Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
sarah irdina... narnia, muzik Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak ...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
Thursday, May 27, 2010
`Abdullah bin `Amr reported that the Prophet صلى الله عليه وسلم said:
There are two acts that no Muslim worshiper does consistently but that he will enter Jannah. And though they are easy, only few people perform them:
1. After each of the five prayers, say tasbih (SubhanAllah) ten times, tahmid (Alhamdulillah) ten times and takbir (Allahu Akbar) ten times. This makes one hundred and fifty (daily extollments) by tongue, and one thousand five hundred (good deeds) in the scale.
2. Upon going to bed, say takbir thirty four times, tahmid thirty three times, and tasbih thirty three times. This makes one hundred extollments by tongue and and one thousand good deeds in the scale.
So who among you would commit two thousand five hundred sins in one day (to counter that)?
The Prophet then added:
Satan comes to a person while he is ready to sleep, and makes him fall asleep before he finishes saying them; and he comes to him after the prayer and reminds him of something he needs to do instead of saying them.
Recorded by Abu Dawud, at Tirmithi and others. Verified to be authentic by al-Albani (Sahih ut)
Wednesday, May 26, 2010
Holidayss......
Sekiranya ditanya kepada guru, hari apakah yang paling best ( pilihan jawapan monday - sunday) jawapan saya, holiday's season (opps, jawapan terkeluar daripada pilihan jawapan, tak ada markah nampaknya... he he) Tiada seorang pun guru barangkali tidak suka kepada cuti. Mengajar itu memang satu keseronokan dan kadang2 menggeramkan ( apa tidaknya : sudah 5 bulan menerangkan yang paper sejarah, ada 2, kertas1 : objektif, kertas 2, struktur dan esei : 4 str. & 3/5 esei yang mesti dijawab tetapi masih ada murid yang bertanya soalan ini sehinggalah SPM menjelang.. alahai: di mana salahnya agaknya) Mungkin saya bercakap Bahasa Marikh atau Bahasa Avatar, padahal, saya hanya menerangkan kepada kelas apabila semua orang mendengar, totaly diam, tiada yang menoleh memandang kawan. Pendek kata : mendengar dengan sesungguh hati. Tapi, yang katanya cikgu ni, 100 kali ditanya pun, akan menjawab juga. Explain lagi dan lagi, tanpa jemu. Lain kali mungkin, rakamkan saja dalam tape recorder, bila ditanya, tekan saja, 'play'.. habis cerita..
Musim peperiksaan : menyiksakan juga. Alhamdulillah, sudah settle dengan kelas F 4, menunggu esok untuk memeriksa kertas F4, 4 kelas juga.., kalau mampu cuba habiskan 3 hari (maksima 5 hari) cuti ni, saya akan 'pulun' (kata orang kedah - do betul2) menulis manuskrip baru sebab selepas Jun- sekolah akan sibuk, percubaan, ulangkaji etc sampai november. Memang tak ada masa untuk menulis, kalau ada pun bergelutlah.. he he.. Tumpuan biasanya kepada pelajar yang akan SPM.. Menulis ni satu hal jugalah: kalau lama terhenti, kena start balik baca manuskrip yang lama untuk dapatkan mood: itulah yang susah. Kalau boleh, terus apabila free. Ada penulis didiplinkan diri, tulis setiap hari. Saya sendiri, kadangkala tak mampu berbuat demikian. Ada kalanya saya tulis, boleh habis 1 bab dalam 2 hari, ada masanya saya rilex sahaja sambil baca untuk masukkan elemen menarik, ada masa movie... Kalau boleh seminggu menulis dan habiskan 3 bab, cannntikkk!!
3 bab saya (kalau anda pernah membaca buku Dimensi Cinta saya = 20- 30 bab sebab bab saya berbeza ) Bab saya mengandungi sub bab.. Bab awal ini merupakan motivasi terpenting.. Jika boleh tiba sehingga Bab 3, penulisan ke bab lain akan menjadi seakan lebih mudah... apatah lagi sudah reach bab 5-6, motivasi itu akan meningkat dengan cepat sehingga habis bab (dalam 9 bab / 10 bab)
Sebenarnya lebih tension jika tidak menulis dengan cepat sebab, perkataan demi perkataan seolah berlegar dalam minda.. he he .. Cuti ini saya akan melawat ke sebuah lokasi penting, dalam novel ketiga.. he he (rahsia besar.. shhhh)
Musim peperiksaan : menyiksakan juga. Alhamdulillah, sudah settle dengan kelas F 4, menunggu esok untuk memeriksa kertas F4, 4 kelas juga.., kalau mampu cuba habiskan 3 hari (maksima 5 hari) cuti ni, saya akan 'pulun' (kata orang kedah - do betul2) menulis manuskrip baru sebab selepas Jun- sekolah akan sibuk, percubaan, ulangkaji etc sampai november. Memang tak ada masa untuk menulis, kalau ada pun bergelutlah.. he he.. Tumpuan biasanya kepada pelajar yang akan SPM.. Menulis ni satu hal jugalah: kalau lama terhenti, kena start balik baca manuskrip yang lama untuk dapatkan mood: itulah yang susah. Kalau boleh, terus apabila free. Ada penulis didiplinkan diri, tulis setiap hari. Saya sendiri, kadangkala tak mampu berbuat demikian. Ada kalanya saya tulis, boleh habis 1 bab dalam 2 hari, ada masanya saya rilex sahaja sambil baca untuk masukkan elemen menarik, ada masa movie... Kalau boleh seminggu menulis dan habiskan 3 bab, cannntikkk!!
