
Tan Sri MUHYIDDIN Yassin menyampaikan cek replika RM30,000, trofi dan sijil kepada wakil penduduk Kampung Kilim, Omar Ariffin (kiri) yang memenangi Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 sambil diperhatikan oleh Shafei Apdal pada majlis penyampaian anugerah itu di Kampung Mawai Baru, Johor, semalam.
Saya bangga sekali membaca berita ini..Inikan sesuatu yang amat perlu dibanggakan sekali. Kalau saban hari kita hanya disogokkan dengan wajah bayi2 yang dibuang ke longkang,tong sampah,mencuri,kes dadah.. hari ini saya boleh menarik nafas lega,sekurangnya ini kan berita yang amat baik sekali.Yes.. people of Langkawi, especially Kampung Kilim, cayalah. Bravo dan syabas! Kita perlukan suntikan positif seperti ini setiap saat dalam hidup kita.
petikan : Utusan Malaysia
Kampung Kilim menang Anugerah Ilham Desa 2009
KOTA TINGGI 29 Okt. – Kampung Kilim, Langkawi, Kedah hari ini muncul pemenang Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009.
Dengan kemenangan itu, kampung berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, pakej pelancongan sambil belajar bernilai RM20,000, trofi dan sijil.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) Kampung Kilim, Ahmad Nizar Hanafiah, 52, gembira kerana hasil usaha penduduk kampung tersebut membangunkan Kilim Geoforest Park berjaya mendapat pengiktirafan kerajaan.
Katanya, seramai 112 penduduk kampung bersama 60 pengendali bot, terlibat dalam membangunkan Kilim Geoforest Park yang sehingga kini berjaya menarik lebih 118,000 pelancong luar negara.
“Taman itu mula dibangunkan pada 1999 dan pada 2002, ia mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perikanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 di Kampung Mawai Baru dekat sini hari ini.
Hadiah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
1 comment:
Puan Nora,
Tahniah kepada semua penduduk dan anak-anak Pulau Langkawi.
Kalian patut berbangga...
Harapan saya Langkawi dimantapkan lagi sehebat zaman Tun Mahathir.
Post a Comment