Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
Saturday, October 31, 2009
Saya anak langkawi (S.A.L)
Bapa saya memang original S.A.L dan saya hanya half Langkawi sebab mama saya orang Seberang Perai...tapi masih mahu mengaku orang Langkawi sebab Langkawi lagi popular daripada Seberang Perai...he he
Cerita 1...
Saya bangga sekali menjadi S.A.L (saya anak Langkawi) sebenarnya saya bukan anak Langkawi pun,lahir di Seberang Perai tapi tak syoklah mengaku anak Penang (Seberang Perai berada dalam kawasan negeri Pulau Pinang,ringkasannya = S.A.P teruk bunyinya kan)tapi sebab saya dibesarkan di Langkawi (hampir 20 tahun,saya suka nak declare sebagai I'm proudly A Langkawian, sound like Hawaian juga kot)
Apabila saudara Limau Tambun mention yang Langkawi patut maju seperti Era Tun Mahathir,saya memang mahu akui sangat, Langkawi banyak dibangunkan mulai era Tun Mahathir... sekiranya Tun tidak menganugerahkan pelabuhan bebas cukai kepada Langkawi dahulu,tentulah Langkawi tidak membangun seperti sekarang. Tidak ramai pelancung tempatan (local, of course Malaysian )yang mahu ke Langkawi sekadar mahu makan seafood atau menikmati kawasan pantainya... saya rasa lebih ramai suri rumah atau wanita Malaysia mahu ke Langkawi sebab mahu memborong pinggan mangkuk import melebihi daripada target makan angin walaupun berkerot muka sang suami menunggu dan perlu membayar harga pinggan isteri...
Kalau pelancung luar negara memang jelas,mereka ke Langkawi untuk 'makan angin'... mereka akan explore Langkawi dari semua arah,darat sehingga ke laut.. kalau pelancung local manalah mahu explore semua perkara,balik-balik asyik 'berkerumun' di kedai kitchen ware.. dan kedai cokelat...
Kadangkala saya jadi pelik,kalau geng berkursus ke Langkawi,kalau ada kelapangan mereka lebih suka ke kedai pinggan daripada explore Langkawi.. pelik kepada saya... banyak betul tempat yang boleh dilawati di Langkawi... (sedikaan cash atau kad kredit la..he he)Saya sendiri setiap kali balik,mesti ke kabel car (ada masanya tidak pergi juga sebab suami tidak mahu ke sana, dan saya akan kata, boringlah macam ni) Saya suka pemandangan di sana,menikmati keindahan alam dan menginsafi kekuasaan Allah.Kalau dirancang betul2,dapat menikmati pemandangan pulau.. hmm best...Tak kisahlah kulit menjadi perang sikit... (dan apa kata membeli dan membaca buku saya Dimensi Cinta,ada sedikit view dan cerita dongeng mengenai Langkawi...)Insya-Allah,nanti kena buat soft opening sikit kat Langkawi...bila cuti sekolah nanti.
Bercerita pasal Tun,kata aruah nenek saya,semasa Tun mula-mula berkhidmat sebagai dr,Tun telah ditempatkan di hospital Langkawi(saya harap fakta ini benar...) jadi Tun menyimpan jambang supaya tidak kelihatan kacak... {tapi saya tahu Tun semasa mudanya mesti kacak sebab dalam usia sekarang pun,Tun masih kacak /handsome )walaupun berjambang... sebab kepada saya,smart brain make a handsome guy...} Dan saya sedar tun memang sukakan Langkawi..ada bakery /cafe milik Tun dan sayuran organik milik Tun dan etc.Saya bersyukur kepada Allah yang mengilhamkan Tun 'pelabuhan bebas cukai' dan berterima kasih kepada Tun kerana dengan asas 'bebas cukai',Langkawi ada peluang maju dan maju dan maju lagi seperti sekarang ini serta masa-masa akan datang... ada juga suara sumbang yang mengatakan masalah sosial yang berlaku semakin menjadi-jadi kerana Langkawi semakin menuju era pembangunan,tapi pada saya,kalau terpencil,tersorot macam dulu pun pun masih ada gadis yang melahirkan anak luar nikah,masih ada kes jenayah dll... Jahat,baiknya manusia akan terjadi di mana-mana pun... seperti cerita sejarah Habil yang membunuh Qabil,jenayah pertama dalam sejarah manusia...kalau diikutkan manalah ada pembangunan pada masa itukan?