3 bab saya (kalau anda pernah membaca buku Dimensi Cinta saya = 20- 30 bab sebab bab saya berbeza ) Bab saya mengandungi sub bab.. Bab awal ini merupakan motivasi terpenting.. Jika boleh tiba sehingga Bab 3, penulisan ke bab lain akan menjadi seakan lebih mudah... apatah lagi sudah reach bab 5-6, motivasi itu akan meningkat dengan cepat sehingga habis bab (dalam 9 bab / 10 bab)
Sebenarnya lebih tension jika tidak menulis dengan cepat sebab, perkataan demi perkataan seolah berlegar dalam minda.. he he .. Cuti ini saya akan melawat ke sebuah lokasi penting, dalam novel ketiga.. he he (rahsia besar.. shhhh)
Sunday, May 23, 2010
Musim peperiksaan.
Seperti kebanyakkan musim-musim di negara yang mengalami empat musim, panas, bunga, luruh dan dingin.. kerjaya guru juga da musimnya.. Musim peperiksaan, musim yang tak berapa saya gemari. Bukannya apa, terlalu sibuk, weekend pun tidak boleh keluar rumah: target mahu habiskan semua 'bundle kertas peperiksaan sebelum musim cuti. Cuti ini hanya untuk cuti dan menulis buku/manuskreip baru sahaja. Banyak yang boleh dituliskan.. Kalau betul2 tumpu, boleh habis 2-3 bab dalam 2 minggu (kalau beriyalah) dan mahu habiskan masa bercuti... best!!
Dua hari ini berjaya habiskan 3 kelas, ada 1 kelas, esok, insya-Allah boleh habis. Kebiasaannya saya akn mulakan dengan kelas yag tidak begitu baik - ke kelas terbaik supaya hati tak sakit melihat jawapan mereka... tapi kata kawan saya, baik mulakan dengan kelas yang paling baik dan menurun kepada kelas yang kurang baik: Better rasanya... kali ini berjaya positifkan minda.. Saya tidak perlu rasa 'geram' atau 'sakit hati'.. I have done my best! Sekiranya mereka masih gagal mencapai matlamat/ memperolehi markah yang baik, nasiblah. Mereka yang tidak berusaha.
Saya memahami sangat ada murid yang pencapaian minda mereka lemah. Ada yang study macam mana pun, mereka kata mereka lupa: well: speechless..Minda kita berfungsi bagai kenderaan juga, ada yang bergerak perlahan bagai kereta lembu, ada yang bergerak selaju pergerakan cahaya.. jadi, nak buat macam mana. Cuma yang dikesalkan, ada murid yang memang malas 'giler'.. mahu berfikir sikit pun malas... Ada menjawab soalan tanpa membuka soalan langsung: sound tak logik, tapi itulah yang berlaku. Agaknya mata dia boleh x-ray soalan dalamnya tu...Hmmm..
Dua hari pada minggu lepas, saya terpaksa berkorban masa saya dengan membuat kelas tambahan untuk mengulangkaji. Saya wajibkan murid yang tidak lulus penggal lepas supaya hadir, dan membuka kelas untuk murid lain yang ingin hadir. Kami mengulangkaji semua tajuk2 (hampir semua) yang belum keluar dalam SPM dan saya menerangkan tentang 'sistem back-up', the minimum jawapan yg. perlu mereka ingat jika gagal mengingat fakta yang banyak.. malangnya, murid2 tu, tak ada pun yang hadir..(ada sebilangan kecil sahaja) yang hadir sebaliknya murid2 yang sedia 'score' markah tinggi.. Pelik kan: orang yang bijak mahu terus bijak :padahal mereka tak perlukan kelas seperti itu pun.
Minggu depan, kelas dengan tingkatan 4... (but alhamdulillah: murid f 4 saya yang gagal hanya 2 orang penggal lepas daripada 4 kelas...) Cuma saya mahu mereka kalau boleh mendapat markah yang lebih baik... 70% ke atas adalah markah yang baik mengikut saya. Apa pun, yang penting : Kita sudah berusaha: yang lain: serahlah kepada Allah.
Tidak sabar untuk menghabiskan dua minggu lagi hari sekolah: perlu bercuti.. dan yang lagi penting : dalam perjalanan nanti, saya boleh habiskan membaca beberapa buah buku yang saya beli semasa pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)tempoh hari...
Thursday, May 20, 2010
Hobi dan buku baru...
Penulis! Menjadi seorang penulis sebenarnya tidak termnasuk dalam cita-cita saya pun. Tidak mahu berikap sombong, tapi itulah realitinya. Saya menjadi penulis secara tidak sengaja, kerana desakan seorang kawan baik yang yakin saya boleh menjadi seorang penulis. Aznishah: mungkin sampai bilapun saya tidak akan menafikan hakikat, dialah sahabat pertama yang menggerakkan saya ke arah hobi lama saya.
