Sejak sampai dj, isnin pagi, lebih kurang 5 pagi, tidak sempat membuka email dan blog... penat juga, bertolak dari langkawi jam 4 petang... ferrynya, alahai... lambat giler...lebih kurang jam 5.50 baru sampai.. biasanya dulu, 1 jam 15 minit saja... boleh mereng otak yang tak mereng ni... ceritanya macam ji, dulu masa minyak murah lagi, ferry menggunakan 3 enjin, bila minyak naik harga, diturunkan kepada 2 enjin, bila harga minyak naik lagi, digunakan 1 enjin, tu yang lambat.. (agaknya bila pm umum harga minyak naik hampir 40% lagi mulai hari ini- ferry gunakan 1/2 enjin kot... macam tu boleh tercabut kepala.. he he.. kalau 3 jam dalam ferry, mak oooiiii) kalau tak tahan mabuk laut, baiklah naik ferry pagi atau tengah hari, kalau petang, memang kena lambung punya.. cara tak mahu mabuk:
1. jangan kosongkan perut, perut yang kosong banyak angin-akan menyebabkan muntah atau pening.
2.makan gula-gula.
3.cuba tidur atau pura2 tidur... he he..
4.beli ubat mabuk kat farmasi... makan 2 biji...
5.cium minyak angin / kulit limau...
saya sendiri kalau lama naik ferry, mabuk juga... he he he..kalau tak mau mabuk juga, tempahlah tiketv airasia awal2 sikit (murah sikit) 50 minit + tempoh menunggu kat airort (1 jam) dah sampai, tak perlu mabuk laut....
Actually, mabuk ada dua, mabuk laut - means u rasa pening masa kat laut tu... yang teruknya kalau mabuk darat, bla naik ke darat baru rasa pening, sakit kepala dan nak muntah, itulah yang digelar mabuk darat.... mabuk darat biasanya lebuh teruk daripada mabuk laut... sebab mabuk laut sekejap je, mabuk darat... he he..
Dah turun ke darat, jangan lupa pekena laksa teluk kechai kat din laksa atau entah apa namanya, bagi saya tak lah sedap sangat, sedap lagi kalau buat sendiri... kira, oklah untuk orang yang malas.... kuahnya sederhana pekat digandingkan dengan sambal kelapa.. boleh la... ramai orang yang singgah makan, agaknya tak tahu buat sendiri, malas buat laksa, atau musafir yang baru lepas mabuk laut atau darat macam saya...
suami saya sejak kahwin bertahun saya suruh atau paksa dia makan laksa utara yang saya masak (even orang lain makan, dia tak rasa sedikitpun.. hmmm geramnya).. dia hanya makan laksa johor (sebab dia orang johor.. saya of course lebih suka laksa utara saya..)satu hari, saya balik langkawi, mak saya masak laksa, dia makan, sampai dua-tiga pinggan- sejak tu dia makan laksa utara... (moral of the story... apapun kena la rasa dulu, baru tahu sedap ka tak sedap) agaknya, dia nak bodek mak mertua kot.. he he..
Dan tiba-tiba teringatkan laksa.. hmm sedapnya...
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..

Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Lokasi: Adelaide,Australia Sinopsis BAB 7 : MEMBAWA HATI LARA ;Penulis cuba menghurai kepada pembaca bagaimana kemelut cinta ...
-
28 Mac 200, hari pertemuan terakhir dengan penulis KarnaDya. Bukan mudah sebenarnya untuk menghimpunkan semua penulis dalam satu...
-
Murid saya bertanya,bagaimana boleh cikgu Suka sejarah. Saya katakan, "Not just like, I luv history." "Then cikgu...
-
Saya pernah menulis tentang adik angkat saya, G dan Mr X dan Mr Y nya dahulu (same title) jadi,saya sendiri pun macam kemaruk mahu menung...
-
Semalam adik angkat saya kata, dia mimpi dipatuk ular, saya ketawa sambil berkata " tak lama lah tu, dah sampai jodoh la tu" Se...
-
Sampai semalam 28 Mei.08 jam 2 petang.Dari Pj 5.15 pagi, feri pukul 12.00 tengah hari.Tiket feri nak naik lagi, dulu RM 17.00 sekarang sudah...
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Al-Fatihah,Bonda mertua yang saya kasihi Hajah Fatimah binti haji Omar, telah kembali ke Rammatullahpada 26 Dis 12.20 malam dan selamat dise...
-
Sesudah memulakan tahun ini dengan berita kehilangan 'mak' saya,saya menerima berita baik hari ini. Finally adik angkat kesayangan s...
-
Hari ini dalam keterpaksaan,saya berjaya habiskan bab ke 6 manuskrib baru. Adus! agaknya apabila kehidupan bahagia,susah sikit mahu tulis ba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment