
Antara ucapan yang menarik semasa Hari Guru.
Amirah: Ukhwah yang terbina bukan kerana kuntuman bunga tapi persis tasbih, awal awal, tiada hujungnya, bercantum dengan cintaNya, dibuat untuk mengingatiNya dan dratib demi redhaNya. Semoga Ukhwah yang terjalin, antara kita kekal selamanya. Loves Amirah.
Asyida: Kata bintang, cikgu yang terbaik.
Kata bulan, cikgu sellau bersemangat,
kata mentari, cikgui sederhana dalam semua perkara,
kata angin, cikgu tenang ketika badai,
kata tanah,cikgu selalu berpijak kepada kenyataan.
Mr Rapindi : Dulu, murid hormat dan takut pada guru,
Kini, guru takut murid,
Dulu,guru talk and chalk,
Kini cikgu kena slow talk,
Dulu cikgu boleh claim,
Kini cikgu tak boleh complain,
Dulu Hari Guru dapat wang saku,
Kini dapat penyapu (sebab kena gotong royong)
Pn Shasha: Dalam ajarnya ada harapan, dalam tegarnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana, Berbahagialah menjadi guru.
Pn Norita : Good teacher explains, Better teacher demonstrates, Best teacher motivates, Great teacher inspires..
Well, beriyalah menunggu berita baik untuk guru. Well, saya rasa, berita itu tidaklah baik sangat. Untuk sekolah biasa, yang terdapat golongan murid yang lemah, sukar untuk kekalkan prestasi baik dan semakin baik bagi 2 tahun bagi melayakkan mendapat 'keistimewaan'..walaupun prestasi sekolah saya baik, tapi untuk terus menaikkan peratus sekolah satu kerja yang sukar juga. Kecualilah, bagi sekolah2 khas dan pilihan di mana tiada langsung murid yang lemah di sana.. hmm..
Hari ini pula : cadangan kementerian bagi meletakkan/hadkan 25 orang murid dalam satu kelas. rasanya dari zaman Mama saya bekerja, isu ini dibangkitkan..tapi semuanya masih di tahap lama juga. Macam cerita lagenda/mitos yang akan kekal mitos atau lagenda saja. Mama saya sudah 9 tahun pencen.. dan isu ini dibangkitkan sebelum ini lagi.. hmmm.. agaknya sampai saya pencen pulak, isu ini tidak habis dicanangkan.. cadang, bukanlah susah pun.
.
No comments:
Post a Comment