saya dengan mee mamak.Pertama, free, sebab digoreng sendiri.Dua, lebih berkhasiat sebab kurang minyak.ketiga, saya basuh dulu mee itu, rendam dengan air panas sekejap, basuh dengan air sejuk bagi membuang minyak. (gunakan mee tanpa pengawet)Keempat, mee mamak saya paling sedap dalam dunia ( he he he- ini kata saya dan suami, kadang-kadang he he he, yang lain jangan cemburu ya)
Mee ni sedap kalau digoreng dengan tahu yang dipotong empat goreng sampai garing (diangkat daripada kuali) Tinggalkan minyak dalam 3 sudu makan sahaja + 3 bawang putih + 4 bawang merah, goreng garing + 4 sudu makan cili - goreng sampai pecah minyak.+ udang (12 ekor sedang) + 3 sudu kicap lemak manis + 1 sudu b kicap pekat + 2 sb sos tiram + mee (sebungkus) + sawi (2-3 batang) + taugeh (sikit) walaaaa.. last + tahu goreng tadi... goreng sampai garing.. nak sedap lagi, makan dengan sambal ayam ke..tabur dengan daun bawang... gerent lagin sedap daripada mee mamak...
Tuesday, July 1, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)