
Kartun: Kartunis Ubi
Hari ini wajah seorang guru diuji lagi... aduss... terpaksa menghadiri ladap (latihan dalam perkhidmatan) yang diwajibkan oleh kementerian dengan senyuman di wajah tapi luka bagai tersusuk sembilu di hati a.k.a senyuman dalam tangisan.. Hari sabtu sepatutnya hari untuk keluarga... apatah lagi masih merayakan hari Raya,ada banyak rumah terbuka kawan-kawan untuk dihadiri.Pelik juga,takkanlah mereka (entahlah siapa yang bertanggungjawab )yang memilih tarikh keramat ini tak perasan (tak elert) tarikh-tarikh atau situasi perayaan yang masih berbara lagi... Tajuknya :team builing or team work..
Tidaklah mahu bersikap negatif,tapi kalau dilihat semula kepada struktur sekolah,institusi inilah satu-satunya struktur dalam kerajaan yang tidak boleh dinafikan terdapat kekuatan besar dalam pembinaan team work/building (tak kiralah apa tajuknya).Tanpa team work,institusi ini sudah lama punah dan tidak berfungsi (like dead katak or dead kucing kena langgar kereta di tepi jalan,betulkan?)Apakah sekolah yang agak berjaya, we got sekolah cemerlang 2008 kategori bandar okay... jadi persoalan bagaimana kuatnya team work kami bukanlah satu persoalan lagi... kami memang berjaya mengwujudkan satu budaya kerja yang tidak boleh disangkalkan lagi...
Jadi,pada saya,aktiviti permainan yang dilakukan hari ini (it's fun actually) tapi malangnya terasa bagai tidak diperlukan bagi membuktikan adanya team building atau team work atau mengajar kami bagaimana mahu bekerjasama antara teman-teman sekerja... pelik tapi benar... situasi berlaku bagai mengajar itik berenang.. itik sudah pun memang pingat olimpik tapi sengaja dilepaskan di tepi kolam dan membiarkan mereka berenang-renang bersuka-suka padahal masing-masing sedang memikirkan suami,anak-anak untuk meraikan Syawal yang masih tersisa...paling tidak,masih mahu bersama buah hati meraikan syawal... adus! apalah daya,sang mentimun terpaksa juga tersenyum apabila digodek dengan durian,maklumlah durian kat ada 'power' menggolek sang mentimun...
Sekali lagi pada minggu depan,kami terpaksa menghadiri sekali lagi Ladap, something to do about communication skill..alamak... tiga tahun saya belajar dalam jurusan mass com, tak cukup lagikah? dan berbelas tahun berpengalaman mengajar... agaknya tidak cukup skill komunikasilah sampai perlu sekali lagi berkerut dahi mengadap Ladap... dan perlu practise senyum daripada malam ini supaya bila tiba hari sabtu dean,taklah nampak macam berpura-pura...
No comments:
Post a Comment