Saya memulakan penulisan pada zaman persekolahan, tetapi menghentikan usaha apabila ke UKM dan sterusnya zaman penulisan itu terhenti begitu sahaja. Mungkin pada zaman itu, tidak menerima honorium pun bagi cerpen yang tersiar menjadikan saya malas. Sekadar berasa seronok melihat karya di najalah tidaklah mmadai walaupun menulis cerpen tidaklah mengambil masa yang lama. Dua-tiga hari jika betul2 menulisnya.. kalau sudah mempunyai bahan/info, sehari pun boleh menuli cerpen... sekarang, saya udah pun kurang berminat menulis cerpen (sebenarnya tidak menulis langsung pun)
Menulis novel lebih memberi kepuasan kerana ada 'storyline', ceritanya panjang dan boleh bercerita dengan lebih bebas (tiada had perkataan dan mukasurat)Tetapi ada juga batasannya, perlukan masa yang lebih panjang dan banyak masa untuk menulisnya. Kadang2 reaserch pun mengambil masa yang lama. Terpaksa duduk berjam-jam di depan laptop sampaikan mata pun berbundal-bundal...tapi apabila melihat sebuah buku, hasil nukilan kita sendiri, masa yang panjang, tidur yang tidak lena (sekali dua sahaja kerana memikirkan buku yang tidak siap-siap: menjadi geram sendiri)
Pagi tadi apabila saya membaca sebuah rencana di akhbar, seorang penulis yang menggambarkan perasaannya melalui kartun ada menyatakan bahawa, penulisan novel cinta lebih disukai oleh pembaca, dan penulisan akademik yang lebih mengkaji, banyak info tidak mendapat sambutan. Well! Terus terang, saya memang bersetuju dengan kenyataan ini. Rakyat Malaysia agak kurang berminat dengan bahan penulisan, apatah lagi pengetahuan yang berkaitan dengan akademik. (terlalu ilmiah agaknya) Rasanya, pada hemat saya, eloklah penulis akademik atau ilmiah mencuba bidang baru, menulis novel cinta. Pada pendapat saya, penulis juga boleh memainkan peranan sebagai penggerak minda masyarakat. Selain mewujudkan cerita cinta, penulis boleh memasukkan maklumat ilmiah di dalamnya. Sekaligus menjadikan bahan novel ini, sebagai 'serampang dua mata'.. mengenali cinta juga + mendapat info berbentuk ilmiah.Mengapa tidak!
Ada pembaca yang kurang meminati bahan ilmiah, kata mereka: mereka mahukan 'cinta' saja, tak mahu maklumat lain. Well: saya 'pause' he he.. Saya memang gemar baca bahan ilmiah: sekiranya saya membaca novel tanpa bahan ilmiah : saya rasa 'plain'.. agak kecewa juga.. tapi saya pasti saya telah memperolehi banyak ilmu di dalamnya... bukannya semua penulis boleh memenuhi khendak pembacanya... macam makanan juga, ada sukakan mee, bihun dan sebagainya. Cuma, saya harapkan sedikit info ilmiah tidak akan membantutkan pembacaan pembaca saya.. (he he - sebenarnya seronok membaca bahan ilmiah ni: )
Saya juga seronok membaca bahan penulisan yang berkaitan 'travel' sebab mahu banyak2 travel, 'poket' pun bocor juga. Jadi buat sementara ini, saya baca dahulu semua bahan traveling.. juga saya selitkan dalam penulisan saya. Dalam Dimensi Cinta : London, Kenyir, Adelaide, Langkawi dan KL. Insya-Allah, dalam buku kedua saya, saya membawa anda ke New York, Toulouse, Kota Kinabalu dan Gunung Kinabalu dan ke Seberang Perai pula.
Pendapat pembaca saya hargai. Kritikan dan komen juga digarapkan agar penulisan menjadi lebih mantap (harapnya lah)Dalam buku kedua (tajuknya masih rahsia) sebab bergantung kepada penerbit untuk memutuskan tajuk akhirnya.... saya membawa anda mengenai derita seorang pesakit barah : dan bagaimana seorang gadis yang menghitung cinta sehingga dia sengsara... dan ending : mesti macam hindustan: takkan mahu kcewa sehingga akhir hayat pula....
Saya memulakan penulisan pada zaman persekolahan, tetapi menghentikan usaha apabila ke UKM dan sterusnya zaman penulisan itu terhenti begitu sahaja. Mungkin pada zaman itu, tidak menerima honorium pun bagi cerpen yang tersiar menjadikan saya malas. Sekadar berasa seronok melihat karya di najalah tidaklah mmadai walaupun menulis cerpen tidaklah mengambil masa yang lama. Dua-tiga hari jika betul2 menulisnya.. kalau sudah mempunyai bahan/info, sehari pun boleh menuli cerpen... sekarang, saya udah pun kurang berminat menulis cerpen (sebenarnya tidak menulis langsung pun)
Menulis novel lebih memberi kepuasan kerana ada 'storyline', ceritanya panjang dan boleh bercerita dengan lebih bebas (tiada had perkataan dan mukasurat)Tetapi ada juga batasannya, perlukan masa yang lebih panjang dan banyak masa untuk menulisnya. Kadang2 reaserch pun mengambil masa yang lama. Terpaksa duduk berjam-jam di depan laptop sampaikan mata pun berbundal-bundal...tapi apabila melihat sebuah buku, hasil nukilan kita sendiri, masa yang panjang, tidur yang tidak lena (sekali dua sahaja kerana memikirkan buku yang tidak siap-siap: menjadi geram sendiri)
Pagi tadi apabila saya membaca sebuah rencana di akhbar, seorang penulis yang menggambarkan perasaannya melalui kartun ada menyatakan bahawa, penulisan novel cinta lebih disukai oleh pembaca, dan penulisan akademik yang lebih mengkaji, banyak info tidak mendapat sambutan. Well! Terus terang, saya memang bersetuju dengan kenyataan ini. Rakyat Malaysia agak kurang berminat dengan bahan penulisan, apatah lagi pengetahuan yang berkaitan dengan akademik. (terlalu ilmiah agaknya) Rasanya, pada hemat saya, eloklah penulis akademik atau ilmiah mencuba bidang baru, menulis novel cinta. Pada pendapat saya, penulis juga boleh memainkan peranan sebagai penggerak minda masyarakat. Selain mewujudkan cerita cinta, penulis boleh memasukkan maklumat ilmiah di dalamnya. Sekaligus menjadikan bahan novel ini, sebagai 'serampang dua mata'.. mengenali cinta juga + mendapat info berbentuk ilmiah.Mengapa tidak!
