
Seperti kebanyakkan musim-musim di negara yang mengalami empat musim, panas, bunga, luruh dan dingin.. kerjaya guru juga da musimnya.. Musim peperiksaan, musim yang tak berapa saya gemari. Bukannya apa, terlalu sibuk, weekend pun tidak boleh keluar rumah: target mahu habiskan semua 'bundle kertas peperiksaan sebelum musim cuti. Cuti ini hanya untuk cuti dan menulis buku/manuskreip baru sahaja. Banyak yang boleh dituliskan.. Kalau betul2 tumpu, boleh habis 2-3 bab dalam 2 minggu (kalau beriyalah) dan mahu habiskan masa bercuti... best!!
Dua hari ini berjaya habiskan 3 kelas, ada 1 kelas, esok, insya-Allah boleh habis. Kebiasaannya saya akn mulakan dengan kelas yag tidak begitu baik - ke kelas terbaik supaya hati tak sakit melihat jawapan mereka... tapi kata kawan saya, baik mulakan dengan kelas yang paling baik dan menurun kepada kelas yang kurang baik: Better rasanya... kali ini berjaya positifkan minda.. Saya tidak perlu rasa 'geram' atau 'sakit hati'.. I have done my best! Sekiranya mereka masih gagal mencapai matlamat/ memperolehi markah yang baik, nasiblah. Mereka yang tidak berusaha.
Saya memahami sangat ada murid yang pencapaian minda mereka lemah. Ada yang study macam mana pun, mereka kata mereka lupa: well: speechless..Minda kita berfungsi bagai kenderaan juga, ada yang bergerak perlahan bagai kereta lembu, ada yang bergerak selaju pergerakan cahaya.. jadi, nak buat macam mana. Cuma yang dikesalkan, ada murid yang memang malas 'giler'.. mahu berfikir sikit pun malas... Ada menjawab soalan tanpa membuka soalan langsung: sound tak logik, tapi itulah yang berlaku. Agaknya mata dia boleh x-ray soalan dalamnya tu...Hmmm..
Dua hari pada minggu lepas, saya terpaksa berkorban masa saya dengan membuat kelas tambahan untuk mengulangkaji. Saya wajibkan murid yang tidak lulus penggal lepas supaya hadir, dan membuka kelas untuk murid lain yang ingin hadir. Kami mengulangkaji semua tajuk2 (hampir semua) yang belum keluar dalam SPM dan saya menerangkan tentang 'sistem back-up', the minimum jawapan yg. perlu mereka ingat jika gagal mengingat fakta yang banyak.. malangnya, murid2 tu, tak ada pun yang hadir..(ada sebilangan kecil sahaja) yang hadir sebaliknya murid2 yang sedia 'score' markah tinggi.. Pelik kan: orang yang bijak mahu terus bijak :padahal mereka tak perlukan kelas seperti itu pun.
Minggu depan, kelas dengan tingkatan 4... (but alhamdulillah: murid f 4 saya yang gagal hanya 2 orang penggal lepas daripada 4 kelas...) Cuma saya mahu mereka kalau boleh mendapat markah yang lebih baik... 70% ke atas adalah markah yang baik mengikut saya. Apa pun, yang penting : Kita sudah berusaha: yang lain: serahlah kepada Allah.
Tidak sabar untuk menghabiskan dua minggu lagi hari sekolah: perlu bercuti.. dan yang lagi penting : dalam perjalanan nanti, saya boleh habiskan membaca beberapa buah buku yang saya beli semasa pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)tempoh hari...
No comments:
Post a Comment