Cerita 2,
Semasa membuka e-mel,saya perhatikan ada satu e-mel yang bermula dengan "patutla Nora gagal" Saya tidak tahu apa asasnya pengirim mengatakan demikian atau apa perasaan anda,pembaca jika membaca e-mel yang sedemikian. Mungkin saya yang 'over sensitif' kot... sebenarnya pengirim cuma mengiklankan sesuatu, dan saya tidak peduli lagi dengan lembaran iklan tersebut,kerana pada saya,pengirim seorang yang bongkak. (mungkin dia tidak bermaksud begitu...saya tidak tahu)
Saya akui saya bukan seorang jutawan seperti Oprah,bukan juga ilmuan seperti dr Fazilah Kamsah,bukan juga seorang yang mahir dalam agama seperti Dato
/Ustazah Norbahyah Mahmud atau Dato dr Mashitah Ibrahim, bukan juga seorang politikus yang gah seperti Tun,tapi saya tidak akan mengakui yang saya seorang yang gagal. Mengapa sipengirim mesti mengatakan 'patutla saya gagal?'. Saya sekurangnya berjaya menamatkan pengajian saya sehinga ke U (saya kira asas),saya berkerjaya,bekhidmat kerana Allah dengan mencurahkan khidmat,keringat dan idea saya kepada pelanggan saya (murid saya ) tanpa mengira masa dan tenaga,saya berusaha memajukan diri saya,mencuba mencabar diri saya sebagai novelis dengan harapan menyebarkan ilmu yang saya perolehi walaupun sedikit... jadi adakah saya patut dinamakan sebagai 'patutla nora gagal!' Kalaupun ayat tersebut hanya berniat untuk mengiklan,sipengirim,pada hemat saya tidak patut menggunakan 'ayat atau elemen negatif' untuk menarik perhatian pelanggan. Mungkin patutnya digunakan,'nora akan lebih berjaya jika...' lebih cathy pada hemat saya,sebab saya tentulah ...mahu lebih berjaya. Elemen 'sombong' sentiasa menjadi elemen yang buat saya 'termuntah'... Kawan2 saya semuanya baik-baik belaka,tiada yang sombong walaupun ramai yang kaya 'giler'...jadi kalau ada niat 'menyombong' tak payahlah menjadi kawan saya...
Saya selalu perhatikan dan menonton OPRAH.. walaupun dia terkaya,ternama dan berpendidikan luas kerana pengalamannya dalam bidang penyiaran tetapi dia tidak pernah mengutarakan elemen negatif kepada sesiapa a.k.a sombong diri .... jadi salah sayakah kalau saya sensitif sangat,atau sombongkah saya kalau saya tidak mahu mengakui yang saya gagal... mengikut yang diiklankan oleh pengirim tersebut. Saya percaya mungkin pengirim sudah hartawan,karyawan atau ilmuan, tetapi dia tidak sekaya OPRAH sekarang.. jadi seperti kata pelawak NABIL, 'Lu fikirlah sendiri'...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam nora, bestnya jadi anak langkawi. Betul kata Nora, kalau pergi ke Langkawi untuk berkursus atau lawatan, agendanya adalah mengembara di celah-celah deretan kedai cokelat dan pinggan mangkuk sudu periuk. Saya teringin sekali menikmati Langkawi kerana Langkawi, mungkin patut pergi sendiri saja.
Pasal Tun pernah bekerja di Hospital Langkawi tu memang betul. Dalam Mahathir an illustrated biography ada cerita Tun bertugas selama 6 bulan di Langkawi. Langkawi masa tu serba kekurangan sampai hospital pun guna air perigi, mungkin masa tulah Tun jatuh cinta dgn Langkawi dan bercita-cita membangunkannya.
Beruntung Nora anak Langkawi, ia syurga di bawah langit dunia.
Terima kasih kerana berkongsi.
:-D
Ariyatna Adri
Salam Nura Fuad, terima kasih sudi menjenguk blog kawan...
Sebenarnya kawan belajar satera, terlalu amat suka baca novel sehinggakan dua puteri kawan diberi nama dari tajuk novel, SALINA dan NUDRA SYAFINI (sekarang sedang menyambung Ijazah Sarjana (Master) di UTM, Skudai...
Nama 'Yang Gambi' dipetik dari nama baru klon benih sawit oleh FELDA, memang tidak ada dalam kamus..... benih klon ini mengeluarkan hasil yang baik dan tiada dikeluarkan oleh mana-mana pengeluar benih sawit....
waalaikum salam,
saudara yang gambi,
bangga sekali mengetahui 'yang gambi' adalah klon sawit keluaran felda..menarik.. harapnya di masa hadapan akan ada banyak lagi keluaran felda... ada juga plan next2 novel cerita felda... menarik kan...
kalau saya perlu info saya akan minta,bolehkan?
Post a Comment