Ada pembaca yang kurang meminati bahan ilmiah, kata mereka: mereka mahukan 'cinta' saja, tak mahu maklumat lain. Well: saya 'pause' he he.. Saya memang gemar baca bahan ilmiah: sekiranya saya membaca novel tanpa bahan ilmiah : saya rasa 'plain'.. agak kecewa juga.. tapi saya pasti saya telah memperolehi banyak ilmu di dalamnya... bukannya semua penulis boleh memenuhi khendak pembacanya... macam makanan juga, ada sukakan mee, bihun dan sebagainya. Cuma, saya harapkan sedikit info ilmiah tidak akan membantutkan pembacaan pembaca saya.. (he he - sebenarnya seronok membaca bahan ilmiah ni: )
Saya juga seronok membaca bahan penulisan yang berkaitan 'travel' sebab mahu banyak2 travel, 'poket' pun bocor juga. Jadi buat sementara ini, saya baca dahulu semua bahan traveling.. juga saya selitkan dalam penulisan saya. Dalam Dimensi Cinta : London, Kenyir, Adelaide, Langkawi dan KL. Insya-Allah, dalam buku kedua saya, saya membawa anda ke New York, Toulouse, Kota Kinabalu dan Gunung Kinabalu dan ke Seberang Perai pula.
Pendapat pembaca saya hargai. Kritikan dan komen juga digarapkan agar penulisan menjadi lebih mantap (harapnya lah)Dalam buku kedua (tajuknya masih rahsia) sebab bergantung kepada penerbit untuk memutuskan tajuk akhirnya.... saya membawa anda mengenai derita seorang pesakit barah : dan bagaimana seorang gadis yang menghitung cinta sehingga dia sengsara... dan ending : mesti macam hindustan: takkan mahu kcewa sehingga akhir hayat pula....
Tuesday, May 18, 2010
Berita baik untuk guru, benarkah..
Antara ucapan yang menarik semasa Hari Guru.
Amirah: Ukhwah yang terbina bukan kerana kuntuman bunga tapi persis tasbih, awal awal, tiada hujungnya, bercantum dengan cintaNya, dibuat untuk mengingatiNya dan dratib demi redhaNya. Semoga Ukhwah yang terjalin, antara kita kekal selamanya. Loves Amirah.
Asyida: Kata bintang, cikgu yang terbaik.
Kata bulan, cikgu sellau bersemangat,
kata mentari, cikgui sederhana dalam semua perkara,
kata angin, cikgu tenang ketika badai,
kata tanah,cikgu selalu berpijak kepada kenyataan.
Mr Rapindi : Dulu, murid hormat dan takut pada guru,
Kini, guru takut murid,
Dulu,guru talk and chalk,
Kini cikgu kena slow talk,
Dulu cikgu boleh claim,
Kini cikgu tak boleh complain,
Dulu Hari Guru dapat wang saku,
Kini dapat penyapu (sebab kena gotong royong)
Pn Shasha: Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegarnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana, Berbahagialah menjadi guru.
Pn Norita : Good teacher explains, Better teacher demonstrates, Best teacher motivates, Great teacher inspires..
Well, beriyalah menunggu berita baik untuk guru. Well, saya rasa, berita itu tidaklah baik sangat. Untuk sekolah biasa, yang terdapat golongan murid yang lemah, sukar untuk kekalkan prestasi baik dan semakin baik bagi 2 tahun bagi melayakkan mendapat 'keistimewaan'..walaupun prestasi sekolah saya baik, tapi untuk terus menaikkan peratus sekolah satu kerja yang sukar juga. Kecualilah, bagi sekolah2 khas dan pilihan di mana tiada langsung murid yang lemah di sana.. hmm..
Hari ini pula : cadangan kementerian bagi meletakkan/hadkan 25 orang murid dalam satu kelas. rasanya dari zaman Mama saya bekerja, isu ini dibangkitkan..tapi semuanya masih di tahap lama juga. Macam cerita lagenda/mitos yang akan kekal mitos atau lagenda saja. Mama saya sudah 9 tahun pencen.. dan isu ini dibangkitkan sebelum ini lagi.. hmmm.. agaknya sampai saya pencen pulak, isu ini tidak habis dicanangkan.. cadang, bukanlah susah pun.
.
Labels:
benarkah...,
Berita baik untuk guru
Saturday, May 15, 2010
Selamat Hari Guru..2010
Selamat Hari Guru kepada semua rakan guru, tanpa mengira guru tadika sehinggalah ke peringkat Universiri.. (anda masih bertaraf guru kepada saya) Istilah guru : orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Mengikut Islam (berdasarkan pemahaman saya lah) guru ini sebenarnya siapa sahaja, yang pernah mengajar kita walaupun sepotong ayat. Kita wajib menghormatinya.
Saya terkenangkan guru saya, (dan di saat ini airmata saya mengalir tanpa henti) seorang yang sangat saya hormati dan kasihi tapi sepanjang hayatnya, tidak pernah saya khabarkan kepadanya bahawa, pengalamannya yang mengasihi murid, kesopanannya, keseronokan bersama dia menjadikan saya berkobar-kobar untuk menjadi seorang guru. (Sebenarnya banyak sebab lain termasuklah mama adalah bekas guru, bapa saya yang suatu masa adalah seorang guru juga, dan berpuluh sebab lain) Sebagai bekas pelajar UKM, saya menjadikan dia sebagai 'model' untuk turut sama menjadi siswa di UKM... Perkara pertama yang saya semak adalah thesis guru saya di UKM. Malangnya, sebagai seorang yang mempunyai darah campuran Melayu sebanyak 40%, saya ini mempunyai sikap tidak menuturkan segala perasaan yang tersimpan lama (dahululah : kejadian ini sudah lama sangat berlaku) Guru saya, Puan Salmeah Bt Siron, meningal dunia akibat barah tulang... dan saya tidak sempat menyatakan kepadanya semua perasaan yang saya simpan dan ucapan ribuan terima kasih kepadanya. Saya bercita-cita untuk menghadiahkan dia 'hadiah kejutan' di saat dia bersara nanti. Tapi allahyarhamah telah dijemput kembali di sisiNya sebelum pun usia bersara.
Di saat saya mendapat berita dia meninggal (sebab keluarga saya terlupa menyatakan dia telah berada di hospital di saat akhirnya) Saya terjelepuk di katil saya.. Terkedu, dan menangis. Saya sedar di saat ini, doa saya akan mengiringinya setiap masa.
Saya juga terkenangkan ustazah saya, Ustazah Aisyah. Ustazah ini mengajar saya membaca al-quran dan saya sering mengikut nenek saya mendengar 'membaca kitab' (orang kedah : maksudnya mentafsir al-quran) Semua memori ini terasa basah dan masih baru dalam memori saya. Nenek saya dan ustazah ini pun sudah lama pergi... Doa saya untuk keduanya.
Saya amat menghargai semua jasa guru saya... menjadi seorang guru, saya mengasihi setiap orang murid saya.. ada masanya saya menasihatkan mereka sebagai kawan, ada masanya saya memarahi bagaikan seorang ibu, ada masanya kena 'fire' macam ibu tiri Bawang Putih... Saya sebenarnya tidak kisah kalau mereka boleh menguasai matapelajaran saya atau tidak (maksudnya kalau dia pandai okay, tidak juga okay) cuma saya kesal kalau ada yang mengganggu saya atau kelas, malas untuk belajar, tidak fokus, menggunakan perkataan kesat.. kepada saya, the 's' word adalah kesat.. kepada murid sekarang, the S word itu adalah biasa. Selalunya saya katakan, siapa menyebut the S word akan dihadiahkan 'tahi kucing' sesuai dengan perkataan yang mereka gunakan.
Kadangkala menjadi seorang guru, kita rasa tidak dihargai... ada pihak luar, pihak sekolah, kadangkala ibubapa, murid sering menjadi tekanan dan beban yang tidak menyeronokkan guru. Guru sering dimomokkan dengan pelbagai beban yang tidak perlu. Perlu menyiapkan segala perkara yang tidak perlu sama sekali yang apabila diluahkan, sering dikaitkan dengan perasaan tidak ikhlas. Keikhlasan sebenarnya tidak boleh dilabelkan oleh manusia, hanya Allah sahaja boleh melabelkan kita...
Apa pun, selamat Hari guru.. semoga kita sebagai insan sentiasa menjadi guru kepada orang lain.. dan orang lain juga menjadi guru kepada kita.
Thursday, May 13, 2010
Alhamdulillah... Hari Guru yang hebat.
Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), saya pergi berdating. Dating?ha ha ha.. Sudah tahun ke 10 berkahwin, mengenali suami pulak tahun 1999, so hampir 11 tahunlah kiranya 'berdating' secara formal dan sudah bertaraf 'halal'... apa nak dating lain lagi. Bukan katakan berniat, terlintas niat untuk berdating pun tidak ada.. he he he.. Entah apa orangnya yang masuk ke dalam mimpi merepek saya. Ada yang saya kenal.. dan saya pasti buat apalah mereka mahu berdating dengan saya.. (he he he) kelakar betul!
Hari ini keluar untuk membeli barangan Secret Forest, tungku herba untuk mama saya (satu untuk saya juga) Boleh digunakan dalam microwave... baik untuk lenguh, lebam, sakit badan. Saya bimbang mama saya mungkin mengidap arthritis, kadangkala ada kesakitan di joint jarinya.. but alhamdulillah, penyakit yang lain tak ada.. jantung etc.. semuanya okay. Jadinya, dengan tungku herba itu, saya harapkan mama akan lebih okay.
Petang tadi mendapat panggilan telefon dari KarnaDya jam 3.05 petang, sudah rasmi buku kedua akan diterbitkan. Saya yakin manuskrip yang baru ini akan diterbitkan. Cuma tidak tahu bila pengesahannya. Kalau buku yang pertama tu, antara yakin dengan tidak. Maklumlah baru menulis dan tidak ada pengalaman dalam penulisan. Yang kedua ini, lebih yakin sebab sudah ada buku yang pertama. Keseronokan mendengar pengesahan ini tidaklah sehebat buku 1 sebab saya sudah ada keyakinan yang buku ini akan diterbitkan. Tapi mash dalam mood yang seronoklah... alhamdulillah.
Esok sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Seronoklah juga, sebab akan ada pelbagai aktiviti.Malangnya kedua pilihan/optional aktiviti saya tidak suka. 1. Boleh pilih aerobik. 2. Boleh pilih demontrasi masakan.. (yang saya dengar, menghias cup cake)
Aerobik! Dari zaman kanak-kanak lagi, saya memang tidak suka menari. (sebenarnya bermula denan saya mencuba menari pada darjah satu, tapi mama saya sendiri yang menjadi juru tarinya terpaksa menggugurkan saya sebab saya memang tak boleh menari.. keras semacam dan agaknya 'buruk' sangat.. he he) Sejak itu, saya sedar, itu bukanlah satu kebolehan kepada saya.. he he.. I never try dancing..never in my life. Masa asaya di tingkatan 4, seluruh pelajar perempuan asrama (tingkatan 4) terlibat dengan tarian mewakili sekolah ke perarakan di stadium, tinggal saya dan seorang kawan, Siti Zabedah Ibrahim (saya ingat lagi namanya sebab kawan saya ini sangat tabah -tabah giler2 orangnya: saya akan ceritakan suatu hari nanti) yang menarik diri.. Bunyinya pelikkan.. bagaimana semua orang terlibat dan saya tidak terlibat.. semua orang kelihatan excited untuk menari beramai-ramai dan saya .. tak kisah langsung..
Semasa di UKM, seringkali aerobik dilakukan di blok saya, dalam situasi yang amat terlindung di court badminton, hanya berjarak 5 meter daripada bilik saya, dan apa yang saya akan buat, sekadar membuka tingkap besar-besar dan mengintai dari tingkap.. he he..
Dan sekarang ini! Jangan haraplah saya akan melompat-lompat lagi. Sudah terlambat untuk berbuat demikian.. (he he he)
Kalau aktiviti menghias cup cake pula. Pertama, saya memang kurang suka kek. Makan jugalah, tapi jarang sangat.. tak berapa suka. Apatah lagi cup cake yang biasanya dihiasi dengan aising yang manis. Auuww!! Saya tak akan sentuh langsung. Tahun lepas, ada kelas yang memberi saya cup cakes sempena hari guru, kalau tak diambil, tak baik pula. Sudahnya nasib baik ada kawan yang datang dan saya menjamunya kepada mereka.. he he.. Rezeki merekalah.
Rasa frust juga (tapi bershukurlah.. ) sebab kedua aktiviti saya tak suka, tapi ialah, bagaimana mahu puaskan hati semua orangkan?
Ada beberapa kelas yang bertanya, "what I wish for my hari guru's present?"
I say, "BMW X3" masih kekalkan idea tahun lepas. Rasanya tak patut sangat kalau menyebut atau meminta-minta, walaupun mereka rela hati untuk berikan hadiah. Saya senyum sahaja. Sebagai guru, hadiah paling bernilai adalah, mereka semua berjaya di masa hadapan... menghormati saya sebagai ibu dan guru mereka. itu sahaja. Ada masanya mereka dilayan sebagai kawan, boleh bercerita dan bergelak bersama.. ada masanya mereka akan dinasihati sebagai guru, anak masanya kena'marah' dan 'bantai' sebagai seorang ibu. Ada masanya disayangi bagaikan seorang 'kekasih'..ada masanya bagaikan mak Bawang Merah, kena 'ucapan' yang sedikit panjang.. he he he.
Hadiah paling best: I love u teacher, atau we love u teacher selepas mereka baru sahaj kena marah sebab buat kesilapan, mostly sebab tidak tumpukan perhatian dalam kelas, atau buat muka masa diberi teguran.. mostly ayat saya, "awak tak boleh buat begini, ini seakan aksi ayat menderhaka... cikgu ni bagai mak awak tau.... " mereka akan dapat mendengar nasihat guru kaunseling dengan percuma (saya lah tu he he he) Disebabkan saya dibesarkan dengan dua tangan yang 'istimewa' mama saya yang tegas (yes maknanya ya dan no maknanya tidak), tetapi saya diajar agar membuat keputusan berdasarkan diri saya sendiri: kebergantungan kepada diri sendiri, bukannya orang lain.. dan nenek saya yang manjakan saya giler tetapi penuh dengan ketertiban, kesopanan dan banyak rules... maka itulah saya... tegas tapi manjakan juga students saya.. dalam ketawa saya, ada yang terkena genjatan elektrik...
Kelemahan paling teruk saya, saya tak dapat mengingatkan nama students, sudah tentu mereka agak upset..tapi bagaimana mahu mengingati hampir 300 nama..Kata saya, sama ada mereka murid yang paling top atau yang banyak buat masalah, itu saya boleh ingat.. normal saya kira... agaknya kalau sehari menghafal satu nama, hujung tahun, saya akan dapat mengingati semuanya... agaknyalah..
Sunday, May 9, 2010
My Name is Khan:film
Hari ini saya berpeluang menonton Film ini: My name is Khan. Wow! Bagus giler. Entah mengapa, peminat filem dan cinema seperti saya boleh terlepas menonton filem yang sebegini bagus. Saya belum pernah membaca dan mendengar tentang 'Asperger's syndrome'..kali pertama mendengar dan mengetahui tentangnya(actually dalam group autisme- that the most yang pernah saya tahu)
Jalan ceritanya berkisah dengan periustiwa 11/9 yang berlaku, bagaimana permusuhan Islam dan duinia luar yang menjadikan "islam" sebagai target kerana perkataan dan perbuatan "jihad" yang disalah ertikan. It's very beautidul film, sangat menyentuh perasaan, hampir banjir rumah. Yang paling saya best, tiada tarian hindustan yang saya paling tidak suka. Rasanya agak membuang masa melihat tarian yang lama (agaknya 5 minit kali 6 lagu)Itu satu budaya, saya fahami hal tersebut, saya bukan tidak sukakan tarian hindustan, tapi saya tidak suka tarian.... itu sahaja masalahnya. Sebab itu saya kurang menonton cerita hindustan: sebab banyak tariannya.
