
Cikgu seksi, yang tentunya bukan saya.... hmmmmmm
Penggunaan teknologi seperti internet umpamanya sepatutnya membantu manusia menjadi 'insan' yang lebih baik. Banyak cara mudah untuk mendapatkan ilmu,biarlah tidak ada ilmu atau ijazah yang bergulung-gulung,janji kita rajin membaca dan mencari ilmu pengetahuan. Setiap kali kita belajar atau membaca,kita akan mendapat ganjaran pahala.. sama juga dengan blog etc.. facebook,twitter,namakan apa sahaja, kalau bahan yang disediakan,merupakan bahan ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain (The prinsip adalah berkongsi) saya percaya, (semoga ALLAH akan memberi ganjarannya)akan mendapat ganjarannya, baik dunia mahu pun akhirat...
Selalunya kalau saya ke facebook saya,kadang 2 headache juga.. student ada yang 'test' quiz yang bukan-bukan,di luar frame jangkaan kita terhadap remaja..adus.. such as 'sex quiz' at their age.. adus.. cuba juga bersikap terbuka (selalu diorang kata, cikgu ni tak sporting sebab tidak benarkan mereka bercakap atau berbincang pasal sex)Hari tu,sekumpulan student,bertanya saya, dalam buku ada 'sex scenes' tak? Macam mahu terbakar juga jiwa raga.. Akal yang tenang segera bertemu jawapannya...
saya bertanya, "monyet awak fikir ada pergi sekolah tak?"
"tak cikgu" muka masing-masing sudah pelik.
"ada mereka serching internet?"
"lagi la tak cikgu..."tergelak-gelak saja mereka. Agaknya pelik dengan jawapan cikgu.Apahal lah gamaknya cikgu ni?
"ada mereka belajar sains?"
Tidak berjawab,hanya ketawa.
"awak tahu,kenapa monyet boleh berevolusi beribu tahun juta lampau?"
Kali ini mereka tidak tertawa lagi,hanya tinggal senyum kambing.
"Itulah namanya fitrah sains. Tuhan telah ciptakan makhluknya dengan teori dan praktik sains secara tidak langsung. Bila tiba masanya,automatik kita akan tahu,jadi tak payah belajar pasal sex, tiba saatnya awak akan tahu.
"and some more,we're clever than monkeys,right?" Berderai ketawa mereka.
"No need to search,read about it... tiba saatnya awak akan tahu juga.. Sama macam datuk nenek kita dahulu,zaman paleolitik.. mereka berkembang sebab fitrah manusia. Bermula dengan Adam dan Hawa, itukan permulaan manusia.No internet, no book, no teacher tapi manusia terus berkembang.. betulkan?"
Mereka hanya ketawa sebab dapat ceramah free daripada cikgi.. he he
Saya tak tahu tentang banyak tentang agama lain, Islam menggariskan peraturan yang sangat halusi tentang hal ini,jadi mengapa lagi orang sibuk sangat mahu tulis dan bincangkan dalan novel,hatta dalam filem... cukuplah sekadar berkias-kias,orang akan faham...
No comments:
Post a Comment