Saya masih terkenangkan Dina. Sebagai seorang 'heroine' Hindustan, saya mudah mengalirkan airmata. Saya boleh menangis secepat 2 saat, sama masanya saya boleh tertawa, senang hati. Agaknya semasa mama saya mengandung dulu, mama kerap menangis kot.. he he. Andai murid buat perkara yang saya tidak suka pun, contohnya tergelak tanpa sebab dalam kelas padahal masa tu saya tak buat lawak (mesti diorang yang sama-sama buat lawak bodoh dengan kawan) memang automatik kena marah. Saya suka orang 'serius' belajar dalam kelas, saya juga serius mengajar tetapi ada 'skrip' lawak. Maknanya, aklau perlu dgn serius, dengrlah; kalau buat kawak; ketawalah. Kalau tak ada lawak, janganlah ketawa; itu tak sopan namanya! Dan saya sudah melalut... Dina: saya harap dia tabah. kehilangan ibu bukan senang. Semua gadis mengimpikan yang mereka kan dikahwinkan oleh ibubapa mereka. Dan dia sudah kehilangan bapa, diikuti ibu pula. Saya memang mahu carikan jodoh untuknya. Dia gadis baik. Manis, taat kepada ibunya, taat kepada Allah, tapi belum bertemu calon yang sesuai untuk dia. Kalau ada pun, sudah disambar wanita lain. Yang ber'title' suami orang; saya tidak mahu. Biarlah bujang vs bujang. Kalau duda yag sudah bercerai atau kematian isterinya, bolehlah kot, tapi janganlah yang berabak ramai pula; kasihan dia; terperanjat untuk menjaga anak-anak yang bagai gerabak kereta api. Dan sebenarnya ramai lagi junior say yang 'kosong' tetapi tiada rupanya lelaki baik yang 'kosong' lagi! Alahai!
Ada masanya saya rasa bagaikan mahu membuka 'Agensi mencari jodoh'... tapi lelaki awas, tidak semudah a, b, c bila mengisi borang. saya akan minta bawa slip gaji asal untuk memeriksa betul ke tempat kerja anda dan gaji yang anda dapat! Rasanya jumlah wanita yang menipu lebih kurang jumlahnya berbanding lelaki yang menipu.he he he... Tapi ialah, ini tanggungjawab sosial yang besar, nanti macam-macam masalah pula. Apabila sudah berkahwin;macam-macam masalah yang keluar pula. Baik-baik menjadi 'Agensi Cari Jodoh' menjadi agensi selesai kekusutan! Sudah! Semuanya tidak semudah ab, c. Teruja akan menjadi teruji. Teruja vs teruji.
Hidup ini adalah ujian. Kesabaran adalah teras kepada kehidupan. Difahamkan dalam ISLAM, perkataan kalaulah memberi ruang kepada syaitan untuk 'mengusik' hati kita berkata, "Kalaulah saya tahu, saya akan lakukan begini dan begitu..a' 'Andai, 'kalau' sebenarnya dalam ISLAM tiada dalam kamus hidup muslim atau muslimah. Kita tiada kuasa mengubah takdir Qada dan qadar kita! Janganlah biarka syaitan mengocak keimanan kita!
Sepanjang tahun 2011, banyak perkara yang mengujakan saya. Novel DIMENSI CINTA, DITERBITKAN PADA FEB 2011, dan kemudiannya novel PURNAMA MERINDU (PM) diterbitkan pada JUN 2011 (dan berada di pasaran agak lambat kerana pertukaran pejabat Karangkraf). PM yang menjadi salah satu buku yang tersenarai sebagai Top 1o jualan BUKU PRIMA, seterusnya menjadi penjualan terbaik JULAI 2011. Sebagai penulis baru di BUKU PRIMA, saya berterima kasih kepada pembeli novel saya. Sebenanya sukar menjadi antara novel terbaik memandangkan banyaknya judul buku yang dijual, sementelah saya pula hanyalah seorang penulis baru, berbanding penulis-penulis lama di sana.
Bertemu Vimmi dan Kak Leyla juga mengujakan. Memandangkan kami selalu juga berhubung, pertemuan melengkapkan persahabatan. Bertemu Erwan yang kini jauh di Sudan juga mengujakan! Sudah lama, berbelas tahun sudah bertemu, bekas murid saya; terasa seronok amat! Juga berjaya menghabiskan manuskrip pada awa tahun Dis 2011, melegakan. Bercuti di Langkawi, (balik kampung) Berada di LIMA dan sebagainya memang sentiasa mengujakan. Pada tahun lepas, CUTI RAYA CINA, kebetulan, dua-dua anak buah saya berada di sini dengan mama; kami habskan masa di Zoo Negara, Taman Burung, dan beberapa tempat lagi sehingga lenguh kaki. Pengsalaman ini semua adalah penalaman manis yang mengujakan!

Menguji... banyak sekali. Tetapi ysang negatif itu adalah ujian dan cabaran kehidupan; tidak perlu dikenang atau dicoretkan; sekadar hanya memberi tamparan negatif. Buat apa mengenang lagi!
Pada 21 januari, akan bertemu TUN DR MAHATHIR lagi dalam satu Majlis High Tea, mengujakan! Menarik. Peristiwa ini akan menjadi pemangkin akan peristiwa mengujakan di tahun 2012! Wah!

No comments:
Post a Comment