Cuma satu perkara sahaja yang tidak saya setuju membenarkan perkahwinan antara muslim dan bukan muslim berlaku. Menyedari sangat hal ini dibolehkan di negara-negara luar terutamanya Amrerika Syarika malah India juga (perkahwinan secara register membenarkan mana-mana agama berkahwin walaupun berbeza agama)Padahal agama Islam menyebut: Rukun perkahwinan/Rukun Nikah, syarat pertama mestilah sesama muslim. Tidak mengikut rukun bermakna perkahwinan tidak sah dilakukan. Barangkali hanya mengikut 'nature' negara luar bukannya Agama Islam.
Bercakap mengenai moral / kemanusiaannya, I have to say : it's beautiful.. (mungkin sudah terlambat kot) Saya rasa, saya tidak akan teragak-agak untuk menonton 3 kali lagi.. (the most yang saya nonton kalau filem itu bagi saya bagus) Lebih bagus lagi bagaimana seorang ibu yang yakin dapat mengibah pandangan orang lain terhadap anaknya yang mengidap sindrom Asperger, dapat belajar berdikari dan menghadapi dunia yang menjadi begitu menakutkan baginya. (Pengidap merasa takut akan suasana luar, orang luar, bunyi bising, warna kuning dan objek bersegi dan tajam serta tidak dapat ekspress their feeling melalui perkataan dan perbuatan mereka...)Tidak dapat membayangkan bagaimana mengharungi dunia yang penuh 'kekuningan', 'stranger','loud musics, sounds'dan bahaya dengan sindrom ini. Perkara baik tentang sindrom ini adalah pembawanya sebenarnya intelegent, dapat mengingati fakta dan agak lurus orangnya. Dia mengharungi kehidupan dengan bersikap baik dan menolak kejahatan, as Rizvan
Berfikir tentang sindrom ini, penuh rasa kesyukuran kepada Allah, that I'm perfect (in other word, tidak mempunyai sindrom yang pelik. But a part of me: saya tahu saya ada mengidap sindrom ini, he he he.. saya tidak suka bising, tension giler. Budak bising dalam kelas pun, saya rasa sakit kepala.
So di bawah ini info filemnya dan sinosis, tapi let me tell u one more timeL: memang tak rugi menyaksikan film ini.
Sinopsis.
Rizwan Khan (Shahrukh Khan) is a Muslim child who grew up with his brother Zakir and his mother (Zarina Wahab) in a middle class family in the Borivali section of Mumbai. Rizwan is different from other children as he has autism. However, he has certain gifts, particularly a special ability to repair things. His difference leads to special tutoring from a reclusive scholar and extra attention from his mother, all which leads to a heightened level of jealousy from his brother Zakir, who eventually leaves his family for a life in the United States .
Despite this resentment, as an adult Zakir (Jimmy Shergill) sponsors Rizwan (Shahrukh Khan) to come and live with him in San Francisco after the death of their mother. It is at this time that Zakir's wife, Haseena (Sonya Jehan) diagnoses Rizwan as having Asperger's syndrome. Rizwan also begins to work for Zakir and in the process he meets a Hindu woman, Mandira (Kajol) and her young son, Sameer or Sam (Yuvaan Makaar), from a previous marriage. Mandira is a hairdresser by profession. Despite Zakir's hostility to the match, they marry and settle down in the fictional town of Banville, where both Mandira and Sameer take Rizwan's last name as their own. They also live next door to the Garrick family. Sameer is close to their young son, Reese (Kenton Duty and Michael Arnold) while Mark (Dominic Renda) is a reporter and Sarah (Katie A. Keane) is a friend of Mandira.
The Khan's perfect existence gets disrupted, however, after the September 11 attacks on the twin towers in New York City. Mark goes to cover the war in Afghanistan and dies there. At the same time, the Khan family begins to experience post 9-11 prejudice in their community and Reese begins to turn against Sam as well. One afternoon, an argument between them turns into a racially motivated schoolyard fight between Sameer and a number of older students. Reese tries to stop the fight but is held back and Sam dies from his injuries. A shattered Mandira blames Rizwan for his death stating that Sameer "died only because his name was Khan." She then tells Rizwan that she no longer wants to be with him. When he asks her what he has to do to be together with Mandira, she tells him that he has to tell the people of the United States and the President that his name is Khan and that he is not a terrorist .
Rizwan thus sets out on a journey that takes him from one US state to another, in order to first meet President George W. Bush and later President-elect Barack Obama. During this quest, he travels to Wilhemina, Georgia and befriends Mama Jenny and her son Joel. Later, in Los Angeles, he prays in a Mosque and overhears violent rhetoric from Faisal Rahman (Arif Zakaria). He reports this to the FBI but there is no response at that moment. Later, while waiting in a crowd to meet President Bush and repeating again and again, "My name is Khan and I am not a terrorist," Rizwan is arrested and placed in a prison by police who misinterpret his statement.
While in the prison he is tortured as a terrorist suspect and meets the psychiatrist Radha (Sheetal Menon) who believes he is innocent. He is later released after a media campaign by some Indian student reporters Raj (Arjun Mathur) and Komal (Sugandha Garg) and Bobby Ahuja (Parvin Dabas), who prove his innocence by unearthing his attempts to inform the FBI about Faisal Rahman. After his release, he returns to hurricane-hit Wilhemina to help Mama Jenny and her son. His efforts attract media attention and numerous Muslims come to help as well. At the same time, Reese confesses to Mandira and reveals the identity of the boys who beat up Sam. She informs Detective Garcia (Benny Nieves) who has been assisting her on the case, and Detective Garcia arrests them.
After they are brought to justice, she joins Rizwan in Georgia. At the moment she arrives, Rizwan is stabbed by a follower of Faisal Rahman and is rushed to the hospital. With Mandira's help, Rizwan survives and meets President-elect Barack Obama (Christopher B. Duncan) who tells him: "Your name is Khan and you are not a terrorist . "
Info Filem
My Name Is Khan (Hindi: माय नेम इज़ ख़ान);[3] commonly referred to as MNIK,[4] is a 2010 Bollywood film directed by Karan Johar, with a screenplay by Shibani Bathija, produced by Hiroo Yash Johar and Gauri Khan, and starring Shahrukh Khan and Kajol,[5][6] who reunite after nine years (their last film together was Kabhi Khushi Kabhie Gham in 2001). It is overseen by both Dharma Productions and Red Chillies Entertainment and distributed by FOX Star Entertainment, which bought the rights for the film for a sum of INR 1 billion, thus becoming the second most expensive Bollywood film, behind Blue.[7] It is also the highest buyover for any Indian film, breaking Ghajini's record of INR 900 million.
My Name Is Khan is the fourth directorial venture of Karan Johar. Cinematography is by Ravi K. Chandran, Shankar-Ehsaan-Loy composed the film's score, choreography is by Farah Khan, and lyrics were written by Niranjan Iyengar.[8] Visual Effects are by Red Chillies VFX.
My Name is Khan debuted in Abu Dhabi, UAE on 10 February 2010.[9] It released globally in theaters on 12 February 2010.[1] It was also screened as part of the 60th Berlin International Film Festival's official selection the same month.[10] In the months leading up to its release, the film has also been involved in some controversy related to international airport security and Indian politics.
Upon release, the film broke many box office records overseas, where it is currently the highest-grossing Bollywood film.[11] Within four weeks, the film crossed the INR 700 million mark in India and became the first film of 2010 to do so. The film was released in India on DVD on 28 April 2010. Blu-ray in India, plus a DVD and Blu-ray release worldwide will follow on 14 June 2010
Tuesday, May 4, 2010
Selamat Harijadi Hubby..
Semalam harijadi suami saya, 3 April. Saya tiba2 terkenangkan arwah ibu mertua saya. Tahun ini kali pertama suami menyambut harijadinya tanpa ibunya yang baru meninggalkan kami 26 Dis tahun lalu. Pastinya sekiranya dia masih ada lagi, suami akan memperolehi doa yang panjang daripada ibunya. Saya hanya menelefon mama saya, mengharapkan keberkatan doa seorang ibu lagi. Kata suami, "abang lebih tua setahun lagi." Kata saya, "memang.. dan abang lebih 4 tahun tua daripada ayang.."he he, mengusiknya bagi sentiasa mengingatkan dia, yang dia sudah tua. Resmi lelaki inikan bagai santan, lagi tua kelapa, lagilah lemak santannya. Harapnya, suami saya tidak 'menggatal' apabila semakin tua..
Well! Plan untuk surprise.. tak ada. Sebab saya bimbang kalau buat plan dan tidak jadi, saya lagi frust! Ada masanya, dia tidak dapat menjalankan program seperti dirancang.. cukup saya bertanya kepadanya, "adakah kami akan keluar dinner? Sebabnya tentulah saya kena belanja... Rupanya dia ada rancangan surprisekan saya.. dan tak adalah yang pelik pun, sekadar makan at Friday's dan menonton wayang, 'IP Man 2'.. well! saya tidak menyangka cerita ini menarik rupanya.. dan saya pronounce as I.P Man yang sepatutnya berbunyi 'IP Mann nama guru/master kungfu ini. Sebenarnya, semasa suami mengajak menonton filem ini, hati saya berbelah bahagi. Kalau tidak mahu, tentulah tidak patut. Jadi okay sahajalah. Rupanya banyak moral dan nilai sejarah dalam filem ini. Hebat! Two tumbs up!
Saya pun jarang keluar dengan suami... sebab dia banyak 'songeh' cerewet sikit.. he he (funny pada saya) jadi susah untuk keluar shopping dengan dia. Saya boleh beli 30 helai baju sementara menunggu dia memilih 1 helai baju..(he he) dan pelik semalam dia memilih dua helai t-shirt dalam masa 15 minit.. hmm terpegun sekejap! Mungkinkah dia sudah berubah!
Kebiasaannya dalam cinema saya suka makan kuaci, (dan saya tidak buang kulitnya nerata-rata, saya bawakan plastik khas untuk kulit) dan selalunya saya akan memilih tempat di hujung yang tiada orang... semalam saya ditegur oleh suami, bunyi kuaci saya mengganggu dia..alamak! Dan menonton tanpa kuaci menjadikan movie saya kurang enak.. (he he he)
Sebenarnya tidak sabar untuk pulang ke Langkawi. Sudah ada plan menyambut Birthday suami, birthday anak buah, hari ibu, hari guru dan pelbagai lagi, semuanya dalam satu. Bestnya berkenduri seafood dan membayangkan makan dengan unggun api, lilin di bawah sinaran bulan purnama, aduh! Hati bagaikan dipanah asmara lagi! Semasa bercinta dulu, suka sangat saya melihat bulan.. bagai ternampak wajah hero asmaradana saya di dalam bulan yang 'nun' jauhnya... dan tidak pernah berfikir bagai Pungguk rindukan bulan kerana 'tak best' menunggu sesuatu yang tidak pasti!
Dan tiba2 cerita bulan mengheret saya kepada manuskrip ketiga.. aduh! Bulan dan Cinta!!
Subscribe to:
Posts (Atom)